Lya menyiku lengan Nia, Nia yang baru menarik kerusi di sebelah Nuh tengadah. Berkerut keningnya dengan tindakan kakaknya. Belum apa-apa, Lya senggolnya pula. Hasil dari senggolan itu, dia bergerak sedikit ke sisi.
"Thank you Nia," bisik Lya lalu mengenyitkan mata buat si adik yang masih tergamam dengan tindakannya. Tanpa menanti balasan Nia, dia menarik kerusi dan melabuhkan duduknya.
Nia mengalah, beralih ke tempat duduk yang bertentangan dengan Nuh. Hanya itu yang masih kosong. Nuh angkat wajah, dia terkedu bila Nia mengisi tempat dihadapannya. Bila dia toleh ke sisi, Lya tersenyum manis. Nuh menghela nafas, tahulah dia yang itu agenda Lya mengenakan Nia.
Usai membaca doa, mereka mula menjamu selera. Sesekali Nuh mencuri pandang Nia. Riak gadis itu nampak gelisah dan serba tidak kena. Mungkin kerana Tya yang duduk di sebelah Nia, fikir Nuh.
"Nuh nak tak lauk ni? Ini Lya masak tau. Special untuk Nuh."
Dalam keasyikan mereka menjamu selera itu, tiba-tiba Lya berbunyi. Semua mata tertumpu kepada Lya dan Nuh termasuklah Nia. Nuh serba salah untuk menolak, dia risau kalau seisi keluarga fikirkan yang bukan-bukan. Untuk menerima juga dia tidak senang hati apatah lagi bila perasankan renungan Nia agak tajam dari biasa.
"Nuh kena makan banyak-banyak tau. Esok Nuh dah nak balik Terengganu, entah bila pula boleh merasa air tangan Lya ni," ujar Lya sambil meletakkan beberapa ketulan ayam masak szechuan di pinggan Nuh.
"Terima kasih."
"Kasih Nuh, Lya sudi terima. Ibarat kata kecil tapak tangan, sebesar padang golf Lya tadahkan," sahut Lya malu-malu.
Nuh tersedak lalu terbatuk.
"Sorry-sorry Nuh... Sekejap Lya ambilkan air." Lya cepat-cepat capai sirap limaunya lalu disuakan kepada Nuh.
Nuh menolak, sebaliknya gelas huluran Nia yang Nuh ambil dan meneguknya rakus. Bahana gurauan tidak cerdik Lya, tekaknya perit. Lya memicingkan mata pada Nia.
"Nuh okey? Nak air lagi?" tanya Lya, bahu Nuh dia sentuh.
Nuh menjarakkan sedikit tubuhnya. Tidak selesa dengan perlakuan Lya yang dirasakan tidak sepatutnya itu.
"Ehemm... amboi Lya, lain macam je ni... kenapa?" Mia mencelah. Dia turut tidak selesa dengan drama ciptaan Lya. Dia kenal hati budi adiknya itu dan dia yakin Lya ada merancangkan sesuatu yang melibatkan Nuh.
"Tak ada apa-apalah akak. Lya cuma kesian tengok Nuh ni. Tak ada orang nak melayan. Tengok Luq tu, ada yang melayan tapi Nuh ni tak ada. Itu yang Lya tolong. Tak salahkan, Nuh?" ungkap Lya sambil menghantar pandangannya ke pada Nuh.
"Tak ada apa yang nak dikesiankan, Lya. Nuh tu bukan budak kecil lagi. Dia tahu ambil lauk sendiri. Lagi satu Lya tak boleh samakan Nuh dengan Luq. Luq ada layanan istimewa sebab dia dah kahwin, dah ada isteri of cause isteri dia akan melayan dia. Kalau diaorang belum kahwin, abah takkan izinkan Mia layan Luqman macam tu. So, if you think you really want to give someone a 'special treat', you should get married," usul Tuan Ahmad Zakri.
"So should i marry him, abah?" Tanpa segan silu Lya bertanya, matanya bersinar galak. Sempat dia menjeling adiknya sekilas sebelum talakan pandangannya ke abah yang berada di kepala meja. Senyuman sinis turut menghiasi bibir merah merekah bak delima itu.
"Who?"
"Nuh Jazmin," jawab Lya telus lalu talakan anak matanya pada Nia. Dia suka dengan reaksi Nia sekarang.
Nuh berkerut dahinya. Lain macam saja ayat Lya. Lambat-lambat dia turut halakan matanya kepada Nia, memancing reaksi Nia. Nia menatapnya dengan pandangan yang sukar dia tebak apa yang ada dalam hati gadis itu tapi dia yakin ada sesuatu yang disembunyikan oleh Nia. Kenapa dengan Nia? Dia jealous?
"Why?" Tuan Ahmad Zakri dan yang lain masih menanti jawapan Lya selanjutnya.
Lya kembali lihat Nuh yang sedang menumpukan perhatiannya kepada Nia. Mereka saling bertatapan dan dia tidak buta untuk membaca cara tatapan itu. Bibir Lya mengorak makin lebar, dia akan hancurkan panahan itu sekejap lagi.
"Cause i liked him," tutur Lya penuh yakin.
Shrek... Tanpa berfikir panjang, Nia menolak kerusinya lalu bangun meninggalkan pinggan yang masih dipenuhi makanan. Dia segera ke sinki dan mencuci tangannya sebelum keluar dari ruangan makan tanpa mempedulikan mata-mata yang sedang mengekori setiap derapan langkahnya. Dia perlukan udara segar bagi sejukkan hatinya yang panas terbakar dengan pengakuan Lya sebentar tadi. Kenapa dia rasa macam ni?
Suasana di meja makan sunyi seketika, masing-masing terkedu dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Nia. Nuh juga tidak ketinggalan. Sesaat dua, Nuh bangun. Kali ini dia yakin dengan apa yang dicernakan oleh tafsiran otaknya dengan tindakbalas Nia tadi.
"Maaf abah, Nuh keluar tengok Nia sekejap."
Tuan Ahmad Zakri cuma angguk. Nuh segera berlalu. Lya dan Tya saling berbalas pandangan. Ada senyuman herot menghiasi bibir masing-masing.
"Dah, sambung makan. Lya kenapa suka sangat cari pasal dengan Nia?" Mia berbunyi. Dari tadi dia perhatikan tingkah Lya dan Tya.
"Mana ada Lya cari pasal dengan Nia. Lya serius sukakan Nuh. Nia tu yang perasan Lya cari pasal dengan dia."
"Jangan nak mengarut Lya. Makan," marah Mia.
* * *
Nuh cari Nia di laman rumah. Tiada tanda-tanda Nia ada disitu. Nuh naik ke tingkat atas, manalah tahu kalau Nia ada di beranda kawasan yang terbuka. Biasanya Nia suka bersantai di situ. Seperti sangkanya Nia ada di situ sedang duduk di bangku sambil talakan pandangan ke luar rumah.
"Nia?"
Nia angkat muka. Nuh mengambil tempat di sebelahnya.
"Kenapa kau blah macam tu je tadi?"
Nia cuma diam. Malas bergaduh dengan Nuh, tak ada mood. Dia cuma nak bersendirian untuk meredakan perasaannya.
"Jom, kita keluar."
Nia mengerut kening.
"Nak pergi mana?"
"Ikut jelah. Nanti kau tahu." Nuh bangun lalu tarik tangan Nia. Nia hanya mengikut tanpa membantah. Dia pun perlukan udara luar.
Sampai di sebuah taman permainan yang berdekatan dengan rumah Tuan Ahmad Zakri, Nuh matikan enjin kereta lalu melompat keluar. Nuh bukakan pintu kereta untuk Nia.
"Jom," ajak Nuh lagi. Nia keluar sambil mengitari sekeliling.
"Kita nak buat apa kat sini? Tengahari macam ni datang sini, nak buat apa?" aju Nia kehairanan dengan tindakan Nuh membawanya ke taman permainan.
Nuh lepaskan tawa kecilnya. Dia mengorak langkah ke buaian dan Nia membuntutinya.
"Nak mainlah. Dah nama pun taman permainan, mestilah datang nak main," ujar Nuh sambil mempersilakan Nia mengambil tempat di tempat duduk di buaian.
"Siapa yang nak main?" Dalam tertanya-tanya pun, Nia turutkan saja arahan Nuh.
"Kitalah." Nuh jawab sepatah.
"Kita?"
''Pegang elok-elok. Aku nak tolak ni. Kalau jatuh, aku tak nak sambut,'' gurau Nuh dan buaian itu bergerak perlahan-lahan. Lama-kelamaan ayunan makin laju dan tinggi.
Nia yang pada awalnya berasa kekok, kini tidak lagi. Dari menyeringai, dia meledakkan tawanya. Seronok!
Nuh turut tersenyum dengar Nia mengekek.
"Awak... seronoknya! Dah lama tak naik buai dan jadi budak-budak macam ni,"jerit Nia.
"Suka?"
"Suka sangat. Laju lagi awak!" pekik Nia kuat. Kebetulan pula hanya mereka berdua sahaja di situ.
Nuh menurut. Sedikit sebanyak dia cuba untuk menenangkan hati Nia. Nuh tahu Nia ada konflik dalaman dengan kakak-kakaknya sedari kecil lagi. Tak perlu bertanya apa-apa kerana dia tahu Nia tak suka berkongsi dan lebih memilih untuk memendamkan saja perasaannya. Tugasnya cukuplah sekadar membantu Nia bertenang semula. Itu lebih dari cukup.
Lama mereka begitu sehinggalah Nia meminta untuk berhenti. Mereka meyusur ke sebuah jongkang-jongket. Nia duduk di hujung kanan manakala Nuh di hujung kiri. Bila Nuh mengambil tempatnya, Nia menjerit. Terkejut dia kerana sepantas kilat berada di atas. Nuh mengekek dengan kegayatan Nia. Nuh mengawal papan jongkang-jongket agar Nia boleh menikmati permainan ini dengan baik. Sesekali Nia di atas, sesekali Nuh pula di atas dan begitulah seterusnya.
Nia mendongak ke langit biru. Tangan kanannya diangkat dan ditunding jarinya ke langit. Nuh hanya melihat saja perlakuan Nia.
"Nuh, awak tahu tak setiap kali saya tinggi macam ni kan... Saya rasa macam saya nak sentuh awan tu, nak gapai bintang yang bertaburan cantik langit," luah Nia.
"Emm... kalau kau ada dekat bawah?"
"Kalau saya ada di bawah, saya akan terfikir. Yang hidup ni umpama roda. Bulat dan berputar. Ada kalanya kita berada di atas dan ada masanya kita akan berada di bawah. Seteruk apa pun kita jatuh, kita kena berusaha untuk bangun dan bangkit semula dari kekalahan, kehilangan, kesedihan dan kesakitan," terang Nia. Wajahnya yang disimbahi cahaya tadinya mulai sirna.
"Awak pernah sakit disebabkan orang-orang yang terdekat dengan awak, Nuh?" aju Nia setelah Nuh tidak membalas penerangannya.
"Orang-orang terdekat dengan aku? Maksud kau?" Nun memicingkan matanya.
"Keluarga awak?"
Nuh terdiam. Kaki panjangnya terus dipasakkan ke tanah, mematikan pergerakkan jongkang-jongket itu. Dia bangkit. Nia juga bangkit.
"Why Nuh?" tanya Nia, tidak senang dengan perubahan Nuh yang tiba-tiba itu. Dia tersilap soalankah?
"Nothing. Jom balik, dah lama kita keluar ni." Nuh terus berlalu ke keretanya.
Nia mengekori, langkahnya terhenti bila deringan dari telefon bimbitnya kedengaran. Zaen?
"Hello, Abang Zaen."
Nuh lekas berpaling, Nia yang masih tidak sedar dengan tenungan Nuh itu, selamba masuk dalam kereta dan menutup pintu.
"Waalaikummusalam. Nia dekat rumah ke sekarang ni?"
"Tak ada. Nia keluar sekejap tapi dah nak balik dah pun. Kenapa abang?"
"Abang dengan mama sekarang ni. Kami on the way nak ke rumah Nia."
"Oh, okey abang. Nanti kita jumpa dekat rumah abah ya?" balas Nia, tiada perasaan teruja untuk bersua muka dengan Zaen saat ini.
"Okey Nia. Assalamualaikum."
"Waalaikummusalam." Keluh Nia seraya menyimpan telefonnya ke poket seluarnya.
"Eh, kenapa tak gerak lagi?" Nia menyoal, pelik kenapa Nuh masih tidak memulakan pemanduannya. Nia pandang Nuh dengan tatapan kehairanannya. Nuh pula menatapnya serius.
"Zaen?" Lain yang ditanya, lain yang dijawab.
Nia mengerdipkan matanya.
"Ha'a Zaen. Dia dengan mamanya nak datang rumah abah. Nak jumpa saya."
"Kau serius ke dengan dia?"
Ternaik kening Nia dengan soalan itu.
"Setakat ni serius la. Kenapa?"
Nuh tidak membalas. Hanya tangannya sahaja yang bergerak memasukkan gear dan mula mengemudi keretanya balik ke rumah abah.
* * *
Setibanya di rumah Tuan Ahmad Zakri, Honda hitam milik Zaen Haidar sudah tersadai elok di halaman rumah. Nia terlebih dahulu keluar dari kereta dan menapak ke dalam rumah. Perkara pertama yang dilihat, Tya sedang berbual-bual dengan Puan Waima. Zaen pula sedang berbual dengan abahnya.
"Assalamualaikum."
"Waalaikummusalam. Nia dari mana ni?" Tuan Ahmad Zakri menyoal anak bongsunya. Tidak senang dengan perlakuan Nia yang membiarkan tetamu menanti kepulangannya. Nuh muncul di belakang Nia.
"Nuh dengan Nia pergi kedai sekejap tadi." Nuh menjawab bagi pihak Nia. Plastik yang berisi roti gardenia di angkat sedikit. Seketika kemudian, dia meminta diri ke dapur.
"Siapa tu?" Puan Waima berbisik pada Tya, terkejut dengan kemunculan jejaka kacak di sebelah Nia tadi.
"Anak angkat abah. Kawan Abang Luqman." Tya juga berbisik. Seketika mereka berbalas pandangan.
Zaen mula tidak senang duduk dengan kemunculan Nuh. Dia merasakan Nuh adalah pesaingnya dalam diam, sejak dari dulu lagi. Nia bersalaman dengan Puan Waima. Tya yang ada di sisi mama Zaen, mencebik. Nia berpura-pura tidak nampak.
"Dah lama ke Aunty Ima sampai? Maaflah Nia keluar sekejap tadi." Nia melabuhkan duduknya di sebelah Puan Waima.
"Em... lama la jugak. Dah habis secawan air yang Tya buat ni. Pandai Tya buat air, sedap. Sekata. Tak manis sangat, tak tawar sangat. Ini yang aunty suka. Serasi," ujar Puan Waima dengan ramahnya sambil menepuk lengan Tya.
"Iye ke aunty? Nanti selalu-selalulah datang sini. Boleh Tya buatkan untuk aunty lagi. Tak pun nanti aunty datang lunch dekat sini, Tya boleh masakkan lauk kegemaran aunty. Aunty bagitahu je apa yang aunty suka, Tya masak." Tya menyahut, teruja.
"Betul ke Tya nak masak untuk aunty ni?"
"Betullah aunty. Nanti Tya cuti, Tya bagitahu aunty. Nanti kita lunch sama-sama."
"Okey, nanti aunty ajak Zaen sekali."
Nia terkulat-kulat ditempatnya, terasa dipinggirkan. Tya dan mama Zaen masih ralit bersembang tanpa pedulikannya di situ.
"Nia, Zaen datang ni ada perkara nak bincangkan dengan Nia."
Nia toleh. Abahnya mengamit dia ke arahnya.
"Bincang apa tu abang?" Sejenak Nia pandang Zaen.
"Kita bincang dekat luar?"
Nia angguk lalu berlalu ke gazebo. Zaen juga ke situ.
"Abang nak bincang apa?" Nia terus menyoal sebaik sahaja mereka mengambil tempat.
"Mama nak masuk meminang."
Sorry awakkk... take time pulak nk edit ni... busy dgn urusan ank2... hihi
Share this novel
tq update