Bab 22 : NJ

Romance Series 168938

~Orang serakah tak akan merasakan lazat dan manisnya kenikmatan. Dia bagaikan orang makan yang tak pernah merasakan kenyang dan nikmat - Abdullah Gymnastar.~

"NJ.. aku dah jumpa bot yang boleh bawak kita pergi sana." Luke Sebastian muncul disebalik langsir pintu slidding. 

Nuh balikkan tubuh menghadap kawan baiknya. Itulah berita yang dia nanti-nantikan. Tak sia-sia dia mencemar duli tempoh hari tatkala hasil yang diperolehi cukup lumayan. Hasil ugutan dan kerahan beradu tenaga dengan salah seorang anak buah kepercayaan JR, dia berjaya mendapatkan satu maklumat penting. Di mana maklumat itu ialah kewujudan nenek kesayangannya, Diana James.  

"Sure? Line clear kalau kita pergi sana?" aju NJ lagi, mahukan kepastian. Tak sabar untuk memulakan misi pencarian neneknya.

"Clear. JR sama isterinya masih ada di Tawau sana. Ikut kata bapak aku, dalam 3 hari mereka di sana," beritahu Luke tentang segala maklumat yang dia perolehi dari bapaknya. 

Luke Sebastian, satu-satunya teman yang dia boleh percaya, dan yang boleh buat segala rahsianya tersimpan rapi. Luke, beza dua tahun dari umurnya, selalu menjaga dan melindunginya persis seorang abang. Sementelah pula NJ seorang anak tunggal sebelum kehadiran dua saudara tirinya. Tapi sayang hubungan itu tidak pernah rapat. NJ lebih rela memilih Luke dari saudara tirinya. Bagi NJ, Luke lebih memahaminya apatah lagi Luke sudah banyak melihat penderitaannya semenjak dari dia memijak kaki di Villa Rossie.

Bapa Luke Sebastian, Alan Sebastian berkerja sebagai pemandu peribadi kepada Datuk Junid Richard. Sudah berpuluh tahun lelaki itu setia berkhidmat dengan keluarga Datuk JR bermula dari zaman mendiang datuk Nuh lagi. Hidup Luke sekeluarga bergantung sepenuh kepada Datuk JR memandangkan mereka tiada saudara mara yang lain. Ibu Luke pula sudah lama meninggal dunia. Dia meninggalkan Luke bersama dua lagi adik Luke iaitu Nadine Sebastian dan Sophie Sebastian.

"Okay. Bila boleh kita pergi sana?"

Rasa rindu pada neneknya makin membuak-buak semenjak dia mendapat tahu tentang kewujudan wanita itu. Sebelum ini JR banyak berbohong dengannya. 6 tahun yang lalu di kala umurnya 12 tahun, JR menyampaikan berita tentang neneknya yang sudah meninggal dunia ketika melarikan diri ke Labuan dan sudah dikebumikan di sana. Padahal itu cuma omongan kosong JR. Sengaja lelaki itu mereka berita palsu agar NJ akur dengan setiap perintahnya. Kerana akur dengan berita sedih yang dibawa oleh JR, NJ rela diheret balik semula ke Villa Rossie. Kisah hitamnya bermula dari situ. Hidupnya tidak ubah seperti banduan cuma bezanya dia dilepaskan tanpa dibebaskan. NJ pejam mata, teringat kisah itu dia merasakan hatinya dicengkam sesuatu. Rasa sakit dan dendam yang tersimpan.

"Kalau kau mahu sekarang pun boleh, NJ. Pak Rahmat sudah tunggu kita di sana. Janji kita kena hati-hati. Jangan bagi orang-orang JR tahu kita ke sana. Nah, kau pakai baju ni." Luke hulurkan sehelai hoodie dan cap.

NJ menyambut lalu sarung hoodie hitam itu tanpa banyak soal. Sedang elok hoodie itu terletak pada tubuh tegapnya walaupun umurnya belasan tahun, tubuhnya cantik terbentuk hasil dari latihan fizikal yang dikerahkan oleh JR seusia 12 tahun lagi. Kata JR, NJ perlu dilatih supaya punya semangat daya tahan lasak untuk berdepan dengan musuh mereka. Orang berprofil tinggi seperti mereka harus bersiap siaga dari segala macam kemungkinan. 

''NJ, jom.'' Luke sudah menguak pintu bilik kepada  Nuh bagi laluan kepada bossnya untuk keluar terlebih dulu.

Mereka menyusup keluar dari pintu belakang hotel mewah itu untuk mengelakkan dari bertembung dengan pekerja di Hotel Black Diamond. Pewaris Hotel Black Diamond, siapa yang tak cam. Jadi mereka berdua perlu lebih berhati-hati supaya tiada sebarang laporan yang akan sampai kepada telinga JR.

*              *             *

Jesselton Point.

Jesselton Point merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang sangat popular di kalangan warga Kota mahupun pelancong luar yang datang ke negari di bawah bayu untuk bercuti. Tempat ini juga dikenali sebagai tempat  penghubungan utama di antara tanah besar iaitu Bandar Kota Kinabalu dengan pulau-pulau di sekitar Kota Kinabalu seperti Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Memutikan, Pulau Sulug dan juga Pulau Sepanggar.

NJ dan Luke tiba di Jesselton Point dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Andy. Pak Rahmat pemilik bot sudah bersedia dengan segala kelengkapan asas untuk membawa dan menyeludup NJ, Luke dan Andy dari tanah besar ke Pulau Gaya, tempat yang dikatakan sebagai tempat persembunyian nenek NJ selama ini.

''Sure Andy kau mahu ikut aku?'' Sekali lagi NJ bertanya kepada salah seorang orang kanannya.

''Iya.. aku yakin NJ. Aku pun mahu jumpa sama aunty. Dia banyak berjasa dengan keluarga aku, NJ." Andy menjawab yakin. Pak Rahmat segera menghulurkan life jacket kepada mereka bertiga.

"Andy... kau kena ingat segala rahsia kita biarlah cuma kita berempat yang simpan jangan biar orang-orang JR tahu."

"Kau jangan risau, Luke. Aku pun tahu apa tugas aku sejak aku berikrar mahu setia sama NJ."

"Tuan NJ, nanti kalau JR tahu macam mana nanti?" Pak Rahmat bertanya. 

"Pak Rahmat jangan risau. Lepas dari tugasan ini, kita tidak akan berjumpa lagi. Aku tak mahu apa-apa jadi pada Pak Rahmat." NJ membalas, yakin. Itulah harga yang perlu dibayar jika ada yang mahu membantunya.

"Tuan yakin, JR tidak akan tahu?" tanya orang tua itu. Hatinya berbelah bagi. Mahu teruskan ataupun tidak. Depannya sekarang ni bukannya calang-calang orang. Silap hari bulan segalanya boleh jadi bala kalau JR tahu.

"Pak cik, kau tak perlu risau. Segalanya sudah aku atur dengan baik. Yang penting sekarang, jom kita bertolak, makin lama kita dekat sini aku takut ada mata-mata yang curi tengok kita." NJ cuba meyakinkan Pak Rahmat. Dia tahu apa risikonya tapi apa boleh buat, dia perlukan bantuan dari Pak Rahmat.

Pak Rahmat mengangguk. Selesai memakai jaket keselamatan, bot mula bergerak melawan ombak Laut China Selatan untuk ke Pulau Gaya yang dikatakan akan memakan masa lebih kurang 15 minit.

*             *              *

Pulau Gaya.

Setibanya mereka di Pulau Gaya, mereka bertiga turun dari bot selepas Pak Rahmat melakukan pelabuh botnya di jeti kecil di situ. Pulau Gaya merupakan salah satu daripada pulau-pulau yang termasuk dalam warta Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Separuh dari pulau yang diwartakan sebagai taman negara yang dilindungi daripada aktiviti nelayan, pembalakan haram, carigali petroleum serta dari pelbagai sumber pencemaran.

Ini kali pertama NJ menjejak kaki ke pulau yang dianggarkan mempunyai lebih 6000 orang penduduknya. Kebanyakkan dari mereka yang menetap di sini terdiri daripada etnik Bajau Ubian dan Bangsamoro yang dulunya pernah menjadi rakyat Filipina yang melarikan diri ke Sabah. NJ mengitari pandangan, kagum dengan keunikkan etnik ini membina rumah. Penduduk di sini mendiami rumah air iaitu rumah kayu bertiang yang dibina di tepi pantai yang cetek dan landai.

''Are you sure Andy, nenek aku stay kat sini?" NJ menyoal Andy. Sedikit sangsi sebenarnya.

"Ya betul, NJ. Ni kau tengok gambar-gambar ni, ada nenek kau. Aku yakin di sini tempatnya cuma aku tak tahu rumah yang mana. Kita kena tanya orang sini." Andy menghulurkan sekeping gambar kepada NJ.

NJ mengamati gambar itu lalu dipadankan dengan panorama yang ada depan mata. Dari mata kasar jelas terbukti gambar ini diambil di sekitar kawasan ini. Tapi hatinya turut diterpa rasa musykil kenapa neneknya yang dari golongan bangsawan itu boleh berada di tempat terpencil sebegini?

NJ kecilkan mata, memerhati keadaan rumah yang susunannya tidak teratur, tiada kemudahan insfastruktur dan kelihatan seperti kehidupan setinggan yang terbiar. Umum juga tahu, apabila berkaitan saja dengan Pulau Gaya, pulau ini seolah-olah terpisah oleh perbezaan budaya, ekonomi dan bangsa. Masing-masing masih mengekalkan identiti sendiri. Dari segi penempatan, mereka membina satu rumah ke rumah yang lain dengan menghubungkan satu papan dengan papan yang lain. Sudah semestinya papan itu agak kecil nipis dan yang pasti akan gayat apabila melaluinya. Tetapi ada juga beberapa buah kampung yang sedikit berbeza, sedikit educated. Ini diperbezaan dengan cara susunan corak penempatannya dengan kesemua rumah menghadap ke laut.

Pak Rahmat meminta gambar di tangan NJ mahu memeriksa kalau-kalau dia mengenali tempat yang dimaksudkan oleh NJ dan kawan-kawannya. Kebetulan pula dia ada beberapa kenalan dari kaum Bajau Ubian, mana lah tahu kalau dia boleh membantu mereka bertiga.

"Tuan NJ, kalau Tuan tidak keberatan... aku ada kawan sekitar sini. Aku boleh tanya sama diorang."

"Pak Rahmat boleh tolong? Kalau boleh, aku tidak kisah bha."

"Sini dulu Tuan NJ. Kita jumpa sama kawan aku. Kita tanya sama dia." Pak Rahmat melangkah mendahului mereka. Dibawa ke satu rumah lalu Pak Rahmat bersembang dengan empunya tuan rumah dalam bahasa yang mereka bertiga tidak faham. Selesai dapatkan sedikit maklumat, Pak Rahmat mendekati tiga sahabat itu.

"Tuan NJ, kata orang disini... rumah dalam gambar ini, disana. Jom ke sana kita."

*               *             *

Diana James atau nama lainnya, Kesuma Abdullah membuka mata bila terdengar ketukan yang bertalu-talu di luar pintu rumahnya. Diana James cuba gagahkan diri untuk bangun dari perbaringannya. Usia lanjut dihujung 70-an agak membataskan segala pergerakkannya.

Sekali lagi bunyi pintu diketuk. Kesuma bangkit berdiri pegang dinding kayu lalu meraba-raba dinding menapak perlahan-lahan ke arah pintu. Rumah kecil dan usang yang dibina oleh pembantu peribadinya suatu masa dulu, cukup-cukup muat saja untuk tempat tidur, dapur dan bilik air kecil. 5 tahun berada di rumah kecik ini, dia sudah tahu selok belok rumah kecilnya. Walaupun tidak sebesar dan segah rumahnya di sana, cukuplah dia merasa selamat berada di sini.

"Siapa? Bayu ke?" tanya Kesuma.

Senyap. Tiada balasan diluar. Kesuma tersenyum kecil, dia menganggap itu pasti Bayu anak jirannya. Kalau bukan Bayu, pasti Budi, adik Bayu. Hanya mereka yang suka menjenguk dia di sini. Suka menghantarnya makanan. Baik sungguh budak berdua tu.

Tangan tuanya menggagau mencari penyelak kunci pintu lalu ditarik. Pintu diselak sedikit. Berkeriuk bunyi yang dihasilkan melalui pintu kayu yang sudah nampak usang itu. Kesuma menjengul sedikit kepalanya. Ada empat orang lelaki berdiri di luar rumahnya. Kesemuanya berbadan tegap walaupun salah seorang daripada mereka dikira sudah sedikit berusia. Mata tuanya dipicing sedikit. Cuba ingat siapa gerangan mereka yang ada dihadapannya. Wajah-wajah yang dia tidak pernah kenali. Matanya yang sudah kabur tak boleh nak cam siapa orangnya, tapi dia sangat berharap mereka bukan orang-orang suruhan JR.

"Si... siapa? Siapa kamu?" tanya Kesuma. Ada getaran di sebalik suaranya. Ada ketakutan juga. Jangan sampai kali ini pun dia perlu melarikan diri lagi. Dia sudah tua, tiada kudrat seperti dulu. Masa yang ada sekarang, cuma untuk berehat dan fokus beribadat kepada-Nya.

"Diana James?" Pak Rahmat mewakili mereka berempat bertanya.

Diana James mengerut dahi. Siapa yang tahu nama lamanya di sini? Kebanyakkan orang di sini hanya mengenalinya dengan nama barunya, Kesuma Abdullah. Nama Diana James sudah lama terkubur semenjak dia datang ke sini.

"Si... siapa kamu?" Sekali lagi dia menyoal. Tangan sudah bersedia untuk menutup kembali daun pintu. Cuba bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Nek... nenek... ni aku, Nuh. Cucu nenek, Nuh Jazmin." Nuh menghalang pintu dari di tutup dengan tangannya. 

Kesuma tidak jadi menolak dedaun pintu, tersentak dia. Luas biji matanya bila terdengar sebaris nama itu. Matanya difokuskan kepada pemuda yang berada di tengah-tengah antara mereka bertiga. Nuh Jazmin?

"Nuh? Nuh anak Angelina?"

NJ mengangguk.

Anggukan dari pemuda yang mengaku nama Nuh Jazmin itu, Kesuma memberanikan diri untuk menguak pintu kayu rumahnya dengan lebih luas. Mendekat kepada tubuh tinggi NJ dan pegang pipi NJ yang tinggi itu. Dia pandang sepasang mata cantik itu mengingatkan dia kepada mendiang anaknya, Angelina James. Mata cantik itu diwarisi dari mata ibunya.

"Nuh?"

"Ya nek, ini Nuh. Ini cucu nenek." NJ turut memegang tangan neneknya yang sedang memegang pipinya. Air mata mula bergenangan.

"Dah besar cucu nenek ni." Kesuma segera peluk tubuh tinggi itu.

NJ membalasnya. Tangisan antara mereka pecah. Luke, Andy dan Pak Rahmat menjauh, memberi ruang kepada keduanya.

*              *                *

"Dah berapa lama nenek duduk sini?" tanya NJ. Matanya melilau pandangan ke sekitar rumah yang didiami oleh neneknya itu sekarang. Hampir tak percaya seorang wanita dari golongan bangsawan sanggup duduk di rumah dan tempat yang begini. Langsung berubah 360° dengan kehidupan asal neneknya.

"Dah lebih 5 tahun Nuh. Dulu nenek duduk di Semporna. Lepas orang-orang JR tahu nenek ada dekat sana, Maria dan Malik bawa nenek ke sini. Alhamdulillah nenek mampu bertahan dekat sini. Dekat sini tak ada orang kenal nenek."

NJ genggam erat tangan neneknya. Beri kekuatan supaya neneknya tahu, dia sudah ada depan matanya sekarang. Maria, itu nama pembantu peribadi neneknya dulu dan Malik suami kepada Maria, pembantu peribadi neneknya selepas kematian datuknya, Albert James. NJ sempat kenal dengan keduanya sebelum dia kembali ke pangkuan ayahnya dulu. Kehidupan NJ agak complicated untuk diceritakan.

Neneknya, Diana James seorang bangsawan kelahiran Australia yang berhijrah ke Sabah selepas mendirikan rumahtangga bersama Albert James, anak kelahiran Sabah. Di situ mereka mula menapak, memulakan perniagaan sedikit demi sedikit sehingga mampu menghasilkan satu empayar yang gah di seluruh Sabah. Pasangan itu dikurniakan dua orang anak perempuan yang diberi nama Angelina James dan Victoria James.

Angelina James dan Victoria James juga bukan calang-calang orangnya. Di usia yang masih muda, mereka sudah berjaya mencipta nama dalam dunia penghotelan dan perniagaan. Banyak rangkaian hotel di semenanjung Malaysia, di bina hasil dari pelaburan mereka untuk menguatkan lagi empayar Black Diamond di mata dunia. Sedang nama Angelina dan Victoria menjadi buruan para hartawan untuk dijadikan permaisuri hati, Angelina mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini Junid Richard. Victoria pula belum bersedia menamatkan zaman bujangnya, sibuk menguruskan perniagaan keluarganya.

Junid Richard, seorang lelaki biasa. Berkerja sebagai salah seorang jurutera di salah sebuah anak syarikat klien Black Diamond. Pandangan pertama dengan Angelina James, membuatkan lelaki itu jatuh suka. Diam-diam dia mula memasang angan-angan untuk miliki Angelina James suatu hari nanti biarpun sedar taraf dan kedudukan mereka langsung tidak sekufu. Rupanya dalam diam, cintanya berbalas. Mereka melangsungkan perkahwinan dan dikurniakan seorang cahayamata, Nuh Jazmin.

Sayangnya perkahwinan mereka mendapat tentangan dari Albert James. Lelaki itu tahu sesuatu tentang Junid Richard. Rupanya Junid Richard atau nama jolokkannya JR adalah seorang ketua kongsi gelap yang sangat aktif di sekitar Sabah-Filipina. JR berselindung disebalik kepolosan yang ada pada dirinya menyebabkan ramai yang tidak tahu identiti sebenar Junid. Albert James pernah beritahu tentang itu kepada Anjelina tapi dek kerana mabuk cinta terhadap JR, Angelina memilih untuk mempercayai JR. Kesudahannya Albert James menerima menantunya itu asalkan anak perempuannya baik-baik saja biarpun dia dapat merasakan ada sesuatu bakal terjadi kepada perkahwinan anaknya itu. Diam-diam Albert mengupah orang untuk menyiasat segala kegiatan haram JR dan kesan dari tindakan Albert itu, Albert James ditemui mati dalam sebuah kemalangan ngeri.

Kematian datuknya mendapat liputan meluas dari pelbagai saluran media maklumlah kes high profile. Bertahun polis menyiasat tapi tiada maklumat sahih dan akhirnya 'case close'. Keputusan yang tidak adil dan berat sebelah untuk mereka sekeluarga tetapi bila Junid selaku menantu sulung menerima keputusan itu dengan redha, mereka yang lain juga terpaksa menerima keputusan itu. Hanya Victoria James saja yang berkeras menolak segala keputusan itu dan bertindak menyiasat secara bersendirian. 

"Kenapa nenek pilih untuk duduk sini?" Andy bertanya, mematikan Kesuma dari teringat tentang kejadian lalu. Kesuma senyum segaris sebelum menjawab pertanyaan teman cucunya itu.

"Nuh dan kamu pun tak percaya yang nenek boleh duduk sini apatah lagi JR."

Mereka terdiam seketika. Memang, mereka pun tak percaya tempat sebegini yang menjadi pilihan terakhir untuk Kesuma pilih sebagai rumahnya.

"Kamu datang sini, JR ndak tahu kan?" Kesuma bertanya. Masih berfikir jika ada kemungkinan JR tahu, habis mereka semua.

JR sudah gila. JR mula tumbuh tanduk syaitannya bila Albert James dan Victoria James meninggalkan dunia. Lelaki durjana itu berjaya mengawal seluruh hidup anak sulungnya sehinggakan semua harta peninggalan Anjelina diserahkan kepada lelaki itu. Itu pun JR masih merasa tidak cukup, tergamak lelaki itu menuntut pula harta Albert dan Victoria.  Mujurlah mendiang suaminya dan Victoria sempat menukarkan segala hartanya ke atas nama Nuh Jazmin memandangkan Victoria tiada pewaris sah lain. Rupanya keduanya sudah tahu tentang siapa sebenarnya JR.

"Tidak tahu nek. Aku datang sini curi-curi. Aku mahu jumpa nenek, aku ndak tahu nenek masih hidup. JR tipu aku, dia kata nenek sudah mati. Bila aku tahu nenek masih ada, merata aku cari nenek nasib baik Andy terjumpa gambar ni dalam Fac." NJ hulurkan gambar yang dimaksudkan kepada Kesuma.

Kesuma mengambilnya.

"Ini gambar ketika ada pengembaraan dokumentari di sini 3 bulan lepas," jawabnya.

"Nenek tetap nak tinggal dekat sini?" NJ bertanya lagi.

"Ada tempat lain yang boleh nenek pergi?"

"Kalau nenek mahu, aku boleh minta Andy carikan tempat. Nanti bila-bila aku boleh pergi jumpa nenek. Tak perlu lagi nenek mahu tinggal di sini. Sedih aku tengok, nek."

"Betul nek, kalau nenek tak keberatan aku boleh bawa nenek sama aku. Kita tinggal jauh dari sini." Andy menyampuk. Andy salah seorang anak pekerja Kesuma dulu.  Dulu Kesuma banyak membantu keluarganya ketika mula-mula mereka menetap di Sabah. Kini keluarganya semuanya berpindah ke semenanjung, pulang ke tempat asalnya.

"Jauh dari sini? Mahu kemana Andy?"

"Balik rumah keluarga aku, nek. Di pahang sana."

"Semenanjung?"

"Ya nek. Semenanjung. Nenek ikut Andy pergi sana, aku yakin orang-orang JR tak kan cari nenek kat sana." NJ mengeyakan.

maafkan saya lama tak update ya... bukan da halangan apa tp halangan kemalasan itu ada. huhu... Tq to all the readers. NJ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience