"Apa hubungan kau dengan Nuh?" sergah Tya ketika Nia melintasinya untuk ke ruang tamu usai mengemas dapur. Sengaja dia halang laluan Nia.
''Eh, hubungan apa pulak ni kak?'' Nia yang masih dihimpit rasa terkejut dengan sergahan itu, terus menyoal sambil mengurut dada.
''Kau tak payah nak buat-buat bodoh la Nia. Kau ingat aku tak tahu suka Nuh?" Cebik Tya, benci sungguh dia dengan kepolosan Nia. Sedari kecil Nia selalu mendapat perhatian sesiapa saja termasuklah kedua orang tua mereka. Bertahun berpisah pun, nama Nia juga yang disebut-sebutkan oleh arwah ibunya.
Nia tercenggang dengan tuduhan Tya.
''Apa masalah akak sebenarnya ni?'' Nia mengeluh, penat dengan tuduhan Tya yang tidak berasas itu.
''Kau dah ada Zaen tapi kenapa masih sibuk tackle Nuh lagi?''
Nia terlopong lagi tapi bila Tya sebut nama Zaen, baru dia teringatkan sesuatu. Tya pernah sukakan Zaen dulu tapi cintanya tidak berbalas kerana waktu itu mereka masih bersekolah. Mungkin itu juga salah satu sebab Tya tak sukakan dia.
''Well... itu bukan urusan akak pun kalau Nia suka kedua-duanya sekali, kan? Akak risau ke kalau Nia terlebih laku dari akak?'' Nia menyindir. Sudah terlalu lama dia tunduk dan tahan telinga dengan sindiran dan celaan yang keluar dari mulut kakak-kakaknya. Sesekali dia mengenakan mereka, tak salah rasanya kan?
Muka Tya merah padam. Tangannya dikepal. Giginya dikacip rapat.
"Kau dah kurang ajar sekarang ni, Nia! Mentang-mentanglah kau jauh dari aku dengan Lya, kau ingat aku tak boleh nak buat kau macam dulu?''
Nia mencemik bibir. Tipulah kalau kata dia tidak gentar berhadapan dengan Tya tapi dia berlagak tenang. Dia mahu buktikan yang dia bukannya budak kecil lagi yang selalu tunduk bila dibuli oleh mereka. Tya Jasmine, adik kembar kepada Lya Jasmine. Walaupun dia adik, dia lebih garang dah tegas daripada Lya. Dia monopoli Lya untuk terus mengikut segala arahannya tanpa bantahan. Manakala Lya, dia agak 'okay-okay' orangnya tapi tahap kegedikkan tetap dijuarai oleh Lya.
''Nia bukan budak-budak lagi kak. Dulu, akak dengan Kak Lya boleh buli Nia but not this time! Dulu akak boleh ejek Nia hodoh, muka berparut, anak buangan sebab muka Nia tak sama dengan yang lain. Tapi sekarang, semua tu dah tak sama. Nia dah besar. Nia takkan biarkan akak dan Kak Lya buli Nia. Dan Nia tak kan menggalah lagi," tutur Nia, yakin.
Tya menghimpit Nia hingga ke dinding. Hujung bibirnya menaik.
''Kau yakin?''
''Of course i'm.'' Nia melawan, mata ditentang tepat ke dalam mata kakaknya.
''Okay, we will see. Aku akan pastikan kau tak kan dapat kedua-duanya. Zaen kau tak dapat, Nuh pun kau terlepas."
"What do you mean?'' usul Nia dengan kening berkerut.
Tya menghemburkan tawanya. Tawa yang menyakitkan telinga Nia.
''Kesian kau... kau tak tau ke?'' Giliran Tya pula mengejek Nia.
''Tahu apa?''
Tya menjarakkan diri dari Nia sebaik sahaja ekor matanya menangkap kelibat Mia sedang mengatur langkah ke dapur.
''Nothing tapi rasanya lebih elok kalau kau tanyakan Zaen sendiri," ujar Tya sebelum berlalu.
Nia termangu-mangu sendiri memikirkan apa yang baru sahaja Tya ungkapkan.
''Eh, Nia buat apa lagi dekat sini?'' Mia menegur. Langkahnya diatur dengan berhati-hati sambil tangan kanan menampung kandungannya yang sudah sarat.
''Nia baru lepas settle kemas dapur. Kak Mia nak buat apa ni?'' Nia membantu memimpin kakaknya ke meja makan lalu mendudukkan kakaknya di situ.
''Kak Mia nak buat kopi untuk Abang Luq. Dia tengah berborak dengan abah dan Nuh dekat atas.''
''Oo, tak apa akak duduk je. Biar Nia buatkan kopi untuk diaorang.''
''Boleh buat ke ni?'' Ragu-ragu Mia menyoal, dia bukannya tidak tahu yang Nia jarang turun ke dapur. Nia cuma tersenyum dengan keraguan kakaknya.
''Akak jangan risau, Nia dah pandai masuk dapur sekarang ni. Kalau Nia rindu lauk masakan akak, Nia cuba la masak sendiri. Nak kata expert macam akak tak lah, tapi masih boleh ditelan dan kenyang. Mak Yam masak memang sedap sehingga menjilat jari tapi mana boleh lawan dengan air tangan akak. Lagi satu, Mak Yam tu pure Terengganu, akak pulak Johorean. Haa kan tak sama tu," cerita Nia sambil mencapai jug di kabinet dapur.
"Lagipun Nuh tu suka sangat buli Nia ni akak," Tak sengaja Nia mengadu perihal Nuh kepada Mia. Mia membulatkan mata, tiba-tiba hatinya disapa rasa bahagia mendengarkan nama Nuh meniti di bibir adiknya.
''Nuh buli Nia? Buli yang macam mana tu?'' Sejujurnya Mia sangat suka bila Nuh sudah kembali dan sudi 'menjaga' Nia.
''Emm... macam mana Nia nak cakap ya...'' Nia jeda, mencari ayat pemula untuk berceritanya kepada Mia. Sambil-sambil itu matanya melilau mencari serbuk kopi dan balang gula.
Mia yang tahu apa yang diperlukan oleh adiknya itu, segera memaklumkan kedudukan barang- barang yang dicari tanpa beralih dari tempatnya.
''Ha... lebih kurang macam ni lah kak, dia pernah minta Nia gosokkan baju kerja dia. Bukan sekali je tahu tapi berhari-hari. Geram pulak kalau Nia bila ingat balik. Lepas tu dia nak Nia buatkan dia breakfast masa weekend. Mana aci, weekend tu la Nia nak rest. Nak sambung tidur balik lepas subuh tapi dia tak faham. Memekak ketuk pintu bilik, minta bangun dan goreng nasi untuk dia. Hishh macam-macam hal lah dia tu," luah Nia dengan memek mukanya sekali. Mia tergelak.
''Habis Mama dengan Khalil tak cakap apa-apa ke Nuh buli Nia macam tu?'' Mia makin teruja dengan cerita adiknya. Nia menjuih bibir dan menggeleng.
''Mama dengan abang dah jadi geng Nuh sejak Nuh ada ni. Nia macam dipinggirkan. Setiap kali mengadu dekat mama mesti mama cakap, Nuh kan abang Nia mesti abang rindu nak buli adik dia. Euww... rindu? Tak logikkan kak?''
Mia ketawa lagi. Dia mengangguk berkali-kali. Nia turut tersenyum dengar gelak tawa kakak sulungnya. Mujurlah dia ada Mia sejak dari dulu.
''Air dah siap. Nia pergi hantar dulu nanti Nia turun balik. Atau akak nak rehat dalam bilik?''
''Tak apa, akak tunggu sini. Akak rindukan nak berborak dengan Nia. Dah lama kita tak curhatt kan?"
''Emm.. boleh juga. Nia pun rindu dengan akak. Nia bawak air ni naik atas dulu, nanti Nia turun balik.''
''Okay Nia.''
* * *
''Macam mana sekarang Nuh, okey tak mengajar kat sana?'' Tuan Ahmad Zakri bertanya kepada Nuh. Ketika itu mereka bertiga berada di ruang terbuka yang terletak di tingkat atas selepas makan malam tadi.
''Alhamdulillah ok, abah. Lagipun mama dengan Khalil ada. Diaorang boleh guide yang mana Nuh rasa tak boleh nak handle sorang-sorang.''
''Alhamdulillah lega abah dengar. Adik-adik Luq pula macam mana?''
Abah dan Luqman berpandangan, sama-sama menanti jawapan Nuh.
''Alhamdulillah, Nadine dan Sophie okey. Diaorang happy dekat sana. Kau jangan risau, Luq.'' Bahu Luqman, Nuh tepuk sekali. Dia tahu sahabatnya itu rindukan adik-adiknya tapi apakan daya mereka perlu menyusun strategi yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
''Thanks, Nuh. Kau dah banyak berkorban untuk keluarga aku.''
Nuh mendengus.
''Aku rasa ini dah kali ke empat ratus ribu kau ucap terima kasih tu dekat aku, Luq,'' sungut Nuh.
Luqman hanya senyum. Dalam hati dia bersyukur bila tahu adik-adiknya selamat dari cengkaman JR. Sungguh besar pengorbanan Nuh.
"Kalau Nuh ada nak minta apa-apa pertolongan daripada abah, jangan segan silu bagitahu je abah.'' Tuan Ahmad Zakri mencelah kerana dia tahu apa yang ditanggung oleh Nuh.
''Insya-Allah abah. Abah dah banyak tolong Nuh dan Luq. Abah sudi terima kami pun, kami dah syukur sangat-sangat dah. Alhamdulillah Allah temukan kita, abah.''
''Nuh, Luq, walau siapa pun kamu abah tak kisah. Apa yang penting kamu ikhlas untuk berubah dan mahu jagakan keluarga abah. Allah dah takdirkan kita bertemu.''
''Kami akan cuba sedaya upaya kami, abah. Kami tak nak keluarga abah diapa-apakan. Dan abah pun dah tahu kenapa kami buat semua ni.'' Luqman pula mencelah.
''Ya, abah tahu. Jangan risau, selagi abah bernyawa abah akan jaga rahsia kamu sampai tiba masanya kamu sendiri yang dedahkan semuanya.''
"Terima kasih abah." Nuh bersyukur dipertemukan dengan insan sebaik Tuan Ahmad Zakri. Insan yang selayaknya digelar seorang ayah.
"Ehem..." Seseorang berdehem dari belakang. Ketiga-tiga menoleh. Nia tersengih sebelum meletakkan dulang air kopi dan tiga biji cawan dengan berhati-hati di meja kopi.
"Sembang apa ni? Ralitnya," tegur Nia sambil menuang air kopi ke cawan sebelum dihidangkan kepada tiga lelaki dihadapannya.
"Berbual kosong je, Nia. Dah lama tak jumpa Nuh banyak cerita yang keluar. Nasib baik dia tak merajuk lama-lama dekat sana tu." Luqman membalas sambil menjeling Nuh.
"Eh, awak merajuk ke selama ni?" Segera Nia halakan pandangnya kepada Nuh yang setentang dengannya.
"Iyalah. Kau ingat kau sorang je yang boleh merajuk?"
"Jadi betullah awak bawa diri sebab tu?"
"Kenapa? Kalau ya?"
Nia terdiam, mulutnya terbuka sedikit. Susah untuk dia percaya.
"Kau ingat aku reka cerita? Kau lupa apa yang jadi sebelum tu? Kau merajuk, siap dengan lari daripada aku lagi. Awal-awal pagi kau dah keluar dengan kawan-kawan kau lepas tu tukar nombor telefon semata-mata tak nak aku contact kau padahal satu penjelasan aku pun kau tak nak dengar. Kau ingat aku tak tahu merajuk?" Nuh ungkit kisah tiga tahun lepas. Hatinya masih bengkak dengan tindakan gila Nia waktu itu.
"Dah awak yang buat saya marah dulu." Nia juga mengungkit bila Nuh mula menyebut kejadian yang merosakkan semula hubungan yang baru sahaja pulih.
"Eh, mana ada. Kau tu yang cepat sangat melatah. Banyak kali aku cuba bagitahu kau perkara sebenar, tapi kau langsung tak bagi aku peluang." Nuh menyangkal.
"Macam mana saya nak bagi awak peluang, dah terang-terangan awak hina saya depan awek awak tu." Nia mempertahankan diri.
"Bukan awek akulah! Berapa kali aku nak cakap dekat kau?" Sedikit tinggi suara Nuh, membela diri.
"Kalau bukan awek, habis tu apa? Awak ingat saya tengok dan tak dengar apa yang awak sembang dengan dia malam tu?"
"Hakikatnya, bukan macam tu! Kau tu yang salah faham. Aku banyak kali cuba jelaskan tapi kau tu yang degil. Tak nak bagi aku peluang."
"Buat apa nak dengar lagi? Cukuplah dengan apa yang saya dengar malam tu. Dah memang jelas awak hina saya. Belakang saya, mesti lagi teruk awak mengutuk saya kan?" Nia masih berdegil. Suhu amarahnya menaik bila teringatkan peristiwa malam itu.
"It's just a words, Nia. Doesn't mean anything." Nuh juga sibuk mempertahankan hujahnya.
"It's just a words? Senangnya awak bercakap. Awak ingat saya ni tak ada perasaan malu ke bila awak cakap macam tu?"
Tuan Ahmad Zakri hanya senyum. Luqman pula menggaru kepala lihat mereka berdua bertikam lidah di hadapannya dan abah. Selamba sungguh diaorang ni!
"Kamu berdua ni, dari dulu lagi dok bergaduh je kerjanya. Orang dulu-dulu cakap, jangan selalu sangat bergaduh nanti ada jodoh." Tuan Ahmad Zakri mencelah.
Nia dan Nuh sama-sama buat muka tak rela. Luqman tergelak, tahu takut. Nuh dan Nia masing-masing mendengus, berpeluk tubuh.
"Esok Nia ada plan nak pergi mana-mana ke?" Tuan Ahmad Zakri sengaja menukar topik setelah keduanya kembali bertenang.
"Lupa Nia nak minta izin abah. Esok Nia nak keluar dengan Zaen, ada jemputan kenduri Baihaqi."
Jawapan Nia membuatkan Nuh tersentak.
"Zaen datang ambil Nia?"
"Ha'a. Kalau tak ada hal Nia keluar pagi. Okeylah abah, Nia turun dulu. Lupa Kak Mia tengah tunggu Nia dekat dapur." Nia berpusing tubuh, sempat dia menjeling Nuh tajam.
* * *
Balik dari walimatul-urus Baihaqi dan pasangannya, Zaen Haidar terus pulang ke rumah selepas menghantar gadis kesayangannya. Niatnya untuk keluar dengan Nia lebih lama terbantut bila Nia diserang sakit kepala. Migrain Nia datang lagi. Zaen tahu sangat yang Nia tidak boleh berada dalam keadaan sesak, orang ramai dan berpanas.
"Zaen dari rumah Bai?" tegur mamanya, Puan Waima.
"Ha'a ma. Dari rumah Bai lepas tu hantar Nia balik." Sofa sebelah di isi oleh mamanya.
"Lama mama tak jumpa Nia. Kenapa tak bawak Nia datang sini"
"Zaen memang plan nak bawa dia datang sini, tapi dia migrain. Nak balik berehat je katanya."
Puan Waima melepaskan keluhan.
"Emm... nak buat macam mana, tak ada rezeki nak jumpa. Rezeki ni kalau kata bukan rezeki, makanan dalam mulut pun boleh terkeluar balik. Zaen, lama ke Nia balik?"
"Tak lama pun ma. Lusa dah nak balik Terengganu. Ada kelas tambahan."
Mamanya mengangguk. Tak lama, paha Zaen ditepuk sekali.
"Mama nak tanya Zaen, dah alang-alang kita sembang pasal Nia ni."
Zaen kerut kening. Muka Puan Waima berubah serius.
"Nia memang nak stay form 6?"
Glup! Zaen tertelan liur. Lagi sekali mama membangkitkan isu ini. Zaen tahu mama menentang keras keputusan Nia untuk sambung belajar di tingkatan 6. Bagi mama, keputusan SPM Nia sangat cemerlang. Nia layak sambung pengajian di luar negara dan mendapat tajaan penuh dari kerajaan negeri macam Farid tapi Nia menolak semua itu dan memilih untuk meneruskan pengajiannya di tingkatan 6.
"Setakat ni nampaknya macam itulah ma."
Puan Waima terdiam. Pilihan Nia muktamad walaupun sudah berkali-kali dia menasihati gadis itu. Degil, keras kepala.
"Semalam, mama ada jumpa dengan kakak Nia. Terjumpa dekat mall. Tapi mama tak sure lah, yang mana satu. Si kakak ke adik. Muka seiras sangat diorang tu, Mentang-mentanglah kembar seiras."
"Kenapa mama jumpa dia?"
"Tak ada apa-apa. Just chit-chat. Dia yang tegur mama dulu. Makin cantik di sekarang. Doktor pulak tu. Mama rasa berkenanlah."
Zaen terjegil.
"Ishh ma... jangan cari pasal. Zaen cuma nak Nia bukannya Tya atau Lya ma."
"Iyelah mama tahu, saja mama usik Zaen."
"Mama jangan nak buat gurau tak lawak ma.. Seksa Zaen nanti."
Puan Waima tersenyum lebar.
Hai... NJ muncul lagi.
Share this novel
best la..