Bab 35 : NJ

Romance Series 186495

''Dah ready semua barang-barang, Angel?'' tanya Datin Seri Roslina kepada Nia ketika gadis itu bergerak ke kereta sambil menjijit beg pakaiannya.

''Dah ma tapi tak banyak pun baju Anjel. Nanti Angel guna je yang mana ada dekat sana je," balas Nia sambil menghulurkan begnya kepada Nuh untuk diletakkan ke dalam but kereta.

''Agak-agak cukup ke tak untuk dua minggu ni?'' tanya mamanya lagi sambil mengerling beg pakaian Nia.

''Tak sampai dua minggu pun ma. Mungkin seminggu je kami di rumah abah.'' Nuh mencelah, but kereta ditutup.

''Eh, dah kenapa seminggu je? Bukan ke cuti sekolah dua minggu?''

''Emm... cuti sekolah memang dua minggu ma tapi Nuh ada kelas tambahan. Trial SPM dah start lepas cuti sekolah ni.'' Nuh menjawab sambil mengambil tempat berdiri di sebelah Nia.

''Oo... Jadi, Nia pun follow Nuh balik sini la nanti?'' Datin Seri Roslina kalih pandang anak perempuannya pula.

''Nampak gayanya macam itulah ma. Dah adat menumpang kereta orang...'' Nia tayang muka sedih padahal dia juga tak suka berlama-lama di rumah abah kalau ada Tya Jasmine dan Lya Jasmine. Tiba-tiba Nia mendapat idea. Lengan mamanya dipeluk.

''Mama, kalau Nia balik sini naik bas... mama izin tak?'' duga Nia, mengusik mamanya.

''What? Bus? No! Abang tak akan pernah izinkan Angel balik sini naik bas, taxi, grab or whatever. Kalau Angel balik Johor dengan Nuh and make sure balik sini pun dengan Nuh. Jangan cakap lagi pasal nak naik taxi or bus. Abang tak suka dan abang tak akan izinkan. Faham tak?'' Khalil yang tiba-tiba muncul, deras meningkah cadangan Nia.

Bahu Nia terenjut, terkejut. Bukan sahaja Nia malah Datin Seri Roslina dan Nuh juga terkejut sama.

''Lil... kenapa marah adik macam tu.'' Datin Seri Roslina menegur Khalil Fayyad, dia terkesan wajah Nia berubah selepas dimarahi oleh Khalil.

Nia mencebik bibir lalu segera masuk ke perut Ford Ranger milik Khalil yang akan Nuh pandu pulang ke Johor. Perancangan awal, mereka bertiga akan pulang bersama tetapi memandangkan Khalil Fayyad akan mengikut mamanya ke London, terpaksalah mereka berdua pulang bersama.

''Lil bukannya nak marah sangat Angel ma. Tapi Angel tu buat Lil geram. Buat Lil marah. Dia bukannya tak tahu yang Lil susah nak lupakan kejadian tu tapi Angel... macam sengaja nak mengungkit balik.'' Khalil menukas geram.

''Lil, dah la. Tak ada sesiapa pun nak ingat semua tu. Tapi benda tu dah lama. Sekarang ni, kita dah ada Nuh. Dia akan jaga Angel.''

Nuh menepuk bahu Khalil. Bibirnya bergerak sedikit untuk meyakinkan sahabatnya.

''Kau jangan risau, Lil. Aku akan jaga Nia sebaik mungkin. Semuanya ni berpunca dari aku. Jadi aku akan bertanggungjawab.''

Khalil membalas tepukan Nuh. Dia tahu Nuh tidak pernah main-main dengan setiap janji-janjinya.

''Aku percayakan kau, Nuh. Pandai-pandailah kau cari jalan tackle adik aku tu. Adik aku tu keras kepala sikit.''

Bibir Nuh tersunggih.

''Insya-Allah i can handle this, trust me. Aku pergi dulu. Ma, nanti kirim salam dekat papa dan adik-adik, ya? Nuh pergi dulu. Assalamualaikum."

''Insya-Allah Nuh. Nanti kirim salam juga dekat keluarga Johor. Hati-hati memandu, ya?''

''Insya-Allah ma."

* * *

Kesepian mengisi ruang yang ada di antara Nuh dan Nia. Nuh fokus pada pemanduannya manakala Nia ralit dengar lagu menerusi airpods. Sesekejap Nia memejamkan mata, cuba menjemput lena biarpun susah.

Sesekali Nuh mengerling Nia, dia tahu Nia sengaja pura-pura ketiduran. Lantas Nuh tarik airpod di telinga Nia. Nia tersentak dengan tindakan Nuh. Terus dia tegakkan duduknya.

"Awak kenapa ni?'' dengus Nia, airpod di tangan Nuh, dia ambil kembali.

''Yang kau senyap je, kenapa?"

''Habis tu nak saya buat apa lagi? Awak nak saya buat konsert dalam kereta ni?"

Nuh menjegil.

"Dah tu? Hish, orang nak tidur pun tak senang la dia ni..'' rungut Nia sudahnya. Airpod disumbat kembali di lubang telinga.

''Banyaklah kau punya tidur. Macamlah aku tak tahu yang kau tu tak boleh tidur dalam kereta. Kau mudah kena migrain. Nak ke?''

Tak jadi Nia nak merebahkan semula badan ke kerusi, dia picingkan mata ke arah Nuh.

''Mana awak tahu hah? Awak pasang spy ke?"

"Aku? Pasang spy? Macamlah kau tu girlfriend aku nak aku pasang spy." Nuh mencemik, membalas dengan pedas seperti selalu.

"Whateverlah Nuh." Nia menjelingkan mata. Dengan Nuh, kadang-kadang dia malas nak berbahas panjang. Tak rugi pun kalau dia mengalah.

Senyap sekejap. Nia mengerling Nuh. Rasa bersalah juga dengan Nuh. Nuh tak bersalah tapi tak pasal-pasal terpalit sama.

"Tadi kata tak nak senyap. Dah tu kenapa tak cakap apa-apa? Awak ada nak tanya saya apa-apa ke?" Kali ini suara Nia sedikit lembut dari tadi. Dia tahu Nuh pasti tertanya-tanya apa punca Khalil marah-marah tadi.

''Aku cuma nak tahu, kau masih marahkan Khalil?''

''Tak.'' Nia menjawab sepatah, lepas keluh.

''Betul ke tak? Habis tu kenapa kau diam je?''

Nia kembam bibir. Malu untuk berterus terang.

''Saya... sebenarnya malu. Malu bila abang marahkan saya depan awak. Dia, abang kesayangan saya tapi bila dia sergah saya macam tu... tiba-tiba saya rasa jauh daripada dia. Saya tak suka dia marah saya.''

''Cengeng!"

Nia membulatkan mata. Nuh kata dia cengeng?

"Mana ada!" nafi Nia.

"Betullah tu. Cengeng." Makin galak Nuh mengusik. Ini baru Nia dia!

"Mana ada!" nafi Nia keras. Mukanya mula memerah, geram dengan Nuh.

"Habis tu kalau tak cengeng, cuba bagitahu aku apa puncanya Khalil marahkan kau sampai macam tu sekali? Ada sesuatu yang dah jadi ke? Boleh aku tahu?'' Nuh cuba mengorek rahsia walaupun lebih daripada itu dia tahu. Dia hanya ingin menguji sejauh mana Nia bersikap jujur dengannya. Banyak yang dia perlu berterus terang dengan Nia tapi sekarang bukan masanya.

''Tak payah tahulah. Cerita lama. Dah jadi sejarah dah pun. About 3 years ago.''

Nuh mengerut kening.

''Tak payah apanya... Cerita jelah dekat aku. Tiga tahun dulu, apa dah jadi?''

''I was almost kidnapped. Lepas balik sekolah.''

''What?!'' Kuat suara Nuh terkejut. Nasib baik dia cepat mengawal stereng kereta.

Nia tunduk. Malu untuk membuka semula sejarah lama tapi selagi tak singkap pintu silam, selagi itulah Nuh tidak berhenti mendesaknya. Dia tahu itu.

''Macam mana semua tu boleh jadi? Boleh kau ceritakan pada aku? Let's me know everything, Nia.''

''Kenapa awak nak tahu? Awak bukannya ada apa-apa dengan saya pun.''

Nuh tarik nafas panjang. Cuba bersabar dengan jawapan Nia. Bibirnya cuba dimaniskan walaupun tawar yang terasa. Nia, you really don't know about me!

"Ok, look Nia. Kau, adik Khalil. Khalil kawan aku. Kau, adik ipar Luqman. Kawan aku juga. Of course kau jugak dah jadi adik aku. Aku ni dah berhutang 3 tahun dengan kau tahu. Banyak benda yang aku tak tahu pasal kau, tak boleh ke kali ni kau consider sikit dengan aku? Aku abang kau kan?"

Nia tarik nafas dalam, cuba bertenang. Apa yang Nuh bagitahu itu tidak ada salahnya. Mungkin kali ini dia perlu bukakan sedikit pintu hatinya untuk membenarkan Nuh masuk ke relung hatinya sebagai 'abang' seperti yang dikatakan oleh Nuh tadi.

''Banyak cerita yang saya nak awak tahu sebenarnya. Firstly, i want to say thanks sebab awak dah usaha cari Tasha dan Nad untuk mintak maaf dan buat pengakuan dengan saya pasal kejadian dulu. Kalau bukan sebab tu, mesti saya masih lagi salahkan awak sampai sekarang."

Nuh terdiam.

"Lebih kurang dua bulan selepas awak balik. Saya rasa sesuatu yang weird. I have this feeling that I had been followed since then. Sampai satu malam tu, saya baru balik rumah Zaen sebab kami ada discussioin dengan Violet Band. Saya lupa nak check phone, padahal abah dan Kak Mia banyak kali call tapi saya tak dengar. Phone silent. Mereka nak bagitahu, yang mereka tak ada kat rumah. Tapi masalahnya saya dah sampai depan rumah." Nia berhenti sekejap, tiba-tiba terasa seram sejuk membayangkan kisah itu.

"Ada orang peluk saya dari belakang dan dia acukan pisau. Dia ada tanyakan awak dengan abang Luqman. Bila saya jawab awak anak angkat abah, dia cuba nak apa-apakan saya. Tapi belum sempat dia nak apa-apakan saya, saya dah panik dan pengsan. Lepas tu saya tak tahu apa yang jadi. Sedar saja dari pengsan, saya dah ada di rumah Zaen.'' Nia jeda sebentar. Tarik dan hembus nafas untuk bertenang.

''After two years, kejadian hampir sama berulang lagi dan lebih teruk. Ada orang ikut saya balik dari sekolah, hari tu saya balik dengan teksi sebab saya ada kelas tambahan. Sampai dekat selekoh rumah abah, ada van tahan teksi saya dan heret saya keluar. Dia cuba buat sesuatu pada saya. Dia tarik baju saya sampai terkoyak. Saya takut sangat-sangat. Saya jerit mintak tolong, tapi tak ada siapa yang dengar. Saya... saya tak tahu ke mana diorang bawa saya. Dia pukul saya. Saya takut.'' Nia mula mengigil. Segera dia peluk tubuh sendiri sambil menggosok-gosok kedua lengannya. Masih terbayang-bayang situasi cemas itu diruangan mata apatah lagi baru setahun kejadian itu berlalu. Tiba-tiba Nia menerkup muka lalu menghamburkan tangisannya.

Nuh tahu emosi Nia agak tidak stabil. Tubuh kecil itu menggigil. Nuh segera memberikan signal kiri untuk berhenti. Dia mahu menenangkan Nia. Lihat Nia menangis begitu, hatinya rasa seperti dicengkam sesuatu yang tajam.

Nuh tarik bahu Nia perlahan lalu mendekatkan kepala Nia ke dadanya. Belakang Nia diusap perlahan, salurkan sedikit kekuatan agar Nia kembali bertenang.

"Nia... aku minta maaf sebab aku tak ada masa tu. Kalau aku ada, tentu benda ni tak akan jadi."

"Bukan salah awak. Saya tahu awak tak tahu dan saya syukur sangat-sangat bila Zaen datang menyelamatkan saya pada masa yang tepat."

Luahan Nia sedikit sebanyak mengelar sekeping hati Nuh. Nuh mengertap rahang perlahan, kepalnya digenggam erat sehinggakan urat-urat biru di lengan kekarnya menimbul. Geram kepada si pelaku durjana yang dia tahu siapa orangnya dan geram juga kepada hero jadian Nia.

"Emm... nasib baik ada dia.Kalau tak, aku tak tahu apa yang akan jadi dengan kau, Nia. Dan kalau apa-apa jadi pada kau waktu tu, aku yakin akulah orang yang akan kesal seumur hidup," gumam Nuh.

Nia tersentak, dia menolak sedikit tubuh Nuh yang begitu dekat dengannya dan baru dia sedar yang mereka berpelukan! Mukanya pijar.

''Kenapa awak berhenti dekat sini? Kita dekat mana ni?'' Nia melilau pandangannya, cuba menutup malu di atas perbuatan tidak senonoh mereka sebentar tadi.

"Nah, kau minum dulu. Take a breath. Bagi kau relaks dulu," saran Nuh sambil menghulurkan sebotol air mineral. Nia hanya menurut.

''Kau ok tak ni?"

Nia kesat sisa air matanya lantas mengangguk laju. Buat malu je menangis depan Nuh!

"Betul dah okay ni?" Lagi Nuh bertanya, prihatin dengan keadaan Nia.

Nia angguk lagi. Nuh menghembus nafas lega sebelum memulakan kembali pemanduannya.

* * *

Ford Ranger masuk ke pekarangan rumah Tuan Ahmad Zakri setelah 6 jam masa perjalanan dari Kuala Terengganu ke Muar, Johor. Tuan Ahmad Zakri yang sudah maklum kepulangan anak bongsu dan anak angkatnya, terus bangkit dari kerusinya. Senyum melebar dia menyambut kepulangan keduanya.

''Assalamualaikum.'' Nuh memberi salam tatkala menutup pintu kereta diikuti dengan Nia.

''Waalaikummusalam,'' jawab Tuan Ahmad Zakri, tangannya dibiarkan dikucup oleh Nia sebelum membawa tubuh itu ke dalam pelukannya. Dia rindukan Nia padahal baru dua bulan Nia berpindah ke Terengganu.

Dia kemudian memeluk Nuh. Rindu juga pada anak angkatnya yang satu ini. Terlalu banyak perkara yang ingin dikongsikan dengan Nuh setelah sekian lama tidak bersua.

''Abah sihat?'' Nuh bertanya selepas pelukan mereka terlerai.

''Alhamdulillah abah sihat. Nuh dengan Nia macam mana? Sihat?''

''Alhamdulillah kami sihat. Mama dengan abang Khalil kirim salam dekat abah,'' jawab Nia.

''Waalaikummusalam. Meh masuk. Mia dah siap masak lauk kegemaran Nuh.'' Tuan Ahmad Zakri mempersilakan tetamu istimewanya masuk. Mereka beriringan masuk ke dalam rumah sambil membawa beg pakaian masing-masing.

''Nuh je? Nia?''

''Untuk Nia pun ada, jangan risau. Kak Mia tak pernah lupa lauk kegemaran Nia.''

''Yang lain-lain mana abah?'' Nuh bertanyakan perihal yang lain. Apa yang dia tahu adik-beradik angkatnya yang lain sudah kembali menetap di bawah satu bumbung dengan abahnya.

''Mia ikut Luq pergi kedai. Mia mengidam asam buah celagi. Tya dan Lya tak ada. Pergi rumah kawan dia. Kejap lagi balik la diorang tu.''

Jawapan Tuan Ahmad Zakri itu undang rasa tidak selesa dalam hati Nia. Sejak Tya dan Lya pulang ke Malaysia selepas 5 tahun di Indonesia, Nia selalu rasa terasng di rumah sendiri.

''Lya dan Tya dah lama balik sini abah?'' tanya Nuh seterusnya, dia perasankan wajah keruh Nia.

''Lya dan Tya dah lama balik, dah setahun. Sekarang dah kerja dekat hospital sini. Alhamdulillah diorang dapat kerja dekat-dekat sini nanti boleh tolong tengok-tengokkan Mia tu. Mia pun dah sarat benar tu.''

''Alhamdulillah. Boleh diorang tengok-tengokkan abah sekali.''

Bunyi kereta berhenti di halaman rumah, mematikan perbualan mereka. Tuan Ahmad Zakri bangun menjenguk.

''Ha... panjang pun umur. Meh masuk Lya, Tya. Ni.. Nia dengan Nuh baru saja sampai," tegur Tuan Ahmad Zakri kepada keduanya sebaik sahaja mereka muncul di sebalik daun pintu utama.

Nia memandang ke arah lain, tidak mahu bertentang mata dengan keduanya.

''Nia, tak nak salam kakak ke?'' Lya cuba bermanis muka sambil mencuit lengan adiknya. Matanya sempat mengerling keindahan ciptaan tuhan yang yerhidamg di depan mata. Ini kali pertama dia bertentang mata dengan anak angkat abahnya yang bernama Nuh ini. Selama ni dia cuma tilik dalam gambar saja.

Nia tersenyum kelat, dia tahu kakaknya sedang mengilap bakat lakonannya.

'It's okay kakak, meh Nia tolong jayakan watak gedik akak.' Nia menyahut dalam hati. Tangannya menyambut huluran kakaknya. Begitu juga dengan Tya.

"Kak Lya dan Kak Tya dari mana ni?" ramah Nia bertanya, menukar personaliti.

"Dari rumah kawan akak. Ni anak angkat abah yang nama Nuh?"

"Iye, kan abah dah bagitahu semalam hari ni Nia dan Nuh balik sini."

"Oh, hai! Saya Lya and this one, Tya." Lya menghulur tangan untuk berjabat tangan dengan Nuh.

"Yes I knew that. Abah pernah bagitahu saya dulu. Saya, Nuh Jazmin.'' Nuh sekadar tunduk tanpa sambut huluran tangan Lya. Tangannya sekadar diletakkan di dada.

Lya sembunyi senyum. Termalu sendiri dengan perlakuan Nuh yang menolak huluran tangannya. Tya menjeling Lya. Nia pula simpul senyum. 'Padan muka!'

Sebuah lagi kereta berhenti di pekarangan rumah. Tergopoh-gapah Mia keluar dari perut kereta tanpa menghiraukan keadaannya yang sedang sarat berbadan dua.

''Sayang, be careful.'' Luqman menegur. Risau betul dengan Mia ni. Lasak mengalahkan orang yang tak mengandung pula.

''Mia tak sabar nak jumpa Nia.'' Mia tersengih malu. Segera langkahnya diperlahankan.

''Iya abang tahu. Tapi sayang kena ingat yang sayang tu tengah sarat. Kalau sayang terjatuh ke apa, macam mana?''

Mia ketawa halus. Lengan suaminya dipeluk manja. Luqman, suami yang sangat 'overprotective' semenjak dia kembali berbadan dua. Dulu mereka pernah kehilangan anak sulung mereka, sudah tentu Luqman tidak mahu kejadian itu berulang kembali.

yang bertanyakan tentang NJ, maaf sgt2 bila lambat publish. Cerita ni sy bnyak olaham semula.jdi take time juga walaupun smua dh complete. Apa2 pun terima kasoh kpd yg masih setia mnunggu kemunculan ank2 TH ya... ?

Share this novel

Noor Mimi
2024-12-26 09:34:20 

x sabar utk next...


NovelPlus Premium

The best ads free experience