Bab 29 : NJ

Romance Series 168938

2015.

Tangkak, Johor.

Program Pengambilan Anak Angkat sudah dua bulan berakhir. Kehidupan Nia kembali seperti sedia kala, makin sibuk dengan kelas-kelas latihan memandangkan PT3 bakal menjelang tidak lama lagi.

''Nia, kak Tasha dari kelas 5 Permata nak jumpa kau.'' Intan, rakan sekelas Nia menyampaikan amanah dari gadis yang bernama Tasha.

''Nak jumpa? Kenapa pulak?''

Intan angkat kedua belah bahu, cebik bibir.

''Dia nak jumpa aku kat mana?''

Sejujurnya Nia pelik, kenapa Tasha nak jumpa dia? Padahal sebelum ni pun, mereka bukannya pernah kenal rapat. Hanya kenal sebagai rakan satu sekolah saja. Tapi dia tahu Tasha salah seorang perempuan yang pernah keluar dengan Nuh dulu.

Ya, Nuh Jazmin. Teringat Nuh, hati Nia kembali sakit tapi dia berpuas hati dengan tindakannya menyekat nombor telefon lelaki itu dari menghubunginya. Padan muka! Hidupnya kembali aman selepas Nuh pulang ke universitinya.

Nia masih ingat lagi, selepas berlakunya pergaduhan antara dia dengan Nuh dulu, dia bertindak menukar nombor telefonnya. Kepada kakak dan abahnya juga diberikan pesanan supaya jangan sesekali mendedahkan nombor telefon barunya kepada Nuh. Dia tak izinkan. Dan dia tak suka. Kalau boleh, nama Nuh pun dia tidak mahu dengar lagi.

''Dia nak jumpa kau dekat pondok guard lepas kelas petang ni. Dalam pukul 5.30 petang macam tu. Urgent katanya,'' ujar Intan lagi.

Nia sekadar angguk. Bersetuju.

''Kau nak jumpa dia ke nanti?'' Intan yang sedikit terkejut dengan anggukan Nia, bertanya.

''Dah dia kata nak jumpa, jumpa jelah sekejap. Bukannya susah pun," jawab Nia sambil mengemas buku-bukunya ke dalam beg galas.

''Nanti kau nak balik macam mana?''

Nia kemam bibir, memikirkan cara untuk pulang nanti. Selalunya abah yang datang menjemputnya pulang.

''Tak apa, nanti aku call abah aku suruh ambik lewat sikit. Tak pun aku balik je dengan teksi. Rasanya tak ada lah susah saat nak dapatkan teksi dekat kawasan ni.''

Fariz Azuan datang menempel. Mencuri dengar perbualan antara dua rakan baiknya itu.

"Abah kau tak marah ke kalau kau balik lewat nanti?" Intan menyoal lagi, agak sukar untuk dia percaya apa yang diputuskan oleh teman baiknya. Dia bukannya tak tahu yang Nia tak pandai berdikari sendiri.

''Nanti kau balik lewat ke Nia?'' tanya lelaki itu.

''Ha'a. Intan kata orang nak jumpa aku.''

Farid terbuntang. Intan pula dipandang.

''Siapa? Bila?''

''Tasha. Senior 5 Permata. Katanya petang ni lepas habis kelas.'' Intan menjawab serba salah.

Farid mengangguk. Sekejapan dia tengok Nia semula.

''Ooo.. nak aku temankan tak?''

''Hishh tak payah la. Maybe ada hal yang dia nak bagitahu tu. Dah urgent katanya, kan Intan?''

''Ha'a...'' Intan menyengih. Sungguh dia rasa tak sedap hati nak biarkan Nia pergi jumpa Tasha seorang diri. Dia tahu Tasha tak berpuas hati dengan Nia, atas sebab apa dia tak pasti.

''Okay lah kalau kau cakap macam tu. Tapi kau kena hati-hati, Nia. Kau jugak yang cakap, lately ni kau rasa macam ada orang perhatikan kau je kan?''

Ternganga mulut Intan terkejut dengan apa yang baru diberitahu oleh Farid Azuan itu. Lantas wajah Nia dipandang.

''Seriously, Nia?''

Nia lambat-lambat mangangguk. Memang itu yang dia rasa. Entah sejak bila dia tak pasti. Cuma yang pasti, dia rasa diperhatikan.

''Bahaya macam ni, Nia... Abah tahu?"

Nia geleng. Intan mendengus halus. Farid dia pandang.

"Farid, kita temankan Nia petang ni. Nanti kita balik sama-sama,'' cadang Intan, risau dengan keselamatan Nia. Romanya turut meremang.

"Eh tak payah la. Aku okay je pergi sorang-sorang." Nia membantah, takut menyusahkan kawan-kawannya.
''Aku rasa cadangan Intan tu lebih baik daripada biar kau sorang-sorang Nia. Bahaya.'' Farid Azuan menambah, menyokong cadangan Intan.

''Emm.. yelah." Nia mengalah

* * *

Nia, Farid Azuan dan Intan Najwa menunggu di pondok pengawal seperti yang dipinta oleh Tasha dari kelas 5 Permata. Untuk keselamatan Nia, Farid awal-awal lagi sudah memaklumkan kepada abangnya, Zaen Haidar tentang keberadaan mereka dan meminta Zaen untuk menjemput mereka nanti.

''Tu... Kak Tasha datang.'' Intan tunding jari ke blok yang menempatkan pelajar tingkatan 5.

Nia segera bangkit dari bangku bila Tasha semakin menghampiri mereka. Nia juga mendekati Tasha. Intan dan Farid hanya menanti di pondok pegawai keselamatan.

''Assalamualaikum.'' Tasha terlebih dahulu memberi salam.

"Waalaikummussalam. Kak Tasha nak jumpa Nia?'' Nia sekadar berbasi-basi tak mahu di cop sombong. Wajah Tasha dia renung. Ada keresahan di wajah itu.

Tasha angguk sambil mengintai Intan dan Farid yang sedang memandangnya. Dia minta diberikan sedikit ruang untuknya bercakap dengan Nia. Nia hanya mengangguk, bersetuju.

''Kenapa ya kak? Boleh Nia tahu sebab apa kak nak jumpa Nia?'' Terus Nia menyoal tanpa tertahan-tahan. Mukanya berkerut, cuba menahan panas.

''Emm... akak sebenarnya nak minta maaf dengan Nia. Akak dah buat satu kesalahan besar dengan Nia. Akak rasa bersalah sangat-sangat dengan Nia.''

Nia kerut kening pula, tak faham.

''Akak tahu Nia tak tahu pun hal ni. Nia tak tahu tapi Nuh tahu. Semua Nuh tahu."

Makin jelas garisan kerutan di kening Nia bila nama Nuh turut disebut.

''Hal apa ni kak? Saya tak faham. Saya tak tahu apa?"

''Kejadian Nia kena admit ward hari tu. Akak yang buat.''

Nia terdiam sesaat. Cuba ingat semula kejadian dia dimasukkan ke hospital dua bulan lepas akibat alahan kepada seafood. Jadi apa kaitannya dengan Tasha?

''Wait kak, I still don't understand what you are trying to say. Can you be honest with me?''

Tasha teguk liur. Dia takut untuk berterus terang tapi dia sudah berjanji untuk pulihkan salah faham antara Nuh dengan Nia.

''Nia mesti salahkan Nuh dengan apa yang dah jadi pada Nia hari tu kan?''

Nia senyap. Memang dia marahkan Nuh. Bukan sikit tapi berbukit-bukit dia marahkan Nuh. Disebabkan marah itu, dia langsung menutup peluang untuk Nuh menjelaskan perkara itu. Dia sedaya upaya cuba mengelak daripada Nuh. Baginya itu yang selayaknya Nuh dapat dari dia. Belum pun reda marahnya pada Nuh atas kejadian itu, amarahnya bagaikan disimbah dengan minyak bila sekali lagi Nuh menyakiti perasaannya dengan lemparan tuduhan tidak berasas Nuh padanya di malam terakhir program anak angkat itu.

''Sebenarnya... tu semua plan akak dengan Tasha. Kami dapat tahu yang Nia allergic dengan seafood, jadi kami plan nak kenakan Nia. Pada hari tu, akak ada buat cucur udang. Tapi mungkin Nia tak tahu dalam tu ada udang sebab akak dah lumatkan udang tu sebelum jadi cucur. Petangnya, akak ajak Nuh jumpa dan minta dia share cucur tu dengan Nia.''

Nia terbuntang. Nafasnya tersekat seketika. Tak percaya yang itu bukan angkara Nuh macam yang dia sangkakan!

"Kenapa... akak buat macam tu?" Terketar-ketar suara Nia.

Tasha menangis. Bahu Nia dia pegang.

"Akak betul-betul minta maaf. Akak mengakui yang akak sukakan Nuh. Akak jealous tengok Nuh layan Nia. And Nad jugak jealous dengan Nia, dia sukakan Zaen tapi Zaen tak layan dia macam Zaen layan Nia."

Lagi sekali Nia tergamam. Alasan merepek! Nia menepis tangan Tasha di bahunya.

"What?! Hanya sebab itu kak? Don't you think that's a rubbish excuse?" Soal Nia dengan sedikit tinggi sehinggakan Intan dan Farid tertoleh kepada mereka berdua.

Tasha cuba capai tangan Nia pula tapi Nia tidak rela tangannya dipegang oleh perempuan berhati busuk. Sungguh hatinya sakit dengan alasan Tasha yang kedengaran sungguh tak matang!

"Akak tahu akak salah. Akak betul-betul mintak maaf. Akak rasa bersalah sangat-sangat dengan Nia. Akak cuba lari selepas kejadian tu tapi Nuh jumpa cari akak. Nuh dah warning akak macam-macam, dia betul-betul risaukan Nia."

Setiap kali Tasha bangkitkan nama Nuh, makin sakit hatinya. Kerana ulah Tasha, nama Nuh yang busuk! Dia bersalah dengan Nuh sedangkan Nuh tak salah!

"You are too much!! Too much! I don't want to see you again after this. Don't show yourself in front of me again" Nia bertegas dengan amarannya. Kacip gigi tahan amarah yang mula membuak-buak. Kakinya mula memasang langkah.

"Nia, akak betul-betul minta maaf..." Tasha merintih. Lengan Nia diraih sekali lagi.

Dia merentap dan menikam tajam anak mata Tasha.

"Do you know because of you, i hampir mati? You ingat benda allergic ni benda main-main ke?''

Tasha terdiam, dia akui silapnya itu hampir meragut nyawa Nia.

''Akak dah dapat balasannya, Nia. Akak tak sangka sampai macam tu sekali Nuh sanggup buat demi Nia.''

Nia berkerut lagi. Setiap kali Tasha menyebut nama Nuh, kenapa dia rasa ada sesuatu? Sesuatu seperti ketakutan.

''Apa yang dah Nuh buat?''

''Itu akak tak boleh bagitahu Nia. Akak dah janji dengan Nuh yang akak takkan bocorkan rahsia tu. Tapi akak nak Nia tahu yang akak betul-betul nak minta maaf dengan Nia."

Dia menaikkan sebelah hujung bibirnya.

''Kalau macam tu, saya tak akan sesekali maafkan akak. Sampai masa saya tahu kebenarannya, barulah saya akan maafkan akak. Jom Intan, Farid. Kami dah settle.'' Nia terus angkat kaki meninggalkan Tasha di situ. Intan dan Farid mengekor dari belakang.

* * *

Nia melajukan lagi motornya bila terasa dia diekori seseorang. Kalau dulu dia hanya rasa diperhatikan saja tapi kali ini dia diekori. Sesekali dia menoleh ke belakang, untuk memastikan kereta yang dipandu secara perlahan itu betul-betul mengekorinya ataupun hanya perasaannya saja.

Tapi bila dia tiba di selekoh jalan kecil menuju ke kediaman keluarganya, dia yakin kereta itu memang mengekorinya. Ada sesuatu yang tidak kena, hati berbisik. Firasatnya menyatakan akan ada sesuatu yang tidak baik bakal terjadi malam ni. Nia melajukan lagi motornya. Sesalan mula datang menerpa.

Ceritanya, siang tadi ahli kumpulan mereka berkumpul di rumah Zaen untuk membincangkan aktiviti mereka yang akan datang. Bila tiba masa pulang, dia berkeras mahu balik sendiri dengan motorsikal kesayangannya walaupun Zaen ada menawar untuk menghantarkannya. Bila dah jadi macam ni, barulah rasa menyesal tu datang. Tapi menyesal kemudian tak ada gunanya!

Jam tangan dijeling, sudah jam 8.30 malam. Pintu pagar automatik dibuka sedikit dan dia membolos masuk lalu pintu pagar ditutup kembali. Nia segera memakir motorsikalnya sambil-sambil mengintai. Lega perasaannya bila kereta yang mengekorinya tadi sudah melepasi pagar rumah.

Sesekali terasa angin bertiup sedikit kencang dari biasa membuatkan Nia terasa meremang. Ada getaran dari dalam beg galasnya, Nia meraba mencari telefonnya.

-Nia, lupa abah nak cakap. Nia stay rumah Zaen dulu ya. Abah dan Kak Mia ada dekat rumah Che Ngah, urgent case. Nanti abah singgah ambik Nia. Abah call Nia tadi, Nia tak angkat.- ~Abah.

Nia memanggung wajah. Tak sedar bila abahnya telefon kerana telefonnya dalam mood silent. Dia baru sedar yang rumahnya kelihatan sedikit malap dari biasa yang diterangi dengan lampu luar rumah.

Gelap dan sunyi. Nia semakin berdebar. Fikirannya mula berfikir macam-macam andaian.

'Apa patut dia buat sekarang? Patah balik ke rumah Zaen atau terus masuk rumah saja dah alang-alang ada depan rumah? Kalau ke rumah Zaen pun bukannya dekat, dalam 25 minit jugak. Nak terus masuk? Tapi... kenapa berdebar-debar sangat ni?'Arghh masuk dalam rumah jelah.'

Nia mencari-cari anak kunci rumah di dalam beg galasnya. Belum pun jumpa, telefonnya berbunyi. Nama Zaen muncul di skrin. Nia segera gesek icon berwana hijau.

''Hello... Abang Zaen..''

''Hello... Nia. Nia, dah sampai rumah ke?''

''Dah. Tapi tak masuk rumah lagi... kenapa abang? Urghh..'' Tak habis ayat itu, mulutnya dipekup oleh tangan kasar dari belakang. Terbuntang matanya, tubuhnya memggeras. Telefon yang melekap di telinganya melurut jatuh ke tanah.

''Nia? Nia, okey ke ni?'' Zaen yang masih ditalian bertanya, dia kepelikan bila terdengar sesuatu yang pelik.

''Nia Jasmine?'' Suara garau itu berbunyi.

Nia menganggk laju. Mengeyakan saja pertanyaan itu tanpa banyak soal. Menjerit? Itu bukan pilihan yang ada. Lebih-lebih lagi bila terasa ada sesuatu yang sejuk dan runcing sedang menyentuh kulit perut yang terselinding di balik t-shirtnya. Itu pisau!

''Apa NJ dengan Luke buat dekat sini 2 bulan lepas?'' suara itu berbunyi lagi.

Nia berkerut dalam cemasnya. Cuba bertanya semula tapi tangan yang menerkup mulutnya menghalang dari suaranya keluar.

"Kalau aku lepas, kau jangan menjerit nanti macam-macam aku buat pada kau. Faham?"

Nia angguk laju. Nia kelegaan bila tangan yang menerkup mulutnya menjauh.

"Apa NJ dan Luke buat dekat sini?" suara itu berbunyi kali ke 3.

"NJ? Luke? Siapa?''

''NJ, Nuh Jazmin. Apa dia buat dekat sini sama dengan kawannya?'' tanya dia lagi dengan lograt yang jarang-jarang sekali Nia dengar. Dan dia percaya orang ini bukan dari kalangan orang tempatan.

"Dia datang sini sebab jadi anak angkat abah saya," jawab Nia takut-takut risau kalau orang itu bertindak yang bukan-bukan lagi.

"Jadi, kau adik angkat dia?" Ada senyum sumbing bergayutan di bibir lelaki itu. Melihat anggukan Nia, makin melebar senyumannya. Ada lagi 'modal' untuk memeras ugut NJ.

"Nia!" Zaen Haidar menjerit kuat di talian.

Nia dan lelaki berjaket kulit itu sama-sama menghala kepada telefon Nia yang masih menyala menandakan masih ada seseorang di talian. Nia terlupa yang Zaen masih ada di situ. Nia cepat-cepat menunduk untuk mengambil telefonnya tetapi lelaki itu dahulu menyambarnya.

Telefon Nia segera dimatikan lalu dicampak ke lantai. Nia teguk liur. Peluh dingin makin membasahi pelipis dahi.

'Sudah.. apa yang akan berlaku nanti?' Nia beristigfar. Dia takut! Keadaan gelap dan sunyi tanpa kelibat manusia lain, membuatkan dia semakin cemas dan lemas. Nafasnya rasa tersekat. Semerta pandangannya kelam lalu dia melorot jatuh ke tanah.

* * *

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Seminggu selepas kejadian Nia.

"Nuh, kau rasa betul ke tindakan kita ni?" tanya Luqman sekali lagi berkenaan rancangan mereka selepas menerima ugutan berkenaan dengan Nia dan adik-adik Luqman.

"Kau jangan risau. Aku yakin ni tindakan yang tepat. Kau jaga family abah. Aku jaga adik-adik kau."

"Tapi Nuh... kenapa kau sanggup gadai harta kau demi adik aku?"

"Luq, pengorbanan kau pada aku jauh lebih penting dari semua tu. Harta, aku boleh cari tapi kawan baik dan kawan sejati macam kau ni susah untuk aku cari. Kau dengan Andy aku dah anggap lebih penting daripada harta aku, Luq." Nuh membalas tegas sambil menepuk bahu Luqman.

Luqman kelu. Rasa bersalah. Nuh terlalu baik dengannya sehingga sanggup mengorbankan harta demi dia dan Andy. Andy telah ditugaskan untuk menjaga dan melindungi nenek Kesuma di Pahang. Dia pula ditugaskan untuk menjaga dan melindungi keluarga angkat mereka di Johor.

Inilah natijahnya bila maklumat tentang orang sekeliling NJ sampai ke tangan JR. Tidak mustahil kalau JR mengarahkan orang-orangnya untuk menghapuskan Tuan Ahmad Zakri sekeluarga demi mengugut NJ untuk menyerahkan apa yang dimahukn oleh JR.

Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, Nuh perlu melakukan sesuatu untuk menjaga keselamatan keluarga itu.

''Keluarga abah perlukan kau sebagai pelindung. Jadi kau perlu ada kat sana. Aku tak nak apa-apa jadi pada Nia macam malam tu jadi pada Mia dan abah. Tu nasib baik Zaencepat sampai. Kalau tak, aku tak tahu apa yang akan jadi pada Nia malam tu. John tu dah makin melampau. Tak dapat aku, diorang gunakan Nia dan Mia pulak!" ujur Nuh marah dengan apa yang terjadi pada Nia.

"Aku ada satu lagi tugas untuk kau, tapi tugas kali ni mungkin berat sikit untuk kau. Kau sanggup penuhi arahan aku,Luq?" Nuh menyambung setelah lama mendiamkan diri, memikirkan sesuatu.

"Tugas apa Nuh? Bagitahu aku, kalau aku mampu aku akan cuba penuhi Nuh." Luqmam menyahut yakin . Setakat ini semua arahan Nuh dia sahut dengan berani jadi tak akan ada alasan untuk menolak.

"Aku nak kau kahwin dengan Mia."

Bulat mata Luqman mendengarkan arahan Nuh.

"Arahan kau sebagai NJ atau kawan aku, Nuh?"

"Absolutely NJ. Aku nak kau terus ikat keluarga abah dengan kau. Supaya diorang 24 jam ada masa dengan kau tanpa diorang syak apa-apa. Paling penting orang-orang JR tak boleh kacau diorang lagi. Boleh kau patuh dengan arahan aku, Luq?"

"Kau yakin itu yang perlu aku buat, NJ?"

Nuh jatuhkan kepalanya. Tampangnya serius.

"Kau Muslim, dia pun Muslim. Tak ada apa-apa yang menghalang kecuali kau atau Mia dah ada orang lain."

Sekali lagi Luqman terdiam. Kahwin? Berat jugak arahan Nuh itu. Walaupun dia sukakan Mia tetapi bukan sekarang waktunya untuk dia pikul tanggungjawab berat tu. Lagipun mampu ke Mia terima dia dengan kisah lampaunya?

"Luq, ingat janji kita. Kau jangan sesekali bocorkan segalanya kepada keluarga abah. Apa-apa yang berkaitan dengan aku, kau cakap tak tahu." Nuh ulang lagi pesanannya.

"Insya-Allah Nuh. Aku akan ingat. Terima kasih sekali lagi, NJ."

"Kau jangan risau, NJ. Aku akan pegang janji kita. Kau jaga diorang untuk aku dan aku akan jaga diorang untuk kau. Deal?"

"Deal."

"Doa kau makbul, kan Luq? Kau tolong doakan untuk aku ya?" pinta Nuh tiba-tiba. Hatinya terasa kosong dengan perpisahan ini. Tapi inilah pengorbanannya untuk Luqman dan pengorbanan Luqman untuknya.

Luqman mengangguk sambil kesat pelupuk mata, dalam hati dia berdoa semoga Nuh juha temui cahaya kebenaran suatu hari nanti.

Sekali lagi mereka berpelukan sebelum berpisah arah.

-Ending part 2.-

kalau ada yg tak faham, boleh ulang baca part 1 ya. Cerita NJ ada 3 part. Part 1, kisah Nia. Part 2, kisah Nuh. Dan part 3, kisah mereka berdua slps berjumpa semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience