Bab 16 : NJ

Romance Series 174928

~Only a monster can deal with another monster.~

Sekali lagi tepukan bergema selesai sahaja Nia melakukan persembahannya secara solo. Lagu yang dipilih berjudul Bunda nyanyian dari Melly Goeslaw, penyanyi popular dari negara seberang. Nia cuma menggesek violin tanpa nyanyian tapi itu sudah mampu mencuri tumpuan seluruh dewan terpaku padanya.

Bunda. Lagu yang sangat meruntun jiwanya. Terbayang wajah arwah ibu yang silih berganti dengan wajah mamanya. Dua wanita hebat yang kuat berjuang deminya. Kekuatan dan kata-kata semangat dari abang yang jauh di perantauan juga sedikit sebanyak membuatkan tumpuannya seratus peratus diberikan ketika persembahannya tadi.

Nia tundukkan sedikit badannya tanda mengucapkan terima kasih di atas tepukan gemuruh itu sebelum meminta diri untuk keluar dari pentas utama. Nia merapati Zaen dan beriringan keluar dari pentas.

"I already told you, Nia. You can do better than our training!" Zaen disebelah bersorak kegembiraan dengan keberanian yang ditonjolkan oleh Nia. Dia sangat berbangga dengan gadis ini.

"Terima kasih pada abang Zaen and our team sebab yakin dengan Nia. Nia takut juga tadi kalau tiba-tiba jadi sumbang. Mesti malu besar kita." Nia tersenggih malu bila Zaen Haidar melebihkan dia dari yang lain sedangkan mereka juga melakukan yang terbaik tadi.

"Nope, Nia. Nia memang dah buat yang terbaik. Nia memang berbakat besar. Abang Zam tetap bangga dengan Nia." Uzzam mencelah, turut mengagumi bakat yang ada pada Nia.

"Sayang kalau Nia tiba-tiba nak slow down bakat Nia tu," sampuk Baihaqi pula. Sudah sedia maklum sebelum ini, Nia ada menyuarakan hasratnya untuk 'slow down' segala aktiviti muzikalnya dan akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajarannya sehingga tamat persekolahan.

"Betul tu.. abang setuju apa yang Bai cakap. Apa kata kalau Nia just berehat sekejap? Habis PT3 nanti, Nia join balik group kita?"

"Bukan Nia tak nak abang Zaen, abang Bai... Nia cuma tak nak hilang fokus pada study."

Zaen angguk, sudah tahu tentang hal. itu. PT3 sudah semakin hampir.

"OK fine. Abang tak paksa Nia join sekarang. Tapi lepas habis PT3, Nia join group kita balik... okay kan?"

"Yelah-yelah Nia join. Tapi nanti apa plan kita?" Nia mengalah akhirnya. Terpaksa berjanji kerana tidak mahu menghampakan Zaen Haidar dan yang lain walaupun dia sudah berbincang dengan abah mengenai perancangannya untuk slow down karyanya. Tapi kalau dia beritahu abah tentang topik ini mesti abah juga mengerti dengan keputusannya.

"Apa kata, lepas ni kita try cover lagi banyak lagu? Mana lah tahu dengan cara tu, kita boleh ketengahkan bakat yang ada pada Nia." Uzzam mengemukakan cadangan.

"Ehh dah kenapa Nia pulak ni?" Nia mengerut dahi.

"Sebab sekarang ni dah banyak violist buat YouTube Channel dengan cara diorang cover lagu-lagu hits terkini. I think kita pun boleh buat macam tu.. Macam mana guys?" Zaen mengemukakan pendapatnya. Niatnya cuma satu, mahu ketengahkan bakat yang ada pada Nia. Sayang kalau tak dihargai dan digilap.

"Aku rasa idea tu, brilliant!" Tepuk tangan Uzzam teruja, setuju dengan cadangan Zaen.

"What do you think, Nia?" Fakhrul pula bertanya kepada tuan badan yang sedari tadi hanya tayang muka blur.

Nia masih lagi terpinga-pinga. Kenapa mereka beria-ria sangat ni?

"Nia?" Fakhrul menanti jawapan Nia. Bukan setakat Fakhrul tapi yang lain juga.

"Nia rasa kita kena discuss balik benda ni dengan abah. Tanya pendapat abah. He knows better than me," jawab Nia. Semestinya jawapan abah nanti akan menentukan hala tuju hidupnya.

"Sure Nia." Fakrul membalas kemudian. Yang lain juga mengerti.

*               *               *

"Lawa gila kot budak perempuan tu tadi." Satu suara berbunyi di telinga Nuh datang dari meja sebelah.

Nuh pancing telinga untuk mendengar dengan lebih jelas. Budak perempuan tadi? Tak payah cakap siapa pun dia dah tahu. Budak perempuan itu, dah tentu-tentunya Nia Jasmine yang dimaksudkan.

Nuh mendengus. Bukannya dia tak perasan tadi kebanyakkan wajah lelaki yang ada dalam dewan ini bagaikan bercahaya, masing-masing tak berkelip mata ketika melihat Nia membuat persembahan tadi. Ada yang bersiul, ada yang merakam gambar. Ini yang dia tak suka!

"Siapa budak tu tadi? Pandai betul dia main violin. Terpukau habis satu dewan." Suara nombor dua pula menyampuk mematikan Nuh dari terus teringatkan perihal Nia.

"Ada ke dalam dewan ni family members dia? Tak sabar ni nak berkenalan dengan bakal mertua ni." giat suara ketiga disertai dengan gelak tawa dari teman-temannya yang lain.

"Amboi kau bercakap macam tak ingat kat Waheeda ye?" Suara nombor dua menegur si nombor tiga.

'Waheeda? Emm...' Nuh terasa berasap lubang telinga tapi tetap tidak diendahkan.

"Alah relaks lah... Bukannya serius pun, setakat dapat nombor telefon pun dah okay. Cari spare parts dekat sini sorang. Kat sana dah confirmed aku dapat, kat sini sekadar menghilangkan stress study. Enjoy la, muda lagi kot."

"Nanti kalau dah dapat, boleh la share sikit dengan members weii."

"Tak de hal la bro. Ni Ben la.. janji aku dapat apa yang aku nak, semua boleh settle. Dia suka ke tak suka, belakang kira."

"Dah tu apa tunggu lagi? Jom lah kita pergi sana, confirm dia ada dekat sana," ajak si suara nombor satu.

Bunyi kerusi di tolak berkali-kali menandakan mereka yang bersuara-suara itu sudah pun bangun dari kerusi masing-masing. Nuh intai dengan ekor mata, tiga pemuda yang cukup dikenali itu sudah pun keluar dari dewan utama.

Nuh cuba berlagak tenang tapi makin tidak betah duduknya. Dia gelisah. Dia resah sendiri. Arghhh stupid things!

"Kau dah kenapa, Nuh?" tegur Luqman. Nuh dilihat serba tak kena. Dan dia tahu kenapa tapi sengaja mahu menguji apa jawapan yang akan diberikan oleh Nuh.

"Pergi jelah. Aku tunggu sini. Ke kau nak Nia kena guna-guna dengan Ben tu?" giat Luqman. Dia juga dengar apa yang dikatakan oleh mereka tadi dan ditahu Nuh sedang berasap telinga. Kalau tak berasap mungkin hatinya sudah terbakar!

Nuh tidak segera menjawab. Jari jemari ketuk permukaan meja.

"Kau?" tanya Nuh kemudian selepas puas menimbang tara apa yang perlu dia buat.

"Kau pergi sorang jelah. Aku tahu kau mampu handle. Tapi ingat, jangan guna ilmu kau tu dekat sini. Sini ramai orang. Bawa Nia datang sini dengan selamat je. Tak payah kau nak bertumbuk bagai dengan diorang tu pulak. Diorang tu bukan lawan kau." Tambah Luqman lagi, mengingatkan.

Nuh diam lagi. Fikir apa yang patut dia lakukan sebelum mengambil keputusan untuk bangun. Lekas belakang kerusi ditolak.

"Nak ke mana Nuh?" Tuan Ahmad Zakri menyoal kepada Nuh yang tiba-tiba berdiri menghalang pandangannya dari tertumpu ke tengah pentas. Ada sekumpulan siswa sedang melakukan persembahan di situ. Mia juga turut sorotkan pandangan pada Nuh.

"Nak pergi belakang sekejap abah. Nak calling someone sekejap." Nuh berdalih sambil tayang telefonnya.

Tuan Ahmad Zakri mengangguk.

*            *             *

"Abang Zaen, dah tak ada apa-apa lagi kan? Kalau Nia nak masuk dewan sekarang, dah boleh kan?" tanya Nia kepada Zaen Haidar usai membersih violinnya.

"Semua dah settle dah. Nia masuk dewan dulu. Nanti abang jumpa Nia dekat dalam, abang nak bawa barang ni ke kereta jap," ujar Zaen Haidar yang masih mengemas barang-barangnya. Ahlinya yang lain sudah pun keluar terlebih dahulu.

"Okay abang. Nia pergi dulu." Nia sudah angkat violin casenya. Sebelah tangan menampung bahagian bawah violin case. Lalu kaki dibawa ke pintu keluar.

"Hai.."

Langkah Nia terhenti. Tiga jejaka muncul, menghalang laluannya di ambang pintu. Nia peluk Violin case dibawa rapat ke dada.

"Pandai awak main violin. Saya suka dengar." Salah satu dari mereka bertiga bersuara sambil tayang senyuman miang.

Nia toleh sedikit ke belakang. Intai Zaen di tempatnya tapi Zaen sudah tiada di situ, mungkin Zaen sudah ke keretanya dengan menggunakan pintu sebelah lagi.

"If you don't mind, may I know your name, Pretty?" tanya lelaki yang berada di tengah-tengah di antara mereka. Dia yang lebih berkarisma, lebih tampan dari dua rakannya. Ada senyuman nakal bergayut di bibirnya.

Nia berundur setapak, berjaga-jaga. Timbul perasaan tidak selesa dengan kehadiran tiga lelaki asing dihadapannya. Dia berdecit halus, kenapalah masa kritikal macam ni tiada satu manusia lain pun yang muncul?

"Sorry guys, she's with me." Sekonyong-konyong itu ada suara lain mencelah dari belakang mereka bertiga.

Serentak ketiga-tiga lelaki itu toleh ke belakang. Benjamin berdecit bila wajah Nuh menyinggah mata, kacau betul!

Nia angkat muka bila terdengar suara yang cukup dikenali itu. Tiba-tiba dadanya rasa lega. Lega dengan kehadiran Nuh.

Benjamin putar tubuh lalu merapati Nuh.

"What a surprise, Nuh? Why are you here?"

"Why? Kenapa aku tak boleh ada dekat sini? Aku pun teringin nak jumpa the pretty girl tu." Nuh ulang semula ayat Benjamin tadi.

Benjamin terlepas tawa kecil mengejek Nuh.

"Kau pun nak try awek baru? Tak cukup dengan Zara, Wafa, Naldia and another girls. Yang ni pun kau nak try?" tanyanya dengan rasa menjengkelkan bila teringatkan 'kenangan' antara Nuh dan dia. Nuh seteru dia.

"Well... aku tak payah nak try hard dia sangat. Sebab, she's with me." Sekali lagi Nuh ulang sempat dia menjongket kedua belah bahunya.

"She's yours?" tanya Benjamin dengan picingkan sedikit matanya. Tak pecaya.

Nuh berpeluk tubuh santai. Melangkah setapak dua melepasi Benjamin dan dua lagi rakannya lalu menggapai tangan Nia. Jemari mereka bertaut. Sebelah lagi tangan Nuh mengambil violin dari tangan kiri Nia. Bimbang jugak dia kalau tiba-tiba Violin tu terjatuh.

"Yes. She's mine. See?" Sengaja Nuh mengangkat tangan Nia yang berada dalam genggamannya kepada Benjamin.

Benjamin terdiam, rasa tak ada daya untuk membalas. Puas hati dengan reaksi Benjamin dan kawan-kawannya, Nuh tarik tangan Nia bawa Nia keluar dari tempat itu dan masuk semula ke dalam dewan.

"Eh Nia, kenapa lama sangat dekat dalam?" Mia menyoal, hairan. Kawan-kawan sekumpulan dengan Nia sudah lama masuk ke dewan cuma Nia saja yang belum tiba. Mahu ke belakang pentas mencari Nia tapi ditegah Luqman. Katanya bagi peluang Nuh yang mencari Nia.
Mata Mia diturunkan pada tangan Nia yang berada kemas dalam genggaman Nuh. Bulat matanya, terkejut dan inginkan penjelasan.

"So how?" Luqman pula menyoal, mematikan Mia yang baru saja ingin buka mulut bertanya.

Nuh sekadar angkat kedua bahunya. Nia didudukkan di kerusi di sebelahnya sebelum dia turut melabuhkan duduk. Mata ditajamkan kepada Nia yang masih kaget dengan tingkahnya.

"Kau, kalau aku tak datang tadi, memang kau tak pandai nak back up diri sendiri ke apa?" Perlahan sahaja suara tegas dan serius Nuh itu masuk ke corong telinga Nia.

Meremang bulu roma Nia. Nia teguk liur payah. Ayat Nuh sungguh sampai ke ulu hatinya. Terasa sesuatu, sementelah pula tangannya masih dalam genggaman Nuh. Tapi belum sempat terbuai dengan tingkah Nuh, tiba-tiba dia rasa meruap.

"Saya nak back up apa nya pulak? Diorang yang tiba-tiba muncul. Diorang tak sempat nak buat apa-apa pun. Awak dah muncul," tungkas Nia geram dengan Nuh yang salahkan dia.

"Kalau aku tak datang tadi?" Nuh naikkan sedikit sebelah keningnya, mencabar Nia menjawab soalannya.

Nia diam. Sedar dia sepatutnya ucapan terima kasih kepada Nuh disebabkan sudah selamatkan dia dari lelaki-lelaki gatal tadi. Mulut mahu berterima kasih tapi tidak terluah pula kata-kata kemaafkan itu. Sudahnya dia cuma diam saja.

"Kau tak kenal siapa diorang tu. Diorang dah terbiasa sangat dengan budak-budak naive macam kau ni. Kalau aku tak datang tadi, entah-entah kau pun dah kemana dengan diorang. Diorang tu pantang jumpa perempuan cantik, ada yang layan. Diorang on je." Nuh menyambung, masih terasa panas hati bila teringatkan Benjamin and the gang tadi. Sengaja cari pasal.

Nia membulatkan mata, sedikit terguris dengan bebelan Nuh itu. Dari segi ayat Nuh itu pula, nampak macam Nia dikatogerikan sebagai perempuan yang bukan-bukan!

"What's wrong with you, Nuh? Do you think I'm stupid for following a man I don't know?" Sedikit kuat suara Nia, lalu dengan lajunya dia tarik tangannya.

Nuh jongket kedua belah bahu. Tak ada mood mahu jawab soalan Nia. Dia menyandar belakang ke kerusi sambil tenung Nia geram.

"Nuh, Nia, kenapa ni?" Mia di sebelah Luqman dan bertentangan dengan Nia bertanya. Wajah cemberut adiknya mengundang banyak pertanyaan.

Nia tidak menjawab, Nuh juga sama. Tak ada modal mahu menjawab. Luqman dan Mia saling berpandangan. Keduanya jongket bahu lalu menyambung bersembang apa yang terbengkalai tadi.

"Nuh.. boleh Zara jumpa sekejap?" Muncul seorang gadis antara mereka. Dia sedang berdiri di belakang kerusi antara kerusi Nuh dan Nia.

Nuh jeling Nia sebelum kalih pandangannya. Dia sempat senyum dulu sebelum berlalu bersama si cantik manis itu.

Nia kemam bibir. Mengata orang lain lebih-lebih padahal dia pun sama. Dasar buaya jantan!

'Tak cukup dengan Zara, Wafa, Naldia and another girls. Yang ni pun kau nak try?'

Teringat ayat lelaki itu tadi kepada Nuh. Another girls, hah? Terang lagi bersuluh kau tu lagi teruk dari lelaki tadi. Tanpa sedar Nia mendengus kuat membuatkan Mia dan Luqman sekali lagi curi pandang Nia.

"Nia? Kenapa ni?"

"Tak ada apa kak. Macam mana Nia tadi, kak? Okay tak?"

"Okay sangat-sangat Nia. Abah puas hati tengok Nia. Senyum melebar."

"Abah mana kak?" soalannya bila sedar tiada kelibat Abah di situ. Tadi sibuk sangat bertekak lidah tak sedar orang sekelilingnya sibuk memerhati.

"Abah jumpa kawan dia."

"Eh Nia, mana Nuh?" tanya Luqman pula. Nampaknya Luqman pun tak sedar bila kawan baiknya itu hilang. Nampak sangat rancak berborak dengan Mia tu.

"Entah. Ada perempuan datang tadi." Jawab Nia dengan malas, masih marahkan Nuh.

*             *              *

"Nuh, siapa perempuan tu?" Zara Keysha memulakan pertanyaan bila mereka tiba di belakang dewan. Tempat yang agak tersorok dari pandangan mata. Agak sedikit gelap.

"Perempuan apa ni, Zara?"

"Zara nampak Nuh masuk dewan tadi sambil pegang tangan dia. She's yours?"

Nuh kemam bibir. Zara nampak? Tapi rasanya sesiapa pun boleh nampak kalau sudah terang terangan dia dan Nia berpegangan tangan ketika masuk ke dalam dewan tadi.

"Dia cuma adik angkat Nuh. That's only."

"Sure?"

"Sure Zara." Nuh capai tangan kanan Zara dibawa ke bibirnya. Sekali kucup jari jemari Zara.

"Dia cuma budak sekolahlah Zara. Only 15 years old. Lagipun tak kan Nuh boleh sukakan budak-budak macam dia. Tak layak langsung kalau nak dibandingkan dia dengan Zara. Zara is more prettier than her." Sambung Nuh sekali dengan kenyit mata kanannya.

Zara terkesima. Langsung tak terduga dengan perbuatan romantis Nuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience