Bab 42 : NJ

Romance Series 195388

Nia masuk ke perut Mini Copper milik Nuh. Tali pinggang keledar segera dipasang sebelum sempat Nuh menegurnya.

Nuh memulakan pemanduannya, wajah Nia nampak segar dan lebih bersemangat berbanding semalam, itu yang dia simpulkan. Dengan berbaju kurung royal blue yang dihiasi taburan bunga biru muda, Nia nampak cantik walaupun tanpa tatarias berlebihan. Rambut panjang Nia, dibiarkan bebas mengurai. Hanya dihiasi dengan satu penyepit rambut yang dikepilkan atas sedikit dari telinga kanan. Kebetulan, sedondon pula dengan pakaiannya, kemeja biru muda dan slack hitam.

''Kau okey hari ni?'' Nuh memulakan perbualan setelah 15 minit menyepi.

Nia ukir senyum sebelum mengangguk kecil.

''Alhamdulillah. Saya rasa lebih baik berbanding semalam. Thanks, sebab awak dan abang dah sembuhkan saya," balas Nia.

"Sama-sama." Nuh bergumam. Matanya tetap fokus pada jalan raya.

"Err... Nuh..." Nia tak jadi sambung, dia tiba-tiba diselubungi rasa segan bila teringatkan kejadian semalam.

"Erm?"

"Thanks juga untuk gift dan... semalam." Nia menunduk. Mukanya terasa panas. Kenangan semalam mengetuk benaknya.

Nia membuka genggaman tangan. Bibirnya tersenyum demi terpandangkan dua bentuk origami bintang kecil di telapak tangannya. Dengan penuh cermat, dia membuka setiap lipatan origami itu sehingga ke lipatan terakhir. Seperti sangkaannya, ada sebaris ayat tertulis di situ.

~REMINDER : Yourself worth is not defined by the way people treat you. - Nuh.

Nia tersenyum kecil lalu membuka origami yang kedua pula.

~Things don't happen for no reason, they happen to TEACH you something. - Nuh.

Nia terbungkam. Kenapa Nuh pula yang cuba memujuk dan menenangkannya? Tak cukup dengan adegan di pantai siang tadi, sekarang lelaki ini cuba memberikan kata-kata semangat untuknya pula? Untuk apa? Siapa Nuh pada dia? Dan siapa di pada Nuh? Adakah Nuh hanya cuba berlagak pandai dengannya seperti dulu? Dan selepas itu Nuh akan gelakkan dia?

Entah apa yang mendesak, Nia pantas mengeluarkan telefon baru pemberian Khalil dari poket seluarnya lalu membuat satu panggilan kepada Nuh. Jantungnya berdegup laju. Dia takut kalau andaiannya tepat belaka.

"Nia?" Suara Nuh menyapa telinga.

"Kenapa?" Terus Nia mengasak Nuh dengan satu soalan yang sedang bermain-main di fikirannya.

"Kenapa? Apa yang kenapa?" Nuh kehairanan.

"Are you trying to calm my feelings, Nuh? Why?"

Nuh tidak segera menjawab pertanyaan Nia sebaliknya Nuh hanya menghela nafas.

"I need to know Nuh. Why? Apa yang awak cuba buktikan pada saya?" Nia mendesak sekali lagi. Dia takut kalau sekali lagi hatinya dihancurkan oleh orang yang sama seperti dulu kala.

"Nuh?"

"Nia, aku cuma buat apa yang aku rasa nak buat. Tak perlu sesiapa ajar dan tak perlu sesiapa suruh. Aku cuma perlu buat apa yang hati aku nak buat. Kalau dengan cara itu dapat calm your feeling, i will do it again and again."

Nia gigir bibir bawahnya.

"Aku tahu kau faham maksud aku, Nia. Jadi lepas ni, kau jangan tanya aku kenapa sebab aku dah pun bagi kau jawapan aku."

Entah kenapa, mata Nia bergenangan.

''Saya akan susahkan awak, Nuh?'

Nuh melepaskan keluh.

''Nia... aku tak pernah kisah kalau kau susahkan aku. Aku suka dan aku rela. Cuma satu yang aku tak suka dan aku tak boleh terima."

"Apa dia?"

"Aku tak boleh terima kau kecewa macam ni sebab Zaen. Kau lemah sebab perasaan cinta kau pada dia. Perasaan berlebihan pada manusia tidak akan ke mana kalau melebihi dari Pencipta cinta.''

Nia menunduk. Dia sedar khilafnya.

''Kecewa saya bukan sebab Zaen tapi lebih kepada Kak Tya," luah Nia tiba-tiba seolah-olah cuba membersihkan tanggapan Nuh terhadapnya. Sejak bila dia pedulikan tanggapan Nuh terhadapnya?

''Maksud kau?''

''Saya pernah bagitahu awak sebelum ni, saya tak cintakan Zaen. Saya cuma anggap dia tidak lebih dari seorang abang dan seorang sahabat. Apa yang membuatkan saya terima dia? Saya terima dia disebabkan terhutang budi. Dua kali dia datang selamatkan saya. Jadi saya rasa selamat dengannya. Lagipun dia juga melayan saya dengan baik selama ini.'' Nia jeda sebentar. Nuh hanya memasang telinga. Bukan selalu Nia boleh berbicara baik-baik begini dengan dia.

''Pasal Kak Tya, saya tak tahu apa lagi yang dia tidak puas hati sampaikan dia sanggup buat macam ni. Tak cukup dengan buli dan mengejek saya, dia sanggup libatkan Zaen dalam hal kami berdua. Kalau dia rasa dengan mengambil Zaen daripada saya, saya akan merana dan berputus asa untuk hidup, saya rasa dia silap. Hubungan saya dengan Zaen sudah hampir musnah sebelum mereka bertunang lagi. Tapi satu yang saya pasti, Tya dan Lya pasti teruk mengata saya bila saya balik rumah abah nanti.'' Sambung Nia.

"Jadi, kau terima Zaen hanya sebab tu? Sebab terhutang budi? Dan kau langsung tak kisah dengan pertunangan dia dengan Tya?"

Nia hanya senyum segaris biarlun Nuh tidak nampak.

"Awak boleh buat kesimpulan apa saja Nuh. Cinta tidak semestinya memiliki, Nuh. Ada kalanya kita hanya perlu terima dan hargai orang yang sayangkan kita, terima baik buruk kita lebih daripada kita kenal diri sendiri."

"Kalau dah jodoh Zaen dan Tya, siapa saya untuk menolak takdir? Untuk apa saya mempertahankan hubungan kami sedangkan sebelum ini pun hubungan kami bagaikan retak menanti belah? Alang-alang begini, just let her be a villain in this story."

Nuh lepas keluh selepas dengar jawapan Nia.

"Kalau ada orang yang boleh sayangkan kau, terima baik buruk kau lebih daripada Zaen terima kau, kau boleh terima dia?"

Soalan Nuh mengamitkan semula debaran yang tadinya sudah hilang. Nia tidak langsung membalas, dia takut tersilap bagi jawapan. Nuh juga menyepi, menanti balasan Nia.

"Lepas apa yang berlaku, tak mudah untuk saya terima seseorang. Emm... tunggulah sehingga tahun depan, manalah tahu kalau-kalau masa tu saya rasa nak buka balik pintu hati saya," seloroh Nia sekadar untuk membuang rasa canggung yang tiba-tiba datang bila bercakap tentang topik hati dan perasaan dengan Nuh. Kenapa dengan kami ni?

"So I have to wait until next year?"

"Hah?" Nia melopong. Nuh cakap apa tadi?

"Aku anggap itu jawapan setuju dari kau. Good night and sleep tight, Nia Jasmine."

Talian dimatikan dan Nia termangu sendiri. Apa maksud Nuh?

''Kau nak balik kampung nanti diaorang bertunang?''

Nia tersentak. Habis hilang segala perbualan mereka semalam. Nia berkalih ke sisi, Nuh sedang menoleh ke padanya.

"Awak tanya apa tadi?"

Terjongket sedikit kening Nuh. Tangan menukar gear kepada D lalu meneruskan perjalanan sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau.

''Aku tanya tadi, kau nak balik kampung ke nanti diorang bertunang?" Nuh mengulang soalannya.

"Saya ada alasan ke untuk tak balik? Rasanya tak ada. Lagipun saya tahu kalau saya tak balik, nanti makin teruk diorang mengata saya dan makin kuat teori diorang yang saya masih tak move on. Cukuplah dulu saya nampak lemah di mata diorang tapi bukan kali ni. Saya perlu balik dan buktikan yang saya langsung tak kisah dengan pertunangan ni. Lagipun kumbang bukan seekor, right?''

Nuh tersenyum segaris. Hatinya lega dengan jawapan Nia. Stereng membelok ke kanan masuk ke perkarangan sekolah.

''Ya, kau kena kuat. Kalau perlu pura-pura jadi kuat pun, kau perlu."

Dahi Nia berkerunyut.

''Awak tak yakin dengan saya?''

''Aku tak cakap pun yang aku tak yakin dengan kau. Aku cuma ingatkan kau kalau kau yakin kau kuat, buktikan. And let me know kalau kau rasa nak balik rumah abah, aku temankan kau. Kali ni aku janji, aku akan ada dengan kau setiap apa pun yang jadi. Dan aku tak kan biarkan kau hadap Tya dan Lya tu sorang-sorang. Percaya aku?"

Nia angguk sekali, bibirnya menguntum senyum nipis. Kereta Nuh masuk ke kotak parkir yang dikhaskan untuknya. Nia ucapkan terima kasih lantas mengangkut beg galasnya ke bahu dan beberapa buku dipeluk ke dada. Dia sudah bersedia untuk keluar dari kereta Nuh. Sebelum menolak pintu kereta, Nia menoleh.

''Thanks Nuh." Kali ini Nia betul-betul berterima kasih dengan Nuh. Untuk semuanya.

"Welcome," ujar Nuh sepatah sambil sorotan mata tetap pada Nia yang sedang menolak pintu kereta.

''Nia...'' panggil Nuh sebelum sempat gadis itu menutup pintu kereta kembali.

''Ya?'' Nia menunduk sedikit badannya, pandang Nuh.

"Jaga diri dan balik tunggu aku."

Nia angguk lalu meminta diri.

* * *

''Nia, lamo mung cuti. Dok sihat ke?'' Tengku Faradiba muncul di sebelah Nia.

''Demam sikit.''

''Patutlah. Nampok makin kurus mung. Eh Nia, baru ni aku ada dengor Cikgu Eusoff ada bagi hadioh ko mung, ye dok?''

Nia kerut dahi. Macam mana pulak Diba boleh tahu? Rasanya cuma mereka bertiga sahaja yang tahu tentang hadiah itu. Nia memcari wajah Iqmal. Iqmal menggeleng beberapa kali.

Tentang hadiah Cikgu Eusoff tempoh hari, dia tak pernah buka pun. Suatu hari nanti dia akan pulangkan semula hadiah itu kepada Cikgu Eusoff. Dia tidak layak untuk menerima sebarang hadiah daripada gurunya itu. Kalau hal itu tersebar, pelbagai spekulasi yang tidak baik akan timbul. Mereka perlu menjaga batas dan had di antara guru dan anak murid.

''Hadioh nape pulok ni?'' Hazimah pula menyampuk.

''Sebelum cuti sekoloh baru ni, Cikgu Eusoff ado bagi Nia hadioh. Ada budok kelas 5 Iman Ghazali kabor.'' Tengku Faradiba cuba menjelaskan secara terperinci. Nia memicit pelipis, pening dengan sikap teman-teman sekelasnya.

''Cikgu Eusoff syok kat mung kot Nia.'' Suhaila mencelah.

''Untung jadi orang comel ni. Ramai orang nok," giat Hazimah pula. Dah lama dia perhatikan layanan Cikgu Eusoff terhadap Nia. Lain macam.

"Ish mana ada. Cikgu Eusoff tu kan cikgu kita. Biasa-biasa je dia layan saya." Nafi Nia, makin tidak senang dengan usikam teman-temannya.

''Ehemm..''

Semua berpaling. Panjang umur Cikgu Eusoff ni, baru sebut nama tuan empunya nama sudah muncul depan mata. Bergegas mereka kembali ke meja masing-masing.

''Semua bangunnn..'' Iqmal selaku ketua kelas, lekas bangun seraya memberikan arahan.

Serentak semua berdiri, memberi salam dan membaca doa penerangan hati. Usai semua, mereka kembali duduk.

''Macam yang korang dah tahu, exam sem 1 akan bermula tak kurang lagi seminggu. So, be prepared. Yang mana masih tak faham dengan bentuk soalan dan bentuk jawapan, korang boleh tanya saya ataupun tanya mana-mana cikgu team STPM yang lain. Skop permarkahan STPM tak sama dengan skop permarkahan SPM jadi korang kena alert sikit ya."

"Now, assingment saya semalam semua dah siap ke? Kalau dah, sila hantar ke meja saya."

Suara Cikgu Eusoff pagi ini kedengarannya sedikit serius tidak seperti biasa. Pelajar 6 Delima tidak bersuara hanya kedengaran bunyi tapak kasut bergeser dengan lantai bersemen dan juga helaian kertas yang diletakkan di atas meja guru.

Hanya Nia sahaja yang kaku di mejanya. Dia keresahan kerana tiada seorang pun yang memaklumkan assignment itu kepadanya.

Cikgu Eusoff menapak ke meja guru. Assignment pelajarnya disusun dan dibelek-belek seketika.

"Semua dah hantar? Ada ke yang belum hantar, belum siap?" soalnya setelah itu. Sesekali dia melirikkan pada pelajarnya.

''Dah...'' Respon daripada 6 Delima diterima oleh guru muda itu.

Cikgu Eusoff mengangguk. Lantas dia berpeluk tubuh lalu mendekati meja Nia yang terletak di lajur hadapan. Meja itu diketuk beberapa kali sebelum menyendengkan punggungnya di situ. Pelajar lain meneguk liur, masing-masing tidak percaya dengan perwatakan yang ditonjolkan oleh Cikgu Eusoff di kala ini.

''Emm... Nia?'' Cikgu Eusoff bertanya kerana dia perasan hanya Nia yang tidak menjawab pertanyaannya tadi.

Lantas Nia berdiri. Ketinggian Nia kini menyamai dengan Cikgu Eusoff menyebabkan mereka langsung bertentangan. Eusoff menentang seketika anak mata hazel Nia sebelum dia berdeham. Dia rindukan wajah ini. Tiga hari Nia tidak datang sekolah atas maslahat kesihatan. Matanya tidak menipu bila muka Nia kelihatan sedikit cekung.

Tapi... Eusoff mengerut kening. Dia merasakan kesakitan dengan apa yang dia lihat semalam. Nia dan Nuh. Di tepi pantai. Apa maknanya itu?

"Yes Nia?" Eusoff cuba redakan perasaan sendiri. Tak profesionalnya dia kalau dia mengadunkan sekali hal peribadi dengan hal kerja.

''Maafkan saya, cikgu. Assignment cikgu, saya belum siapkan." Nia menunduk.

''So, anything problem here?'' Cikgu Eusoff kembali tegak membelakangi Nia.

''No cikgu. Silap saya. Saya yang tak datang semalam. Saya tak sihat, tapi hari ni Alhamdulillah saya dah sihat sepenuhnya. Kalau cikgu bagi saya masa, saya janji sebelum balik, saya akan siapkan assignment cikgu dan hantar terus.''

Cikgu Eusoff menarik sebelah hujung bibirnya. Dasar penipu! Tak sihat, tapi boleh bercekerama di tepi pantai dengan Nuh? Arghh hatinya meruap tiba-tiba. Dia cemburu! Patutlah Nia susah nak dijinakkan rupanya Nia sudah tersangkut dengan Nuh.

''Em..'' Cikgu Eusoff menghampiri meja Nia semula. Nia dipandang atas bawah.

''Adakah sebab selama ni saya layan awak dengan baik, maka awak boleh pijak kepala saya, Nia?''

Nia terkesima. Bukan hanya Nia tapi semua penghuni kelas 6 Delima. Mereka saling berpandangan.

''Tak, bukan macam tu cikgu. Saya betul-betul tak sihat semalam. Saya janji ini kali terakhir saya buat macam ni. Next time, i will make sure segala kerja yang cikgu bagi, saya akan siapkan pada masa yang tepat. On time. Saya janji."

Eusoff berdecit. Nia dirundum rasa sayu. Belum pernah dia dimarahi di hadapan rakan sekelasnya begini.

"After lunch, make sure asignment tu ada di meja saya. Saya tak kisah awak sempat makan atau tak, janji kerja saya wajib dihantar. Faham?"

"Faham cikgu." Nia mengangguk. Mata yang bergenang, dia kerdip laju-laju.

"Okay good. Yang lain boleh teruskan dengan topik yang seterusnya. You, Nia Jasmine tolong berdiri di luar kelas. I don't care you nak cakap i apa. Yang penting sekarang ni saya tak nak tengok muka awak dalam kelas saya. Saya tak suka pelajar yang tak siapkan kerja saya dengan berikan macam-macam alasan. Now get out."

"Tapi cikgu, saya..."

"No more excuses Nia, just get out!" Sedikit menaik oktaf suara Cikgu Eusoff menyebabkan bahu Nia sedikit terangkat.

Nia cepat-cepat mengambil barangannya dan berlalu ke luar kelas. Dia tahu salahnya tapi perlukah Cikgu Eusoff memalukannya begini? Nia mengempalkan kedua tangannya menahan diri dari menangis. Kenapa bertalu-talu kejadian melukakan ini datang?

* * *

Majlis Pertunangan Zaen Haidar dan Tya Jasmine berjalan seperti yang dirancangkan oleh Tya dan Puan Waima. Majlis diadakan secara kecil-kecilan saja. Hanya untuk ahli keluarga sahaja.

Zaen tidak kelihatan di sepanjang majlis kerana lelaki itu sedang menghadiri kursus di Pulau Pangkor. Tya Jasmine tersenyum lebar setiap kali lensa kamera tertumpu padanya. Serba peach dia hari ini menampakkan lagi kulitnya yang putih gebu itu. Lya Jasmine juga tidak ketinggalan. Setia menemani adik kesayangannya di atas pelamin yang cukup simple tapi elegant.

Nia Jasmine pula selesa bersimpuh ayu di sebelah Datin Seri Roslina dan Mia Jasmine. Nia berbaju kurung mini ungu muda dan selendang berwarna putih. Sekadar sangkut sahaja selendang itu di atas kepala tanpa merapikannya.

Dari jauh, Nuh perhatikan Nia. Seperti berjanji, dia juga memakai baju melayu berona ungu. Khalil di sisi menyiku lengannya.

"Kau pandang adik aku kenapa?" Khalil menaikkan keningnya.

"Mana ada aku tengok dia."

"Kau tak payah nak tipu aku lah Nuh. Aku tahu kau tu macam mana."

Nuh tersenyum nipis. Khalil tepuk bahu Nuh lalu berbisik sesuatu.

"Tunaikan janji kau dengan aku, Nuh."

Nuh garu belakang leher.

"Err... susah tapi aku cuba."

"If you like her, tell her. If you miss her, show her. If you love her then prove it." Tambah Khalil penuh makna.

"The real power of a man is in the size of the smile of the women sitting next to him." Luqman menyampuk di sebelah Nuh. Nuh dan Khalil sama-sama berpaling padanya.

"Bercakap melalui pengalaman." Luqman cepat-cepat mencelah bila perasan Nuh sudah tenung dia.

Setelah sekian lama. Sy baru muncul. maafkan sy. byk hal yg perlu dititikberatkan. tq utk semu yg masih support TH.

Share this novel

Tulip Haura
2021-06-04 10:35:22 

welcome.. saya usahakan lagi.. ^^,

Zahrin Zahra
2021-06-04 04:47:46 

tq update..nak lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience