Kereta Zaen Haidar masuk ke ruangan parkir. Selesai mematikan enjin kereta dia tidak segera keluar sebaiknya dia melepaskan lelahnya sebentar. Sudahlah masalah hubungan cinta bersama Nia masih belum selesai tambah lagi dengan jadual kursus yang begitu padat selama 3 minggu ini.
Sepuluh minit merehatkan diri, dia bersedia untuk keluar. Badannya perlu disegarkan sebelum memikirkan langkah untuk menjernihkan kembali hubungannya bersama Nia. Dia sayangkan gadis itu dan masih belum siap untuk kehilangannya.
Belum pun pintu kereta ditolak, matanya menangkap susuk tubuh Tya keluar dari pintu rumahnya. Zaen memicingkan matanya, hairan dengan kemunculan Tya yang sebelum ini tidak pernah bertandang ke mari.
''Eh Zaen! Bila Zaen sampai? Eh maaf, Assalamualaikum. Lupa nak bagi salam'' Tya turut tersentak, lantas menyembunyi rasa terkejutnya dengan kepulangan Zaen Haidar. Dia mengatur tapak mendekati lelaki itu.
''Waalaikmmusalam. Awak buat apa dekat sini?'' soal Zaen sambil menutup pintu kereta. Simpan rasa sangsi dengan keramahan Tya.
Dia kenal dengan Tya Jasmine terlebih dahulu sebelum dia berkenalan dengan Nia Jasmine. Tya dan Lya, juniornya. Hubungan mereka agak erat semenjak dari Tuan Ahmad Zakri memilihnya sebagai anak angkat lelaki itu. Eratnya hubungan mereka disalahertikan oleh Tya. Tya pernah meluahkan perasaannya sebelum dia melanjutkan pengajiannya ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Tetapi hasrat hati Tya ditolak baik olehnya kerana dia hanya menganggap Tya tidak lebih daripada seorang teman.
''Em... Tya saja datang jumpa Aunty Ima. Ada hal. Zaen sihat?''
''Alhamdulillah sihat. Okeylah, saya minta diri dulu ya? Badan melekit seharian drive," pamit Zaen lantas berlalu.
Tya hanya menghantar pemergian Zaen dengan senyum manis terukir. Dia tahu Zaen sengaja mengelak daripadanya. Dia berlalu ke keretanya.
''Eh Zaen? Bila sampai? Zaen kata bertolak balik petang nanti?'' Puan Waima kebetulan baru keluar dari dapur terkejut dengan kemunculan Zaen dinruang tamu. Zaen menghampiri mamanya dan mencium tangan itu.
''Slot terakhir habis awal ma. Kalau tak, Zaen balik petang juga. Dah habis awal, Zaen pecut balik terus la."
"Tak penat ke terus balik?" Puan Waima mengurut bahu anak sulungnya.
"Penat tu memang penat ma tapi apa boleh buat. Stay lama dekat sana pun, boring juga."
''Emm.. yelah. Pergilah naik, rehat-rehat dulu.''
"Okey ma. Zaen naik dulu ya? Oh, lupa Zaen nak tanya mama apa Tya buat dekat sini?"
''Emm... Saja dia datang jumpa mama je. Ketulan dia lalu area sini, dia singgah lasekejap. Macam mana telefon Zaen?, Dah jumpa ke belum?''
Zaen mengeluh. Perlahan kepalanya digeleng.
''Belum lagi ma. Zaen pun dah tak tahu nak cari dekat mana lagi telefon Zaen tu. Sudahlah semua maklumat pasal kuliah ada dalam tu.'' Zaen kebuntuan. Mamanya mengetap bibir.
''Itulah. Mama pun pelik. Dah serata tempat mama cari, tak jumpa pun telefon Zaen tu... Hilang ke mana lah agaknya telefon tu..." rungut Puan Waima. Dia juga kebuntuan.
''Itulah ma. Tak pelah mama, nanti Zaen cuba cari dekat pejabat Zaen pula. Takut terjatuh sebelum Zaen pergi kursus tu. Thanks ya ma, sudi carikan. Zaen masuk bilik dulu ya ma.''
''Emm yelah, pergilah Zaen rehat. Harap-harapnya jumpalah telefon Zaen tu. Nanti jangan lupa turun malam ni, kita makan sama-sama. Mama masak lauk special untuk Zaen.''
''Okay ma.'' Zaen membawa diri ke bilik. Puan Wima penghantar pemergian Zaen dengan ekor mata. Ada senyuman kecil bergayut di bibirnya.
Sebaik sahaja kelibat Zaen menghilang, dia mengatur tapak ke kaninet TV. Lacinyang paling bawah ditarik lalu menampakkan isi dalamnya. Iphone Zaen diambil lalu dibawa ke bilik tidurnya.
* * *
Datin Seri Roslina menggenggam erat tangan anak perempuannya lalu dikucup dengan penuh kasih sayang. Nia perlahan-lahan mengangkat kelopak matanya sebagai respon kepada mamanya.
''Nia..." Wajah Nia dielus. Nia menggerakkan anak matanya ke sisi. Mama mengucup dahinya.
''Alhamdulillah Nia dah sedar. Nia nak air?''
Nia angguk dan cuba bangun dari perbaringannya. Mama membantunya sebelum menyuakan segelas air putih ke bibir Nia. Seteguk dua dan akhirnya habis separuh gelas Nia mnum.
''Kenapa dengan Nia, ma?'' soal Nia sesudah habis meneguk air.
''Nia demam panas dan jatuh dalam bilik air. Abang yang jumpa Nia semalam.''
''Oh..." Hanya itu responnya. Seingatnya semalam dia menangis teruk lepas dapat panggilan dari abah mengenai lamaran daripada Zaen.
''Mama, angel dah sedar?'' Khalil tiba-tiba mucul. Mama menoleh seraya mengangguk. Khalil masuk lalu menghenyakkan punggung ke birai katil Nia.
''Apa dah jadi?'' Khalil bertanya serius.
Nia mengeleng. Tak tahu yang mana patut dia ceritakan terlebih dahulu.
"Angel, abang tanya ni. Apa dah jadi sebenarnya ni?" Khalil mendekat lalu mencapai lengan Nia. Barannya derah menyinggah bila Nia mendiamkan diri. Mama menepuk lengan Khalil.
''Lil, adik baru sedar. Bagi dia rehat dulu. Nanti bila dia dah okey, kita bincang perkara. Jangan diikutkan sangat perasaan tu.'' Mama menegur dengan menepuk lengan Khalil.
Khalil melepaskan keluh seraya menjauhan tangannya dari lengan Nia. Baru sahaja dia menapak selangkah, telefon Nia berbunyi. Khalil mengundur tapak lalu mengambil telefon Nia di atas meja sisi katil.
Satu nombor yang tidak dikenali sedang menghubungi Nia. Mula-mula Khalil tidak terasa untuk menyahut panggilan itu tapi setelah kali ke tiga, barulah Khalil memutuskan untuk menjawab panggilan itu.
''Hello. Assalamualikum Nia.'' Dengar sahaja suara Zaen dihujung telinga, Khalil segera keluar dari bilik adiknya lalu ke bilik tidurnya.
Khalil cuma diam. Dia mahu dengar apa lagi sandiwara yang cuba Zaen lakonkan untuk memantapkan sisi lakonananya sebagai seorang pencurang!
Tanpa Nia beritahu Khalil pun, Khalil sudah tahu apa yang sudah terjadi kepada hubungan Nia dan Zaen. Dia sudah siasat semuanya. Nuh juga ada menerima berita sahih daripada Luqman.
''Nia, ini Zaen. Maaf Zaen call Nia guna nombor telefon lain. I'm sorry for what have i done. Tiga minggu Zaen sepi bukan sebab Zaen tak rindukan Nia tapi telefon Zaen...''
''Apa lagi yang kau nak karang hikayat dengan adik aku, Zaen Haidar?'' jerkah Khalil, panas betul telinganya dengar suara Zaen lama-lama.
''Khalil?'' Zaen tergamam. Lain yang diharap, lain yang dijawab.
''Ya, ini aku. Khalil Fayyad, abang Nia Jasmine yang kau kata rindu tadi.'' Khalil menyinis.
''Kenapa bukan Nia yang angkat telefon? Nia mana? Aku nak cakap dengan dia...''
''Nak cakap dengan Nia? Apa lagi yang kau nak cakap dengan adik aku? Tak cukup lagi ke kau dah sakitkan hati adik aku?''
''Bukan macam tu Khalil. Aku minta maaf dah buat adik kau macam tu tapi aku boleh explain dekat Nia. Semuanya."
Rayuan Zaen makin menaikkan amarah Khalil. Khalil mengertap gigi.
''Kau nak explain apa lagi hah? Kau nak tambah lagi luka di hati adik aku ke? Kau dengar sini Zaen, mulai hari ini, detik ini, kau jangan cari adik aku lagi. Jangan kan cari, sebut nama dia pun, jangan. Kalau kau ingkar arahan aku, kau tahulah apa nasib kau."
"khalil, aku..."
Lagi sekali Khalil memintas.
"Aku ingatkan kau sekali lagi, Zaen. Adik aku tu anak orang. Dia ada mak bapak. Ada keluarga. Jangan disebabkan adik aku suka kau, kau boleh buat dia sesuka hati kau. Bila kau nak, kau kutip dia. Bila kau tak nak, kau buang dia. Ingat Zaen, mungkin kali ni kau boleh lukakan hati dia tapi selepas ni, aki sendiri yang akan serahkan dia oada orang yang boleh jaga dia lebih baik daripada kau jaga dia. Dan aku percaya, kau sendiri akan menyesal dengan apa yang kau dah buat ni.''
''Khalil, apa yang kau merepek ni? Aku tahu selama ni kau tak suka aku tapi percayalah cakap aku yang aku betul-betul serius dengan adik kau. Aku sanggup tunggu dia sampai habis belajar. Aku sanggup tunggu dan tak akan paksa dia lagi. Tolonglah Khalil, tolong bagi aku bercakap dengan Nia. Sekejap pun jadilah," rayu Zaen lagi. Hatinya makin tidak sedap dengan apa yang dilemparkan oleh Khalil.
''Heyy! Kau jangan berani cakap yang kau serius dengan adik aku lah, Zaen. Kalau kau betul-betul sukakan Nia, kenapa kau suruh mama kau pinang Tya untuk kau?''
''Pinang Tya?'' Sekali lagi Zaen terbungkam.
''Kenapa? Terkejut? Terkejut sebab dah kantoi? Kau bodoh kalau kau rasa kau boleh mempermainkan perasaan adik aku, Zaen. Lelaki jenis apa kau ni Zaen? Kau tak malu ke? Kau couple dengan Nia, bertunang dengan Tya, agaknya nanti kau kahwin dengan Lya. Kau nak try semua Jasmine's ke?''
"Khalil! You're to much!" jerit Zaen, hatinya juga panas dengan bidasan Khalil. Sabarnya juga ada batasnya.
"Kau jangan sesekali meninggikan suara kau pada aku, Zaen! Kau bukan siapa-siapa dengan aku!" hendik Khalil garang. Amarahnya kian memuncak.
''Ini last kau telefon Nia, kalau selepas ni kau call atau ganggu dia lagi, kau tak akan selamat dengan aku. Alu akan cari kau walau ke lubang cacing. Nak selamat, jauhi Nia!''
Klik! Panggilan dimatikan. Khalil melempar telefon itu ke dinding dan sekelip mata saja telefon Nia hancur berderai. Lihat telefon itu hancur, begitulah hatinya ketika ini. Sungguh dia kecewa melihat adiknya dikecewakan.
* * *
Zaen Haidar masih merenung skrin telefon biarpun suara Khalil sudah lama menghilang. Masih berdengung segala amaran yang dilemparkan oleh lelaki itu kepadanya. Dia tahu selama ini, Khalil tidak menyenangi hubungannya bersama Nia.
''Heyy! Kau jangan berani cakap yang kau serius dengan adik aku lah, Zaen. Kalau kau betul-betul sukakan Nia, kenapa kau suruh mama kau pinang Tya untuk kau?'' Soalan Khalil itu bagaikan pita rakaman, terulang-ulang di telinganya.
Zaen tidak sedap hati. Dia bingkas keluar dari bilik mencari mamanya. Ternampak mamanya sedang menyiram pokok-pokok bunga di laman rumah. Dia menuju ke situ.
''Mama, mama ada buat perkara yang Zaen tak tahu ke di belakang Zaen?'' tanya Zaen, suaranya dikawal supaya tidak meninggi. Dia tidak mahu menyakiti hati syurganya.
Puan Waima menoleh, tak sedar dengan kedatangan Zaen di belakangnya.
"Apa Zaen?"
"Zaen tanya mama, mama ada buat apa-apanke belakang Zaen sepanjang Zaen tak ada?"
''Mama buat apa Zaen?''
Zaen kemam bibir. Nafasnya disedut dalam.
''Just be honest, ma. Zaen tak nak dengar dari mulut orang lain," pintanya, besar harapannya agar mama menepis segala prasangkanyang sedang bersaramg di benaknya.
''Zaen cakap apa ni? Mama tak faham. Ada apa-apa yang mama perlu tahu ke?'' Puan Waima cuba berdalih lagi walaupun dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Zaen. Dia menutup pili paip.
''Ma... Kenapa mama sanggup buat Zaen macam ni? Zaen ni anak mama tahu?''
Mamanya tidak membalas. Zaen menggeleng, kecewa dengan tindak balas mamanya. Tak sangka ibu sendiri sanggup menikamnya dari belakang.
''Mama, I asked you to go propose to Nia, but you went to propose to someone else. Why did you do that?''
''Well... Mama dah jalankan tanggungjawab mama. At least, mama dah pinang anak Cikgu Mad untuk Zaen. Right?''
Jawapan mama, Zaen ternganga.
''But mama, i want Nia not Tya!''
''Tya is better than Nia, Zaen! Trust me.''
''No! Mama tak kenal Tya macam yang Zaen kenal ma. Zaen dah lama kenal Tya dan Nia. Zaen hanya sukakan Nia bukan Tya!" Ternaik sedikit oktaf suara Zaen. Geram dengan jawapan mamanya.
"Zaen!"
''Zaen tak kira, Zaen nak mama tarik balik peminangan tu. Zaen tetap akan bertunang dengan Nia macam yang Zaen dan Nia plan sebelum ni." Zaen memusingkan tubuh bersedia untuk berlalu.
''Zaen nak malukan mama depan Cikgu Mad ke?''
Zaen berpaling semula.
''At least Zaen tak perlu hidup dengan mak lampir tu!" Tak pernah dia bayangkan hidup bersama dengan Tya Jasmine sebagai suami isteri. Dia tak sebulu dengan Tya!
''Zaen! Mama tak pernah ajar Zaen gelarkan orang lain macam tu. Kenapa perlu panggil dia macam tu? Dia bakal isteri kamu. Hujung tahun ni mama akan kahwinkan kamu berdua. Cikgu Mad pun dah setuju. So, Zaen just follow our plans.''
''Just follow your plan? What about my plan? Nia's plan? Pernah ke mama tanya Zaen apa yang Zaen nak selama ni? Selama ni Zaen banyak mengalah dengan kemahuan Zaen demi memuaskan hati mama dan papa. Zaen sanggup ketepikan tawaran belajar ke oversea sebab Zaen fikirkan mama. Mama selalu mengadu sunyi bila papa jauh daripada mama. Zaen sanggup ketepikan tawaran kerja di KL asalkan dekat dengan mama. Zaen nak stay dengan mama, jaga mama but ini yang mama buat pada Zaen?'' Suara Zaen mengendur. Sungguh dia terkilan dengan sikap mamanya yang berubah tiba-tiba.
''Sekarang ni Zaen mengungkit?''
Zaen menekur tanah sekejap sebelum kembali membalas.
''Ya, Zaen mengungkit. Zaen betul-betul tak sangka yang mama sanggup buat Zaen macam ni. Mama buat Zaen seolah-olah Zaen bukan anak mama. Mama tikam Zaen dari belakang. Disebabkan peminangan bodoh tu Nia dah bencikan Zaen. Mama dah berjaya buat Nia bencikan Zaen." Zaen berkalih, langkahnya dipasang.
''Zaen..''
Zaen berhenti menapak cuma kali ini dia tidak berpaling lagi.
''Mama buat semua ni sebab mama sayangkan Zaen. Mama yakin Tya boleh jadi isteri yang baik. Anggap saja jodoh Zaen degan Nia tak ada. Lagipun mama tak suka tengok Nia dengan budak lelaki tu. Mereka bersekedudukkan, Zaen faham maksud mama, kan?''
Zaen jongket senyuman, dia berpaling.
''Zaen rasa mama dah tak kenal Nia tu macam mana sedangkan selama ni mama sayangkan dia sama seperti mama sayangkan anak-anak mama. Nia sangat hormat dan sayangkan mama macam dia sayangkan mama dia. Zaen tak tahu apa yang dah merasuk mama sampaikan mama tak nampak segala kebaikan Nia. Kalau betul mama nak sangat bermenantukan Tya, Zaen akan tunaikan impian mama. Cuma satu je pinta Zaen, kalau jadi apa-apa pada perkahwinan kami nanti, mama jangan salahkan Zaen."
Sorry tau slow update. Tq to all the readers.
Share this novel
jahatlah tya..harap² Nia ok je..Nuh ada..tapi author jgn lah bgi Nuh dgn Lya pulak..respect dkt khalil..abg yg yg protective..
alah . kesian dua2.. mesti Tya buruk2 Kan Nia..
InsyaALLAH akan diusahakan utk esok.. ^^,