"Abang nak bincang apa?"
"Mama nak masuk meminang."
"Masuk meminang? Maksud Abang?"
"Mama plan nak masuk meminang Nia nanti hujung tahun ni. Masa Nia cuti sekolah."
Nia terlopong. Apa betul apa yang dia dengar?
"Abang serius?"
"Ya, abang serius." Zaen membalas yakin. Mata Nia dia tenung, mencari sinar di mata itu tapi sayangnya percikan cahaya langsung dia tidak temui.
Nia meramas-ramas jarinya. Resah, inikah yang dia mahukan selama dia bersama Zaen? Kenapa hatinya resah?
"Ta... tapi abang, Nia kan masih sekolah. Kenapa tak tunggu Nia habis belajar dulu? Tak lama pun lagi, tahun depan je."
Zaen mengeluh kecil. Jawapan Nia sudah dia duga cuma Nia saja tidak jujur dengan diri sendiri.
"Nia pun tahu mama dari dulu lagi nak abang kahwin, ada keluarga sendiri macam orang lain. Abang dah 28 tahun Nia, sepatutnya abang pun dah ada keluarga sendiri. Tapi sebab abang pilih Nia sebagai bakal suri hati abang, abang cuba faham keadaan kita. Mama juga cuba faham kedudukan kita sekarang. Nia masih study. Mama cuba kompromi. Mama sanggup tunggu Nia habis belajar untuk langsung majlis kita. Cuma mama harap, kita boleh bertunang dulu. Itu pun tak apa."
Nia senyap, tidak tahu apa yang patut dia katakan. Keputusan ini juga bukan terletak di bahunya sahaja. Tapi andai kata ada persetujuan yang disepakatkan, adakah dia rela menerima?
"Abang dah bincang dengan abah Nia?" tanya Nia takut-takut. Dia risau, sungguh.
Zaen mengangguk.
"Apa kata abah?"
"Abah cakap dia terima apa saja keputusan Nia. Kalau Nia setuju dengan cadangan abang, hujung tahun ni abang akan masuk meminang Nia. Tapi kalau Nia rasa tak terima, Nia boleh berterus terang dengan abang. Abang hormatkan keputusan Nia."
"Apa maksud abang ni?" Nia mengerut wajah, ayat Zaen ada maksud yang tersirat.
"Mana tahu kalau hati Nia dah beralih arah. Kita kan dah semakin berjauhan sekarang ni," luah Zaen melirih.
"Hish, apa yang abang cuba nak sampaikan ni?" Nia berdecit, makin susah untuk cerna apa yang cuba disampaikan oleh Zaen.
"Nuh. Nia tak pernah bagitahu abang yang selama ni Nuh ada dengan Nia. Nia cuma bagitahu abang yang Nia balik sini dengan abang Nia. So that's Nuh not Khalil?"
Nia terbungkam. Kelu lidahnya untuk membalas. Bukan niatnya untuk merahsiakan kewujudan Nuh daripada Zaen cuma masa yang tidak sesuai. Lagipun dulu Zaen pernah syak dia dengan Nuh ada hubungan istimewa tapi dia yang menafikan tuduhan itu. Dia benci dengan Nuh dulu.
"Kenapa Nia tak cakap dengan abang yang Nia dah jumpa dengan Nuh? Nia sengaja nak sorokkan daripada abang? Nia memang ada apa-apa ke dengan dia? Nia permainkan abang kan selama ni?" tembak Zaen lagi. Diam Nia, dia menganggap semua tuduhannya betul.
''Apa abang merepek ni? Nia tak pernah ada niat nak sorok apa-apa pasal Nuh daripada abang. Nia pun tak tahu yang Nuh tu sebenarnya anak angkat mama dan papa. Diaorang kenal di London dan sekarang Nuh jadi cikgu di sekolah Nia." Nia sangkal semua tuduhan Zaen. Hatinya juga terasa panas membahang. Dia tidak suka dikaitkan dengan Nuh.
"Wow... anak angkat mama dan papa pula? Cikgu Nia lagi? Hahaha... sebanyak tu Nia sorokkan pasal dia daripada abang, huh? Do you like him, Nia Jasmine?"
Nia terbuntang. Dia sukakan Nuh? Hell NO!
"No! Kenapa abang tuduh Nia sukakan Nuh ni? Dari dulu lagi Nia dah bagitahu abang, dia cuma abang angkat Nia. Tak kurang dan tak lebih daripada tu."
Zaen senyum sinis. Mengejek Nia dalam diam. Dia lucu dengan Nia yang sedang menggelabah menutup bangkai sendiri.
"Jadi, kenapa selama ni Nia tak jujur dengan abang?"
''Abang... Nia tak ada niat nak sembunyikan apa-apa daripada abang. Nia cuma rasa tak ada apa yang perlu Nia bagitahu abang tentang Nuh. Nuh cuma abang angkat Nia sama macam Nia pernah anggap abang dulu sebelum Nia terima abang.'' Nia memujuk. Sejujurnya Nia resah dengan tuduhan Zaen. Hakikat perasaannya, dia sendiri keliru. zaen menggeleng perlahan.
''Susah untuk abang percayakan Nia kali ni. Kalau betul Nia anggap dia tak lebih daripada itu, sepatutnya Nia tak ada sebarang masalah pun untuk berterus terang dengan abang. Tapi Nia beranggapan sebaliknya itu yang menjadikan masalah sekarang ni. Maybe abang ni yang tak penting bagi Nia, right?''
''Enough abang!'' Sedikit meninggi suara Nia, dia sendiri tidak menyangka Zaen boleh melemparkan tuduhan yang tidak berasas itu
''Zaen, Nia? Kenapa ni?'' Puan Waima muncul dari belakang.
Kedua-duanya berpaling.
''Dah habis berbincang ke ni?'' Puan Waima bertanya sambil merenung Zaen dan Nia silih berganti. Wajah keduanya tegang. Dia dapat menghidu sesuatu telah terjadi kepada mereka berdua.
''Emm... dah habis ma. Ma dah siap bersembang?'' Zaen segera bangkit. Hatinya yang berkecamuk perlu disejukkan.
Nia yang mengerti dengan tingkah Zaen, bertindak mendiamkan diri. Dia perlu bagi masa untuk Zaen bertenang.
''Emm mama kalau sembang, esok pun tak habis tapi sebab sekarang sudah nak maghrib, kira habis jelah. Kalau Zaen dengan Nia pun dah settle, kita bolehlah gerak dulu, Zaen."
''Okay ma. Jom.'' Zaen menonong tanpa toleh kepada Nia lagi.
Puan Waima berpaling kepada Nia, Senyum nipis diberikan.
''Nia, Aunty Ima balik dulu ya? Nanti kalau balik sini, singgah la rumah aunty. nanti kita boleh berbincang lagi," pujuk Puan Waima, tubuh Nia dipeluk.
''Insya-Allah aunty.''
* * *
Zaen Haidar bersantai di tepi kolam renang. Menggira bintang dan sesekali dia merenung kolam yang berbias warna biru. Dia cuba bertenang. Cuba memadamkan api cemburu yang sedang meruap di dasar hatinya. Dia cemburu dan dia juga takut. Ketakutan yang cuba disembunyikan selama ini akhirnya muncul jua.
Nuh Jazmin. Sebaris nama yang tidak pernah dia lupa walaupun sesaat. Bukan sahaja nama tapi bayang-bayang lelaki itu juga sering kali menghantui hubungannya dengan Nia. Sangkanya sejak Nuh pergi dari sini, Nia akan jatuh ke pangkuannya dengan mudah tapi sangkaannya jatuh meleset. Nia bakal terlepas lagi dari genggamannya.
Zaen melepaskan keluh berat. Kenapa Nuh perlu muncul saat segalanya tersusun rapi? Kenapa Nuh sekali lagi jadi batu penghalang untuk dia memiliki gadis itu? Kenapa Nia mudah menyerahkan hatinya sedangkan hati gadis itu sudah ditawan? Apakah selama ini hanya dia sahaja yang bertepuk tangan?
''Zaen? Tak tidur lagi?''
Zaen berpaling. Berterabur habis persoalan-persoalan yang muncul di benaknya dengan teguran itu.
''Belum lagi ma. Saja ambil angin malam.''
''Ada masalah ke ni?'' Puan Waima mengisi tempat.
''Tak ada apa ma. Penat sikit kot.''
''Zaen, i know you. Jangan nak tipu mama. So, Macam mana dengan perbincangan tadi? Ada apa-apa keputusan tak?''
''Entah la ma.'' Zaen lepas keluh lagi. Sesekali dia mendongak ke langit.
''Mama tengok korang macam bergaduh je ni... Kenapa Zaen?''
Zaen menekur. Lagi lepas keluhan berat.
''Bukannya bergaduhlah ma. Ada salah faham je. Mungkin.''
Kening Puan Waima ternaik.
''Mungkin? Kenapa mungkin?''
''Entah. Susah Zaen nak cerita."
''Tentang Nuh?" Tebak mamanya tanpa diduga.
''Tya ada bagitahu yang Nuh tu anak angkat Cikgu Mad dulu. Kawan suami Mia tu. Betul ke?''
''Em...'' Makin lemah jiwa Zaen.
''Sekarang dia tinggal sekali dengan keluarga Nia dekat sana, kan?"
Kali ini Zaen betul-betul tersentak Zaen. Dia tak tahu menahu dan Nia tidak berkongsikan hal itu. Auch hatinya makin berdarah.
"Ye kot ma."
Kening mamanya makin menaik. Hairan dengan jawapan Zaen.
"Kot? Zaen tak tahu ke?"
Zaen menggeleng. Mamanya mengeluh.
"Emm... inilah sebabnya mama takut nak terima keputusan Zaen dulu. Bukan mama tak restu hubungan Zaen dengan Nia tapi Nia tu masih terlalu muda, Zaen. Dia belum layak untuk berumahtangga apatah lagi nak jadi seorang isteri dan ibu. Mama bukan tak suka Nia, mama suka. Jujur mama senang dengan Nia tapi hanya sekadar anak perempuan bukan sebagai menantu. Zaen, sejujurnya mama tak nampak keserasian kamu berdua. Mama tengok hanya kamu yang bersungguh-sungguh nak kan Nia tapi Nia? Zaen rasa Nia ikhlas ke terima Zaen?"
Zaen hanya menyepi, membenarkan mama meluahkan pandangannya berkenaan hubungannya dengan Nia.
"Zaen, fikirlah masak-masak perkara ni. Hubungan yang akan kamu bina nanti bukan untuk setahun dua tapi sampai ke hari tua. Kamu rasa dengan umur kamu yang jauh berbeza dari Nia, kamu boleh terima kenakalan Nia? Perangai kebudakkan Nia? Zaen, mama takut kalau suatu hari nanti hubungan kamu jadi berantakan hanya kerana susahnya kamu nak handle perangai Nia. Zaen rasa kenapa selama ni mama terima Nia walaupun berat hati? Sebabnya Nia pilihan hati Zaen. Mama tahu Zaen sukakan Nia dari dulu lagi dan mama ikhlas terima asalkan Zaen bahagia. Mama nak Zaen bahagia. Cuma..." Mama Zaen jeda. Raut wajah anaknya direnung dalam. Zaen menanti mamanya menyambung.
"Cuma... kebelakangan ni mama tak nampak cahaya kebahagiaan yang selalu mama nampak dalam mata Zaen. Mama tengok anak mama ni resah dan gelisah. Kenapa Zaen? Zaen ada masalah dengan Nia?"
Zaen menekur. Setiap luahan dan kerisauan mama menusuk ke sanubari.
"Entah la ma. Zaen tak tahu apa yang tak kena dengan hati ni. Mungkin ada kerja yang Zaen tak settle lagi sebelum Zaen keluar outstation. Emm... Mama tolong doakan hubungan Zaen dengan Nia baik-baik saja ya? Zaen minta maaf dah buatkan mama risau dengan Zaen padahal Zaen dah besar, Zaen dah nak masuk katogeri bujang terlajak tapi masih lagi susahkan mama. Zaen minta maaf." Bahu mamanya, Zaen rangkul.
"Zaen sayangkan Nia, ma. Nia satu-satunya gadis yang buatkan Zaen terbuka hati untuk bercinta semula selepas bertahun hati Zaen kosong. Zaen minta mama doakan yang baik-baik untuk kami. Boleh ma?" pinta Zaen tulus di bahu mamanya. Dia mengharapkan keajaiban doa mustajab seorang ibu.
"Kalau itu yang Zaen mahukan, mama akan doakan yang terbaik untuk Zaen walaupun siapa saja suri hati Zaen." Puan Waima angguk. Mulut dan hatinya berbisik tidak seiring. Dia tahu Zaen mabuk cinta dengan Nia tapi matanya tidak buta untuk menilai yang Nia tidak sepenuhnya menerima Zaen.
* * *
"Kau okey tak ni?" tanya Nuh sebaik sahaja memulakan perjalanan mereka balik ke Terengganu.
"Okey." Nia membalas sepatah. Wajahnya yang keruh dipalingkan ke sebelah tingkah tidak mahu Nuh perasan.
"Iya ke? Kalau betul kau okey, cuba kau tengok aku. Aku nak scan muka kau okey ke tak. Aku ni pakar betul bab-bab jadi scanner ni," seloroh Nuh sengaja memancing Nia tapi Nia langsunb tidak pedulikan gurauannya.
"Nia, kau kenapa ni? Cuba jujur dengan aku. Kau kenapa?" pujuk Nuh sambil cuit bahu Nia.
Nia mendengus. Dia berpaling.
"Saya okey, Nuh. Saya okey and you just focus on your driving. Jangan tanya apa-apa. Saya nak rehat." Nia menghenyakkan kembali tubuhnya sambil berpeluk tubuh. Malas bergaduh dengan Nuh dan dia mengharapkan Nuh akur dengan permintaannya.
Nuh terdiam. Tahulah dia yang Nia sedang dilanda masalah. Nuh tenang memandu, tidak lagi cuba mengusik Nia. Sengaja dia beri Nia bertenang sebelum dia mengorek punca masalah itu nanti.
Dari Muar, mereka berhenti rehat di RnR Kuantan. Usai makan dan bersolat zohor, mereka meneruskan perjalanan pulang ke negeri Terengganu.
"Zaen cakap saya suka awak." Nia tiba-tiba berbunyi.
Nuh mengerling, terkejut dengan penyataan dari Nia.
"Saya tak bagitahu dia yang kita dah berjumpa semula." Sambung Nia terus bila tiada balasan daripada Nuh tapi dia tahu Nuh sedang menanti dia berbicara.
"Lebih kurang dia terasa dengan saya, marahkan saya. Dia tuduh kita ada hubungan istimewa."
Nuh menghela nafas, sesak nafasnya dengan tuduhan Zaen.
"Kau tak cerita perkara sebenar?"
"Dah. Saya dah bagitahu dia yang awak anak angkat mama dan papa. Dan awak mengajar di sekolah saya. Makin banyak saya cerita pasal awak makin dia marahkan saya. Dia kata saya sengaja sorokkan awak daripada dia," jelas Nia lagi.
"Kau bagilah masa untuk dia sejuk dulu nanti bila dia dah okey, dia carilah kau. So, alang-alang kita dah masuk topik ni boleh aku tahu apa yang korang berbincang semalam?"
Nia melepas nafas. Dia agak susah untuk berkongsi masalah dengan seseorang tapi mungkin dengan berkongsi dengan Nuh, dia akan lega selepas ini. Siapa tahu kan? Lagipun Nuh pun abang dia juga kan?
"Zaen nak meminang saya."
Shrek! Kereta dibrek dengan tiba-tiba. Nia terdorong ke hadapan. Nasib baik dia mengenakan tali pinggang keledar, kalau tidak tak tahulah apa yang akan terjadi. Nia angkat muka, pandang Nuh tajam.
"Nuh! Apa kena dengan awak ni?" marah Nia sambil toleh belakang, periksa kalau-kalau ada kereta di belakang kereta mereka. Nuh kembali memandu bila keadaan kembali tenang.
"Sorry, aku terkejut."
"Kalau iya pun awak terkejut, janganlah brek mengejut macam tu. Bahaya, awak tahu tak? Nasib baik belakang kita tak ada kereta. Kalau ada tadi, tak ke kita kena sondol?" bebel Nia.
"Iya aku tahu, aku salah. Aku terkejut tadi."
Nia jeling Nuh, betulkan duduknya. Rambut panjangnya dielus-elus dengan jari sebelum diikat menjadi tocang satu.
"Pasal peminangan tadi betul ke?" Nuh kembali ke topik asal.
"Ha'a. Katanya kalau tak ada masalah, akhir tahun ni bertunang dulu."
"Abah setuju?"
"Abah bagi saya fikir dulu dan bincang dengan mama dan papa."
Nuh mengetuk streng kereta. Cuba bertenang.
"Kau macam mana?"
"Saya? Sejujurnya saya tak nak. I'm still young, Nuh. Saya baru 18 tahun. Saya tak bersedia nak pikul tanggungjawab besar tu tapi saya tak tahu macam mana saya nak bagitahu keluarga Zaen."
Nuh hela nafas. Ada kelegaan bertaut di hati.
"Kalau kau tak nak, better kau bagitahu dia yang kau tak nak. Things that involve two hearts, need understanding to accept each other. Tak perlu kau nak bina hubungan toxic untuk puaskan hati orang lain." Nasihat Nuh, tulus dari hati. Itu yang dia pegang selama ini. Hubungan yang akan dibina biarlah datangnya dari kedua belah pihak. Bukan dia semata-mata.
"Tapi bukan semudah tu, Nuh. Saya tak sampai hati nak menolak. Menolak sekarang tak bermakna saya tak sudi terima dia. Saya cuma perlukan waktu sampai saya betul-betul bersedia. Jujurnya saya memang sukakan Zaen. Dia baik dan saya terhutang budi dengan dia," jelas Nia lagi agar Nuh faham gelodak perasaannya.
Jawapan Nia, Nuh mengerut kening.
"Suka? Bukan cinta? Jadi sekarang ni hanya terhutang budi semata-mata?"
Nia seret senyuman senget. Perkataan itu tidak pernah wujud dalam hatinya.
"Cinta? Awak sendiri macam mana Nuh? Awak pernah jatuh cinta Nuh?" Nia ajukan untuk Nuh. Mahu juga dia tahu apa yang ada dalam hati Nuh. Nuh terdiam.
"Bagi saya, cinta tu misteri. Tak dapat dilihat tapi dapat dirasai. Awak mungkin fikir saya gunakan Zaen tapi sebenarnya saya selesa dengan Zaen sebab Zaen banyak tolong saya dan saya terhutang budi dengan Zaen. Kalau bukan sebab pertolongan dia, saya tak tahu macam mana dengan saya sekarang ni."
"Jadi kau rasa berbaloi walaupun tak ada mutual feeling?"
"Walaupun perasaan itu belum lagi ada untuk Zaen tapi saya yakin lambat laun rasa itu akan ada juga kalau ditakdirkan Zaen untuk saya."
"Kalau bukan dia?" Nuh menanti balasan Nia dengan sabar.
"Kalau bukan dia, pasti ada seseorang yang lebih baik dari dia untuk saya dan pasti ada seseorang yang lebih baik dari saya untuk dia. Kalau tiada jodoh, bertahun bersama pun tetap berpisah dan..."
"Dan kalau dan jodoh, bertahun berpisah pun tetap akan bersama." Pintas Nuh sebelum Nia sempat menghabiskan ayatnya. Keduanya senyap selepas itu.
"Aku ada perkara nak bagitahu kau. Lepas mama dan Khalil balik, aku akan pindah."
Nia tenung Nuh lama. Nuh kekal tenang mengemudikan kenderaannya.
"Kenapa perlu pindah? Awak tak suka tinggal dengan kami?"
"Soalan tu bukan untuk aku tapi untuk kau, Nia. Kau yang tak selesa bila ada aku. Aku tahu tu."
Nia menunduk lalu kebam bibir.
"Tak lah. Aku cuma nakkan privasi aku dan aku tahu kau pun nakkan benda yang sama, kan? Tapi kau jangan rasa selesa sangat. Aku tetap akan singgah rumah mama untuk ambil dan hantar kau ke sekolah, hari-hari. So, hari-hari kita dapat dating bersama. Are you happy now, sweety?"
Nia ternganga.
"Banyaklah awak punya sweety!" dengusnya selepas itu. Nuh menghemburkan tawanya. Nia menggeleng, sedikit sebanyak hatinya lega.
Alhamdulillah. TQ utk smua yg sudi baca.. maaf sbb cerita Rindu take time utk publish. NJ ni cepat sikit publish sbb draf smua bab dh complete.
Share this novel
tq update