Bab 10 : NJ

Romance Series 173919

~Don't mess with him or you'll deal with me!~

Mia Jasmine setia meneman Nia sepanjang Nia berada di hospital. Perkara yang ditakutkan olehnya dan Abah terjadi lagi. Ini kali ke tiga Nia dimasukkan ke hospital gara-gata anafilaksis. Mia tenung wajah adiknya yang masih bersisa kesan dari anafilaksis yang menyerang Nia apabila Nia memakan sesuatu dari sumber hasil laut selain dari ikan.

Anafilaksis adalah satu reaksi alergi yang teruk yang melibatkan lebih daripada satu sistem badan. Ianya melibatkan kulit dan sistem penafasan. Oleh sebab itu, pesakit yang mengalami anafilaksis akan mengalami reaksi kulit dan sesak nafas serta boleh menjadi kejutan anaphylactic dengan berlakunya penurunan tekanan darah.

Keadaan Nia agak teruk. Kulit Nia yang putih kemerahan itu mula bertukar kepada warna merah. Itu buktinya kulit adiknya masih lagi kegatalan. Mata adiknya juga menunjukkan ada tanda kerengsaaan, berwarna merah dan ada keluar air mata di hujung kelopak mata itu. Kulit di sekitar mata sepet Nia juga membengkak. Bibir Nia yang kecil itu juga turut mengalami pembengkakkan walaupun sudah diberikan suntikan epinephrine oleh doktor yang merawat tadi.

Nasib baik mereka segera membawa Nia ke hospital sebelum keadaan menjadi makin parah. Pengalaman dulu yang mematangkan Mia, dulu pun Nia pernah mengalami nasib yang sama. Kerana alahan Nia agak teruk dengan sebarang makanan berasakan laut, Mia sanggup mengorbankan masanya dengan menyediakan sendiri makan dan minum untuk Nia semenjak adiknya pulang ke tanah air.

''Macam mana dah Nia, Mia?" tegur Tuan Ahmad Zakri sambil mendekati katil Nia.

"Masih tidur lagi abah. Tadi dah sedar sekejap, lepas tu sambung tidur balik. Penat katanya," tutur Mia perlahan sambil halakan pandangan kepada Nia yang sedang lena diulit mimpi, kesan dari ubat yang diberikan oleh doktor.

Pernafasan adiknya nampak sedikit tercunggap-cunggap. Lihat Nia terbaring begitu, Kia lepaskan keluh. Situasi inilah yang paling dia takut sepanjang menjaga Nia. Menjaga dan menyayangi Nia adalah amanah dari arwah ibunya dan juga amanah dari ibu saudaranya, Datin Seri Roslina.

Nia, adik bongsunya itu sudah banyak berkorban untuk arwah ibu. Mia tahu Nia sangat merindui keluarganya di sana tapi demi permintaan seorang ibu, Nia sanggup bertahan tinggal di sini biarpun kerap kali dibuli oleh Lya dan Tya. Nia sanggup berkorban demi kasih dan sayang dari arwah ibu walaupun jauh disudut hati Nia mengharapkan yang dia tidak dikembalikan ke sini semula setelah 10 tahun membesar di sana.

"Kesian Nia. Abah tak sanggup nak bagitahu dia apa yang dah jadi. Tentu Nia kecewa." Tuan Ahmad Zakri menyentuh tangan anak bongsunya. Digenggam tangan itu dengan erat. Kulit tangan Nia yang kelihatan  memerah itu diusap perlahan. Dia pun tak tahu macam mana Nia boleh jadi alergi sebegini teruk. Setahu keluarga Nia disana, Nia tiada sebarang masalah dengan apa-apa makanan pun sepanjang dia berada disana tapi bila balik ke sini semuanya berubah.

"Siapa yang sanggup buat Nia macam ni, abah?" tanya Mia pada abahnya, menyentak abah dari termenung panjang.

"Nuh cakap ada orang bagi kuih tu dekat dia, suruh bagi pada Nia."

Mata Mia membulat.

"Jadi Nuh tahulah siapa yang buat Nia macam ni?"

"Nuh cakap dia sendiri yang akan settlekan hal ni. Abah dah tanya siapa yang bagi kuih tu, tapi dia tak jawab. Dia tak nak keruhkan lagi keadaan katanya."

Mia senyap. Rupanya adiknya jadi begini hasil buatan kianat seseorang. Siapa yang nak aniaya Nia?

"Esok competition Nia, macam mana Nia nak main violin dengan tangan dia yang macam ni, abah?" Kendur saja suara Mia bertanya, dia bersedih bagi pihak adiknya.

Satu keluhan dilepaskan oleh Mia. Begitu juga dengan Tuan Ahmad Zakri. Sudah sedia maklum minat Nia dalam bidang muzik tidak dapat disangkal lagi. Nia juga sangat berkemahiran dengan instrument muzik bukan sahaja violin, piano dan guitar juga Nia mampu menguasainya dengan baik. Satu lagi bakat yang diwarisi oleh Nia dari arwah ibunya.

"Tadi abah dah call Zaen. Sekejap lagi Zaen dan kawan-kawan dia akan datang melawat Nia."

"Abah tak sangka ada juga rupanya manusia busuk hati dengan Nia padahal Nia tu tak pernah pun kesah pasal orang lain." Sambung Tuan Ahmad Zakri selepas itu.

Bunyi deringan telefon Mia Jasmine mengejutkan Mia dan abahnya. Mia Jasmine capai telefon yang diletakkan diatas meja bersebelahan dengan katil Nia.

'Mak Ngah Ros'. Nama itu yang tertera di skrin telefon. Mia membuntangkan matanya kemudian pandang abahnya. Skrin telefon ditunjukkan kepada abahnya.

"Macam mana ni abah? Mak Ngah call ni..." Mia keresahan di tempatnya. Dapat membayangkan letupan gunung berapi bakal meletus sekejap lagi.

'Kenapa 'time-time' macam ni jugak Mak Ngah nak call?' ketusnya.

"Bagi abah. Biar abah cakap dengan mak Ngah." Tuan Ahmad Zakri mengambil telefon di tangan Mia lalu menekan butang hijau sebelum melekapkan di telinganya.

"Hello.  Assalamualaikum Mia," sapa orang di sana. Ceria sahaja suaranya.

"Waalaikummusalam Ngah. Ni abang Long ni."

"Eh abang? Kenapa abang yang jawab call angah? Mana Mia?"

"Mia? Mia ada. Kenapa Ngah?"

"Tak ada apa. Angah cuma nak tanya Mia, Nia ada dekat mana sekarang? Angah call dia banyak kali tapi dia tak jawab. Nia mana abang? Something bad happened to her?"

Soalan dari Datin Seri Roslina itu membuatkan lidah Tuan Ahmad Zakri kelu untuk menjawab. Tak tahu apa yang patut dia jawab. Naluri ibu selalu tepat, itu fikirnya. Dengan mata yang masih melekat pada raut wajah Nia yang sedang lena itu dia berfikir apa jawapan yang terbaik untuk diberikan kepada adiknya.

"Abang? Do you hear me?"

"Ya... ya abang dengar."

"Where's she? I want to hear her voice."

"Emm... Nia... Nia... Sebenarnya ngah, Nia..."

"Nia kenapa abang?" Suara itu bertukar resah, mungkin dapat menghidu sesuatu yang buruk telah menimpa anaknya.

"She was hospitalized."

"What? Hospitalized? Nia masuk hospital? Why?!" Suara Datin Seri Roslina bergema kuat gara-gara terkejut dengan berita yang baru dia terima.

"Ngah, sabar dulu. Dengar dulu apa yang abang nak bagitahu ni..." Tuan Ahmad Zakri jeda sebentar. Nafasnya dihela.

"Nia... having anafilaksis again." Sambungnya.

"What?! Anafilaksis again? What have you done with my daughter, abang?!" Kuat suara itu memekik di hujung sana.

Tuan Ahmad Zakri menjauhkan sedikit telefon dari telinga. Sudah agak adiknya pasti akan mengamuk besar.

"After 5 years abang... After 5 years you take her from me, a lot things happened to her. After this, I will going back to Malaysia and bring her back to me!"

"Ngah..." Belum sempat Tuan Ahmad Zakri membalas, si adik di sana sudah pun mematikan panggilannya.

Tuan Ahmad Zakri menghulurkan kembali telefon kepada Mia Jasmine.

"Macam mana abah? Apa kata mak ngah?"

"Mak ngah nak ambil Nia balik."

Ternganga Mia. Semerta itu air jernihnya bertakung.

"Abah, please jangan bagi mak ngah ambil Nia... Nanti Mia sendiri akan minta maaf dengan mak ngah sebab Mia gagal jaga Nia elok-elok. Tapi abah please... janji dengan Mia, jangan bagi mak ngah ambik Nia abah..." Mia bercucuran dengan air mata.

"Nanti abah bincang dengan mak ngah elok-elok. Mia jangan risau. Nia tetap ada dengan Mia." Pujuk Tuan Ahmad Zakri dengan hati walang. Diri sendiri juga tidak kuat andai kata Nia dibawa pergi jauh darinya sekali lagi.

*                      *                     *

''Nuh, apa yang dah jadi sebenarnya?'' Luqman seraya menepuk bahu Nuh Jazmin.

Mereka berdua sebenarnya sejak dari tadi lagi menanti di luar bilik rawatan yang menempatkan Nia. Mahu terus terjah masuk melawat Nia tapi perbuatan mereka terhenti bila terdengar perbualan antara dua beranak itu sebelum kedengaran telefon Mia berbunyi. Segala butiran isi perbualan abah angkatnya mampu didengari dengan jelas. Nuh dihurung rasa serba salah bertimpa-timpa tatkala mendengar rayuan Mia kepada abahnya sebentar tadi.

Kalau bukan disebabkan dia yang memaksa Nia makan cekodok itu tentu Nia tak perlu tanggung  kesakitan sekarang ini. Dari luar, Nuh mengintai Nia yang terbaring di sebalik cermin bersegi empat tepat. Kelihatan jelas rupa Nia langsung berubah selepas memakan kuih yang diberinya semalam.

''Nuh?'' panggil Luqman bila lihat Nuh seperti mengelamun.

''Apa?''

''Kau okay tak ni?''

Nuh mengangguk lemah.

''Aku rasa serba salah dengan Nia. Aku tak tahu pulak dia ada alahan teruk macam ni. Nasib baik kita cepat dia ke hospital. Kalau tak, aku pun tak tahu nak cakap.'' Nuh meraup mukanya.

Pertama kali dia berhadapan dengan saat-saat yang mendebarkan seperti ini. Dia masih terkejut dengan apa yang menimpa Nia semalam. Panik dan risau yang teramat sangat. Ada perasan takut saat dia melihat Nia yang tercunggap-cunggap menggali nafas. Tangan Nia yang terkapai-kapai berusaha capai apa saja yang mampu asalkan dapat memberinya ruang untuk dia bernafas semula. Nuh terfikir sedetik, begitukah saatnya nanti bila nyawa berada dihujung tanduk?

''Aku tahu kau takut apa-apa jadi pada dia. Sabarlah. Abah tak marahkan kau, abah cuma terkejut dengan apa yang jadi pada Nia. Kau dah jumpa ke perempuan tu?''

Nuh menggeleng perlahan. Merata dia mencari Tasha tapi tidak jumpa. Nombor telefon gadis itu juga tidak lagi aktif selepas berlakunya kejadian itu. Berani Tasha jadikan dia sebagai tali barut untuk menganiayai Nia?

Imbau kejadian semalam, dia ada menemui Tasha bila gadis itu menefonnya mahu berjumpa. Di tempat biasa, mereka berjumpa. Lama mereka bersembang tapi tiada pula terkeluar sebarang topik mengenai Nia.

Bila tibanya waktu pulang, Tasha ada menghulurkan satu bekas plastik kepadanya. Katanya cucur lemak manis, sesuai dimakan bersama teh o panas. Sempat gadis itu bercanda katanya kuih itu dibuat sendiri khas untuknya dan dia berpesan lagi supaya kongsi dengan Nia dan Luqman. Tanpa banyak soal Nuh membawanya pulang.

Kebetulan ketika pulang, Nia dilihat sedang melakukan kerja rumah di bangku yang terletak di pankin rumah. Kebetulan pula semalam latihan Nia terpaksa ditamatkan awal dari biasa kerana masing-masing sudah penat dengan jadual latihan yang agak padat menanti menjelangnya hari pertandingan, keesokannya.

Nuh melabuhkan punggungnya dihadapan Nia. Ambil kesempatan untuk tenung wajah polos Nia yang tengah kusyuk mengulangkaji pelajaran. Nuh suka tengok anak mata hazel Nia walaupun mata cantik itu selalu disembunyikan disebalik kaca mata besar atau kanta sentuh berwarna hitam.

''Nia..'' Nuh menegur perlahan bimbang kalau mengejutkan Nia.

''Emm.. nak apa?'' Nia menyoal garang. Mukanya serius.

"Hish kau ni.. garang betul la..."

Nia lepas nafas sedikit deras. Dia mnghentikan kerjanya lalu toleh kepada Nuh dengan muka yang sengih paksa.

"Ye abang Nuh? Nak apa? Ada apa-apa yang adik Nia boleh tolong ke?" Nia memerli. Masih bersisa rasa marahkan Nuh tentang kejadian malam itu.

Nuh menyenggeh. Sejuk hati dengar Nia memanggilnya abang Nuh.

''Tak ada nak apa. Nak kongsi kuih je.'' Nuh meletakkan bekas plastik dihadapan Nia.

''Siapa bagi?'' Nia kerut kening. Pelik pulak dengan Nuh hari ni. Baik semacam, semalam menyinga tak hingat!

''Awek aku lah. Jom la makan sama-sama. Eh, Luq marilah sini makan sama.'' Nuh panggil Luqman yang kebetulan sahaja lalu dihadapan mereka.

Luqman yang ingin keluar ke laman rumah melencongkan kaki menapak ke arah mereka.

''Kuih apa ni?'' tanya Luqman sambil mengintai sedikit isi di dalam bekas plastik itu. Ada sejenis kuih atau cekodok berwarna kuning. Berbentuk bulat-bulat. Nampak menyelerakan.

''Entah aku tak ingat apa namanya. Ambiklah. Banyak ni...'' pelawa Nuh lagi.

Nia pandang Nuh dengan pandangan yang tidak percaya. Pelik, musykil kenapa Nuh tiba-tiba baik dengan dia? Bukan ke biasanya mamat ni suka cari gaduh dengan dia ke?

''Nia, boleh tolong buatkan kitorang air tak? Petang-petang macam ni rasanya lagi best kalau ada teh o panas. Kan Luq?'' Nuh kuis lengan Luqman.

Luqman mengangguk, senyum ikhlas dilemparkan untuk Nia. Nia sudah dianggap seperti adiknya yang ada di bumi Sabah sana.

''Emm yelah. Nia pergi dapur sekejap.''

Nia terus ke dapur dan tak lama kemudian dia keluar sambil menatang teh o panas buat abang-abang angkatnya. Usai menghidang, Nia mengemas buku dan alat tulisnya.

''Eh, nak pergi mana? Duduklah dulu, makan sama-sama.'' Nuh menegur sebelum sempat Nia mencabut diri dari situ.

''Tak apa la. Awak makanlah. Saya tak nak, rasa kenyang lagi.'' Sengaja Nia jawab begitu sebab dia tahu dia tidak boleh makan sebarangan kuih kalau tidak tahu apa bahan-bahannya.

''Tak sudi?'' soal Nuh dengan keningnya sebelah diangkat sedikit. Tiba-tiba rasa tercabar dengan penolakan Nia sama macam Nia menolak pelawaannya malam itu.

''Tak, bukan tak sudi. Cuma saya...'' Nia sudah serba salah mahu menjawab. Mahu menjawab jujur tapi rasanya macam tak sesuai sudahnya dia hanya diam.

''Kalau kau rasa tak sudi nak makan dengan aku, it's okay. Aku faham. Mungkin kau lagi suka kalau makan dengan abang-abang kau yang lain kan?'' Sengaja Nuh mengungkit cerita beberapa hari lepas. Bukan main mesra lagi Nia kalau dengan orang lain, tapi kalau dengan dia jangan harap Nia nak tunjuk mesra macam tu. Kenapa dia rasa Nia sengaja mencipta jurang antara mereka berdua?

''Bukan macam tulah awak... Saya..."

''Fine, kalau bukan macam tu baik kau duduk dan makan. Bukan senang aku nak tengok kau makan macam ni depan aku.'' Nuh menghulurkan sebiji kuih kepada Nia.

Sebab tak mahu Nuh membuat andaian yang bukan-bukan dan tak mahu Nuh marahkan dia seperti kejadian semalam, Nia sambut jua huluran itu lalu dibawa ke mulut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience