Bab 21 : NJ

Romance Series 173919

~I'll survive. Somehow i always do.~

Part 2.

2010.

Kota Kinabalu, Sabah.

Nuh Jazmin.

Itu nama penuhnya. Nama yang diberikan oleh nenek kesayangannya, Diana James. Tapi rata-rata orang mengenalinya dengan nama NJ. Nama yang dikatakan cukup gah. Nama yang membawa simbol kemegahan. Kekayaan. Kekuasaan. Penaklukan.

Di tingkat yang paling atas, NJ bersandar di tepi balkoni bilik 412. Salah satu suite termewah yang ada di Hotel Black Diamond. Hotel Black Diamond merupakan salah satu rangkaian hotel yang terbesar yang ada di Malaysia. Bukan setakat di Malaysia malah juga di beberapa negara Asia yang lainnya. Sebut sahaja nama rangkaian hotel tu, pasti semua orang akan tahu.

Di Sabah sahaja ada 5 buah, itu tak kira lagi yang dibangunkan di Sarawak, Semenanjung Malaysia, Brunei dan Thailand. Itu semua hasil titik peluh keluarganya suatu ketika dulu dan kini hasil keringat itu diwariskan kepadanya pula. Dia jadi jutawan sekelip mata. Dia jadi hartawan ketika usia masih mentah. Dia jadi 'berkuasa' ketika dia masih belum menamatkan alam persekolahannya.

Tapi ada sesuatu yang perlu dibayar untuk dia mendapatkan title itu! Gelaran itu, langsung tidak pernah dia idamkan. Langsung dia tidak suka tapi dia terpaksa terima. Terpaksa dia telan.

NJ berpeluk tubuh, menanti dengan penuh setia perkhabaran dari Luke Sebastian, orang kanannya merangkap sahabat baiknya dan juga orang kepercayaannya. Angin laut negeri dibawah bayu itu sesekali menerpa menyentuh batang tubuhnya yang tidak berbaju

"NJ..." Luke Sebastian menyeru di belakang NJ.

NJ toleh sedikit ke sisi, memberi keizinan untuk Luke melaporkan berita sebelum kembali melontar pandangan ke luar sana dengan kedudukannya masih tegak disitu sambil berpeluk tubuh.

Luke melangkah setapak seraya melaporkan perkembangan terkini yang berlaku di bawah.

"Kau kena turun. Nampaknya kali ni kau kena handle. Dia tetap tak nak buka mulut."

NJ berdesir, ini yang dia tak suka. Cukup tak suka. Dia kalau boleh tidak mahu berurusan tapi kalau Luke Sebastian yang berkata begitu, nampknya dia terpaksa juga 'berurusan'.

"Tetap kunci mulut?" NJ menyoal untuk kepastian, tangannya diletakkan di besi penghadang kaca balkoni.

Luke angguk. Nuh pejamkan mata seketika, terbayang sesuatu yang dinamakan 'kesakitan' dan 'penderitaan', dia mencelikkan mata semula. Mata gelapnya terbias sesuatu. Dia tegakkan kembali tubuh tegapnya lalu bibirnya bergaris sinis. Bibirnya berdesir lalu mengungkapkan satu pertanyaan sinis.

"Aku tak suka tapi dia yang paksa aku kan?"

Luke turut membalas senyuman itu. Juga sinis lalu tanpa disuruh kepalanya dijatuhkan sekali.

NJ berpusing, pandang Luke tajam sebelum menjatuhkn arahan.

"Maklumkan pada JL aku akan jumpa JR dulu sebelum kau bawak aku jumpa dia." NJ melangkah masuk ke ruangan kamar tidurnya.

Luke angguk lalu menekan sejenis alat komunikasi yang melekat dilubang telinganya. Dia sedang menghubungi seseorang untuk memaklumkan arahan yang dijatuhkan oleh NJ.

*            *              *

Seorang pemuda lengkap berpakaian koperat serba hitam mengatur langkah gagah memasukki ruangan lobi bangunan JLC yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu. NJ diiringi Luke Sebastian dan Andy Fernandes sebagai orang kanannya. Orang kepercayaannya. Dibelakang mereka ada 4 lagi lelaki bertubuh sasa lagi tegap yang setia mengekori ke mana jua langkah kaki NJ. Mereka berkhidmat sebagai 'bodybguard' NJ semenjak dari NJ budak hingusan lagi.

NJ majukan langkah tanpa membazirkan masanya. Dia ke sini atas arahan JR. Kalau bukan disebabkan arahan itu tak mungkin dia akan jejak kaki ke sini biarpun dia tahu 'hanya' dia satu-satunya insan yang layak memiliki empayar ini.

Sebaik sahaja kaki mencecah lantai marmar JLC, kakitangan JLC yang sedang berbaris di hadapan pintu masuk utama JLC segera menundukkan sedikit badannya, sebagai tanda penghormatan kepada NJ. NJ hanya mengerling sepintas lalu kepada mereka yang sedang menunduk itu sambil bibir tidak henti-henti dari tersunggging sinis.

'Beli jiwa!' cemuhnya. Dia tahu itu semua pasti arahan dari JR.

Hari ini buat kali pertamanya NJ memunculkan diri di James Legacy Cooperation secara rasmi semenjak dia mengumumkan penglibatannya secara sah dalam The James Legacy. JLC sebuah empayar gah yang diwariskan kepadanya sejak dari dulu dan kini dia akan naik ke tampuk yang sepatutnya tatkala dia genap berusia 18 tahun. Dan hari ini detik itu kunjung tiba. Masa untuk dia menuntut segalanya dari pemangku yang tak sedar dek untung itu.

Setibanya di aras 10 di mana terletaknya pejabat rasmi CEO Datuk Junid Richard, dua orang pengawal yang sedang mengawal di ruangan pintu pejabat itu segera menguak pintu dari luar. Andy Fernandes menoleh sedikit kepada NJ lalu memberikan laluan kepada ketuanya.

NJ melangkah masuk diiringi Andy dan Luke di kiri dan kanannya. Dia menghentikan langkahnya, utuh berdiri di hadapan meja kerja yang tertulis sebaris nama pada plak kaca berwarna keemasan. Luke dan Andy juga turut berhenti menapak.

Datuk Junid Richard atau lebih dikenali dengan nama komersialnya, JR memanggungkan kepala. Dia mengulum sebaris senyuman nipis buat anak kandungnya. Tangan kanan segera mengatup fail laporan yang diterima dari pekerja bawahannya.

"NJ, finally you're here." JR mengalukan kedatangan anak terunanya sebelum bangkit berdiri dari tempatnya.

NJ hanya menjatuhkan sedikit kepalanya, sebagai tanda hormat buat ayahnya.

"Have a sit son." Sambungnya sambil menunding jari ke kerusi di hadapannya.

Sekali lagi NJ angguk. Dia tarik sedikit kerusi itu mendekat lalu melabuhkan duduk. Sebelum melabuhkan duduk, sempat dia melepaskan dua butang kotnya. NJ kerling Luke dan Andy sekilas, keduanya memahami isyarat itu terus meminta diri keluar dari situ.

"So NJ..." JR berbunyi sesudah pintu biliknya dikatup oleh Andy.

NJ menanti, memilih untuk dengar dulu apa yang ingin ditawarkan oleh JR sebelum dia juga menawarkan sesuatu yang lumayan untuk bapaknya.

"On this day..." JR melirih dengan tatapan redupnya buat sang anak sebelum keluar dari ruangan kerja. Dia melangkah perlahan ke dinding kaca besar yang membiaskan satu pemandangan laut biru terbentang luas di luar sana. JR tahu bila berdepan dengan NJ, dia harus berlembut mengambil hati agar NJ akur dengan semua kemahuannya nanti. Bukan susah untuk tundukkan NJ, tapi dia juga tahu... bukan sesenang itu NJ akan tunduk. Dia kenal sangat dengan anaknya ini!

NJ menanti tanpa berbunyi. Menanti watak sinetron yang bakal dibawakan oleh ayah kandungnya kali ini. Dia suka permainan JR. Selama ini pun dia memang suka dengan semua wayang yang dimainkan oleh ayahnya itu.

"NJ, i know today is your birthday." JR menutur perlahan. Matanya terbias sesuatu yang dinamakan kerinduan. Kerinduan kepada mendiang isterinya.

NJ angkat kening, selesa menanti apa yang bakal meluncur keluar dari mulut ayahnya.

"NJ, as long as you know, I will never forget this important date in my life. Because on this date, your mother gave me a very perfect gift. Very precious. And that gift is you. You're a very precious gift that she left for me. You are proof of our love." JR sambung berbicara sambil membalikkan tubuh kepada NJ. Dia mengendurkan air mukanya lalu melangkah setapak demi setapak mendekati NJ. Raut serius anaknya itu ditantang.

NJ diam lagi. Cuba cerna bait-bait kata yang diluahkan oleh JR. Diam-diam dia menarik hujung bibirnya, dia tahu apa konklusinya kepada luahan JR itu tapi sengaja dia memilih untuk pura-pura tidak tahu. Hidup dia dengan perkataan 'pura-pura' itu sudah sebati, jadi apa nak heran?

"Kalaulah Anjelina masih ada, tentu dia bangga punyai anak seperti kau, NJ. Kau segalanya bagi dia." Lagi JR menyambung, gunakan segala yang ada untuk psiko si anak. Dia tahu NJ lemah bila melibatkan dengan mendiang ibunya.

NJ kekal tenang. Dia tahu JR sedang provokasinya. Dengan bersahaja, NJ menyambung kata-kata JR,

"Dan kalau mummy masih ada, tentu mummy juga bangga punyai suami macam kau JR."

JR langsung tergemap dengan balasan NJ. NJ bangkit lalu membaiki sedikit kotnya seraya bertanya,

"Apa tujuan kau minta aku ke sini JR? Hanya untuk itu?" Hujung keningnya ternaik, menagih jawapan yang pasti dari JR.

JR melorek senyuman sinis, nampaknya anaknya makin bijak meneka. Makin peka dengan situasi semasa. JR mengetatkan air mukanya, masa untuk menjatuhkan segala topeng wayangnya. Tak guna lagi nak bermain wayang kalau penonton sudah dapat teka apa kesudahan cerita yang ingin disampaikan.

"Kau tahu apa yang aku mahu NJ?" Suara JR berubah serius. Berbalas tenung dengan si anak.

"Sebab aku dah cukup 18 tahun?"

JR angkat kedua belah bahu bagaikan langsung tiada salahnya dengan tekaan NJ.

"Aku akan bagi apa yang kau mahu tapi dengan 1 syarat. Syaratnya JLC perlu sama seperti asal. Sama seperti yang dipersetujui oleh ahli lembaga pengarah pada tahun 2000 tanpa satu pun berubah."

Sekali lagi JR terdiam. Dia memicingkan matanya.

"Apa maksud kau NJ? Apa yang sudah aku ubah hah?" Ternaik satu takuk nada JR, tercabar dengan anaknya sendiri.

"Kau tahu apa maksud aku JR. Kalau kau tak faham, tak apa. Nanti bila tiba masanya kau akan faham."

Sekali lagi JR memicingkan matanya, cuba menghadam maksud tersirat kata-kata NJ itu. Tiba- tiba matanya meluas, hatinya terbersit sesuatu.

"Kau tahu apa yang aku buat di belakang JLC, NJ?" tebaknya.

Giliran NJ pula menjongket kedua belah bahunya.

"Ada yang aku perlu tahu ke JR?"

JR menghempas nafas deras. Nampaknya lubang sudah pecah! Parah!

Bila JR tidak berbalas, senyum sinis tidak lekang dari ulas bibir NJ. Tak lama kemudian, dia melangkah keluar dari situ meninggalkan JR yang tengah tahan geram dengannya.

*           *            *

Usai bertemu muka dengan JR, Luke dan Andy mengiringi NJ ke Hotel Black Diamond. Empat pengawal peribadi yang diupah oleh JR untuk pengawasi pergerakan NJ turut membuntuti setiap langkah NJ.

Setibanya NJ di penthouse mewah miliknya, hanya Andy dan Luke sahaja yang dibenarkan masuk ke kediamannya. Lagi empat lelaki yang berbadan tegap itu diarahkan meninggalkan penthousenya walaupun setiap arahan NJ tidak pernah dituruti oleh mereka berempat. NJ sebenarnya rimas bila pergerakannya dikawal rapi 24 jam tapi apa dia boleh buat, ini semua demi keselamatannya.

"NJ, macam mana sekarang?" soal Andy sebaik sahaja mereka tiba ruang tamu. Tidak sabar untuk tahu apa hasil dari pertemuan dua beranak tadi.

NJ diam dahulu. Cuba menyusun strategi yang lebih sistematik untuk mendapatkan maklumat mengenai apa yang dicari selama ini.

"JR sudah tahu yang aku sudah tahu apa kerjanya dibelakang JLC." 

Mata Andy dan Luke meluas.

"Maksud kau? Kau bagitahu JR, NJ?" Luke deras mencelah.

NJ tarik hujung bibirnya.

"Ada beza bila dia tahu yang aku sudah tahu atau pun tak Luke?"

Luke mendengus.

"NJ, kau pun tahu tak sepatutnya JR tahu kita sudah tahu semua kerja dia NJ. Nanti dia akan fikir kita sudah siasat semua kerja dia!" Luke membantah. Berang dengan keputusan NJ yanh tak sepatutnya membiarkan rahsia mereka pecah kepada JR.

"Luke... kau sabar. Kau tahu kenapa aku bagitahu dia?" NJ menyoal Luke, dia mahu Luke tahu apa rancangannya selepas ini.

Luke angkat kening.

"Aku mahu join JR."

Rahang Luke dan Andy jatuh.

"NJ, apa maksud kau hah? Kau nak join JR? Kau nak join kerja-kerja dia? Kau dah kenapa NJ?" Bertalu-talu Luke menyerang NJ. Dia tidak faham kenapa NJ perlu terjun ke dalam curam itu sedangkan mereka tahu NJ perlu menghindari dari terjerumus dari lorong hitam itu.

"Luke, kau rasa dengan cara selama ini dia besarkan aku hanya untuk take over JLC saja?"

Luke terdiam. Andy yang hanya selesa mendengar sahaja sejak dari tadi juga terdiam.

"Kau tak rasa one day dia juga akan heret aku join kerja-kerja dia, Luke?" tebak NJ lagi. Ini yang ditakutkan sebenarnya. Paling yang dia takutkan bila sampai masanya, JR memaksa dia menurut segala perintah dan telunjuknya seperti yang dilakukan selama ini. Jadi, sebelum perkara itu terjadi, dia mesti menyelamatkan diri dan keadaannya. Dia tidak mahu JR jadikan dia kambing hitam seperti yang dilakukan kepada yang lain.

"Jadi maksud kau, kau lebih rela join group dengan rela hati dari dipaksa join?" tebak Luke, sudah dapat tangkap apa yang dirancangkan oleh NJ.

NJ angguk.

"Kau bukan sesaja nak join kan?" Luke menyambung lagi, kali ini disertakan dengan satu senyuman sinis.

"Bingo!"

_______ note _______
~~~Part 2 bukan kesinambungan part 1 tapi kisah part 2 ini kisah NJ sebelum berjumpa Nia di part 1.

~~~Part 1 ada 20 bab, part 2 juga ada 20 bab. Lpas ending bab 2 baru akan masuk sambungan part 1. Part 3 dimana bersambung semula kisah Nuh berjumpa Nia.

~~~ Pening? Tak pe.. nanti lama-lama akan faham. InsyaAllah. Tq yg mana sudi menanti dan baca.

Sila baca note ya. Tq semua yang sudi baca n menanti kisah NJ. Ini Kisah Kita. Tq to all the readers. NJ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience