Bab 26 : NJ

Romance Series 168938

"Eda... Eda.. wait.." Nuh mengejar dari belakang.

Langkah kaki Waheeda makin laju. Sudah seminggu dia cuba menggelak dari berjumpa dengan Nuh. Dikeraskan hati, dibutakan mata, dipekakkan telinga dari terus ambil peduli pasal Nuh. Dia masih ingat tentang ugutan yang diterima tempoh hari.

"Eda..please we need to talk. You owe your explanation!" Sempat Nuh tarik lengan Waheeda yang berlapik dengan baju kurung yang dipakai gadis itu.

"Hands off!" Suara tegas Waheeda yang jarang-jarang sekali Nuh boleh dengar.

"No! Selagi Nuh tak dapat jawapan, jangan harap Nuh nak lepaskan Eda pergi."

"Apa lagi yang awak nak hah, Nuh? Tak jelas lagi ke bila saya kata hubungan kita dah putus?"

"But why? I need to know, why? Eda dah biarkan Nuh tertanya-tanya sendiri, apa salah yang Nuh dah buat? Apa salah Nuh sampaikan Eda sanggup buat Nuh macam ni." Muka Nuh sedikit keruh. Menagih penjelasan dari gadis kesayangannya.

Waheeda terkesima melihat wajah keruh Nuh. Sungguh dia rasa menyesal buat keputusan ini namun dia tiada daya dan upaya melainkan menurut saja kata-kata lelaki misteri itu. Nyawa dia dan nyawa Nuh dipertaruhkan. Dia sayangkan Nuh tapi dia juga sayangkan nyawa dan maruahnya. Ugutan lelaki misteri tempoh hari tidak berakhir disitu. Selepas keadian itu, berlambak lagi mesej ugutan yang Waheeda terima dari nombor yang tidak dikenali dan dia yakin itu adalah orang yang sama.

Waheeda senyap seketika mencari alasan apa untuk buatkan sekeping hati Nuh hancur berkecai. Biarlah dia yang digelar penjahat kerana sudah berjaya buat sekeping hati Nuh remuk redam. Teringat satu mesej dari lelaki misteri itu,

'NJ itu bukan lelaki biasa untuk kau nak bermain cinta. Kau tak kenal NJ. He's dangerous man. Tinggalkan dia dan jaminannya kau akan selamat. Selamatkan diri kau, bermakna kau juga dah selamatkan diri dia juga.'

Melalui mesej itu, Waheeda dapat merasakan yang Nuh ini bukannya orang biasa-biasa.

''All about you, NJ. Semua tentang NJ. Eda dah tahu.''

Nuh buntangkan mata. NJ?

''NJ? Eda panggil Nuh, NJ?''

Gadis itu mengangguk. Nuh terdiam. Nampaknya benar telaahnya, Waheeda sudah berjumpa dengan orang-orang JR. Disini tiada sorang pun yang tahu nama femesnya itu kecuali dikalangan mafia Sabah. Nuh tidak terlibat dalam aktiviti haram JR tapi nama NJ selalu jadi bualan di kalangan mereka.

''Eda ada jumpa siapa? Macam mana Eda boleh tahu nama Nuh, NJ?''

''Siapa yang Eda jumpa tu tak penting. Yang penting sekarang ni, Nuh tak jujur dengan Eda. Nuh tak jujur dengan Eda siapa diri Nuh yang sebenar sejak dari awal lagi. Apa yang Nuh harapkan lagi dari Eda? Eda harap ni kali terakhir kita jumpa. Eda dah tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan Nuh.'' Bait bicara Waheeda sengaja mengelar sekeping hati milik Nuh biar lelaki itu sendiri rasa kecewa dengannya dan berlalu pergi. Sengaja direka cerita supaya nampak logik di telinga Nuh.

Nuh teguk liur, terasa berpasir. Sukar untuk telan apa yang dia dengar dari Waheeda.

''Macam mana Nuh nak jujur denagn Eda sedangkan Nuh sendiri cuba lari dari hakikat tu Eda. Nuh mengaku, Nuh memang NJ. Siapa NJ, baik Eda cari sendiri dalam internet tapi Nuh tak nak semua tu. Nuh cuma nak jadi orang biasa macam orang lain.''

Penjelasan Nuh buat Waheeda termangu sendiri. Apa maksud Nuh?

Waheeda tidak berganjak dari keputusannya. Nuh lepas keluh berat.

''Baiklah kalau dah itu keputusan Eda. Nuh akur. Sampai di sini saja kisah kita. Nuh pergi dulu. Maafkan Nuh sebab kehadiran Nuh buat Eda rasa tak selesa.'' Nuh angkat kaki meninggalkan Waheeda yang masih termangu-mangu di tempatnya.

* * *

Terasa diri diekori, Nuh ubah laluan. Segera menyelinap disebalik pokok. Mengumpan si dia. Tanpa mengunggu lebih lama, si dia muncul. Nuh muncul di belakang si dia dan menendang si dia itu kuat lalu rebah tertiarap ke lantai. Sebelum sempat dia bangun, Nuh cepat bertindak. Kaki Nuh pijak belakang tubuh itu, mematikan pergerakkan lelaki itu. Sebelah tangan dipaut lalu diangkat tinggi bersedia untuk dipulas atau dipijak terus biar patah dua tulang lengan lelaki itu.

''Kau siapa?'' Suara dicelah gigi Nuh kedengaran.

Si dia senyap tidak bersuara.

''Aku tanya kau siapa?! '' tepik Nuh garang seraya mengacah mahu memulas lengan lelaki itu.

''Sekali lagi aku akan tanya kau. Kalau kau tetap senyap, aku patahkan tangan kau ni. Kau tentu dah tau aku siapa sebab tu kau berani ikut aku. Kau pun dah apa yang aku akan buat bila aku marah. Baik kau bagitahu aku, kau siapa?''

Si dia menggerakkan sebelah lagi tangan. Mengalah. Mungkin si dia tahu, Nuh itu tenang. Namun tenang-tenang Nuh pun, Nuh itu kejam orangnya lebih-lebih lagi bila ada orang 'sentuh' hak peribadinya.

''Sekarang bagitahu aku, kau siapa? Kau orang JR?''

Lelaki itu mengangguk.

''Bangun sekarang dan buka topeng muka kau. Aku mahu tahu kau siapa. Now!''

Lelaki itu perlahan-lahan bangun lalu membuka topeng mukanya.

Nuh terngadah. Tak percaya!

''Luke? Jadi kau selama ni follow aku?''

Luke menggangguk.

Bukk!! Satu tumbukan tepat singgah di pipi kiri Luke. Padu dan tepat sehingga berdarah tubir bibir Luke.

''Kurang ajar kau, Luke! Kau belot pada aku dengan jadi orang JR? Kau tahu JR tu siapa pada aku tapi kau masih berani buat macam ni? Kau sial, Luke!!'' Nuh sudah mengamuk. Kepal kemas tangannya sehinggakan timbul urat-urat biru di lengannya.

''Nuh.. dengar dulu penjelasan aku..''

''No need, Luke. Kau pembelot pada aku!''

''Nuh, aku...''

Belum sempat Luke mahu membuka mulut, satu sepakkan padu tepat mengenai perut Luke. Tak cukup dengan itu, Nuh berikan satu lagi sepakkan di paha Luke sehinggakan Luke jatuh terduduk. Tangan Luke pegang perut dan paha yang sedang tanggung rasa yang sungguh menyakitkan.

''Aku belum puas Luke! Aku belum puas!!'' Nuh rentap rambut Luke kasar. Diseret Luke ke satu batang pokok lalu menolak tubuh Luke ke batang pokok, disandarkan Luke di situ.

''Aku datang sini dengan niat aku, aku cuma mahu jadi orang lain, bukan NJ! Tapi kau dah cabar aku Luke! Kau sengaja buat aku tak boleh lupa siapa aku yang sebenar!'' Nuh lepaskan rambut Luke. Satu tamparan pula hinggap di pipi Luke.

''Sekali lagi aku jumpa kau, aku tak kan teragak-agak untuk bunuh kau, Luke. Sekarang kau blah dari sini. Jangan pernah tunjuk muka kau depan aku.'' Penuh ketegasan Nuh memberikan Luke amaran. Panas hati dengan Luke. Sakit hati dengan Luke tidak sama dengan sakit hatinya dengan Waheeda. Sakitnya berkali ganda!

* * *

Beberapa bulan kemudian, Nuh mula berubah laku. Impak dari perbuatan Waheeda terhadapnya, menjadikan Nuh seorang lelaki yang mempergunakan perempuan sebagai tempat untuk meluangkan masa sunyinya. Nuh mula pandai bertukar-tukar pasangan. Asal ada yang menempel semuanya dia sapu. Lagi menyakitkan hatinya bila gosip tentang Ben dan Waheeda juga disahkan oleh kedua belah pihak. Dengar-dengar mereka berdua sudah pun mengikat tali pertunangan tak lama dulu.

Impak dari perbuatan Luke juga menjadikan Nuh semakin liar. Kerap kali hujung minggu, dia akan mengunjungi kelab-kelab malam yang ada di sekitar Kuala Lumpur. Malam balik mabuk-mabuk itu sudah menjadi perkara biasa. Sehinggakan Lutfi, teman sebiliknya, sudah tidak tahan lagi dengan perangai Nuh yang tiba-tiba saja berubah laku. Lutfi meminta kebenaran dari penyelia asrama untuk tukar bilik dengan sesiapa yang sudi sebilik dengan Nuh.

Luqman Firdaus atau nama asalnya, Luke Sebastian. Lelaki itu muncul dengan imej baru setelah 4 bulan menghilangkan diri. Rupanya selama ini, Luqman itu teman sekuliah dengan Nuh, cuma Nuh yang tidak sedar dengan kehadiran lelaki itu. Luqman juga berubah laku, lebih banyak diam dari bercakap. Lebih banyak menurut dari membantah. Luqman memilih untuk tinggal sebilik dengan Nuh. Alang-alang rahsianya sudah terbongkar, tak perlu lagi menyorok apa-apa dari Nuh.

''Apa yang buat kau memilih untuk berubah macam ni Luke?'' tanya Nuh suatu hari itu.

Tidak menahan diri lagi untuk terus tertanya-tanya bila Luke muncul dengan imej baru dan nama baru. Dan kini dia sedar bukan setakat perwatakkan teman itu berubah malah agamanya juga turut berubah.

''Boss, kau boleh anggap aku pilih ini kerana aku jatuh cinta pada-Nya.''

''Boss?'' Tergamam Nuh. Tak pernah-pernah Luke memanggilnya boss selama mereka bersahabat.

''Ya.. kau memang boss aku, Nuh. Dari dulu kau tu boss aku.''

Nuh berdecit. Lagi dia tak suka dengan penjelasan Luke.

''Aku tak suka kau panggil nama aku macam tu, Luke.''

''Aku tetap orang suruhan kau, Nuh. Cuma kali ini aku terpaksa jadi orang JR. Bukan pilihan aku, Nuh tapi aku terpaksa.'' Luqman mengendurkan suaranya.

lama tak muncul... hihi

Share this novel

Zahrin Zahra
2021-05-09 20:26:29 

tq update..best ceritanya


NovelPlus Premium

The best ads free experience