Bab 23 : NJ

Romance Series 173919

~Setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan.~

"Kau jaga dia baik-baik Andy," pesan NJ lagi.

Andy mengangguk, sudah muak telinga dengar perkara yang sama tapi dia iyakan saja sebab dia tahu bukan mudah untuk NJ berpisah dengan Kesuma samentelah pula mereka baru sahaja dipertemukan semula selepas 6 tahun terpisah.

"Kau jangan risau NJ. Aku akan jaga dia elok-elok macam aku jaga ibu aku. Lagipun aku sudah anggap aunty Diana sama seperti nenek ku juga bah."

"Okay. Aku percayakan kau, Andy.  Jadi jangan sesekali kau musnahkan kepercayaan aku pada kau. Sampai sana kau terus kasi tahu aku. Nyawa nenek aku, di tangan kau sekarang."

"Ya... ya... NJ. Aku faham, kau jangan risau. Kau di sini baik-baik juga ya? Ada apa-apa,  kasi tahu aku. Kau pun sama Luke. Jaga NJ elok-elok." Andy berpaling sedikit kepada Luke yang setia berdiri di sebelah NJ.

"Ya Andy. Kau jangan risau. Kau dan Aunty Diana, baik-baik sana." Luke membalasnya.

Andy mengangguk lagi. Kesuma peluk cucunya. Tudung yang sudah herot tidak dihiraukan, apa yang penting hatinya sebu. Sekali lagi dia perlu berpisah dengan NJ dan bezanya kali ini, sungguh jauh dia akan melarikan diri iaitu ke negeri Pahang Darul Makmur. Tak apalah, dia redha andai ini yang terbaik untuk keselamatannya.

"Jom Aunty Diana. Sudah tiba masanya kita check in." Andy mencelah.

NJ dan Kesuma meleraikan pelukkan.

"Nanti bila tiba masanya, Nuh akan jumpa nenek. Janji dengan Nuh, nenek akan kuat dan bertahan untuk lihat aku berjaya rampas balik hak kita."

Kesuma mengangguk. Tangan kasarnya menepuk pipi cucu tunggalnya. Mata cantik itu ditatap sekali lagi, bagaikan inilah kali terakhirnya dia mampu melihat tatapan indah itu.

"Nenek sayang kamu. Kamu pun janji sama nenek, jaga diri baik-baik.  Bila kamu dah cukup 'rasa' untuk fight, let's fight together."

NJ mengangguk yakin. Tangan neneknya di cium lagi. Dia akan rindukan tangan kasar ini. Tangan wanita yang sudah banyak berkorban untuknya demi menjaminkan keselamatannya. Dia akan sentiasa ingat jasa neneknya!

Sekali lagi pengumuman kedengaran menandakan sudah tiba masa untuk kesemua penumpang pesawat Air Asia dari Kota Kinabalu ke KLIA masuk ke balai pelepasan. Kesuma mengekori Andy dari belakang selepas NJ melepaskan pelukan mereka. 

'Selamat tinggal semuanya. Selamat tinggal kenangan disini. Aku akan catatkan segala kenangan di sini sebagai kenangan yang terbaik yang pernah aku ada.' Suara hati Kesuma berkata.

*                 *                  *

_Kami sudah selamat tiba di KLIA._    ~Andy.

_Okay Andy. Nanti kau bawakan terus dia ke rumah perlindungan. Macam yang kita plan._ ~NJ.

_Oraite boss. Don't worry aku akan handle dia dari sini._   ~Andy.

NJ menyimpan telefonnya sebaik sahaja baca mesej dari Andy. Syukur. Selesai satu masalah yang melibatkan orang kesayangannya. Kalau boleh buat masa sekarang dia mahu jauhkan orang-orang yang dia sayang dari JR. Mujurlah pertemuannya dengan Kesuma tempoh hari tidak berjaya dihidu oleh JR. Kalau JR tahu, tak mustahil sekarang ni nyawa Kesuma sudah melayan dan dia tidak akan benarkan perkara itu terjadi lagi. Dia tahu taktik  apa JR akan kenakan dia, jadi sebelum itu terjadi ada baiknya dia elakkan dulu. JR akan gunakan orang-orang yang dia sayang untuk terus ugut dia sebagaimana lelaki itu pernah buat kepada arwah ibunya.

"Sekarang apa yang kau mahu buat, NJ?" tanya Luke Sebastian.

''Ini bukan masanya untuk aku fight dengan dia.'' Hanya itu jawapan NJ.

Luke mengangguk faham. NJ masih terlalu muda untuk berdepan dengan singa seperti JR. Sekurang-kurangnya NJ perlu bersiap siaga terlebih dahulu sebelum menempuh medan pertempuran.

''Aku rasa buat masa sekarang, aku nak pergi jauh dari sini Luke. Nanti kau tolong uruskan pemohonan aku untuk masuk U. Tak perlu kau nak 'recommend'kan aku U di oversea. Aku ndak mahu. Aku cuma mahu U yang biasa-biasa ja. Standard dengan taraf orang biasa. Aku mahukan enviroment baru, free from JR. Aku ndak mahu orang kenal aku sebagai pewaris James atau The True Heir of Black Diamond. Cukuplah nanti orang kenal aku dengan nama Nuh Jazmin. Aku ndak mahu orang panggil aku, NJ lagi. Aku sudah muak!"

Luke terdiam seketika, cuba menghadamkan permintaan yang baru dipinta oleh NJ. Permintaan yang biasa-biasa saja tapi bila ianya keluar dari mulut seseorang yang bernama Nuh Jazmin anak kepada Datuk Junid Richard, ia kedengaran sesuatu yang agak luar biasa.

''Kalau JR ndak bagi? Kau pun tahu dia tak akan izinkan kau jauh dari dia, NJ.'' Luke menyoal setelah maklumat itu dicerna elok oleh otaknya.

Itulah hakikatnya, JR tidak akan membiarkan NJ jauh darinya. NJ dihantar ke sekolah berprestij di sini tapi segalanya tetap diawasi. Rata-rata dipasang spy supaya NJ tidak bertindak melarikan diri atau berhubung dengan sesiapa yang mencurigakan. Dia sebagai kenalan rapat NJ tahu NJ tersiksa dan rimas dengan keadaan itu tetapi NJ hanya diam, tidak protes. Menurut saja tapi itu bukan bermakna dia mengiyakan tapi dia bimbang kalau JR bertindak gila. 

Gilanya JR itu pernah sepak teranjang ibu NJ depan mata NJ sendiri. Pernah juga JR mencekik ibu NJ sampai biru muka wanita menawan itu hanya kerana cemburu buta. JR juga pernah pukul Angelina sampai wanita itu terpaksa dimasukkan ke hospital kerana kecederaan yang agak serius. Sejak itu Angelina mengalami depresi yang agak teruk.

''Aku akan cuba slow talk dengan dia. Kalau Jaz, dia boleh hantar belajar jauh, kenapa aku tak boleh?''

Luke tarik hujung bibirnya sedikit.

''Jaz tu lain dri kau, NJ. Jaz tu anak kesayangan dia sama perempuan tu. Dan kau, kau tu anak dia dengan pewaris Legacy James. Dia takut kalau kau upah PI untuk investigated segala kegiatan dia.''

Dengar omongan Luke, Nuh mengorak satu senyum sinis.

''Takut? Takut segalanya terbongkar lepas apa yang dia buat pada keluarga aku? Aku bukannya bodoh la Luke... yang boleh terima segalanya dengan hati yang terbuka. Aku bukannya bodoh untuk terima bulat-bulat apa yang polis-polis tu bagitahu aku. Semua polis yang handle case family aku dulu, semuanya dibayar. Bukannya aku tak tahu. Aku mungkin budak lagi masa tu, tapi aku bukannya bodoh untuk percaya bulat-bulat setiap kata-kata diorang!'' Ada dendam kesumat disebalik suara NJ itu. Urat disekitar lengan kekarnya timbul dengan jelas saat NJ mengepal penumbuknya. Sudah terlalu lama dia memendam rasa dendam di hati. Selama ini NJ memberontak dalam diam, tidak tahu mahu meluahkan kepada siapa. Hanya kepada Luke dan Andy saja Nuh berani bersuara. Cuma semenjak kebelakangan ini saja NJ mula mengaturkan strateginya.

Wajah serius NJ ditatap oleh Luke. NJ yang baru berumur 18 tahun itu sudah memikul satu tanggungjawab yang besar lagi berat. Dikala usia yang masih muda, NJ itu sudah merasai kehilangan orang-orang yang dia sayang. Mula-mula datuknya meninggal dalam kemalangan ngeri, kemudian diikuti dengan mak ciknya yang ditemui mati dipercayai diracun, dan yang paling tragis adalah ibu kandungnya. Ibu NJ ditemu mati lemas di dalam kolam renang. Polis percaya ibu NJ mati akibat dari pengaruh alkohol yang agak keterlaluan dan semasa kejadian, mendiang ibu NJ terjatuh ke dalam kolam renang lalu meninggal dunia. Semenjak kematian mereka, hanya nenek NJ  sahajalah tempat untuk NJ bermanja dan mencurahkan kasih sayang sebelum JR merampas NJ dari penjagaan neneknya itu. NJ memberontak, tapi tak lama kemudian, NJ mendapat berita palsu berkenaan kematian Kesuma. Akhirnya NJ tunduk saja apa kehendak JR. 

''Jaz, bila dia akan balik sini? Sudah lama aku tak jumpa dia.'' Nuh melencong topik malas mahu fikirkan tentang dendamnya kerana belum tiba masanya lagi. Cukup segala bukti, satu persatu tidak akan terlepas dari terima pembalasannya.

Jaz atau nama penuhnya Jazriel Richard bin Junid Richard. Anak kepada JR dengan isteri keduanya, Datin Rossie. Mereka berkahwin di saat ibu NJ sedang menderita depresi. Alasan JR kerana Angelina suda tidak mampu melayannya lagi. Hasil perkahwinan mereka itulah lahirnya  Jazriel dan Jiihan, sepasang kembar. 

''Lagi dua bulan NJ.''

''Emm... Luke nanti kau settlekan pemohonan masuk U tu ya. Nanti yang lain-lain aku akan settle sendiri dengan JR.''

''Okay NJ.''

*              *             *

''Why?'' tegas suara itu bertanya tapi NJ tetap teguh berdiri ditempatnya. Jarang-jarang sekali dia menunjuk muka di Villa Rossie ini. Bukannya dia suka sangat balik ke sini. Dia lebih suka menginap di Hotel Black Diamond saja dari balik ke rumah ini.

''I asking you, NJ... Why?'' Sekali lagi suara itu meyoal dengan penuh tegasan. NJ angkat muka, pandang ayah kandungnya dengan perasaan sebal. Datin Rossie yang ada di situ, dia kerling sekilas sebelum menjawab soalan JR.

''Aku perlu belajar. Aku tak mintak JR hantar aku ke oversea macam Jaz dan Jii. Cukup lah kalau kau izinkan aku belajar di Malaysia saja. Aku juga perlu belajar macam Jaz dan Jiihan.'' NJ karang alasan terbaik.

''Why must you compare yourself with my child?'' Datin Rossie mencelah.

NJ kalih pandangan. Dari pandang JR, dia halakan kepada Datin Rossie. Wanita ular ini cukup bijak memainkan peranannya sebagai 'ubat penenang' kepada JR. Dari dulu lagi NJ cukup tidak sukakan wania itu. Dulu, Rossie itu cuma setiausaha JR tapi entah bila mula berani temankan bossnya sampai ke tahap teman dalam bilik hotel, jadi apa maknanya itu?

''Jaz and Jii, kamuorang boleh hantar dia study oversea, kenapa aku tak boleh?'' Beranikan diri NJ menyoal JR.

''Nanti aku akan uruskan tentang study kau tu. Aku akan mintak Nickholas uruskan. Nanti aku akan carikan kau u yang terbaik untuk pewaris JLC.'' JR bagi jawapan setelah memikirkan sesuatu.

''It's okay, JR. Aku sudah pun uruskan semuanya. Aku cuma minta izin dari kau saja. Nanti aku belajar di Selangor saja.'' Deras NJ menghalang, dia tidak mahu JR masuk campur urusannya lagi. Cukuplah selama ini.

''Kau sudah merancang tanpa tanya aku dulu, NJ?'' sergah JR, tidak senang hati.

''Kalau ikutkan hati aku, aku ndak mahu kasi tahu kau langsung, JR. Tapi sebab aku masih ada rasa hormatkan kau sebagai ayah aku, jadi aku minta izin kau jua.''

''Is there still respect? Shameless.'' Datin Rossie menyampuk. Perlahan namun sampai jua ke telingan NJ. Tajam dia menjeling NJ.

''Why must I? you should ask yourself. I think you know better.'' Bidas NJ. Kertap gigi.

Datin Rossie ternganga tidak percaya NJ mampu membalasnya. Biasanya NJ lebih suka diam dari berkata-kata, lebih-lebih lagi bila berdepan denagan JR.

''Kau jangan kurang ajar dengan ibu kau, NJ!''

''Just a stepmother!'' NJ membalas tajam sebelum angkat kaki dan terus berlalu keluar dari Villa Rossie lepas menyampaikan apa hajatnya.

''Do you see what he does? Dia dah macam perempuan tu juga! So, apa yang sayang nak buat sekarang ni dengan budak tu?'' Datin Rossie dekati suaminya lalu membelai-belai dada bidang lelaki itu. Menggoda selagi boleh. Dia suka melihat NJ tersiksa dengan apa yang suaminya telah buat kepada anak tirinya itu. Anggap saja itu balasan buat Angelina sebab sudah merampas JR dari dia dulu.

JR menggosok-gosok dagunya, merencanakan sesuatu yang tak mungkin NJ boleh tolak.

*         *          *

Luke Sebastian bergegas berlari ke tempat kejadian sebaik sahaja mendapat satu panggilan telefon menyatakan ayahnya, Alan Sebastian terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika pulang dari kediaman JR. NJ yang kebetulan ada ditempat Luke semasa temannya itu mendapat panggilan telefon, turut bergegas mengekori Luke.

Luke terkaku ditempatnya sebaik sahaja sampai di tempat kejadian bila melihat kereta yang selalu dipandu ayahnya remuk merepuh pembahagian jalan. Kakinya longlai nasib baik NJ ada tolong pegang bahunya, memberikan sedikit kekuatan dan semangat untuk dia terus mendekati ayahnya. Melihat kepada keadaan kereta yang teruk itu sukar untuk Luke membayangkan bagaimana keadaan ayahnya selaku pemandu. 

Bunyi siren bomba dan ambulans sayup-sayup saja di corong telinga, tidak jelas. Semuanya bagaikan tenggelam dalam kepekatan malam dan hilang disebalik bunyi hujan yang turun dengan lebat. Telinganya bagaikan tidak dapat menangkap segala bunyi itu, hanya mata saja difokuskan pada objek di depan matanya.

Ayahnya. Beberapa anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan tubuh ayahnya yang tersepit itu. Mata Luke merembeskan lagi air mata tatkala melihat raut tua ayahnya yang makin penat dan pucat, menahan sakit. Sungguh belas dia melihat wajah tua itu. Ada air mata mengalir di hujung pelupuk mata itu. Kedengaran raungan kuat dari ayahnya, NJ segera memegang kedua belah bahu Luke untuk menghalang Luke dari terus merembuh anggota bomba yang sedang melakukan kerja-kerja menyelamat. Mulut NJ tidak berhenti dari meminta sahabatnya itu bertenang dan memberikan ruang untuk anggota bomba melakukan tugas mereka.

Lima belas minit, Alan Sebastian berjaya dikeluarkan. Keaadaan kaki yang tersepit itu agak teruk keadaannya, lelaki tu mengalami pendarahan yang agak serius. Alan diberikan rawatan kecemasan sebelum ditolak masuk ke dalam ambulans. Luke dan NJ ikut serta masuk ke dalam ambulans. NJ sempat menghubungi beberapa orang bawahan JR untuk memaklumkan keadaan Alan.

''Luke....'' Sempat telinga Luke mengesan suara halus ayahnya memanggil namanya cukup perlahan.

Luke merapati ayahnya dan mengenggam erat jari-jemari ayahnya.

''Luke ada bapak. Bapak jangan banyak cakap. Bapak kena simpan tenaga bapak. Sekejap lagi kita sampai hospital. Bapak sabar dulu ya..''

Ayahnya menggeleng perlahan.

''Luke... jaga adik-adik baik-baik ya. Jaga NJ... dari JR. Bawa dia per..gi ja..uh dari si...ni...''

''Pakk.. jangan cakap lagi. Sabar pak, sekejap lagi kita sampai hospital.''

''Ma..afkan bapak Luke. Bapak sa..sayang kau dan adik-adik. Bapak sa... sayang NJ. Kau jaga diri elok-elok, Luke. Jangan ting..galkan.. Nuh...''

''Pakk... tolong, aku rayu pak.. jangan cakap lagi.'' Luke menerkup wajahnya di tangan ayahnya. Takut. Takut andai inilah kali terakhir dia boleh bersama ayahnya.

Alan menarik satu nafas kasar dan dalam. Makin suntuk masanya. Dia tahu pengakhirannya kian mendekat. Luke makin menangis. Satu hakikat yang dia tidak mampu menidakkan, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Perit dan pedih. NJ turut bermuram, dapat merasai kesedihan yang dirasai oleh teman baiknya itu.

''Lu..ke... janji dengan bapak...'' Sekali lagi Alan berusaha meminta walaupun sangat payah dan sakit.

''Ya pak, aku janji... aku janji akan ikut semua yang bapak pesan.'' Akhirnya Luke membalas. Menjadikan permintaan ayahnya itu satu 'wasiat' yang dia wajib patuhi suatu hari nanti.

Tangan Alan dalam genggaman Luke sudah terkulai jatuh. Luke terkedu. NJ juga terkedu. Kini Luke kehilangan satu-satunya orang tu terpenting dalam hidupnya. Orang yang selama ini ada ketika susah dan senangnya. Yang banyak memberikannya didikan, teguran, nasihat dan ajaran yang selayaknya.

NJ turut merasai kehilangan. Meninggalnya ayah Luke atau lebih mesra dipanggil Pak Alan turut meratap jiwanya. Sekali lagi insan terpenting dalam hidupnya pergi meninggalkannya. Pak Alan banyak memberinya nasihat supaya terus kekal dalam keluarga JR. Katanya Pak Alan suatu hari nanti NJ pasti akan dapat apa yang patut dia perolehi selama ini cuma kuncinya adalah kesabaran. Pak Alan juga banyak membantunya dalam mencari bukti-bukti kegiatan ayahnya. Tetapi kata Pak Alan belum tiba masanya untuk NJ bangkit melawan JR.

*                      *                      *

3 Bulan kemudian.

Jesselton Point.

NJ dan Luke Sebastian duduk di salah satu bangku yang disediakan di kawasan rehat dan terbuka di Jesselton Point. Masing-masing duduk menghadap laut, menikmati pemandangan laut yang membiru dan mempersonakan.

''Minggu depan kau dah bertolak nak pergi U. Tinggal aku sorang-sorang jelah kat sini.'' Luke bersuara memecah kesepian antara mereka.

''Apa kau nak buat lepas ni Luke?'' tanya NJ pula. Sudah sedia maklum selepas ini Luke akan mengambil alih tugas kedua orang tuanya untuk menjaga kedua adiknya, Nadine dan Sophie. Kesian mereka masing-masing  masih kecil tapi sudah bergelar anak yatim piatu. Nadine itu baru sahaja berumur 10 tahun dan Sophie pula 12 tahun. Belum kenal erti sebuah 'kehilangan'.

''Aku rasa lepas ni aku nak cari kerja. Kerja biasa-biasa pun ndak apa. Janji boleh sara adik-adik aku," balas Luke. Tugasnya sebagai 'shadow' NJ akan berakhir sebaik sahaja Nuh melangkah ke sana. Itu perjanjian antara dia dan NJ dulu ketika NJ buat keputusan untuk melanjutkan pengajiannya. NJ tidak mahu lagi diekori dan diawasi 24 jam seperti dulu. Dia mahukan satu kehidupan yang biasa-basa saja tanpa kebebasannya disekat.

''Aku ni nak cari kerja yang elok-elok sikit, aku ndak ada lulusan tinggi sangat NJ. Setakat SPM tu, apalah yang aku dapat. Kalau dulu aku masuk kemahiran tentu aku dah boleh gunakan kemahiran tu kan?''

''Ala Luke... kau ni ilmu tu bila-bila masa boleh dicari. Dari dulu lagi aku mintak kau sambung study kau, aku boleh tanggung kau tapi kau tu yang ndak mahu. Kau sanggup tak masuk U sebab kau nak jaga aku. Bukannya kau tak tahu Luke.''

''Aku berpegang pada janji aku pada bapak aku, NJ. Bapak nak aku setia dengan kau sampai kita tua bersama.''

''Tapi aku ndak mahu macm tu Luke. You should have your own life like everyone else. And me too.''

Luke diam dan NJ juga. Masing-masing membisu sehinggalah terdengar satu suara dari meja sebelah,

''Abang... can i play my violin here?'' Suara seorang budak perempuan dari meja sebelah kedengaran.

Kuatnya suara itu sehinggalah beberapa pengungjung yang ada di situ selain Nuh dan Luke tertoleh-toleh kepada mereka berdua. Macam hubungan adik beradik, abang dan adik.

''An-jell nak mainkan violin kat sini? tempat ni ramai orang la An-jell. Kita cari tempat lain boleh?'' Suara si abang pula kedengaran.

NJ menoleh kepada mereka berdua. An-jell? Wow... the unique name.

''No. I want to play the violin here. Here a lot of people then they will love it.'' Si budak perempuan keci itu membangkang cadangan si abang.

NJ mengamati lagi, segi pakaian dan slanga bahasa yang digunakan, menunjukkan yang mereka berdua bukannya datang dari sini. Sedikit sebanyak mencuri tumpuan NJ dan Luke.

''Are you sure they will love it, An-jell?'' tanya si abang pula, mencabar si adik.

Si adik beria mengangguk.

''This is not London, An-jell. Not all places can do the same thing.'' Abangnya berkata lagi. Cuba memujuk si adik.

''But... kita boleh tanya orang dekat sini kan?''

Si abang berkerut dahi. Nak tanya orang kat sini? Matanya pandang kiri dan kanannya,  antara yang terdekat dengan mereka adalah dua orang pemuda yang sedang menghala pandangan kepada mereka berdua. Dia mengorak senyuman nipis sambil mengangguk, cara menegur dengan bahasa sopan.

NJ perhatikan saja gelagat si adik yang beria-ria meminta izin abangnya. Ada violin case berwarna biru di atas meja. AN-JELL, itu yang ditulis di atas violin case itu.

''Wait...'' Si adik melompat turun dari kerusinya tanpa sempat abangnya menghalang. Laju saja kaki adiknya merapati meja NJ dan Luke.

''Excuse me uncle... may i ask you something? Do you like music'' tanyanya terus kepada NJ.

NJ dan Luke sedikit tergamam dengan tindakan berani budak perempuan comel itu.

''If you don't mind, can i play you a song?'' tanya si dia berani lagi sambil mengerdipkan matanya berkali-kali. Comel.

''An-jell!!'' jerit si abang pantas berlari mendapatkan si adik.

''Sorry-sorry... adik saya ni nakal sikit,'' ujar si abang sambil menarik tangan adiknya. Memohon maaf atas perbuatan adiknya. Si adik mula mencebik bibir.

Nuh megangkat tangan. Kesian pula dia dengan si adik tu yang sudah mencemik itu.

''No.. no.. It's okay. Hi beautiful, can you play a song for me?" NJ cuba memancing semula, tak betah lihat wajah comel itu mengendur.

Dengar saja permintaan itu, mata si comel itu bersinar, teruja lalu dia melompat kegirangan.

"Sure. Do you like 'My Heart Will Go On' by Celine Dion?"

"Of course I like it. Do you want to play that song?"

Si gadis kecil itu mengangguk berulang kali. Senyum tidak lekang dari ulas bibirnya.

"Okay... just go ahead."

Dia tersenyum lagi sebelum berlari ke mejanya. Segera dia capai violin case lalu membukanya. Violin jenama Yamaha, berwarna brown itu dikeluarkan. Diletakkan hujung violin di atas bahunya dan sebelah lagi memegang bow. Tidak sabar. Si dia memandang abangnya sambil tersenyum, ada kepuasan di wajah itu. Si abang mengangguk, memberikan isyarat supaya adiknya itu memulakan persembahannya. Si adik mula menggesek violin kesayangannya.

Satu muzik instrumen dihasilkan tanpa ada nyanyi. Sungguh mengusik jiwa NJ dan Luke yang sama-sama sedang menanggung kerinduan pada seseorang yang sangat jauh. Bukan sahaja mereka berdua tapi hampir ke semua pengunjung yang ada disitu turut tenggelam dalam emosi 'My Heart Will Go On'.

3 minit berlalu, satu tepukan diberikan kepada si comel yang berumur 10 tahun itu. Anak kecil yang bernama An-jell itu senyum lebar, puas hati dapat menghiburkan pengunjung yang ada di kawasan beristirahat Jesselton Point. Lalu anak kecil itu menundukkan sedikit badannya tanda terima kasih atas tepukan yang diberikan.

"Wow... brilliant!" jerit NJ sambil menepuk tangan. Si comel itu menghampiri meja NJ dan Luke. Abangnya juga ada di situ.

"Thanks uncle."

"What you name, pretty girl?" Luke pula bertanya.

"An-jell."

"Not that's name An-jell... Your true name.." Abangnya mencelah. Si adik mencebik bibir.

"Nia. Nia Jasmine. Uncle can call me, Nia."

"Wow... almost same as my name. My name, Nuh. Nuh Jazmin."

"Wahh kebetulan jumpa nama hampir sama ni. Muslim?" tanya si abang pula. Teruja.

NJ dan Luke menggeleng.

"Oh, Sorry-sorry. So, i'm Khalil. Khalil Fayyad." Mereka saling berjabat tangan.

"I'm Luke. Luke Sebastian."

Khalil mengangguk.

"Nice to see you here Khalil and... NJ." NJ mengosok kepala Nia mesra.

"NJ? Why uncle?" Nia mengerut kening, pelik.

"Short name Nia Jasmine dan Nuh Jazmin,  so it should be NJ, right baby girl?"

"Yeay.. you are right Uncle." Makin lebar senyuman Nia.

Keghajinan dtg lagiiii... enjoyyyy tq to all the readers. NJ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience