Bab 12 : NJ

Romance Series 174928

~Feeling are just visitors, let them come and go.~

''Where's she?''

''Nia... dia ada dalam bilik Mia. Dia baru je keluar hospital hari ni," jawab Mia takut-takut.

Aura mak ngah Roslina ni bukan calang-calang orangnya. Tengok sajalah situasi sekarang, baru 2 hari lepas dia bagitahu nak datang, tup-tup hari ini sudah terpacak depan rumah mereka. Setiap kali ada hal yang melibatkan Nia cepat sahaja dia tahu. Ibu mana yang tak sayang anak?

Sedikit sebanyak Mia Jasmine cemburu dengan adiknya, Nia Jasmine. Walaupun sejak kecil Nia tinggal jauh di negara orang, jauh dari keluarga kandung tapi Nia masih mendapat kasih sayang dari keluarga Mak Ngah Ros melimpah ruah. Tak terluak sedikit pun malah tidak pernah berkurang meskipun sudah 5 tahun mereka terpisah.

''Kenapa Nia rest dalam bilik Mia? Kenapa tidak dalam bilik dia sendiri?" Berlapis dahi Datin Seri Roslina dengan jawapan Mia.

''Bilik Nia, ada orang guna. Anak angkat abah.''

Mak Ngah Roslina kerut lagi dahi. Tak faham.

''Dekat kampung ni ada program anak angkat dari UPM. Abang terlibat sekali," jawab Tuan Ahmad Zakri bagi pihak Mia, sedari tadi dia cuma mendengar anak sulung dengan adiknya bersoal jawab. Adik dia ni kalau soal siasat berkaitan dengan Nia, jangan harap mereka boleh terlepas dengan mudah. Adiknya sungguh 'overprotective'.

''Ooo, okay. So, tetamu abang tu lelaki ke perempuan?''

''Lelaki. 2 orang. Abang pun nak merasa jugak macam mana perasaan bila ada anak lelaki. Walaupun cuma anak angkat tapi boleh la abang menumpang kasih," ujar Tuan Ahmad Zakri lagi. Ada senyum bergayut di bibir tuanya.

Datin Seri Roslina diam. Faham maksud abangnya.

''Mak ngah betul-betul nak bawa Nia balik?'' tanya Mia sedikit bergetar suaranya. Sedikit terdesak untuk tahu jawapan ibu saudaranya itu.

Datin Seri Roslina kalih matanya kepada Mia.

''Ada sebab ke untuk mak ngah tak bawak Nia balik?'' cabar Mak Nga Ina.

Mia tarik nafas dalam. Dia perlu pertahankan haknya sebagai seorang kakak walaupun dia tahu keputusan terletak di tangan Nia.

''Mia tak nak Nia balik ke sana semula. Mia dah lama hilang adik Mia. Baru kali ni Mia berpeluang jaga Nia. Mia tahu Mia salah sebab tak jaga Nia elok-elok sepanjang dia ada kat sini, tapi boleh tak kalau mak ngah bagi Mia satu lagi peluang? Mia janji Mia akan jaga Nia elok-elok lepas ni. Mia janji benda ni takkan berlaku lagi. Boleh tak mak ngah?'' rayu Mia.

''Abang juga tak izin kan kamu bawak Nia balik ngah.'' Abah mencelah.

''Pordon?'' Cerung pandangan pada abangnya, tak sangka itu yang disajikan keluar dari mulut abangnya.

''Nia anak abang. Anak kandung abang. Abang lebih berhak untuk tentukan Nia perlu ikut kamu atau tidak kali ini.''

Terangkat sebelah kening Datin Seri Roslina dengar jawapan abangnya itu.

''Are you sure that's your answer abang?''

Tuan Ahmad Zakri terdiam, sedari dia terlanjur kata bila bercakap tentang soal 'hak', sedangkan dia langsung tak layak mempersoalkan tentang itu selepas apa yang dia dan isterinya putuskan untuk Nia selama ini.

Datin Seri Roslina berpeluk tubuh, bangkit dari duduknya dan mendekati abangnya.

''She's been with me for almost ten years. She is my daughter. After all i did for her, she's mine. Abang yang bagi dia pada angah dulu. Abang juga ada buat perjanjian dengan angah yang abang tak kan ganggu kehidupan Nia selepas abang serahkan dia pada angah. Angah serahkan dia semula kepada abang hanya disebabkan wasiat dari arwah kak Lina. Kalau bukan sebab tu, tak mungkin angah akan serahkan Nia senang-senang pada abang semula. Abang faham kan?"

Terdiam Tuan Ahmad Zakri. Kenyataan yang tak mampu dia sembunyikan. Kesilapan itulah yang dibuat bertahun dahulu tapi niatnya cuma satu. Dia mahu memberikan sepenuh perhatian buat isterinya yang tengah menderita melawan kanser. Tapi adakah semua orang akan faham dengan keputusannya?

''Ngah, bukan tu maksud abang...'' kendur suara Tuan Ahmad Zakri.

Salah dia juga tersentuh isu sensitif. Isu hak penjagaan Nia adalah isu yang sangat sensitif bagi mereka sekeluarga. Keduanya berebut mahukan Nia dan yang menderitanya adalah Nia sendiri. Zaman kanak-kanaknya membesar tidak seindah yang lain. Hidupnya penuh dengan 'belajar dan belajar' menerima 'keadaan' baru.

Tuah Ahmad Zakri mendekati adiknya. Bahu adiknya disentuh.

''Angah tahu Nia anak kandung abang dengan arwah kak Lina. Hak abang sepenuhnya dan abang juga wali sah dia tapi rasanya abang juga tak lupa yang angah juga ibu dia. Angah bukan saja ibu saudara dia tapi angah juga ibu susuan dia.'' Datin Seri Roslina melirih, sebak fikirkan anaknya yang seorang itu

''Abang tahu ngah. Abang tak pernah lupa segala kebaikan dan pengorbanan yang dah angah dan Andrew lakukan untuk Nia selama ni. Cuma kali ni, abang rayu dan mintak dari angah bagilah kami peluang untuk jaga Nia macam yang arwah kak Lina amanahkan. Kalau angah rasa kami tak layak jaga Nia sampai bila-bila, cukuplah sampai Nia habis sekolah. Selepas Nia habis sekolah, abang tak kan halang lagi sebarang keputusan Nia kalau dia nak terus stay dekat sini atau pun ikut angah balik London.'' Tuan Ahmad Zakri juga melirih. Tipulah kalau dia katakan dia baik-baik saja kalau Nia diambil oleh adiknya semula.

Datin Seri Roslina kemam bibir, tunak matanya pandang si abang.

''Lagi 3 tahun, kontrak kerja Andrew dekat sana akan tamat dan kami dah decided untuk balik and stay here. Maybe that time, i want her to stay with us again. Like before this.''

Tuan Ahmad Zakri terangguk-angguk. Syukurlah, itu petanda jawapan yang baik dari adiknya. Sekurang-kurangnya adiknya masih bagikan dia peluang untuk terus bersama Nia.

Datin Seri Roslina menunduk menekur lantai. Rapuh jiwanya bila fikirkan kali ini pun dia tidak mampu membawa Nia balik ke pangkuannya. Pasti Khalil Fayyad dan Khayra Faqihah berduka dengan kepulangannya dengan 'tangan kosong'. Tentu suaminya juga kecewa.

''But make a promise with me, abang. Promise me, you will take good care of her. I don't want anything like this happen to her again. That hurts my heart. Can you?'' lirih sedikit nada Datin Seri Roslina. Rapuh betul jiwanya kalau melibatkan Nia. Dia betul-betul rapuh.

''InsyaALLAH angah. Abang janji, abang akan cuba jaga Nia baik-baik. Abang minta maaf sebab dah buat angah susah hati tentang Nia.''

Bibir Datin Seri Roslina tergaris kecil.

''She's my child abang, forever.  She's my lovely daughter. I don't want to lose her.''

Tuan Ahmad Zakri peluk adiknya. Dia tahu betapa dalamnya kasih sayang Roslina terhadap Nia tapi tetap kalah dengan wasiat dan amanah arwah isterinya. 

*                         *                       *

Sementara itu, dari tingkat atas Nia dengar bunyi bising. Jadi dia memasang niat untuk turun jenguk ke bawah walaupun tubuhnya masih terasa letih dan penat. Rehatnya terganggu bila terdengar mereka bercakap dengan suara yang agak kuat dan lantang.

Setibanya di anak tangga terakhir, dia melihat abah sedang memeluk seorang perempuan yang agak berusia. Gaya abah seperti sedang memujuk dan menenangkan perempuan yang mungkin dalam kesedihan. Nia hairan, sejak bila Abah sudah pandai memeluk perempuan lain bersaksikan Mia?

Tapi jauh disudut hatinya, terdetik sesuatu. Nia kenal dengan susuk tubuh itu. Susuk tubuh wanita yang sangat dia kasihi. Tapi, bermimpi di siang harikah dia? Nia mendekat lagi.

''Mama?'' Tekadnya untuk menegur.

Datin Seri Roslina tersentak, pelukannya terleraikan. Sisa air mata, dikesat terlebih dahulu sebelum dia menoleh.

''Yup Nia. I'm here.''

Sesaat dua Nia terkedu. Berhalusinasikah dia? Bila lihat anggukan dari wanita itu, Nia lekas berlari ke dakapan mamanya.

''Mama... Nia rindu mama. Rindu sangat-sangat,'' tangisan Nia pecah. Dia mengongoi dalam pelukan mama kesayangannya.

''Mama juga rindukan Nia. Bukan mama saja yang rindukan Nia. Papa, abang dan adik pun rindukan Nia. Setiap saat, setiap masa kami rindukan Nia.''

Nia ketatkan lagi pelukannya. Tidak peduli dengan mata Mia dan abah yang melihat adegan itu. Yang dia peduli, dia sangat rindukan pelukan hangat mamanya.

Dari jauh, ada dua pasang mata yang turut menjadi saksi adegan mereka sekeluarga. Bermula sejak dari saat Datin Seri Roslina tiba di rumah itu sehinggalah kini. Mata dan telinga menjadi saksi, melihat dan mendengar semuanya tanpa ada sedikit pun yang tertinggal.

''Aku ingatkan Nia tu anak angkat abah, rupanya anak kandung,.'' Nuh Jazmin mengulas perlahan.

Luqman Firdaus mengangguk. Pada awalnya dia pun mengesyaki benda yang sama sehinggalah dia mula menyiasat latar belakang Nia melalui Mia Jasmine seperti yang diminta oleh Nuh Jazmin dulu. Tapi tak banyak yang dia dapat info, cukup sekadar dia tahu Nia Jasmine itu memang anak kandung abah angkatnya yang terpisah lebih kurang 10 tahun lamanya.

''Kau pernah tengok gambar arwah ibu kandung Nia, Luq?''

''Pernah tengok sekali. Mia tunjuk. Sebijik muka Nia. Cantik. Sekali tengok pun aku tahu arwah ibu Nia tu bukan orang melayu tulen.''

''Maksud kau, orang luar?"

Luqman mengangguk.

"Patut lah Nia tu lain dari diorang berempat. Tapi aku pelik, kenapa Nia kena tinggal dengan orang lain? Lama pulak tu...'' Nuh mengetuk dagu dengan jari telunjuk, berfikir.

''Aku pun pelik tapi Mia tak jawab bila aku tanya. Mia tak nak Nia kecil hati kot."

Nuh mengangguk. Ada betulnya juga. Persoalan itu tiada jawapan. Pernah sekali dia bertanyakan soalan tu kepada Nia tapi berakhir dengan sebuah pertengkaran kecil.

*                    *                       *

''Ni... gambar family kau?'' Nuh ajukan soalan kepada Nia Jasmine tatkala mereka bertembung betul-betul di hadapan gambar potret keluarga Tuan Ahmad Zakri.

Kebetulan ketika itu Nuh mahu ke bilik di tingkat atas dan Nia pula baru turun dari tingkat bawah. Gambar potret itu pula tergantung elok di dinding berdekatan dengan anak tangga terakhir.

Nia angkat muka sikit, turut dihalakan anak mata hazelnya kepada potret itu. Gambar mereka berlima. Abah dan 4 orang anak perempuannya.

''Dah jelas-jelas tu gambar kitorang, so the answer is yes. That's my beautiful family.'' Nia membalas tajam seperti biasa.

Nuh picing mata. Mengamati satu persatu wajah di dalam gambar itu. Nia juga masih terpasak di situ bagaikan turut menyertai Nuh yang sedang mengamati wajah mereka satu persatu.

''Kenapa kau lain?''

Nia juling mata ke atas. Tanda bosan dengan soalan yang sudah beribu kali dia dengar.

''Lain apanya? Sama je saya tengok. Ada dua mata, satu hidung, satu mulut... apa yang tak sama?''

''Rambut kau tak sama colour pun dengan kakak-kakak kau. Anak mata kau pun lain dari dorang. Rupa kau pun tak sama dengan diorang. Macam korang bukan adik-beradik.'' Nuh sudah bertindak sebagai tukang kritik. Satu persatu disebut sambil mata tidak lepas mengamati setiap perbezaan itu.

Nia berrdecit, tunjukkan riak muka bosan. Malas dia nak mengulas isu 'perbezaan dan persamaan' dengan Nuh. Baginya tak ada bezanya pun kalau Nuh tahu 'kenapa mereka berbeza'.

''So? Anything problem here?'' Nia menyoal bosan.

''Kau anak angkat abah ke?''

Bulat mata Nia dengar pertanyaan Nuh.

''Awak boleh je nak anggap macam tu Nuh, as you wish. Please excuse me.. banyak lagi benda yang saya nak buat selain dari nak jawab soalan-soalan awak tu.''

Nia mula mengorak langkah tapi tangan kekar Nuh sempat berpaut di lengannya, menghalang dia dari terus berlalu.

''Apa lagi ni?'' Nia mengeluh, tak berminat.

"Tengok gambar family kau ni buat aku teringat sesuatu la pulak," ujar Nuh tiba-tiba. Senyuman senget bergayut di bibir. Lihat reaksi Nia yang tidak menjawab soalannya tadi, dia jadi tercabar.

Nia menjongket kening, bertanya.

''Kau pernah baca tak fairy tale story about The Ugly Duckling?" tiba-tiba Nuh teringatkan kisah klasik itu.

''The Ugly Duckling?''

Nuh angguk sambik sembunyi sengih. Harap-harap jeratnya mengena.

''Rasanya macam pernah baca. Kisah anak itik yang hodoh tu kan?''

Nuh mengangguk, ingat pun Nia dengan cerita tu.

''So? Kenapa dengan story tu?'' Blur Nia bertanya. Apa kaitan?

''The Ugly Duckling, kisah seekor anak itik yang dalam family dia, hanya dia yang tak cantik. Hodoh dan hitam. Dia dipulaukan dan disisihkan oleh adik-beradik dia sendiri kerana rupanya. One day, dia rasa dia bukan dari family tu dan dia membawa diri." Nuh bercerita serba ringkas.

Nia termangu sekejap. Rasa macam pernah baca kisah anak itik yang hodoh dan bila besar bertukar menjadi seekor swan putih yang cantik dan bersinar. Rasanya itulah penghujung kisah yang dia pernah baca suatu masa dahulu. 'Fairy tale story' kisah yang sangat dia suka. Siap dia berimaginasi dapat kahwin dengan putera raja lagi! Alah beranggan itu, free.

"So?" tanya Nia kemudian, tak faham sebenarnya. Isu apa yang Nuh cuba ketengahkan sekarang ni?

Nuh senyum segaris lihat reaksi Nia. Comel pulak dia tengok rupa blur Nia tu. Dengan selamba dia sematkan kedua tangan dalam kocek seluarnya, dia menunduk sedikit mahu membisik ditelinga Nia.

Nia tarik sikit wajahnya menjauh dari Nuh. Nak rapat-rapat apa pulak ni?

"Aku rasa kan, kalau dalam kisah real... kau lah The Ugly Duckling tu," kutuk Nuh selamba dan terus berlalu ke biliknya ditingkat atas.

Nia terkedu, masih lagi tegak ditempatnya. Sedikit termangu dengan jawapan Nuh yang sedang berlegar-legar di kepalanya.

'Aku, The Ugly Duckling? Kenapa?' Nia panggung wajah, pandang gambar sendiri yang ada di dalam potret itu.

Seorang Nia Jasmine dalam gambar itu ditenung. Nia yang berambut brown separas pinggang yang sedikit beralun dibawahnya. Rambutnya dibiarkan bebas dihiasi dengan satu penyepit rambut berbentuk reben putih diselitkan di atas telinga kanannya. Satu kaca mata bulat dan besar yang berbingkai hitam tebal terletak elok.di matanya.

Dia memakai dress putih longgar paras betis, kasut berwarna putih dengan stoking putih dihiasi ropol-ropol juga berwarna putih.  Gaya ala-ala inggerisnya masih mempengaruhi. Gambar itu dirakamkan ketika dia berusia 11 tahun, setahun sekembalinya dia ke sini. Jadi apa yang pelik? Dia tenung kakak-kakaknya pula.

"Ugly Duckling?" Pap! Nia baru tersedar. Dia ketap bibir, langkah besar dibuka.

''Cis, kurang ajar mamat k-pop ni!'' Nia mengejar langkah Nuh yang sudah semakin jauh meninggalkannya. Cepat-cepat dia panjat tangga.

"At the end, the ugly duckling turned into a beautiful swan laa..'' jerit Nia sedikit lantang membuatkan Nuh berhenti melangkah.

Nuh tidak jadi memulas tombol pintu bilik. Dia berpaling.

''Itu kalau ikut cerita dongeng tu tapi hakikatnya sekarang ni, boleh ke the ugly duckling depan aku ni, bertukar jadi swan?''

''Eh, why not?'' Nia berpeluk tubuh.

Nuh mencebik.

''Perasan.''

Nia membulatkan matanya. Sakit hati dengan Nuh seorang ni!

''Okay we will see... maybe after 5 years, kita jumpa balik.. time tu saya bertukar jadi swan, awak jangan terkejut," cabar Nia.

''Kenapa aku perlu terkejut?''

''Yelah tiba-tiba the ugly duckling yang awak cakap ni, bertukar jadi swan yang cantik. Awak jangan tersuka saya pulak masa tu.'' Nia berpeluk tubuh lagi, siap buat gaya dengan keningnya di angkat-angkat.

Nuh pula tak nak kalah. Dia juga berpeluk tubuh, buat gaya nak termuntah dengan ayat Nia tu.

''Eh, tak ada maknanya lah aku nak tersuka dekat kau. Macamlah aku teringin sangat nak jumpa kau lagi lepas ni. Dari aku jumpa kau, baik aku jumpa aweks aku. Ada jugak lah faedahnya, kan?''

Nia hempas tangannya ke sisi. Makin geram dengan jawapan Nuh.

''Hei, saya pun tak kisahlah kalau awak tak nak jumpa saya! Saya pun bukanya nak sangat jumpa awak lagi. Awak ni bukannya handsome sangat pun. Ramai lagi abang-abang yang lebih handsome dari awak yang saya boleh jumpa la!"

"Haaa baguslah tu kalau kau rasa macam tu sebab aku memang tak nak jumpa dah dengan budak kuat marah macam kau ni. Perengus!"

Membulat mata Nia dikatakan perengus.

"Saya perengus? Eh, tu lebih baik dari perasan handsome macam awak ni! Okay fine, anggap jelah lepas berakhirnya program awak dekat sini, kita dah tak kenal antara satu sama lain lagi." Nia kian panas, jeling Nuh geram.

''Okay fine! Kita tengok siapa yang tak berpegang pada kata-kata.'' Nuh pula membalas, segera tutup pintu biliknya meninggalkan Nia yang masih termangu-mangu diluar.

Nia gigit bibir bawahnya, geram dengan lelaki bernama Nuh Jazmin ini makin membukit. Perangai mengalahkan dia yang berumur 15 tahun. Nia kepal penumbuk lalu dibawa ke pintu bilik, mahu tumbuk pintu bilik itu tapi cukuplah sekadar di angin lalu sahaja.

''Aku tumbuk jugak mamat ni! Suka hati dia je panggil aku the ugly duckling. Hishh!''

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience