"Diam je... marah ke? Nuh berbunyi seraya mengerling gadis manis berbaju kurung di sisinya.
Nia menjeling, memaling muka ke sisi tingkap. Marahnya pada Khalil Fayyad masih berbukit jangan pula Nuh Jazmin cuba-cuba untuk menambah perisa. Dia sikit lagi mahu meletup ni.
"Nia, kau marah aku ke sebab kena ikut aku pagi ni?'' Nuh mencuba lagi, kali ini lebih kepada pujukan bukan sinis seperti selalu. Manalah tahu dengan begini marah Nia boleh reda.
Kali ini Nia mendengus pula.
"Memanglah saya marah sebab saya tak suka. Dah la abang tu suka hati je tinggal saya macam tu. Balik nanti, siaplah dia." Giginya dikacip geram tanda dia tidak main-main dengan amarahnya terhadap Khalil.
"Eh, kau ni... Khalil bukannya sesuka hati datuk nenek dia nak tinggalkan kau, Nia. Dia pergi sana sebab attend seminar kan?" Nuh membela sahabat baik merangkap abang angkatnya.
"Dah tu kenapa dia tak boleh bagitahu saya dulu? Macam tu je dia tinggal saya..." Nada Nia kendur. Mata berkaca tiba-tiba. Sensitif pula dia pagi-pagi macam ni. Semuanya gara-gara Khalil ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk menghadiri seminar yang dianjurkan oleh universiti itu.
''Jangan nak emo sangatlah. Bukannya nanti dia tak balik terus, habis seminar dia baliklah. Lagipun tadi dia dah lewat nak bertolak ke Kelantan. Kau bukannya tak tahu jalan nak lepas bandar Terengganu ni bukan main jem. Lewat keluar, sangkut la jawabnya."
Nia menekur tangan di riba, betul kata Nuh. Dia tak patut fikirkan sangat, Khalil tetap akan balik dan tak akan tinggalkan dia bersendirian lagi. Nia mengebam bibir sambil jemarinya mengait sesama sendiri.
"Sebelum aku lupa. Tadi kau cakap kau tak suka? Kenapa? Tak suka ikut aku?"
Nia memanggung wajah ke pada Nuh. Tak sangka Nuh peka dengan sebaris ayat itu.
"Bukan tak suka cuma saya tak selesa kalau ada orang tahu tentang kita. Saya tak nak orang fikir kita ada hubungan istimewa ke apa. Lagipun awak cikgu dekat sini, saya mesti hormatkan awak.''
Kening Nuh bergarit.
''Hubungan kita abang dan adik, apa masalah? Bukannya kita sepasang kekasih atau suami-isteri pun," ketus Nuh, susah untuknya mencerna alasan tidak kukuh Nia.
Dengan balasan itu, Nia melopong. Ini kali kedua Nuh cuba bergurau tidak lawak dengannya dan dia tidak suka Nuh menyentuh isu ini.
''Memanglah tak tapi awak kena jaga kredibiliti awak sebagai seorang guru. Nanti tak pasal-pasal jatuh saham awak tu.'' Nia membalas geram. Bercakap dengan Nuh mood dia tak pernah elok. Ada saja topik yang disentuh oleh Nuh menyebabkan darahnya mudah mendidih.
Giliran Nuh pula jeling Nia. Hujung sebelah bibirnya ternaik.
''Aku atau kau yang takut jatuh saham?''
Nia tercenggang. Jari tunjuk diri sendiri.
''Saya jatuh saham?''
Nuh kembali fokus pada pemanduannya. Riak wajah Nuh sedikit tegang. Tergiang-giang apa yang dibualkan di bilik guru tempoh hari.
''Aku ada dengar cikgu-cikgu dalam bilik guru tu sebut-sebut nama kau. Siap ada yang cuba kenen-kenenkan kau dengan Cikgu Eusoff lagi. Tu apa kes tu? Dia suka kau''
"Hah? Kenenkan saya dengan Cikgu Eusoff tu? Mana ada!" nafi Nia keras. Tak pernah terdetik pun di hati yang Cikgu Eusoff sukakan dia.
''Tak payah buat-buat tak tahulah Nia. Telinga aku ni belum pekak lagi tahu? Mata aku pun tak buta lagi nak tengok drama depan mata. Hari-hari ke dia panggil kau ke bilik guru?
Nia temangu sekejap sebelum menjawab.
''Memang dia ada panggil saya sebab dia tak masuk kelas kitorang. Itu je. Kenapanya?''
Nuh genggam stereng sedikit kemas dari biasa. Rahangnya dimamah perlahan, cuba tahan gelora di dada.
''Lain kali hati-hati pergi bilik guru. Kalau boleh jangan pergi seorang diri. Ajak kawan kau. Mata-mata cikgu dekat sana tengah syok tengok kau. Kau pun satu hal, kenapa pergi sekolah pakai macam ni?'' Pitching Nuh ternaik. Matanya turun naik melihat pakaian Nia.
Nia juga ikut tunduk pandang tubuh sendiri. Baju kurung biru terang dan sneakers hitam. Rambut panjangnya di ikat ekor kuda.
''Apa yang peliknya? Saya pakai baju kurung macam biasa je lah.''
Nuh mendengus. Entah, dia tak tahu nak jelaskan macam mana. Sejujurnya tak ada yang salah pun dengan pakaian Nia cuma dia saja yang... tak suka. Arghh kau memang dah gila, Nuh!
''Emm... tak ada apalah. Suka hati kau lah tapi ingat baik-baik apa yang aku nak pesan ni. Jangan pergi bilik guru seorang diri dan jangan melayan sangat Eusoff tu." Nuh menoktahkan amaran kerasnya.
Nia senyap. Takut untuk meningkah amaran Nuh lagi. Cukuplah kejadian lampau sebagai saksi yang Nuh tidak main-main dengan amarannya.
Kereta terus meluncur masuk ke perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Terantai. Nia tarik nafas lega, tidak sabar mahu keluar dari kereta Nuh. Sesak nafas!
''Nanti kalau ada yang tanya kenapa kau datang dengan aku. Bagitahu diorang yang kau gf aku. Jadi jangan cuba kacau kau sebab kau hak aku tak lama lagi."
Nia yang sedang membuka pintu kereta, membuntangkan matanya. Segera dia berpaling semula.
"Awak dah gila ke apa nak saya cakap macam tu?" bentak Nia dengan suara celah gigi.
"Ok lah tu. Lagipun aku single and available lagi. So, tak ada isu caras-mencaras dan sondol-menyondol. Kalau itu yang kau risaukan." Selamba Nuh menjawab sambil membetulkan gaya rambut pada cermin pandang belakang.
Nia mencebik bibir. Juling mata ke atas.
"Do i look like i care?"
Nuh hanya senyum sambil mengerdipkan matanya.
"Soon."
"Whatever, Nuh. Oklah. Saya masuk kelas dulu, assalamualaikum dam terima kasih.
* * *
''Nia!''
Nia menoleh. Cikgu Eusoff yang lengkap berpakaian sukan sedang mengamitnya.
Nia tiba-tiba rasa tidak senang hati dengan cikgu muda itu bila teringatkan pesanan Nuh pagi tadi.
''Nia, gi lah. Cikgu Eusoff panggil tu.'' Insyirah menepuk bahu Nia sambil memuncung bibirnya ke arah Cikgu Eusoff.
''Temankan saya.''
''Eh? Bakpe nak berteman pulak ni? Biasanya awak ok je gi sorang-sorang?''
Nia terus menarik tangan Tashnim dan Insyirah sambil menapak ke Cikgu Eusoff.
''Ada apa cikgu?''
''Boleh saya jumpa awak sekejap sebelum balik nanti?" Wajah ketiga-tiga pelajarnya berkerut, cepat-cepat dia berdeham.
''Kenapa cikgu nak jumpa saya? Saya ada masalah dengan subjek cikgu ke?''
Cikgu Eusoff bergerak sedikit jauh dari Tashnim dan Insyirah agar apanyang ingin diluahkan kepada Nia, tidak didengari oleh keduanya. Nia yang faham apa kemahuan cikgu muda itu, menjarakkan diri sedikit dari kawan-kawannya.
''Emm sebenarnya tak ada apa-apa masalah dengan subjek saya. Cuma saya ada nak bagi awak something, petang ni.''
Lagi muka Nia berkerut. Dia tidak salah dengarkah? Dadanya berdebar, dia risau kalau-kalau apa yang diperkatakan oleh Nuh pagi tadi bakal menjadi kenyataan.
''Cikgu nak bagi apa?''
''Rehat dah tamat. Awak masuk kelas dulu, petang ni saya tunggu dekat bilik sukan," pesan Cikgu Eusoff sebelum berlalu.
''Nia, Cikgu Eusoff cakap apa?'' Tashnim dan Insyirah segera mendapatkan Nia setelah Cikgu Eusoff berlalu. Garis curiga terpeta di riak wajah masing-masing.
''Kenapa Syirah rasa Cikgu Eusoff tu lain je kalau dengan awak, Nia?''
Nia ternganga. Terkejut dengan syak wasangka Insyirah.
''Lain macam mana tu, Syirah?'' Tashnim mencelah. Dia juga pasang curiga.
''Macam suka Nia. Nak tackle Nia kut."
Jawapan Insyirah, Nia mengeleng laju. Kalau betul itu terjadi sekalipun dia tidak akan mengiakan.
''Eh? Mana ada. Syirah, awak jangan nak mereka cerita, ok? Saya tak nak orang lain mengata saya. Jom, masuk kelas." Cepat-cepat Nia berlalu tanpa menghiraukan Tashnim dan Insyirah yang masih curiga dengannya.
* * *
Nuh : Petang ni, aku ada kelas tambahan. Boleh tunggu tak?
Aduh, Nuh ada kelas pula. Nia mengeluh. Ingatkan bolehlah dia balik awal untuk mengelak dari berjumpa dengan Cikgu Eusoff nanti.
Nia : Agak-agak jam berapa balik?
Nuh : Kelas 2.30-3.30 petang. Why? Tak boleh tunggu?
Nia : Bukan tak boleh tapi ada hal.
Nuh : Urgent?
Nia garu kepala yang tidak gatal. Dia patut jawab apa ni? Nak berterus terang, dia tak nak Nuh berfikir yang bukan-bukan. Lagipun Nuh baru saja baginya amaran.
Nuh : Nia, urgent?
Satu lagi kiriman teks di terima dari Nuh. Arghh, berterus terang jelah Nia. Senang!
Nia : Cikgu Eusoff nak jumpa saya lepas habis sekolah. What should i do?
Nia hantar dan gigit bibir bawahnya. Berdebar-debar takut pula dia. Tapi, kenapa dia perlu takut macam ni? I cheated on him? Oh no!
Nuh : Nak jumpa? Kenapa???
Selang beberapa saat sahaja Nuh membalas. Nampak saja tanda banyak soal itu lebih dari satu, Nia tahu dia bakal dimarahi sekejap lagi.
Nia : Tak tahu. Dia nak jumpa saya di bilik sukan.
Nuh : Merde!!
Nia tercenggang. Merde? Apa itu?
Nia : Hah? Apa?
Nuh : Tak ada apa cuma jangan jumpa dia.
Nia : Memang saya tak nak pergi tapi tak tau nak bagi alasan apa dengan cikgu Eusoff tu. Saya tak nak dia fikir saya macam-macam. Nanti kalau effect pada study saya macam mana?
Nuh : Sejap lagi aku call. Aku ada kelas sekarang ni.
''Weh, nape aku tengok Cikgu Nuh tu serius je?'' Suara Suhaila tiba-tiba berbunyi sambil menunding jari pada kelas sebelah tapi berlainan blok.
Nia yang mendengarkan itu, turut pandang ke kelas sebelah. Tampang wajah kacak itu tampak begitu serius mengajar. Hilang senyuman macho yang selalu terpamer di wajah kacak itu.
''Ha'a la... serius sunggoh tu. Ada masaloh dengan awek dia kut.'' Suria pula menyampuk.
''Cikgu Nuh ado awek doh ke? Melepas oppa aku. Hurmm..'' Rohaya pula meluahkan kekecewaannya.
''Mung ado dengor cerita tak, Kak Wardah kelas 6 Teluki tu ado nampok Nia mari sekoloh dengan Cikgu Nuh. Hari tu balik sekali, ni mari pulok sekali.
Nia membuntangkan matanya. Bila berpaling, semua mata tertumpu ke arahnya.
''Ye dok ni, Nia?'' Rohaya memulakan kertas siasatan. Yang lain sekadar jadi pemerhati.
''Mung ade nape-nape ke dengan Cikgu Nuh tu Nia? Tadi masa rehat, Kimi ade mari cari mung kat kelas. Tapi mung tak dok. Dia ada tanyo aku, betul dok mung couple dengan cikgu Nuh tu?"
Kali ini Nia terlopong.
''Hah tadi pun aku ado tengok mung sembang dengan Cikgu Eusoff depan bilik sukan. Mung ni playgirl ke guane? Cikgu Nuh mung nok, Kimi mung nok, Cikgu Eusoff pun mung nok jugok ke?'' sergah Rohaya selepas itu.
''Mung kabor nape ni, Aya? Cikgu Eusoff panggil Nia tadi, aku dengan Tash ade sekalilah. Nak buat fitnah pun, pandanglah kiri kanan dulu. Siasat siape ade sekali dengan Nia masa tuh.'' Tashnim menyampuk, membela Nia.
Rohaya mencebik.
''Aku tak perasan pun mung ngan Tash tadi. Hok aku nampok Nia je sembang dengan Cikgu Eusoff.'' Rohaya membela diri tak mahu mengalah.
''Dah pasal Cikgu Nuh tu gane? Ye ke tak Nia couple dengan dia?'' Giliran Suhaila pula mencelah.
Nia tepuk dahi. Dari satu topik, timbul pula topik yang lain.
''Kalau awak-awak nak tahu, Cikgu Nuh tu jiran sebelah rumah saya. Kebetulan minggu ni abang saya outstation, tak ada orang nak hantar saya. Jadi, tak salahkan kalau saya tumpang Cikgu Nuh?" Akhirnya Nia memilih untuk berterus terang dengan harapan tiada lagi yang mempersoalkan status hubungannya dengan Nuh.
* * *
Nia mundar-mandir di dalam kelas. Seorang demi seorang rakan sekelasnya menyusul balik. Cuti pertenggahan tahun yang kedua sudah bermula, pasti semua orang teruja.
''Tak mboh balik lagi ke Nia?'' Iqmal, ketua kelasnya bertanya. Kini hanya tinggal mereka berdua.
''Nak.. memang nak tapi saya tunggu abang saya datang. Dia lewat sikit," tipu Nia sembunyi keresahan.
''Oo.. oklah kalau gitu. Tapi kalau boleh jangan tunggu dalam kelas. Kelas kita ni jauh sikit dari kelas lain, kalau jadi nape-nape susoh, orang dok tahu.''
Nia angguk, setuju dengan pesanan Iqmal.
''Awak dah nak balik ke?'' Nia bertanyakan Iqmal pula. Padahal Iqmal sudah sedia menggalas beg sekolahnya.
''Tak lagi. Saya nak pergi library, nak hantar buku. Baru balik. Kenapa, nak join?''
''Ha'a, bolehlah dari duduk sorang-sorang dekat sini. Risau jugak saya.'' Nia pantas mengambil beg galasnya lalu mengekori Iqmal.
Iqmal tersenyum lucu dengan gelagat Nia. Kalut.
''Jalan dengan saya ni, takde orang marah ke nanti?'' seloroh Iqmal.
Belum sempat Nia membuka mulut telefonnya bergetar.
'Nuh.' Nama yang tertera. Nia mengisyaratkan agar Iqmal meneruskan langkah tanpanya. Iqmal hanya menurut.
''Hello, Assalamualaikum.''
''Waalaikummusalam. Kau kat mana ni?'' Nuh membisik, tak mahu mengganggu konsentrasi pelajarnya sedang menjawab kuiz.
''Baru je keluar kelas. Saya ikut Iqmal ke library dulu sementara tunggu awak habis kelas."
''Emm ok. Nanti tunggu aku dekat situ. Kau jadi ke nak jumpa Eusoff tu?" Nuh berbisik sedikit keras, tak tenang betul fikir pasal ni.
''Saya tak tahu lah. Semua kawan-kawan saya dah balik. Tak kan saya nak pergi sorang diri."
''Dah tahu macam tu, tak payah pergi. Kau duduk je situ. Aku cuba siapkan kelas awal sikit dari biasa.''
''Ok Nuh.''
Panggilan dimatikan. Nia menyambung langkah ke perpustakaan. Terlihat Iqmal sedang berurusan di meja kaunter penyerahan. Nia berlalu ke meja dan menarik kerusi. Belum sempat punggung mencecan kerusi, telefonnya menerima mesej dari Cikgu Eusoff
Eusoff : Nia, awak datang tak?
Nia mengeluh panjang. Macam mana dia mahu mengelak daripada cikgu Eusoff ni? Iqmal yang baru sahaja selesai urusannya, Nia pandang. Tiba-tiba muncul idea.
Nia : Maaf cikgu. Saya tak boleh nak jumpa cikgu. Saya ada discussion dengan Iqmal.
Eusoff : Oo... oklah. Kalau macam tu saya ke sana. Awak ada dekat mana sekarang?
Nia : Library.
Eusoff : Ok.
Nia tepuk dahi. Masaklah kalau macam ni. Segera dia mendapatkan Iqmal yang sedang menyarung kasut sekolah.
"Iqmal, awak boleh tolong saya tak?"
"Tolong apa Nia? Kalau saya boleh tolong, saya cuba tolong." Iqmal tak jadi sarung kasut sekolahnya. Dia tahu Nia ada masalah. Gadis itu nampak resah sejak dari tadi. Bila Nia sudi menceritakan apa yang berlaku, dia juga sudi menghulurkan bantuan.
Sedang elok sesi lakonan mereka bermula, Cikgu Eusoff muncul di sebalik pintu perpustakaan. Tanpa banyak bicara, guru muda itu menghulurkan satu beg kertas kepada Nia.
''Nanti buka kat rumah.'' Sempat dia berpesan. Nia hanya mengangguk kecil.
''Eh, Cikgu Eusoff tak balik lagi?'' Iqmal di belakang Nia menegur.
''Tak lagi. Jumpa Nia sekejap sebelum balik. Dah habis ke discussion korang?''
''Tak lagi Cikgu. Baru je start. Susah betul nak discussion dengan orang ada beloved fience ni. Kejap-kejap call, kejap-kejap whatsApp. Merana orang single ni cikgu.'' Iqmal tanpa segan silu menokok tambah cerita. Sengaja ditekan sedikit pada perkataan 'beloved fience' tu, biar Cikgu Eusoff tahu Nia sudah berpunya walaupun entah betul entahkan tidak.
Nia terbuntang. What's going on?
''Beloved fience? Who, Nia?'' Cikgu Eusoff nampak terkedu dengan omongam Iqmal. Nia, dia pandang curiga.
Nia tersenyum nipis. Tak mengiakan dan tak juga menafikan.
''Mestilah Nia, Cikgu. Orang cantik macam Nia ni mesti dah dicop awal-awal lagi. Rugi saya ni dah lambat nak pikat Nia. Dah tak ada can kan, Nia?'' Iqmal sambung lagi.
Wajah Cikgu Eusoff makin berubah. Tak disangka bunga pujaannya sudah dimiliki orang lain.
''Oh ye ke? Tahniah Nia. Emm... kalau macam tu, saya balik dulu ya? Assalamualaikum.''
Nia dan Iqmal menjawab salam dalam hati. Masing-masing menghantar Cikgu Eusoff dengan pandangan mata. Sebaik sahaja susuk cikgu itu hilang, Nia toleh kepada Iqmal.
''Iqmal, awak dah kenapa? Kenapa cakap macam tu tadi?''
''Saya cuma nak selamatkan awak je Nia. Macam yang awak cakap tadi, Cikgu Eusoff memang suka awak. Saya tak nak dia mengharap, jadi lebih baik kita reka cerita yang tak ada dari dia terus pendam perasaan pada awak," tutur Iqmal sambil berlalu ke rak kasut.
''Tapi tadi awak cakap saya ada beloved fience... Nanti apa yang dia fikir pasal saya ni."
''Itu lebih baik dari saya cakap awak dah ada kekasih, nanti macam-macam lagi dia fikir. Contohnya macam.. ala, baru kekasih bukannya dah bertunang atau kahwin. Lagi parah tau''
Nia angguk setuju dengan pendapat Iqmal.
''Betul juga kan? Tak sangka awak pandai bemadah helah macam ni. Mana belajar ni?" usik Nia.
''Well... sekurang-kurangnya saya dah jadi hero awak hari ni, right Nia Jasmine?''
Nia angguk beberapa kali.
''Thanks Iqmal.''
NJ muncul. Tq tau yg mana masih menanti sy update. Slow2 tau sbb sy tgh edit ceita-cerita ya g lain juga. Tq to all the readers.
Share this novel
bila nak update