Bab 3 : NJ

Romance Series 174928

~Kita, ada kisah yang tak perlu orang lain faham, cukuplah hanya kita yang tahu.~

Tok! Tok!

Lena Nuh Jazmin terganggu. Misat mata sebelum bangun dari perbaringan dan toleh kepada pintu bilik. Bunyi ketukan datang dari situ, bermakna datang dari luar. Dia tunduk pada tempat tidur Luqman Firdaus yang sudah kosong. Sejenak telinganya menangkap bunyi pancuran air dari bilik air.

Tok! Tok!

Lagi ketukan pintu kedengaran. Nuh Jazmin turunkan kakinya ke lantai dan menapak ke arah pintu. Tombol pintu dipulas perlahan. Terserlah wajah polos milik Nia Jasmine di sebalik pintu. Nuh mengerut kening.

"Morning!" Nia menyapa bersama sengih yang melebar bergayut dibibirnya.

Nia dengan uniform baju kurung sekolahnya tanpa memakai tudung sekolah. Rambut panjangnya disikat dan diikat kemas.Walaupun dia tak suka dengan kehadiran abang-abang handsome ni, dia tetap perlu buang perasaan sementara itu jauh-jauh. Sebabnya, semalam dia sudah kena 'brainwash' dengan Mia.

Kata Mia, dia perlu menghormati dan melayani tetamu abah dengan sebaik mungkin. Anggap saja dengan cara tu dapat menjaga air muka dan maruah abah yang sememangnya dikenali di kampung ini. Bekas pengetua sekolah, siapa yang tak kenal.

"Yes?" Nuh memetik jarinya di depan muka Nia, nampak macsm gadis itu mengelamun saja.

Pelik juga Nuh dengan kemunculan Nia di pagi hari ni. Tak mungkin muncul semata-mata nak menyapanya dengan perkataan 'morning' tu. Tentu ada penyebab lain yang membuatkan budak perempuan itu mengetuk pintu biliknya. Lagipun dia bukannya buta untuk mengesan 'ketidaksudian' Nia menerima kehadirannya dengan Luqman di rumah ni.

Nia berdeham dulu sekadar membasah tekak. Buang rasa kekok. Termalu sekejap.

"Maaf, kalau saya ganggu..." Nia memulakan ayatnya, takut disalahertikan oleh Nuh. Dia cuma mahu mengambil beberapa barangan sekolahnya. Semalam dia terlupa mengambilnya ketika proses memindahkan barangannya ke bilik Mia.

"Nak apa ni?" tanya Nuh semula. Berpeluk tubuh lalu bersandar ke daun pintu.

"Boleh saya masuk sekejap? Saya nak ambil barang sekolah saya," pinta Nia penuh sopan. Walaupun itu biliknya, tapi dalam situasi sekarang ini bilik itu sudah menjadi 'hak' orang lain dan dia wajib menghormati privasi pemilik sementara itu.

"Nak masuk?" soal Nuh pula dengan kening berkerut. Dah kenapa budak kecik ni nak masuk? Nia dilihat dari atas ke bawah berulang kali. Comel pulak budak ni pakai baju sekolah. Sempat Nuh puji Nia dalam hati.

"Sekejap je. Saya nak ambil barang sekolah saya. Nanti dah settle ambil barang, saya keluar. Lagipun saya dah lewat ni, sekejap lagi saya dah nak ke sekolah."

"Emm... masuk la tapi cepat sikit, Luqman tengah mandi. Nanti dia terkejut pulak tengok kau ada dalam bilik ni." Nuh menguak pintu bilik dengan lebih luas untuk untuk memberi ruang kepada Nia.

"Okay. Terima kasih." Tanpa membuang masa, Nia segera memetik suis lampu bilik dan sekelip mata sahaja bilik itu terang berderang. Nia putar pandangan sekeliling bilik. Masih kemas walaupun tidak serapi ketika dia menjadi penghuni bilik itu.

Nia ke almari buku lalu mengambil beberapa buku sekolahnya nanti. Bekas kotak pensel sempat disambar dan juga beberapa barang keperluan lain. Kalau boleh dia pun tak mahu berlama-lama di situ, tidak selesa dengan pandangan semacam Nuh. Seram!

"Dah settle, terima kasih," ucap Nia bila tiba di ambang pintu tempat dimana Nuh kekal berdiri sejak dari tadi.

"Emm..." Hanya itu yang Nuh balas seraya menutup pintu bilik.

Serentak dengan itu, pintu bilik air terbuka dari dalam. Luqman keluar dari situ dengan tuala terletak elok di paras pinggan.

Nuh dan Luqman berpandangan seketika sebelum masing-masing berlalu ke tempat yang ingin dituju. Nuh berlalu ke katil manakala Luqman ke penyidai tuala dan capai kain pelikatnya mahu menunaikan solat fardhu subuh.

* * *

"Assalamualaikum, morning," sapa Luqman setibanya di meja makan bersama Nuh.

Tuan Ahmad Zakri dan Nia panggung wajah. Mia Jasmine hanya senyum sekilas pada keduanya bila mata mereka bertembung. Mia masih bertukang di dapur, sibuk menyediakan bekal makanan untuk Nia Jasmine ke sekolah. Biarpun sudah 5 tahun Nia berada di negara kelahirannya, dia masih belum boleh menerima semua keadaan yang ada di Malaysia termasuklah makanan.

"Waalaikummusalam. Duduklah Nuh, Luqman, kita breakfast sama-sama. Sekejap lagi abah nak hantar Nia ke sekolah, nanti balik dari sana kita terus ke masjid, ya?" ujar Tuan Ahmad Zakri kepada anak angkatnya mengenai rencananya untuk ke program anak angkat itu.

Nuh sempat mengerling Nia yang meneruskan suapan nasi goreng kampung tanpa mempedulikan kehadirannya dan Luqman. Dia sengaja mengambil tempat di sebelah Nia manakala Luqman di sebelah abah angkatnya.

Jadual program mereka pada hari ini, bergotong-royong membersihkan kawasan masjid dan beberapa buah surau yang ada di kampung mereka. Termasuk membersihkan tanah perkuburan sekali.

"Boleh je abah. Kalau abah rasa tak sihat, boleh je Nuh dan Luq pergi sendiri ke masjid nanti.'' Nuh diserang rasa serba salah tatkala sesekali terdengar abah terbatuk-batuk.

"Eh tak apa Nuh. Abah okay saja. Batuk ni biasalah pagi-pagi tekak kering. Itubyang terbatuk-batuk tu. Jangan risaulah. Nanti nak ke masjid, abah hantarkan. Kamu tunggu abah. Nia dah siap ke belum?" ujar Tuah Ahmad Zakri sebelum mengajukan soalan hujungnya kepada Nia.

"Dah abah." Nia menjawab lalu mengangkat pinggang yang sudah kosong ke sinki dan mencucinya. Sesudah itu, rambut panjang Nia yang berwarna brown itu dirapikan terlebih dulu sebelum mendekati kakaknya. Tangan Mia, Nia capai.

"Kak, Nia pergi dulu ya. Terima kasih untuk breakfast dan bekal sedap ni," ujar Nia seperti selalu.

Mia mengangguk sambil senyum mesra untuk adik bongsunya. Nia bersalaman dengan Mia sebelum mengekori abahnya.

"Nia bawa bekal pergi sekolah?" tanya Nuh kepada Mia setelah kelibat Nia dan Tuan Ahmad Zakri sudah tidak kelihatan lagi.

Hairan sebenarnya, Nia tu bukannya budak sekolah rendah lagi yang perlu disediakan bekal makanan ke sekolah. Macam pelik je bila budak sekolah menengah bawak bekal macam tu. Macam budak-budak pun ada.

'Dasar budak manja!' ejek Nuh dalam hati. Entah, rasa menjengkelkan.

"Ha'a.. memang tiap-tiap hari Nia bawak bekal pergi sekolah. Macam budak-budak, kan?"

Nuh tersengih dengar balasan Mia. Sama seperti apa yang terlintas di kepalanya.

"Nia tu sebenarnya tak boleh nak terima makanan yang dimasak dari luar. Walaupun dah 5 tahun dia balik ke sini, dia masih tak boleh nak terima semua keadaan dekat sini lebih-lebih lagi bab makanan."

Nuh dan Luqman sama-sama pandang Mia dengan penuh tanda tanya.

"Balik sini? Maksud Mia, Nia sebelum ni tak duduk sini? Jadi, dulu Nia duduk mana?" Nuh mula sibukkan hal Nia tanpa sengaja.

"Nia dulu stay dekat UK sejak dari kecil. 5 tahun lepas, baru Nia balik sini selepas abah decided nak bawak Nia balik." Sedikit mengendur nada Mia. Ada kisah pahit yang cuba disembunyikan.

Nuh dan Luqman terlopong. UK? United Kingdom ke? Ke Ulu Klang?

"Kisah Nia tu tak macam orang lain. Tak macam kakak-kakak dia yang lain." Mia menyambung sedikit perlahan dari tadi. Timbul rasa serba salah membuka kisah adik bongsunya. Kalau Nia tahu, mesti dia tak suka.

"Eh Nuh, Luqman, makan la. Sekejap lagi abah balik," deras Mia mempelawa bila perasankan nasi goreng Nuh dan Luqman masih membukit tanda tidak terusik.

Keduanya tersenyum sebelum meneruskan suapan.

* * *

"Nia, tadi aku dengar Nurin cakap dengan Suria, dia ada jumpa abang angkat kau kat dewan semalam. Dia kata abang angkat kau handsome. Betul ke?" tanya Intan bila Cikgu Zainab sudah keluar dari kelas 3 Excellent.

Nia kerut dahi. Takkan lah baru sehari mamat tu ada dekat sini, semua dah jadi kecoh?

"Nurin cakap lagi, kebetulan semalam dia ikut ayah dia pergi program dekat dewan tu, masa tu la abah kau kenalkan abang angkat kau dengan ayah dia." Sambung Intan lagi.

Nia cebik bibir. Malas nak ambil kisah tentang lelaki yang bernama Nuh Jazmin tu. Tak berminat langsung.Tangannya sibuk mengemas buku dan alat tulisnya ke dalam beg galasnya.

"Eh Nia, kau dengar tak ni?" tanya Intan lagi. Kali ini disertakan dengan satu tepukan di bahu Nia.

"Iya-iya... aku dengar," jawab Nia malas. Zip begnya ditarik kemas.

"So betul la apa yang Nurin cakap tu?"

"Cakap apa?"

"Ish kau ni Nia, dari tadi aku duk membebel, kau tak dengar ke?"

"Ye aku tahu, kau cakap tadi Nurin jumpa abang angkat aku semalam kan? So, apa soalan kau yang 'betul la' tu?"

"Betul ke abang kau tu handsome?"

Nia juling mata ke atas. Handsome sangat ke mamat tu?

"Handsome ke? Aku rasa handsome lagi Farid tu kot." Nia muncung bibir ke arah ketua kelas mereka, Farid Azuan. Sebetulnya Farid Azuan itu orangnya handsome, digilai ramai. Bukan setakat paras rupa sahaja tapi juga kerana bakat yang ada pada lelaki itu.

Intan turut pandang Farid Azuan.

"Handsome sangat ke si Farid tu sampai kau boleh samakan abang angkat kau tu dengan dia? Seingat aku Nurin cakap abang angkat kau tu, muka ala-ala k-pop sikit, kan?"

"Yeke? tak pasti la pulak aku Intan oiii. Aku tak berminat nak tilik anak teruna orang. Aku dah terima dia jadi abang aku pun dah sepatutnya dia syukur. Janji jangan kacau hidup aku," jawab Nia sedikit kuat tanpa sedar mengundang kerutan di dahi kawan baiknya.

"Eh, dah kau emo ni kenapa Nia?"

Nia mengeluh kasar. Berpeluh-peluh dahi bila teringat muka si Nuh tu. Sebal! Entahlah kenapa hatinya susah untuk berdamai dengan kehadiran si abang angkat dalam keluarganya itu terutama Nuh Jazmin.

"Entahlah Intan. Aku tak sukalah bila ada orang luar dekat rumah aku tu. Tiba-tiba je aku rasa tak bebas. Tak free. Tak ada privacy. Sesak nafas. Aku tak suka. Aku tak suka. Abah yang beria-ria terima dia dan kawan dia tu, apa je aku boleh buat sebagai anak? So, redha je lah." Nia menempias rasa tidak puas hatinya kepada Intan. Siap dikibas-kibas lagi tangannya.

''Nia!'' seru Farid Azuan dari mejanya sambil mengamit Nia datang kepadanya.

''Ada apa?'' tanya Nia yang masih tidak berganjak dari kerusi dan mejanya.

''Sini lah kejap. Ada hal nak bincang.'' Farid melaung lagi.

Intan mencebik bibir kepada Farid Azuan. Hatinya selalu berkata bahawa Farid sukakan Nia tapi Nia tidak menyedarinya. Intan toleh kepada Nia yang mula mengatur tapak ke arah Farid.

''Ada apa?''

"Minggu depan Violet Band ada join satu competition, kau nak join kitorang tak?''

Pertanyaan Farid Azuan buat mata Nia bersinar-sinar serta merta.

''Bila? Kat mana? Siapa lagi yang join?" Terus dia asak Farid dengan soalan. Teruja sebenarnya, dah lama dia tak menggesek violin kesayangannya.

''Nanti aku double confirm dengan Bai dan Zam.''

''Tapi macam mana kalau aku tak bleh join korang?" Nia mengendur bila teringatkan amaran abahnya supaya jangan terlibat lagi dengan sebarang aktiviti seperti itu memandangkan PMR sudah kian mendekat.

"Kau nak aku mintak izin dengan abah kau bagi pihak kau, ke?''

''Eh, tak perlu Farid. Nanti kau double confirm dulu dengan Zam dan Bai. Bila dah dapat tarikhnya, bagitahu aku. Nanti aku cuba tanya abah aku.''

''Okay kalau tu yang kau nak kan.''

* * *

''Hei budak kecik, kau buat apa tu?''

Nia terkejut sesaat bila disergah begitu dari belakang. Tangannya naik mengurut dada. Mujur tak tertumpah beras yang baru kali pertama dibasuh itu ke dalam sinki. Dengar suara itu mengekek ketawa, dia dah boleh agak siapa yang jadi tukang sergah walaupun tanpa menoleh.

Nuh masih lagi dengan sisa ketawanya. Suka tengok Nia cuak begitu. Suka betul dia mengusik anak bongsu abah angkatnya ini. Nuh menghampiri Nia lalu bersandar di tepi kabinet dapur, dekat dengan sinki tempat Nia sedang membuat kerja.

"Kau buat apa?'' tanya Nuh sekali lagi tapi kali ini dia jenguk sedikit kepalanya ke sinki mahu lihat apa yang sedang Nia lakukan.

Nia sedang mengisi air bersih ke dalam periuk untuk basuhan beras kali kedua, hanys mendiamkn diri. Balik dari sekolah tadi, Mia Jasmine sempat berpesan kepadanya untuk memasak nasi sebelum abah balik dari program anak angkat di balai raya. Selepas itu Mia pamit ke rumah Mak Cik Kiah di hujung kampung untuk menghantar kain batik yang dipesan oleh wanita itu beberapa hari lepas. Semua lauk pauk sudah disediakan oleh Mia.

'Apa dia buat dekat sini? Rasanya pagi tadi abah kata sepanjang hari ini ada program dekat masjid, dah tu kenapa Nuh ada dekat sini?' Nia tertanya-tanya dalam hati bila teringatkan keberadaan abahnya.

''Kau pandai masak ke?'' Nuh cuba mencari topik untuk memancing Nia berbual dengannya. Tengok Nia terus teringat kepada adiknya, Jiihan yang mungkin sebaya Nia.

''Boleh la setakat nak goreng telur tu. Setakat ni kalau saya goreng telur tu, telur tu tetap jadi telur. Tak jadi ikan keli dalam kuali tu. So, kira menjadi la kan?'' jawab Nia sedikit pedas sambil kerling Nuh dengan ekor matanya. Sekali lagi dia menuang air basuhan beras ke sinki.

Nuh membuntangkan matanya dengan balasan Nia.

''Ehh kau ni tak padan dengan kecik pandai menjawab.''

"Dah orang tanya, jawab jelah. Apa susah." Nia membalas, malas. Tak ada mood nak bersoal jawab dengan Nuh.

"Jawab dengan elok-elok tak boleh ke? Aku tanya elok-elok kan tadi?" Nuh membalas dengan tak puas hati. Bengang dia dengan Nia.

''Dia tu datang dapur tak diundang, pastu sibuk nak kacau orang.'' Nia mengomel perlahan lebih kepada diri sendiri.

''Suka hati lah aku nak datang sini pun. Bukannya aku pinjam kaki kau pun datang sini.''

Nia terus melakukan kerjanya tanpa menghiraukan kehadiran Nuh. Sekali lagi air bersih diisi ke dalam periuk mengikut paras yang sesuai dengan beras. Kali ini mulutnya terkumat-kumit membaca sesuatu cukup terlinganya sahaja yang mendengarkan bacaan itu. Cukup 7 kali dia mengulangi bacaan itu, Nia tutup periuk dengan penutupnya lalu meletakkan periuk nasi ke tempatnya.

Tanpa disedari oleh Nia, Nuh melihat segala kelakuan gadis itu. Terus matanya membulat, terkejut dengan perbuataan Nia.

'Budak kecik tu baca apa? Jampi serapah ke?'

Terus dia teringat cerita-cerita melayu yang pernah dia lihat di kaca tv. Mungkin sebab inilah perfileman melayu suka sangat tonjolkan part yang karut begitu sebab masyarakat melayu sendiri tidak boleh berpisah dengan amalan kurafat seperti itu.

''Kau baca jampi apa dalam periuk tu tadi?'' Nuh menyoal lantang sambil mencekak pinggang membelakangkan Nia.

''Jampi apa?'' Nia terpinga-pinga. Terkejut dia tiba-tiba disergah.

''Tadi aku nampak apa yang kau dah buat. Kau baca sesuatu dalam tu, kan? Apa yang kau baca hah?''

''Ye lah memang saya bacakan sesuatu. Kenapa, salah ke?'' Nia tercengang.

''Kau baca jampikan? Kau tahu tak perbuatan kau tu salah? Salah disisi agama.. Salah di sisi Tuhan kau?'' Nuh menepik sedikit kuat. Mempertahankan haknya untuk menegur perbuatan salah Nia tadi. Kalau bukan dia yang menegur, siapa lagi? Bukti sudah ada depan mata.

Lagi Nia terpinga-pinga dengan tuduhan Nuh. Bila masa pula dia berjampi?

''Saya baca jampi? Mana ada. Saya baca doalah!''

''Tipu. Kalau betul kau baca doa, bagitahu aku doa apa yang kau bacakan tadi?'' tempelak Nuh lagi, tak puas hati selagi tak dengar dengan telinganya sendiri apa yang Nia bacakan tadi.

''Kenapa awak nak tahu pulak?'' Nia juga tidak mengalah. Suka hati Nuh tuduh dia menjampi! Ingat dia tak tahu hukum hakam agama ke?

''Ehh aku mestilah kena tahu. Sekejap lagi aku yang akan makan nasi tu. Bukan aku je tapi seluruh keluarga kau akan makan nasi tu. Baik kau bagitahu aku, apa yang kau baca tadi?''

''Saya baca doalah. Surah Al-Kahfi ayat ke-10. Nak saya bacakan ke?''

''Untuk apa doa tu?''

''Kenapa nak tahu?''

''Mestilah aku nak tahu. Manalah tahu kalau kau baca doa tu nak suruh aku sukakan kau ke, apa ke... bukannya boleh percaya sangat dengan budak-budak macam kau ni.'' Nuh masih menegakkan pendapatnya.

Nia diam seketika. Pandang Nuh dengan ekor mata. Hatinya tiba-tiba digeletek rasa lucu bila Nuh berprasangka begitu. Nuh cuak!

''Emmm kalau dah tahu tu baguslah.'' Nia mengomel sendiri tapi tak sangka pula si mamat k-pop dibelakangnya dengar.

Bulat mata Nuh. Lengan Nia diraih sehingga Nia berpusing menghadapnya. Mata berpanahan.

''Kau... kau kata apa tadi? Kau... kau... baca apa tadi? Baik kau bagitahu aku.. bagitahu...'' gesa Nuh. Mqkin kuat debaran jantungnya.

''Saya memang baca doa tadi nak bagi awak ingat saya.. Suka saya... Nak tahu macam mana doa saya tadi?''

Nuh jungkit kening sebelah menanti Nia menyambung kata-katanya.

''Saya baca.. Ya Allah, Kau jodohkanlah aku dengan Nuh Jazmin. Jodohkanlah aku dengan Nuh Jazmin. Haa macam tulah doa saya tadi. Hebat tak jampi saya?''

''Kau biar betul?!'' Terbuntang mata Nuh. Terlepas pegangannya di lengan Nia. Terkejut punya pasal.

Berteraburan gelak tawa Nia. Geli hati dengan reaksi cuak Nuh.

"Kau... kau..." Nuh raih kembali lengan Nia. Geram dengan Nia yang sakan menggelakkannya.

''Saya gurau jelah. Tak ada maknanya saya nak doa macam tu,'' ujar Nia bila ketawanya sudah reda. Segera dia tarik lengannya dari pegangan Nuh dan berlalu ke bilik bacaan yang terletak di tepi tangga. Meninggalkan Nuh yang masih terpinga-pinga ditempatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience