~I don't blame anyone. I did this to myself. It's my fault. Everything is my fault.~
Hari kedua Nia di Hospital. Nia hiba. Sepatutnya hari ini dia bersama ahli kumpulannya yang lain akan ke Waltex Mall untuk sertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh pihak Waltex Mall. Tetapi dek kerana hal yang menimpanya, Kumpulan Violet terpaksa menarik diri disaat akhir. Tempatnya sebagai violist tiada sesiapa yang boleh jadi pengganti.
Nia mengeluh berat lalu dia bangkit dari katilnya, lenguh berbaring lama. Dia berdiri menghadap tingkap, melontarkan pandangan ke luar sana. Sebentar tadi baru saja Mia dan abah pulang ke rumah, sengaja dia minta mereka pulang kerana dia ingin bersendirian. Puas tenung panorama alam di luar, Nia capai telefon dan menghidupkan semula telefonnya. Aplikasi whatsApp dibuka lalu telefonnya bertalu-talu naik bunyi bip. Bunyi notifikasi masuk bertalu. Nia gegas cari satu nama.
Abang. Nama itu dipilih dan dibuka ruangan chat.
_Assalmualaikum An-jell. Why did i call you, you didn't answer my calls?_
_An-jell, are you okay?? Mama ada bagitahu abang, An-jell sakit._
_An-jell please angkat call abang! Abang risau..._
_An-jell... jangan buat abang macam ni... It's hurt me!_
_An-jell, If you think you need time to be alone, it's okay... I'll give you time. When you feel comfortable then you can call me, anytime... okay sweetheart?_
Banyak lagi mesej datangnya dari nombor yang sama. Nia membaca satu persatu. Dia terharu. Betapa sayang dan kasihnya 'abang' terhadapnya.
108 missed call juga datang dari insan yang bergelar abang itu.
Nia menekan butang call pada nombor berkenaan. Sekarang waktu disini 2.40 petang dan disana pula menunjukkan waktu 7.40 pagi, kalau diikutkan tentu abangnya itu sudah bersiap untuk turun menikmati sarapan ataupun abang tentu sudah pulang dari berjogging memandangkan hari ini hujung minggu. Dia masih ingat rutin lelaki itu!
''Hello...'' Galau suara disana menyahut panggilannya. Suara baru bangun tidur.
Nia pejam mata. Rindu kepada empunya suara itu. Kalaulah tubuh itu ada di depan matanya sekarang, sudah tentu tubuh itu akan dipeluk erat.
''An-jell? Are you still there?'' Suara itu bertanya lagi, mungkin baru perasaan Nia yang menghubunginya. Masih mamai barangkali.
''An-jell? Ini An-jell abang kan?"
"Abang rindu An-jell... abang risau. Kenapa baru sekarang An-jell call abang? Apa sebenarnya dah jadi dengan adik abang ni hurm?'' Suara di hujung sana berbisik memujuk supaya Nia beritahunya yang Nia baik-baik saja.
''Abang...'' tangisan Nia pecah. Dia tak mampu menahan bila hati terlalu rindu kepada keluarganya di sana. Bila sakit begini, air matanya jadi tersangatlah murah. Berlumba-lumba mahu gugur. Teringat waktu bermanja dengan papa, mama, abang dan adik.
''An-jell cakap dengan abang, kenapa ni? Mama ada call abang semalam, mama cakap An-jell tak sihat. You were hospitalized. Abang call, An-jell tak jawab... Abang mesej, An-jell tak reply. Abang risau tahu tak! Abang tak boleh tidur fikirkan An-jell. Tak lena abang tidur bila mama cakap An-jell sakit.''
Nia senyap seketika, patutlah suara abang kedengaran lemah tidak seperti selalu rupanya abang tidak tidur semalaman gara-gara ridsaukan dia yang tidak sihat. Nia senyum. Abang memang manjakan dia seperti dulu. Tak berubah.
''Abang... An-jell dah okay. Dapat dengar suara abang macam ni, An-jell rasa dah makin okay.''
''An-jell jangan nak tipu abang. Abang tahu adik abang ni tak okay. Sekarang An-jell macam mana? Masih sakit lagi? On video call, abang nak tengok An-jell."
Tanpa sempat Nia membalas, permintaan panggilan video dari abangnya muncul. Nia tekan butang cancel. Malu nak tunjuk muka dia yang masih ada sisa kesan anafilaksis.
"Kenapa reject video call abang? An-jell tak sudi nak tengok abang ke?" Abangnya sedikit berjauh hati.
"Bukan macam tu abang... An-jell malu. Muka An-jell ni masih lagi bengkak. Mata An-jell, mulut An-jell, pun bengkak lagi. Bacaan blood pressure n pulse An-jell dah normal, Alhamdulillah. Tapi kulit Anjell masih lagi merah-merah," jawab Nia sambil-sambil curi pandang cermin tingkap yang memantulkan sedikit wajahnya.
Tangan Nia naik pegang wajah sendiri. Dia sendiri takut pandang muka sendiri apatah lagi orang lain. Setakat ini hanya Mia dan abahnya sahaja yang dibenarkan berjumpa dengannya selain dari doktor dan jururawat yang bertugas merawatnya. Lain-lain pelawat tidak dibenarkan atas arahan dia sendiri. Rakan kumpulan yang datang melawat pun Nia minta bercakap disebalik tabir. Dia malu.
"Alhamdulillah. Lega abang dengar An-jell cakap macam tu, jadi An-jell bila boleh keluar?"
"InsyaAllah petang nanti doktor cakap An-jell dah boleh keluar. Abang jangan risau, An-jell dah okay."
"Answer my video call, please An-jell..." Abangnya masih merayu.
"I can't do that, abang. I'm ashamed for what has happened to my face now. I don't want you to see me when I’m like this."
"I don't care what happened to you, An-jell. The important thing right now is, I want to see your face. Abang nak tengok macam mana rupa An-jell bila An-jell sakit. Abang nak kenal rupa adik abang bila dia sihat dan sakit. Supaya lepas ni abang tak akan biarkan adik abang jatuh sakit lagi."
"An-jell tak nak abang. An-jell malu kalau abang tengok An-jell macam ni..."
Sekali lagi Nia tekan butang merah bila muncul panggilan video dari abangnya.
"An-jell please answer my video call. Abang nak tengok adik abang. Abang rindu An-jell sangat-sangat. I don't know how to tell you that how much I miss you."
Nia mengalah, akhirnya dia tekan butang hijau kali ini.
"Ya Allah, An-jell! What was happened to you?" Bersama soalan itu, ada tangisan pecah dihujungnya.
Sungguh dia sangat hiba dan sedih melihat rupa adiknya itu. Nia tak pernah sakit teruk macam ni. Tapi bila adiknya berhijrah ke Malaysia, kulit adiknya jadi terlampau sensitif. Tak pernah dia membayangkan begini keadaan Nia bila Nia sakit. Patutlah sebelum ni, Nia tak pernah tunjuk mukanya bila dia jatuh sakit. Hilang muka comel adiknya. Hilang mata sepet adiknya. Hilang bibir kecik adiknya. Dia menangis di hujung sana.
Dengar tangisan abangnya pecah, Nia bergenangan air mata. Tahu kenapa abangnya menangis. Khalil Fayyad sangat menyayanginya. Sejak kecik mereka bersama sehinggalah kejadian itu memisahkan mereka berlima.
"Abang tak pernah bayangkan An-jell macam ni... Abang minta maaf sebab jauh dengan An-jell. Abang tak mampu jaga An-jell..."
"Abang, abang tak perlu minta maaf dengan An-jell. Ini semua bukan salah abang. Bukan salah abang..."
"An-jell... Please come back here. Stay with us. I can't bear to see you suffer like this again. Your place is here, with us. Not there," rintih abangnya.
Sekali lagi permintaan itu dibuat oleh insan kesayangannya selepas mama. Permintaan supaya dia kembali ke sana dan tinggal bersama tapi mampukah dia? Nia tunduk dengan air mata berlinangan. Membiarkan abangnya melihat dia menangis dan dia juga melihat abangnya menangis. Sama-sama menangis.
Dalam diam Nia akui, demi memenuhi sebuah permintaan arwah ibu ada insan-insan yang terpaksa menangguh derita. Derita sebuah kerinduan.
* * *
Nuh mematungkan diri diluar wad persendirian yang menempatlan Nia. Seperti semalam, dia hanya mampu mengintai Nia dari jauh apabila abah angkatnya memaklumkan bahawa Nia tidak mahu menerima pelawat. Bahu Nuh mengendur ketika mendengarkan berita itu sedangkan dia sudah bersedia mahu bersemuka dengan Nia dan memohon maaf atas perbuatannya.
"Aku minta maaf Nia. Sebab aku paksa kau makan kuih tu, kau derita sakit macam ni. Aku janji, aku akan cari Tasha untuk jelaskan 'hutang' ni. Aku harap kau cepat sembuh sebelum aku balik UPM."
Nuh mengeluh. Banyak yang dia berhutang dengan Nia. Disebabkan tindakan dia, Nia kesakitan dan tak boleh menyertai pertandingan semalam sedangkan dia tahu Nia sudah melakukan persiapan dengan baik. Sekali lagi Nuh mengeluh.
"Nuh.. aku rasa kita kena call diorang untuk mintak bantuan carikan Tasha." Luqman tiba-tiba muncul dari belakang Nuh.
"Kalau kita call diorang, diorang akan tahu kita kat sini..." Nuh menolak cadangan Luqman tanpa berpaling.
"Jadi kau ada idea lain?"
"Aku kena cari Tasha. Dia berhutang dengan aku jadi tak mungkin dia tak kan terlepas dari aku!" Nuh mengepal penumpuk sebelum melepaskan tumbukan ke dinding.
Luqman berundur sedikit tanpa ada niat untuk menghalang tindakan Nuh yang melepaskan geramnya pada dinding konkrit itu.
Dada Nuh turun naik mengingatkan betapa bodohnya dia dipermainkan dan dipergunakan oleh remaja berwajah polos itu. Taklama bibi4 Nuh tersunggih satu senyuman sinis. Dia tak akan sesekali melepaskan gadis licik itu dengan mudah. Nak main games dengan dia? Nuh sedia bukakan gelanggang!
Nuh menjatuhkan tangan lalu melangkah meninggalkan wad private Nia. Luqman sedia mengikutnya dari belakang.
"Kau nak cari kat mana Tasha, Nuh?" soal Luqman, bimbang. Bimbang dengan Tasha dan selebihnya dia lebih bimbang dengan Nuh.
"Kita cari dia dekat kawasan aku melepak hari tu. Kalau dia tak ada kat situ, kita jenguk dia di rumah dia. Tak kan selamanya dia dapat sembunyi dari aku."
"Kau tak kan buat kerja gila, kan Nuh?"
Nuh mematikan langkah. Dia berpusing menghadap Luqman.
"Kalau aku gila, kau dah lama tak ada depan mata aku Luq. Kau 'masih' berdiri tegak depan aku itu tandanya aku belum cukup gila Luq. Ingat tu."
Luqman menunduk. Faham maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh Nuh.
"Baik Nuh."
Lihat Luqman menekur, Nuh puas hati. Dia tepuk bahu Luqman sekali dan sambung langkahnya menuju ke lift untuk balik ke rumah Tuan Ahmad Zakri.
"Nuh?" Satu suara menegur. Nuh berhenti melangkah begitu jugak dengan Luqman. Masing-masing menoleh kepada empunya suara.
"Ya, aku Nuh." Nuh membalas, dia dan lelaki yang berdiri tegak di hadapannya saling berbalas berpandangan. Nuh sedar dalam anak mata lelaki itu, ada rasa tidak selesa dengan kehadirannya.
"Aku datang nak melawat Nia," beritahu Zaen Haidar tanpa dipinta.
"Nia tak membenarkan sesiapa melawat dia." Luqman pintas menjawab bagi pihak Nuh, sambil kerling Nuh yang tengah memanah anak matanya kepada Zaen Haidar.
Zaen Haidar senyum segaris. Dia kerdip mata, pandang Luqman.
"Aku dah dapatkan kebenaran dari Nia dan dia sendiri yang nak jumpa aku."
Nuh kertap rahang dengan jawapan itu. Dia rasa jawapan Zaen itu bagaikan sengaja memprovoknya.
"Then? Nia kat bilik 3A, tunggu apap lagi? Pergilah!" Nuh membalas dengan sedikit keras sebelum menyambung langkahnya. Luqman segera mengekori Nuh dari belakang.
Zaen Haidar sekadar menghantar pandangan. Ada senyuman kecil bergayut di bibirnya. Kenapa Nuh dingin dengan dia?
* * *
Limosin hitam yang datangnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, berhenti dihadapan rumah milik Tuan Ahmad Zakri. Tuan Ahmad Zakri dan Mia Jasmine yang baru balik dari menjemput Nia Jasmine di hospital, menjenguk ke laman rumah bila terdengar ada deruman enjin kereta berhenti di halaman rumah mereka.
Pintu dibuka dari dalam, seorang gadis lebih kurang sebaya Mia Jasmine berpakaian sut pejabat keluar dengan penuh berkarisma. Dia kemudian bergegas ke bahagian bertentangan dengannya untuk membuka pintu kereta dari luar.
Pintu ditarik, seorang wanita dalam lingkungan umur 50-an melangkah keluar. Melihat gaya pakaian yang serba mewah bersama tas tangan berjenama dari luar negara itu, Tuan Ahmad Zakri sudah dapat mengagak siapa gerangannya. Siapa lagi kalau bukan...,
"Assalamualaikum abang."
Tepat jangkaan Tuan Ahmad Zakri. Manakala Mia Jasmine terbungkam. Tak sangka mereka bakal menerima tetamu jauh.
"Tak sudi jemput Ros masuk ke?" tanya wanita elegan itu lagi. Beg tangannya dihulurkan kepada gadis yang berpakaian sut hitam itu tadi.
"Waalaikummusalam. Masuk lah Ros." Tuan Ahmad Zakri hanya bersahaja biarpun terkejut dengan kemunculan adiknya yang tiba-tiba.
"Jauh Ros datang. Tak sangka macam ni je cara abang rai kedatangan Ros." Datin Seri Roslina menyindir sambil mengatur langkah merapati abang dan anak saudaranya.
Tangan bertukar salam. Tubuh Mia dipeluk erat. Rindu kepada keduanya tapi ditahan.
"Masuklah mak ngah."
"Terima kasih Mia." Datin Seri Roslina menapak masuk ke dalam rumah. Sempat dia mengitari sekeliling rumah abangnya yang langsung tidak berubah dengan 5 tahun lepas, saat dia pulang ke Malaysia untuk menghantar Nia Jasmine pulang ke pangkuan keluarga kandungnya.
Teringat akan hal itu, luka lama berdarah kembali. Kali ini dia tekad sebulat suara mahu membawa Nia kembali ke sana. Kembali tinggal bersamanya.
"Mak ngah duduk dulu, nanti Mia bawakkan air." Mia cuba buang kekok, gementar berdepan dengan Mak Ngahnya.
"Thanks but no thanks Mia. Mia, you should know why I'm here right?"
Mia menunduk. Berusaha menyembunyikan riak wajah terkedunya.
"Where's she?"
Share this novel