Bab 31 : NJ

Romance Series 174928

~Every fight between us brings me closer to you, because it teaches me that it is quiet difficult to sleep without having a conversation with you.~

''Nia, mama kenalkan ini anak angkat mama dan papa masa kami kat sana. Nuh Jazmin.''

Demi mendengarkan sebaris nama itu, Nia terus angkat muka. Panggung wajah terus kepada si dia dihadapannya. Dan si dia pula bagaikan sudah bersedia menyambut pndangan Nia. Lurus sahaja mata itu menikam anak mata Nia dari tempatnya.

Dia? Nuh Jazmin? Anak angkat abah dan kini jadi anak angkat mama dan papa? Kebetulan atau satu suratan takdir?

''Nuh?''

''Nia?''

Sama-sama menyebut serentak. Terkejut dengan pertemuan yang tidak dijangkakan ini. Datin Seri Roslina dan Khalil terpinga-pinga. Nuh dan Nia dilihat bergilir-gilir.

''Eh, dah kenal ke ni?'' Datin Seri Roslina hairan dengan reaksi keduanya.

''So that's your Angel, Lil?'' Nuh menyoal Khalil tanpa menjawab pertanyaan mama. Bibir Nuh yang kejung tadi bertukar dengan senyuman mengejek.

''Yup, that's my Angel. The one and only, my beloved girl. Nia Jasmine."

Nuh membasahkan bibir bawahnya. Nia yang masih terkejut itu dipandang tidak lepas.

''Wow... how small is this world, right Nia Jasmine?''

Nia masih kelu. Tak berdaya untuk menjawab walaupun jawapannya cukup mudah dan padat. Dia masih tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang ini. Jelmaankah ini?

"Kau dah kenal ke adik aku ni, Nuh?'' tanya Khalil pula. Turut hairan bila Nuh menyebut nama penuh Nia sedangkan nama itu jarang sekali disebut-sebut
Sekejap dia pandang Nia, sekejap dia pandang Nuh, bagi mencari jawapan sendiri.

''Nia Jasmine, dia adik angkat aku masa aku study dulu. It about 3 years ago. That's true Nia?'' Nuh membalas sekaligus memberikan jelingan tajam kepada gadis itu. Dia tidak suka dengan kebisuan Nia. Mana pergi Nia Jasmine yang suka berdebat dengannya dulu?

Nia termangu. Apa yang patut dia balas?

''Maksud kau... adik angkat yang kau duk cerita dekat aku selama ni tu... Nia? Adik aku?'' Khalil yang perasankan kecanggungan Nia, mencelah.

''Emm nampaknya macam tu lah.'' jawab Nuh bersahaja sambil jongket bahu. Khalil ternganga. Dahinya ditepuk.

''Ya Allah, tak sangka! Kecik rupanya dunia ni. Pusing-pusing, jumpa dengan orang yang sama juga. Macam dah jodoh ni!'' selanya dalam tawa.

''Wait... Khalil cakap apa ni? Nia? Nuh?'' Datin Seri Roslina menyampuk, tak faham. Terpinga-pinga pandang setiap wajah yang ada di sekeliling meja makan itu.

''Nia? Tak nak explain dekat mama apa-apa ke?'' Nuh kembali bertanyakan Nia, mencabar gadis itu membuka mulut. Dia tahu Nia masih terkejut dengan pertemuan yang tidak dijangkakan ini. Dia juga sama.

''Emm mama, sebenarnya Nuh ni... anak angkat abah.'' Setelah lama menyepikan diri, akhirnya Nia membuka mulut.

Datin Seri Roslina ternganga. Nuh dia pandang.

''How come? That's true Nuh?''

Lihat anggukan Nuh tahulah dia yang anak-anaknya tidak mereka cerita.

''Mama ingat tak, mama pernah jumpa Nuh dulu.'' Nia sentuh lengan mamanya bila terlintas sesuatu di ingatannya. Mama pernah berjumpa Nuh dulu!

''Eh?''

Panjang 'eh' mamanya itu, Nia rasa dia perlu buka sedikit lagi cerita lamanya.

''Mama ada balik Malaysia dulu, masa Nia kena anafilaksis kan? Ingat tak masa tu abah ada program pengambilan anak angkat dengan UPM?''

Datin Seri Roslina nampak termangu seketika. Cuba korek memori lama.

''Okay... I think I remember something... Ada dua orang lelaki dalam rumah abang long masa tu, salah seorangnya... is that you, Nuh?''

Nia tersenyum nipis dengan soalan mamanya. Lega.

''Yup mama. That was me.'' Nuh jongket sedikit kedua belah bahunya.

''What? Patutlah mama macam pernah nampak Nuh masa kita mula-mula jumpa kat London dulu, rupanya kita dah jumpa sebelum tu...'' Datin Seri Roslina bertukar nada, tiba-tiba jadi teruja. Tak sangka, kecil sungguh dunia!

''Saya pun tak sangka, rupanya mama orang yang sama saya jumpa dekat rumah abah dulu tu.'' Nuh menambah.

''Kalau abang long tahu ni, mesti dia pun happy dapat jumpa dengan Nuh balik. Lagipun ini kali pertama Nuh balik lepas pindah dulu kan?"

Nia mengerut kening. Jadi selama ini Nuh bukan menghilangkan diri tapi dia berpindah? Berpindah ke mana? London? Bukan ke dulu Abang Luqman cakap Nuh balik Sabah? Sekarang ni Nuh pindah ke Sabah atau ke London? Hish banyak pulak benda nak tahu ni...

''Yup mama. This is my first time Nuh balik selepas 3 tahun dekat sana.''

''Okay... dah habis sesi jejak kasih ni kan? Boleh kita mula makan sekarang tak? Khalil lapar sangat dah ni.. Nanti sejuk pulak makanan kita ni.'' Khalil mencelah, menamatkan sesi jejak kasih itu.

''Eh.. lupa pulak. Jom kita makan. Nia tolong hulurkan spageti tu pada Nuh.''

* * *

Usai makan malam, Nia kembali ke taman mini. Sengaja melepak di situ sebelum memulakan sesi ulang kaji pelajarannya sekejap lagi.

''Ehem...''

Bunyi derhaman dari belakang. Tak perlu Nia menoleh pun dia dah dapat agak siapa gerangannya bila bau wangian mewah itu menusuk ke hidungnya.

''So, ini Nia si itik hodoh dulu kan? Wow so amazing! The ugly duckling has turned into a swan now.''

Nia berdecit. Hah, kalau dah keluar ayat versi samyang ramen korea tu, tak payah nak teka lagi siapa orangnya! Nia juling mata ke atas bila terasa bangku kosong disebelahnya di isi seseorang. Hai lah, baru jumpa dah cari gaduh ke?

''Mulut tu memang dari dulu, tak pernah langgan insurans kan? Kalau saya bertukar jadi swan pun, ada saya ganggu hidup awak ke? Tak ada kan?'' balas Nia versi pedas juga.

Kadang-kadang bila bercakap dengan Nuh ni, tak perlu nak jadi perempuan versi perempuan melayu terakhir sangat, mamat tu bukan peduli pun.

Nuh mencemik segaja mengusik Nia. Dalam masa yang sama dia lega, Nia dia dah kembali!

''Memang lah tak. Tapi rasa macam rugi lah pulak kalau biar swan ni sorang-sorang dekat sini.''

''Huh, whatever!'' Sekali lagi Nia juling mata ke atas. Hangin betul dia dengan Nuh ni. Tak sampai sehari jumpa dah menaikkan darah dia.

Nuh tergelak. Rindu sungguh dengan telatah 'budak kecik' yang kini dah bertukar menjadi 'swan'.

''So, sekarang ni kau buat apa?'' Nuh berdeham setelah tawanya reda.

Malas mengacau mood Nia lagi sedangkan ini kali pertama mereka bersua setelah 3 tahun berpisah. Lagipun apa dia nk risau, masih ada banyak masa lagi dia nak kacau Nia.

'Don't worry Nuh! Everything gonna be perfect as you wish,' terbersit hati Nia tapi lain yang terlepas di mulutnya.

''Buat apa?''

''Ye lah, typical soalan kalau dah lama tak jumpa. Buat apa sekarang ni? Kau kan dah habis SPM. So, lepas SPM kau buat apa? Sambung study ke? Kerja ke? Kahwin ke? Haaa soalan-soalan yang macam tu la...''

Nia membulatkan mata mendengarkan Nuh menyebut perkataan 'kahwin'. Bibirnya terherot.

"Kahwin? Euwww... muda lagi kot." Nia bergeliat kegelian.

Lihat reaksi Nia, bibir Nuh tersungging sinis.

"Eleh, kau tu bukannya budak bawah umur lagi. Kalau kau nak kahwin, dah dikira layak kot."

Nia membulatkan mata. Nuh kata dia apa?

"Hish apa awak ni! Tak nak lah saya kahwin muda. Enjoy la dulu sementara single ni. Nanti kalau dah kahwin, nak enjoy pun susah. Hidup dah terikat dengan suami. Kalau dapat yang memahami ok lah, kalau suami yang jenis tak faham? Susah la... Hish kalau dapat yang macam tu, langsung tak fun..." omel Nia.

Nuh angkat hujung keningnya.

"Ye ke kalau dah kahwin tak boleh nak enjoy? Siapa cakap? Based on your experiance? Tak fun? Kenapa, kau dapat bakal suami yang suka control kau ke?"

"Awak ni dah kenapa? Baru balik sini, baru jumpa tak sampai sehari dah nak cari gaduh ke?" Nia balas geram, tidak puas hati. Berkerut seribu muka dia.

"Habis tu, kau tak menjawab pun soalan-soalan aku. Aku tanya lain, kau jawab lain. Okay, kali ni aku tanya betul-betul. Kau. Buat. Apa. Sekarang. Ni. Nia?" Nuh menyebut satu persatu agar jelas di telinga Nia.

Nia senyum paksa, tahu sangat yang Nuh menyindir dia.

''Oh, soalan tu ke Nuh Jazmin? Saya sekarang ni study lagi. Sambung study tingkatan 6. Puas hati dengan jawapan saya, Nuh Jazmin?" Nia membalas sama macam Nuh. Satu persatu. Hujungnya Nia ukir senyum paksa sebelum alihkan mukanya dari muka Nuh. Ishh sakit hati betul dengan dia ni!

Nuh tergelak kecil, Nia... Nia... masih tak berubah kau ya?

''Tingkatan 6? Kenapa tak terus pilih study dekat U? Papa dengan Khalil kan orang kuat UMT. Kenapa tak sambung situ?''

Nia garu kepala yang tidak gatal. Inilah soalan yang susah dia nak jawab walaupun sudah kerap kali ditanya. Dengan keputusan SPMnya yang cemerlang membuatkan orang tertanya-tanya kenapa dia memilih untuk meneruskan pengajiannya di tingkatan 6 dan tidak ke pusat pengajian lain.

Nia sebak rambut panjangnya ke belakang, sesekali terasa rambutnya terbuai-buai di tiup angin malam.

''Macam mana nak jawab soalan tu ya? Em... awak anggap jelah, saya ni tak puas lagi nak jejak kaki ke sekolah.''

Nuh mencebik dengar jawapan Nia. Mengada betul jawapan tu.

''Sekolah mana?''

''Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Terantai. Sekolah tu je yang ada form 6 dekat dengan rumah. Yang lain jauh, mama tak benarkan saya stay hostel.''

''SMK Bukit Terantai?''

Nia mengangguk. Nia teringat sesuatu lekas dia bertanya.

''Awak dah balik sini, siapa jaga papa dengan Khayra dekat sana?''

Kata mama, Nuh menyambung pengajiannya di London bersama dua orang adik perempuannya. Di sana Nuh berkenalan dengan Khalil Fayyad dan hubungan itu bertambah erat setelah mama dan papa mengangkat darjah Nuh kepada status anak angkat mereka. masuk ke dalam keluarga itu.

'Pap!' Satu 'starlight' selamba singgah di dahi Nia.

''Aduh!'' Nia mengaduh sambil menggosok dahinya.

''Itu lah makan dia... Orang tengah bercakap, kau pergi mana?'' Nuh tayang muka selamba tak pedulikan Nia yang tengah mengaduh kesakitan.

''Sakitlah!'' Nia menyeringa.

''Dah kau mengelamun tu kenapa? Aku ada depan kau, tengah jawab soalan kau, tengah sembang dengan kau.. Yang kau mengelamun tu, dah kenapa?''

''Tegur baik-baik tak boleh ke?'' Nia mendengus tak puas hati. Tak pasal-pasal kena 'starlight' malam ni. Pasti merah-merah dahinya.

''Tak ada maknanya lah aku nak tegur kau baik-baik. Aku ni dah banyak kali panggil kau. Kau tu yang mengelamun jauh sangat. Ingat boyfriend tersayang ke?''

Nia berdecit. Hilang mood terus nak bersembang dengan Nuh. Geram! Dia bingkas bangun mahu naik ke bilik tapi Nuh menghalang dengan kakinya.

''None of your bussiness. Dah la, tepilah! Orang dah nak masuk tidur ni. Dah pukul berapa ni, esok sekolah.'' Nia menepis kaki Nuh.

Nuh menggeleng. Kakinya dikeraskan.

"Tepilah!" Nia menepis lagi.

''Kau ni garang sangat la Nia, langsung tak berubah.''

''Tak perlu pun saya nak berubah kalau dengan awak. Just be my real Nia Jasmine. Itu lebih baik daripada saya berpura-pura macam awak! Dah, tepi kaki awak ni. Saya nak masuk tidur.''

"Tak nak."

"Tepilah Nuh!" Nia makin berang.

"Tak nak. Tak nak. Tak nak." Nuh makin giat menyakat Nia. Suka sangat dia dengan muka cemberut Nia. Hilang rindu nak gaduh dengan Nia.

"Ish dia ni!" Nia angkat penumbuk sedia untuk pukul Nuh.

''Dulu korang memang selalu gaduh macam ni ke?'' Ada suara menegur. Tanpa mereka sedari sejak dari tadi lagi sepasang mata itu memerhati kelakuan mereka berdua

Nuh dan Nia sama-sama menoleh. Khalil Fayyad mendekati dan menyertai mereka berdua. Bangku kosong di hadapan kerusi Nia dan Nuh disii.

''Adik kau ni lah Lil, comel sangat. Siapa je yang tak geram.''

Nia terlopong dengar pujian Nuh. Khalil melepaskan tawanya.

''Jangan nak merepek boleh tak? Bukan ke dulu awak jugak yang cakap saya ni 'The Ugly Duckling?'' Nia deras menyangkal tidak mahu abangnya tersalah faham. Dengan tangan memeluk tubuh, dia duduk semula sambil mendengus.

''Itu dulu... Sekarang itik tu dah bertukar jadi swan.''

Jawapan Nuh, Nia rasa nak bagi penumbuk dan humban Nuh ke dalam tasik Kenyir. Nanti pepandailah Nuh nak hidup dengan swan-swan tu. Tak habis-habis dengan swan dia tuh!

"Hish... kenapa aku rasa korang ni, macam ada something je ni?" Khalil Fayyad meneka, hairan dengan kelakuan Nuh dan Nia yang asyik bertekak itu. Nia dan Nuh dipandang bergilir-gilir.

"Mana ada apa-apa. Abang Nuh ni suka sangat cari pasal dengan Angel. Ni tengok dahi Angel ni, sakit..." adu Nia kepada abang kesayangannya.

"Eleh mengada lebih dia ni. Setakat kena starlight tu, benda kecik je lah. Sini dahi tu, abang tiup."

Nia jelir lidah pada Nuh. Dia tunduk sedikit kepala kepada si abang. Khalil meniup dahi Nia dengan perlahan. Nuh sembunyi senyum.

"Ok, done."

"Mengada sangat adik kau ni, Lil. Macam lah sakit sangat."

"Sakitlah! Kalau nak rasa sakit tu macam mana, meh sini saya buat." Nia panjangkan tangan tapi Khalil cepat-cepat halang.

''Tadi abang dengar Nuh cakap, The Ugly Duckling... So, anak patung itik dalam bilik Angel tu... Kau ke yang bagi dekat Nia, Nuh?'' Khalil mencelah, teringat anak patung yang selalu Nia kelek ke mana-mana.

Tiba-tiba wajah Nia bertukar merah padma dengan soalan Khalil. Dia rasa hidupnya selepas ini bakal huru haru kalau abang-abangnya bergabung tenaga.

''Abang... abang cakap apa ni...'' Suara Nia meleret, matanya mengisyaratkan supaya Khalil berhenti. Dalam hati dia berdoa semoga Khalil tak buka cerita terlalu banyak, nanti dia yang mendapat malu.

''Nia simpan lagi?'' Nuh dengan rasa tidak percaya itu bertanya. Raut Nia dia cari. Lihat raut itu berubah warna, Nuh sudah dapat jawapannya.

''Eh jap... kau pakai..'' Khalil mendekatkan hidungnya pada kolar baju Nuh. Haruman yang melekat di situ dia hidu.

''Bau ni... aku rasa macam pernah bau perfume ni...''

Sekali lagi Nia buntangkan matanya. Cepat-cepat dia bangun.

''Errr... Nia masuk bilik dulu la abang. Dah lewat sangat dah ni..'' Nia cepat-cepat lari dari keduanya.

* * *

''Wehh sek mung.. aku tahu doh cikgu baru tu name nape...'' Rohaya menjerit. Ketika itu pelajar 6 Delima berada di bilik seni.

''Name nape weh cikgu tu?'' Suhaila bertanya. Faradiba disebelah sudah terangguk-angguk. Masing-masing tak sabar mengorek maklumat cikgu baru itu.

''Nuh Jazmin.''

Terlucut berus cat di tangan Nia. Terkejut.

''Nuh Jazmin? Perghh name.. buat aku dokleh tido malam la ni...'' Suhaila buat gaya memeluk tubuh. Tersengih-sengih.

''Tu lah aku kate doh, sek mung dok caye..." Faradiba mencebik bibir. Megah dengan infonya.

"Eh sek mung, tu Cikgu Nuh!" Rohaya menunding jari ke bangunan sebelah.

Semua mata pandang ke bangunan sebelah yang menempatkan pelajar tingkatan 5. Nia juga tidak terkecuali. Buntang biji matanya. Betul, itu Nuh! Nuh yang sedang memakai baju yang dia gosok pagi tadi.

Ingat kejadian pagi tadi, serta merta suhu amaran geramnya naik. Hish mereka baru berjumpa satu hari tapi hidupnya dah haru biru! Agaknya apalah yang akan jadi kalau hari-hari mereka bersua muka?
Nia imbau kejadian pagi tadi.

Tok! Tok!

Nia yang baru selesai menunaikan solat subuh cepat-cepat bergerak ke pintu bilik. Dengan kain telekungnya meleret nasib baik dia tak tersadung.

"Morning!"

Dejavu! Nuh mengenakan singlet putih bersama tuala putih yang dililit di pinggan. Rambut messy itu kelihatan masih lagi basah, tanda baru lepas mandi.

"Yes?"

Nia mengalihkan matanya, tak senonoh betul Nuh ni. Pagi-pagi dah ketuk bilik anak dara orang! Omel Nia dalam hati.

"Nah." Baju kemeja biru cair dan slack hitam dihulurkan kepada Nia.

Nia menyambut jua walaupun terpinga-pinga.

"Apa ni?" Nia tunduk pada pakaian di tangannya.

"Itu baju dan seluar. Baju dan seluar tu aku punya. Hari ni first day aku nak pergi kerja. So, iron baju aku kejap. Nanti letak dalam bilik aku. Jangan lambat ya?" arah Nuh sebelum berlalu ke biliknya.

Nia kerut kening. Otaknya tersedar sesuatu, pastas dia kejar Nuh. Ewah makin menjadi-jadi nampaknya dia ni!

"Dah kenapa saya yang kena iron baju kerja awak? Kenapa tak bagi Mak Yam je iron baju awak?" Nia menyoal.

Nuh sudah tiba di biliknya yang terletak selang sebilik dari bilik Nia. Dia tersenyum manis. Anak mata Nia dia pandang.

"Aku nak kau. So, kau lah yang kena buat. Cepat sikit ya, kejap lagi aku dah nak masuk kerja," ujar Nuh sebelum menutup pintu biliknya.

Nia kepal penumbuk, dikertap bibirnya. Hishh geram betul!

Dah mula episod gaduh2... haishhh

Share this novel

3 Little B's
2024-11-28 23:16:46 

Orang tua2 kata,jangan gaduh2.Nanti berjodoh??


NovelPlus Premium

The best ads free experience