Bab 5 : NJ

Romance Series 168938

~Those who deny freedom to others are entitled to it not for themselves.~

5 tahun dulu Tuan Ahmad Zakri bertekad membawa Nia balik ke pangkuannya setelah keadaan isterinya, Puan Jaslina semakin teruk setelah tiada rawatan lain lagi yang boleh menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh isterinya. Sel-sel barah kian merebak dengan agresif menyebabkan keadaan isteribya semakin hari semakin uzur.

Permintaan terakhir isterinya, dia mahu Nia kembali ke pangkuannya sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir. Walaupun mendapat tentangan hebat dari adik kandungnya iaitu Datin Sri Roslina, dia tetap berkeras dengan keputusannya untuk membawa Nia pulang ke Malaysia.

Dengan persetujuan kedua belah pihak, akhirnya Dato Sri Andrew dan Datin Sri Roslina mengalah. Mereka sudi menghantar Nia pulang setelah memikirkan keadaan kesihatan Puan Jaslina yang kian tenat.

Nia Jasmine berpisah dengan keluarga kandungnya seawal usianya baru 3 bulan dan dia kembali bersatu setelah usianya mencecah 10 tahun. 10 tahun berada bersama keluarga lain, Nia langsung tidak mempertikaikan tentang statusnya kerana dia juga anak mama dan papa. Dia bahagia dan gembira selama dia berada di sana.

Tapi semuanya mula berubah bila dia kembali ke tempat asal kelahirannya. Dia berasa sangat kekok untuk teruskan kehidupannya tanpa papa dan mama serta abang dan adik yang selalu ada di sisinya seperti selalu. Hakikat yang Nia perlu telan adalah dia mempunyai tiga orang kakak kandung yang selama ini dianggap tidak lebih daripada sepupu. Janggal sungguh dia rasa untuk tinggal sebumbung dengan mereka bertiga.

Bukan itu sahaja, Nia juga mengalami perubahan 'culture shock'. Perbezaan cuaca dan iklim di kedua tempat itu membuatkan kulit Nia menjadi sensitif, alah kepada habuk dan cuaca panas. Alah juga dia kepada seafood. Kulitnya akan jadi memerah dan gatal-gatal kalau terdedah dengan matahari untuk satu tempoh yang lama. Kulitnya juga akan menggelupas dan bergerutu kalau tersilap makan. Pernah Nia dimasukkan ke hospital gara-gara tersilap makan makanan yang bersumberkan makan laut.

Seiring dengan usia remaja dan perubahan hormon, kulit muka Nia jadi semakin teruk. Muoa ditumbuhi berjerawat dan meninggalkan parut-parut hodoh di mukanya. Lain sungguh wajah Nia yang sekarang ini dengan rupanya ketika tinggal di London dulu.

Pergaulan dengan rakan sebaya juga susah untuk diterima oleh Nia. Selalu dia diejek kerana ketidakfahaman dari segi komunikasi. Dia selalu bercakap menggunakan bahasa melayu asli bersama keluarganya di London tapi bila balik ke Johor, dia alami kejutan dan sukar untuk memahami lograt negeri Johor bula ada yang bertutur dengannya dalam dialek itu.

Di sekolar, kawan-kawan menggelarnya 'Minah London' kerana rupanya yang berbeza dari yang lain. Nia seorang gadis kacukan Melayu-Jepun, dia memiliki rambut aslinya yang berwarna coklat keperangan, matanya sedikit sepet dan anak matanya juga lain dari yang lain iaitu berwarna hazel. Kulitnya juga agak putih melepak. Nia cantik dan unik.

Dia agak berbeza dengan ketiga-tiga kakaknya.

Bukan orang luar sahaja yang mengejek Nia, malah dua orang kakaknya juga selalu mengejeknya dengan nama 'Minah jepun celup' tapi dia tidak kisah. Kerana dia tahu itu sahajalah yang membuktikan yang dia anak kandung kepada arwah Puan Jaslina. Hanya dia sahaja mirip arwah ibunya. Berbeza dengan kakak-kakanya yang lebih mirip belah abahnya.

Menurut cerita mama, arwah ibu seorang mualaf dari negara yang sangat popular dengan bunga sakura. Berkenalan dengan abah ketika abahnya melanjutkan pengajian di negara matahari terbit itu. Berjumpa dan berkenalan dengan ibu lalu mereka mengambil keputusan untuk berumahtangga.

Perkahwinan mereka tidak direstui oleh nenek kerana nenek sudah ada calon yang tersendiri untuk abah tapi sebab cintakan ibu, abah berusaha memujuk nenek untuk menerima ibu sebagai menantu. Akhirnya nenek menerima ibu sebelum nenek meninggal dunia.

Hampir setahun berumah tangga, ibu dibawa pulang ke Malaysia sebaik sahaja abah menamatkan pengajian di sana. Tahun itu juha mereka dikurniakan Mia Jasmine. Kerana ibj sukakan bunga jasmin, ibu menamakan anak-anaknya dengan nama Jasmine jika perempuan dan Jazmin jika anak itu lelaki.

Selang beberapa tahun si kembar lahir. Kesihatan ibu sedikit merosot. Selalu sakit kepala, batuk-batuk, sakit dada sehinggakan ada masanya dia rasa sukar untuk bernafas. Bila lakukan pemeriksaan, doktor sahkan itu salah satu tanda-tanda awal kanser. Terduduk abah bila dengar perkhabaran yang disampaikan oleh doktor itu.

Doktor menasihatkan ibu supaya mengelakkan dari berlaku kehamilan yang seterusnya supaya tidak menganggu proses rawatan penyembuhan kanser. Tapi tiada siapa yang duga, bila ibu sembuh sepenuhnya dari penyakit yang menggerunkan itu, ibu sekali lagi disahkan mengandung. Dan ketika itu, bermulalah kehadiran anak bongsu mereka, Nia Jasmine dalam keluarga Tuan Ahmad Zakri dan Puan Jeslina.

*                *                  *

Soalan Tuan Ahmad Zakri di biliknya tadi kepada Nia membuatkan Nia mengimbau kembali kisah lama. Dan setiap kali terkenangkan itu, matanya merembeskan cecair jernih.
Permulaan kisah percintaan abah dan ibu agak rumit tapi menemui bahagia di akhirnya.

Pasangan itu dikurniakan 3 orang cahaya mata yang dapat menyerikan lagi kehidupan abah dan ibu. Tapi bila hadirnya dia, kehidupan mereka sekeluarga mula menjadi suram dan kelam. Bermula dari dia sebesar kacang dalam rahim ibu sehingga dia dilahirkan. Kehadirannya seolah-olah satu kesilapan buat mereka sekeluarga.

'Kalaulah dia tidak hadir, tentu arwah ibu masih lagi ada, kan?' Nia seolah-olah mempertikaikan takdir Tuhan setelah mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada ibunya.

Sebelum ini mama cuma menceritakan ibu pergi kerana kanser tapi tidak pula mama berterus terang kepadanya kenapa kanser itu boleh menyerang semula sehingga menamatkan riwayat ibunya. Dia tahu cerita itu pun setelah penat bertekak dengan Lya dan Tya. keduanyalah yang membongkarkan semua rahsia yang abah, mama dan semua orang simpan rapi dari pengetahuannya.

"Oi budak kecik, kau buat apa kat sini?"

Suara yang selalu membingitkan telinga Nia menegur, Nia cepat-cepat kesat sisa airmata yang mengalir di pipinya.

Malas hendak membalas, Nia cuma mematungkan diri di balkoni rumahnya. Di tingkat atas, ada satu ruang tamu yang cukup.luas untuk bersantai dan di hadapan ruang itu ada satu ruang terbuka untuk bersantai menikmati panorama alam dan mengira bintang di dada langit. 'Outdoor space'. Ada pintu sliding di situ yang memisahkan ruang tamu dengan ruang yang terbuka itu.

"Hello, aku tanya kau ni budak kecik. Kau buat apa dekat sini?" Suara itu berbunyi lagi. Kali ini dia melangkah ke arah Nia.

Nia berdecit, geram betul dia dengan mamat k-pop ni. Suka sangat ganggu ketenangan dia. Tak boleh ke Nuh biarkan dia merasai suasana aman walaupun sesaat? Dah la siang tadi dah cari pasal, tak kan malam nak cari pasal lagi.

"Awak sibuk kenapa?" dingin Nia membalas dengan suaranya yang kedengaran sedikit lain dari biasa.

Nuh kerut dahi. Serak lain macam je suara budak kecik ni malam ni. Dah kenapa pulak? Nuh deras menapak mahu mengintai wajah Nia yang masih membelakanginya.

"Amboi... aku tanya pun tak boleh ke?" Nuh kian mendekat.

Nia kerling Nuh yang sudah tiba disebelahnya. Nuh tergamam sekejap lihat kedua belah mata Nia basah tapi deras-deras dia mendeham sambil memalingkan mukanya ke arah lain, seolah tidak terkesan.

"Dah awak tu kenapa tak tidur lagi? Esok awak ada aktiviti pagi kan?" Lain pula yang Nia tanya Nuh. Dia bukannya ambil peduli. tentang aktiviti program Nuh, dia cuma terdengar perbualan antara Nuh dan Luqman dengan abahnya di meja makan tadi.

"Emm... jogging. Tak best la. Aku rasa tak fun pun duduk dekat sini." Nuh merehatkan lengannya ke penghadang beranda sambil melontarkan pandangan ke jalan sana. Kepekatan malam membuatkan dia cuma nampak cahaya neon sahaja.

Nia angkat kening.

"Tak fun? Why?"

Nuh jongket kedua bahunya.

"Tak ada hiburan. Kampung kau ni memang membosankan macam ni ke? Macam mana kau boleh bertahan dalam keadaan yang membosankan ni?" Hujung soalan pedasnya, dia toleh semula kepada Nia.

Nia kepal tangannya. Kenapa bila dengan Nuh dia cepat rasa menggelegak nak marah ya? Rasa macam Nuh sengaja provok dia untuk uji tahap kesabarannya.   Nia peluk tubuh, matanya masih lurus pandang ke hadapan.

"Dah tahu ini kampung, namanya kampung. Memanglah membosankan. Tak ada aktiviti yang awak boleh berhuha-huha macam dekat bandar besar tu." perli Nia juga pedas. Dengan Nuh tak ada masanya dia nak cover-cover bagai. No need!

Nuh jeling Nia. Perli dia balik  nampak.

"Kenapa awak perlu join aktiviti 'membosankan' macam ni? Kan best kalau awak tak join. Tak payahlah saya nak kenal dengan orang awak. Dan saya pula tak akan ada abang angkat spesis laki macam awak. Dan paling penting awak pun tak akan terpetangkap dalam kampung yang membosankan ni, kan?" Sambung Nia bila Nuh tidak membalas perliannya tadi.

Soalan Nia, membuatkan Nuh membalikkan tubuhnya kepada Nia. Lengannya memeluk tubuh. Tenung budak kecik yang selalu mencabarnya!

"Kau menyesal kenal aku ke?" Nuh menyoal sambil naikkan hujung keningnya sebelah.

"Sangat." Pendek Nia membalas. Tapi dia tahu Nuh faham maksudnya.

Nuh senyum senget pula. Dia rasa kalau sehari dia tak bergaduh dengan Nia, boleh sunyi hari-harinya. Bagi dia, gadis seperti Nia ini 'menyeronokkan'. Lagipun budak-budak macam Nia masih naif. Banyak lagi yang perlu 'diajar'.

"Eleh, menyesal kenal aku konon. Padahal kau suka kan?" Nuh mencemek.

Nia melongo. Terus dia kalihkan mata kepada Nuh.

"Motif, saya kena suka?"

"Motif? Of course la sebab... sebab kau ada abang angkat handsome macam aku. Rugi kalau kau kata menyesal kenal orang handsome macam aku ni. Kata orang satu dalam seribu. Aku dengar ramai budak-budak sekolah kau minta nombor telefon aku, betul tak?"

Nia julingkan matanya ke atas. Perasan 'namatey' mamat ni! Menyampah dengar ayat perasan yang baru saja laju meluncur keluar dari mulut Nuh. Annoying giler kot! Tapi dia tetap bergumam sebagai balasan kepada doalan Nuh itu. 

"Haa kan betul tu apa aku cakap. Jadi kau sepatutnya rasa bertuah sebab kau ada abang handsome macam aku ni."

Nia buat gaya nak termuntah sambil juling matanya ke atas. Malas layan Nuh. Nuh tergelak, suka pulak dia tengok Nia buat muka macam tu.

"Malaslah layan awak. Tidur lagi baik." Nia dah berura-ura mahu tinggalkan ruangan itu tapi cepat ditegah oleh Nuh.

"Wait, kau dah ada nombor telefon aku kan?"

Nia terdiam sekejap, memikirkan.

"Emm ada. Kenapa?"

"Emm baguslah kalau ada," desis Nuh perlahan. Dia mula mengangkat kaki untuk tinggalkan ruangan itu.

"Kenapa kalau ada?" soal Nia semula. Kenapa, kalau ada? Ada masalahkah?

Nuh tak jadi melangkah sebaliknya dia menoleh semula kepada Nia lalu berdiri setentang dengan Nia. Dia tunduk sedikit, mencari mata Nia yang selalu disembunyikan disebalik cermin mata bulatnya. Dia senyum manis. Ala-ala boyish.

Nia menjauhkan sedikit kepalanya, terkejut dengan tindakan Nuh tiba-tiba. Nuh dah kenapa ni?

"Aku cuma nak pesan. Nanti jangan pandai-pandai kau nak share nombor aku dekat diorang ya? Aku takut tak terlayan aku nak layan peminat nanti. Maklumlah aku kan handsome. Okay adik Nia?" ujar Nuh dengan lembut sambil meletakkan tangan kanannya diatas kepala Nia lalu menggosoknya perlahan persis seorang abang kepada adiknya sebelum kembali berdiri tegak.

Nia pantas menepis. Tidak suka Nuh menyentuhnya begitu. Nuh cuma senyum sinis sebelum bergerak meninggalkan Nia.

"Perasan.." guman Nia perlahan. Nia kembali pandang ke hadapan.

Kaki Nuh terhenti di pintu sliding. Tanpa menoleh dia membalas.

"Perasan? Kau rasa aku perasan? Emm... tapi aku tak kesah pun apa kau nak cakap sebab benda tu, benda betul. Buat apa aku nak tipu, kan?"

Suara kuat Nuh bergema membuatkan Nia membuntangkan matanya.

'Eh, dia dengar?'

*                     *                  *

Nia Jasmine senyap. Nuh Jazmin juga senyap. Masing-masing selesa menyepi. Nia Jasmine diam bukan kerana segan dengan Nuh dan Luqman tapi kerana dia protes dengan keputusan abah. Ada ke patut abah suruh Nuh dan Luqman ikut dia ke rumah Farid untuk training performance Violet Band yang akan berlangsung hujung minggu ni. Tapi sebab hormatkan pada insan yang bergelar abah itu, Nia mengalah saja. Menurut sahaja apa syarat yang abah tetapkan asalkan dia boleh menyertai Violet Band dalam pertandingan itu.

''Kau ni serius ke pandai nyanyi?'' Nuh memecahkan kesepian yang ada diantara mereka bertiga. Rimas dia dengan kesepian yang tercipta antara mereka. Sesekali dia kerling pada Luqman yang selesa memandu kereta abah Nia.

Nia pandang Nuh melalui cermin pandang belakang sebelum menjawab.

''Ada ke saya kata, saya jadi penyanyi?''

''So? Kalau kau bukan penyanyi, kau buat apa?'' tanya Nuh lagi.

Pelik juga dia, petang tadi beria-ria Tuan Ahmad Zakri meminta dia dan Luqman temankan Nia ke rumah kawannya petang ini untuk practice nyanyian. Nasib baik jadual mereka hari ini berakhir jam 2 petang. Banyak masa terluang, jadi dia bersetuju saja dengan pertolongan abah angkatnya. Dah menjadi satu kerja pulak kena jadi bodyguard budak kecik ni.

''Saya cuma jadi orang belakang tabir je.'' Itu sahaja yang mampu Nia jawab.

Entah la, Nia tidak berminat untuk kongsi apa-apa tentangnya dengan Nuh. Sementara Luqman ini pulak, sangat pendiam orangnya. Sepatah ditanya, sepatah jugaklah yang dijawab. Tapi kalau dia bersembang dengan Mia Jasmine, rancak jugalah mulutnya. Mungkin Luqman lebih selesa dengan Mia kot.

Dalam diam Nia hairan juga, kenapa mereka berdua ni selalu bersama walaupun jarang tengok mereka bersembang sesama sendiri? Luqman lebih banyak mengikut telunjuk Nuh dan Nuh pula hanya tahu mengarah dan menjeling saja. Kadang-kadang Nia juga perasan, bila dijeling tajam oleh Nuh, terus Luqman membatu. Apa hubungan mereka berdua ni sebenarnya?

''Ni ke rumahnya, Nia?'' tanya Luqman bila tiba di sebuah rumah beratap biru seperti yang diberitahu Nia tadi, sambil tunding jari ke arah yang sama.

Nia dan Nuh turut pandang ke arah yang sama.

''Ha'a betul. Ni rumah kawan Nia. Awak berdua ikut saya tak?'' soal Nia sambil menyangkut beg galasnya ke bahu.

''Tak.''

''Ikut''

Dua jawapan berbeza disebut serentak oleh dua jejaka tampan di bahagian penumpang dan pemandu. Nia jongket kening bila keduanya toleh pada Nia.

''Tak ikut. Kau whatsApp je aku bila kau dah siap practice, nanti aku dengan Luq datang ambil kau. Kau jangan balik sendiri pula, nanti kantoi pulak dengan abah kau.''

Kata-kata Nuh itu buat Nia rasa satu kelegaan. Nia senyum segaris. Nampaknya Nuh pun tahu ketidakselesaannya kalau mereka berdua ada bersama ketika sesi latihan nanti.

"Emm ya tahu."

''Habis kalau kita tak ada kat sini, kita nak pergi mana?'' Luqman menyoal Nuh, sedikit tinggi suaranya. Ada riak tidak puas hati dengan keputusan Nuh dan mungkin juga dia rasa bersalah kalau tidak pegang amanah dengan permintaan abah angkat mereka.

Nuh kerling jam tangan, sambil-sambil berfikir apa rancangan mereka yang seterusnya. Jari mengetuk sisi cermin tingkap kereta. Nia pula masih setia menanti keputusan Nuh.

''Kita pergi jumpa Tasha. Kau jugak cakap, dia ada cari aku kan? So sekarang, kita pergi jumpa dia. Nanti aku call dia, ajak jumpa dekat mana-mana. Budak kecik tu tak apa, nanti bila dia dah settle, kita datang jemput dia. Aku tahu kau pun tak nak kitorang ada kat sini kan, budak kecik?'' ujar Nuh sambil membelek-belek skrin telefon Iphonenya, cari senarai kenalan yang bernama Tasha itu.

Nia senyum makin lebar sambil mengangguk beberapa kali. Kali pertama dia bersependapat dengan Nuh.

''Ha'a memang saya tak selesa pun kalau abang-abang handsome ni ikut saya. Rasa macam princess la pulak bila ada dua hulubalang ni, kan? Tapi it's okay, saya dah rasa lega sikit bila abang Nuh ni cakap, dia nak pergi dating tadi. Kan? Jadi, no more reasons la untuk korang stay dekat sini, kan?''

Patah bicara Nia itu, entah kenapa buat Nuh mendengus kasar. Kenapa dia dengar macam Nia perli dia je? Dia lekas berpaling kepada Nia.

''Dah tu kau tunggu apa lagi? Turunlah. Tak kan nak aku sebagai hulubalang kau ni, bukakan pintu untuk kau.''

Nia senyum sinis dengar perlian Nuh itu.

''Yelah-yelah. Saya pergi dulu.''

''Emm.. nanti apa-apa, whatsApp aku.''

Nia mengangguk lagi lantas keluar dari perut kereta. Petang ini dia memang tidak bawa alat muziknya. Cukup sekadar membawa diri sahaja. Hari ini, cuma ada sedikit perbincangan bersama ahli kumpulannya tentang persembahan dan pemilihan lagu yang akan bakal mereka persembahkan nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience