Disember 2019.
Esok bakal berlangsungnya majlis perkahwinan Zaen Haidar dan Tya Jasmine di kediaman Tuan Ahmad Zakri. Sekali pagi rumah lelaki itu dipenuhi dengan riuh rendah sanak saudara yang datang membantu menguruskan majlis raja sehari itu.
Petang sebelum berlabuhnya mentari, Zaen mencemar duli datang ke rumah bakal isterinya untuk bersua muka dengan Nia Jasmine buat kali terakhir sebelum dia bergelar abang ipar kepada gadis itu. Pada mulanya Nia agak keberatan untuk bersetuju takut disalahertikan oleh kakak sendiri tetapi memandangkan kakaknya tiada di rumah, mama menyakinkan Nia untuk bersemuka dengan Zaen.
Nia berhak memberikan Zaen peluang untuk menjelaskan apa yang telah berlaku supaya tiada lagi kekeruhan. Lagipun tidak lama lagi, mereka akan bersatu sebagai satu keluarga juga.
Setelah dipujuk mama, Nia mengalah juga. Dia bersetuju untuk bertemu Zaen di luar, dengan syarat Khalil perlu ada sekali dan haruslah berjumpa di laman hadapan untuk mengelakkan daripada timbulnya sebarang spekulasi yang tidak enak didengar.
"Abang Zaen." Nia menyapa Zaen. Dibelakangnya ada Khalil yang setia menemani si adik biarpun tanpa disuruh. Jangan harap dia akan membiarkan Zaen mendekati adiknya lagi.
"Nia." Zaen menyahut lantas mempersilakan gadis itu duduk, bertentangan dengannya. Dia sudah sedia maklum akan kehadiran Khalil dan dia tidak kisah. Apa yang dia kisahkan adalah kesudian Nia untuk bertemu mata dengannya.
Nia lambat-lambat melabuhkan duduk. Begitu juga dengan Khalil. Khalil sengaja mengambil tempat jauh sikit daripada mereka. Dia menghormati permintaan Zaen untuk menyelesaikan apa yang ada di antara mereka berdua dan dia juga tahu Zaen langsung tidak bersalah. Zaen adalah mangsa pakatan rancangan licik ibunya sendiri dengan Tya. Dia bersimpati dengan Zaen. Dan tipulah kalau dia katakan yang dia langsung tidak rasa bersalah dengan sikapnya tempoh hari.
''Terima kasih Nia sebab sudi jumpa abang," Zaen memulakan. Agak kekok rasanya bila semuanya sudah tidak seperti sebelum ini.
Nia tersenyum nipis. Kepalanya dijatuhkan sekali.
''Abah ada cakap yang abang ada perkara nak jelaskan pada Nia.''
Zaen ketap bibir, kekoknya dia. Sesekali dia mengintai Khalil yang berpura-pura membelek telefon.
''Ya... tapi abang tak tahu nak jelaskan macam mana dengan Nia."
"Mulakan dengan apa yang jadi abang." Nia cuba membantu Zaen kerana di situlah puncanya keretakan hubungan mereka.
"Ya pasal tu. Nia, abang betul-betul minta maaf dengan apa yang jadi dan percayalah cakap abang, bukan abang yang buat semua tu. Abang tak pernah minta mama tolong pinangkan Tya tapi entah kenapa mama sebutkan nama Tya bukan Nia."
Nia hanya senyum sembunyi luka. Luka yang pada hakikatnya tidak separah yang disangka.
''It's okay, abang. Nia tahu semua tu bukan salah abang tapi salah kakak Nia sendiri. Dia punca semua ni. Betul kata orang, kalau dah tak ada jodoh akan ada saja yang menghalang. Dan mungkin dia hanya 'penyebab' kepada kehancuran hubungan kita. Macam yang mama nasihatkan Nia, manusia bukan Tuhan. Manusia cuma mampu merancang tapi bukan penentu samada perancangan itu berjaya atau pun tidak. Semuanya mengikut pada aturan Tuhan."
''Abang minta maaf.'' Zaen menunduk. Banyak yang ingin dijelaskan pada Nia tapi dia takut kalau Nia salah faham dengan perasaannya selama ini.
''Abang tak salah. Nia yang sepatutnya minta maaf sebab kakak Nia yang salah."
Zaen menggeleng. Dia tekad akan bongkarkan segala hari ini. Biar tiada satu pun rahsia daripada Nia.
''Abang salah dengan Nia. Kalaulah abang jujur dengan Nia masa awal-awal hubungan kita, kita tak kan jadi jauh macam ni. Dan Nia juga tak kan salah faham dengan perasaan abang..." Zaen jeda sebentar.
Khalil di sebelah Nia sudah angkat muka. Keningnya bertaut.
"Maksud abang?" Nia juga mula sangsi dengan penjelasan Zaen.
"Abang jujur dengan perasaan abang pada Nia. Abang suka Nia sejak dari dulu lagi tapi abang sedar diri yang kita jauh berbeza. Nia anggap abang tak ubah hanya sebagai seorang abang. Nia menumpang kasih abang sebab Nia jauh dari Khalil. Abang tahu hakikat tu tapi abang tak mampu sembunyikan rasa sayang abang pada Nia walaupun abang cuba sekat."
Khalil sudah menegakkan duduknya. Dia tidak selesa duduk dengan setiap patah bicara Zaen. Dia renung Zaen tajam mengharapkan Zaen mengerti bahasa tenungannya dan berhenti dark merepek yanb bukan-bukan!
"Abang tahu Nia balas perasaan abang hanya kerana Nia terhutang budi dengan abang. Nia rasa kalau bukan sebab abang, Nia tak mungkin akan ada sekarang. Nia anggap abang lenyelamat Nia, hero Nia. Tapi... yang sebenarnya Nia tak tahu bukan abang yang..."
"Zaen!" Khalil menyeru Zaen sedikit kuat dari biasa sehinggakan bicara Zaen patah. Keduanya saling merenung. Nia yang berada di tengah-tengah, sudah terkedu.
"Kau tak rasa kau dah terlalu banyak 'bercakap' dengan Nia sekarang ni?" Sebelah kening Khalil terangkat, amaran.
Zaen patahkan renungan mereka lalu menekur lantai. Nia pandang Zaen dan Khalil penuh dengan tanda tanya. Ada apa dia orang ni?
"Maaf Nia." Zaen angkat semula kepalanya lalu menyambung,
"Abang doakan semoga suatu hari nanti Nia akan dipertemukan dengan lelaki yang boleh jaga dan melindungi Nia. Abang dah gagal buat semua tu tapi abang tetap abang Nia dan Nia tetap adik abang sampai bila-bila." Zaen kelegaan. Hari ini dia melepaskan Nia dari hatinya.
'Nia, pergilah mencari cinta hati Nia. Dan abang pasti bukan abang orangnya,' hati Zaen berbisik lirih.
''Insya-Allah abang. Nia juga doakan kebahagiaan abang bersama Kak Tya. Abang janji dengan Nia yang abang akan bahagiakan Kak Tya, boleh?''
''Insya-Allah, abang cuba.'' Zaen berpaling pada Khalil.
''Khalil, aku minta maaf.''
''Tak ada apa Zaen. Aku juga minta maaf sebab marahkan kau hari tu.''
''Kau cuma jalankan tanggungjawab kau sebagai abang kepada Nia dan memang aku patut kena marah pun. Kau, abang yang terbaik untuk dia.''
* * *
Hari yang paling bermakna buat Tya Jasmine akhirnya tiba jua. Hari di mana dia disatukan dengan lelaki yang dicintainya sebentar lagi oleh abahnya sendiri.
Zaen kelihatan cukup segak di atas pelamin dengan baju melayu songket cekak musang berwarna hijau zamrud. Sedondon warnanya dengan kebaya songket yang dipakai oleh Tya. Keduanya bagaikan pinang dibelah dua. Siapa sangka jodoh Zaen adalah Tya, orang ya g cuba dia elakkan untuk bertemu muka.
Walaupun Zaen berat untuk akur dengan pilihan mamanya, dia tetap menerima kerana dia lebih pentingkan restu seorang ibu. Soal hati dan perasaan, dia serahkan saja kepada takdir.
Lya Jasmine juga cantik berkebaya rona hijau mint di sisi adiknya sebagai pengapit. Nia Jasmine juga tidak kurang cantiknya dengan mengenakan baju kurung riau berwarna hijau mint. Rambut panjangnya disanggul kemas dan dihiasi dengan beberapa cucuk sanggul. Wajahnya pula sempat disolek nipis oleh Mia.
Bulan lepas Mia Jasmine selamat melahirkan puteranya yang diberi nama Mikael Firdaus bin Luqman Firdaus. Biarpun masih dalam tempoh berpantang itu tidak bermakna Mia tidak boleh meraikan kedatangan adik ipar baru masuk ke keluarganya. Mia juga seperti Nia, selesa menggayakan baju kurung riau untuk memudahkan urusannya menguruskan bayi kecilnya.
Usai sesi menepung tawar dari kedua belah pihak, pengantin di bawa ke meja makan untuk sesi makan beradab. Lya meninggalkan pasangan pengantin di meja makan lalu berlalu ke kanopi jamuan untuk melayani tetamu yang datang. Kebanyakkan tetamu yang datang adalah kawan-kawan Tya dan Lya. Oleh kerana mereka berdua bersekolah dan menyambung pengajian di tempat yang sama, maka kawan Tya adalah kawan Lya dan begitulah sebaliknya.
''Excuse me..'' tegur seorang lelaki pada Lya yang sedang bersembang dengan kawannya.
Lya menoleh kepada si penegur.
''Mine, right?'' tanya lelaki itu setelah itu.
Lya kerut kening. Jarang sekali orang memanggilnya 'Mine'. Kebanyakkannya Lya atau Jasmine.
''Mine, Lya Jasmine?'' Sambung lelaki itu bila Lya tidak respons dengan soalannya.
''Yes, I'm. Tapi maaf, i tak cam you. Siapa ya?''
''Sampai hati you, Mine. Ini I la Mine. Eusoff. You tak ingat?''
Bulat mata Lya dengan sebaris nama itu. Masakan dia boleh lupa dengan sebaris nama itu.
''Eusoff? Eusoff Athar, thats you? Ohmaigodd lain gila you sekarang!'' Lya menutup mulut, hampir menjerit keterujaan.
Eusoff, seniornya ketika menuntut di Kolej Matrikulasi dulu. Eusoff sebagai tempat rujukannya kalau ada subjek yang dia tidak faham.
''You pun apa kurangnya. Makin merecik dari dulu."
''Amboi ayat kau... tak berubah ya. Kau tu buat apa dekat sini? Kau ada kenal sesiapa ke dekat sini? Eh, lama betul kita lost contact kan? Tup-tup jumpa dekat sini. Surprised!" Lya makin teruja. Lama betul dia tidak berjumpa dengan senior kegilaan junior dulu.
''Zaen tu sepupu aku. So Tya Jasmine your twins, right? Patutlah aku macam pernah dengar nama Tya Jasmine ni. Rupanya dia adik kau. Macam mana aku boleh lupa kembar Jasmine ni. Eh, kau pulak macam mana sekaranb? Dah kahwin ke?''
''Iye, Tya yang kahwin. Aku tak lagi, still single and available. Aku saja bagi Tya langkah bendul nanti boleh la aku mintak set barang kemas serba satu.'' Lya gelak dihujung ayatnya.
Eusoff juga turut ketawa.
''Ni, dok tanya pasal aku, kau pulak macam mana? Dah off market ke belum? Tapi kalau orang handsome macam kau ni, mustahil tak ada lagi kan? Dekat kolej dulu bersusun beratur menunggu giliran dated. Haha..."
''Kalau orang secantik kau tu pun boleh single and available, apa salahnya kalau aku yang kacak bergaya ni tergolong sekali."
''Kau ni memang... gila dari dulu. Ingatkan dah berubah.'' Lya sambung ketawa sambil menggeleng. Masak dengan perangai Eusoff.
''Kak Lya..''
Perbualan mereka berdua terganggu dengan teguran seseorang dari belakang Lya. Keduanya berpaling. Mata Eusoff meluas, terkejut dengan apa yang dilihat.
"Nia?" terpancul juga nama itu dari bibir Eusoff dek kerana terkejut dengan kemunculan gadis itu.
"Cik... cikgu Eusoff?" Nia juga terkejut. Selepas kejadian dia didenda tempoh hari, dia agak berjauh hati dengan Cikgu Eusoff. Kesan itu masih berbekas di hatinya. Lagi merisaukannya kalau Cikgu Eusoff ternampak Nuh di sini, pasti akan menimbulkam pelbagai syak wasangka nanti.
''Kau kenal dengan Nia, Eusoff?'' Lya melongo. Eusoff dan Nia dipandang silih berganti.
"Nia student aku.''
Nia hanya senyum segaris kepada keduanya, mengiakan apa yang diberitahu oleh cikgu muda itu.
''Abah panggil Kak Lya masuk. Masa untuk keluarga bergambar dengan pengantin. Saya minta diri dulu, cikgu.'' Nia segera berlalu ke dalam rumah.
Eusoff mengangguk dalam senyumannya. Tak sangka boleh terserempak dengan Nia hari ini. Dan Nia berganda kali lebih cantik dari biasa.
''Nia tu adik aku.'' Lya mencelah, menarik kembali perhatian Eusoff padanya.
''Adik?'' Eusoff melarikan matanya. Sekejap pandang Nia yang semakin menjauh itu, sekejap pandang Lya yang masih utuh berdiri dihadapannya. Agak terkejut tapi bila fikirkan nama kedua mereka 'Jasmine' dia dapat menjangkakan apa hubungan keduanya.
Lya juling mata ke ata sebelum menjelaskan pertanyaan Eusoff.
''Iye. Dia adik aku. Kami seibu sebapa walaupun kau akan cakap rupa kami tak sama. Dia ikut rupa arwah ibu aku. Dan kami bertiga ikut rupa abah aku. Kami empat beradik, semua perempuan. So, kau tak payah nak tayang muka annoying kau tu depan aku.''
Eusoff angguk. Baru faham dengan kisah Nia. Tapi siapa pula lelaki yang selalu dilihat bersama Nia sebelum kemunculan Nuh sebagai anak angkat keluarga Nia seperti yang dihebohkan?
''Oh... tapi kenapa Nia belajar dekat Terengganu? Korang dekat Muar. Jauh kut dari sini.''
Sekali lagi Lya berdecit, jelas dia tidak suka panjangkan isu Nia.
''Perlu ke aku terangkan panjang lebar pasal Nia dengan suasana macam ni, Eusoff?''
Eusoff tersengih. Nampak sangat Lya tidak berminat untuk menceritakan semuanya.
''Okeylah Eusoff, aku pergi masuk dalam sekejap. Nanti kau contact lah aku. Ni nombor telefon aku'' Lya sempat membacakan nombor telefonnya sebelum berlalu mendapatkan ahli keluarganya.
* * *
''Nuh?''
Nuh yang sedang mencedok nasi minyak ke pinggan terhenti, menoleh sedikit pada yang menyerunya.
''Eh, Eusoff?'' Mereka berjabat tangan seketika. Masing-masing pandang sesama sendiri dengan penuh tanda tanya.
''Kau buat apa dekat sini?'' Tak tertahan Eusoff segera bertanya. Dia hairan bila terjumpa dengan Nuh dalam kalangan keluarga Nia. Adakah desas desus yang di dengar mengenai hubungan cinta antara Nuh dengan Nia betul-betul wujud?
''Oh, aku attend wedding adik angkat aku.'' Nuh bersahaja menjawa sambil menyambung kembali mencedok nasi ke pinggannya.
''Hah?''
Nuh tersenyum lebar. Dia suka dengan nada terkejut Eusoff itu. Itulah yang dia mahukan.
''Keluarga perempuan tu, keluarga angkat aku." Nuh mengerdip matanya. Eusoff makin terlopong.
''Maksud kau, keluarga Nia?''
''Ha'a. Nia tu adik angkat aku. Apa yang kecoh sangat dekat sekolah pasal aku dengan Nia tu, lebih kurang betul la.'' Jawab Nuh sambung mengambil beberapa ketulan ayam masak merah ke pinggannya. Eusoff pula masih berdiri di sisinya.
''Aku tahu kau syak aku dengan Nia macam yang kau dengar dekat sekolah tu. Tapi sejujurnya kami lebih kepada adik-beradik angkat dan memang kami ulang alik pergi-balik sekolah sama-sama pun. Sehala dan jimat minyak." Tambah Nuh lagi, kali ini disertakan kenyit mata. Nuh bersedia berlalu ke meja makan.
Eusoff terasa lega dengam jawapan Nuh. Ini bermaksu, dia masih ada peluang kan?
''Tapi Eusoff..." Nuh mendekat. Dia mencari telinga Eusoff.
"Aku dengan Nia memang tak ada apa-apa sekarang ni tapi akan datang, Insya-Allah akan ada apa-apa." Nuh menepuk bahu Eusoff sebelum berlalu.
Eusoff tiba-tiba rasa bahunya kendur. Adakah itu bermakna peluangnya kembali tipis? Eusoff masij memakukan pandangannya kepada Nuh. Nuh sedang memulakan suapannya tanpa menghiraukan sesiapa yang ada di sekelilingnya.
Seketika kemudian Nia muncul bersama seorang lelaki lebih kurang sebayanya di hadapan Nuh. Mereka bercakap-cakap seketika sebelum mengambil tempat sambil berbual-bual. Mereka nampak mesra bertiga. Tangan Nia setia dalam genggaman lelaki muda di sebelahnya. Nuh hanya bersahaja, tidak pula menunjukkan riak cemburu atau iri hati dengan lelaki itu sebaliknya dia pula yang rasa terbakar. Eusoff memalingkan muka, bersedia untuk ke keretanya.
''Eusoff!" Lya memanggil, mematahkan niatnya untuk ke kereta.
"Kau dah makan?"
''Dah baru siap. Kau?'' Eusoff bertanya tapi matanya sempat singgah pada meja Nuh. Mereka bertiga sedang bergelak tawa.
''Aku selaku tuan rumah, makan lewat-lewat sikit tak apa. Kau tengok siapa tu?'' Lya tercari-cari apa yang dipandangkan oleh Eusoff dan dia temui apa yang dilihat oleh temannya.
''Kau pun mesti dah kenal dengan Nuh tu kan? Kau satu sekolah dengan Nia, tentu kau pun satu sekolah dengan Nuh."
''Emm kenal. Tapi yang seorang lagi tu siapa?''
''Tu abang Nia.''
''Abang Nia? Maksudnya abang kau lah? Bukan ke tadi kau cakap kau empat beradik dan semua perempuan?''
''Memanglah kami empat beradik. Tu abang Nia je, bukan abang aku. Dah lah sembang pasal Nia. Ni kau stay sini sampai bila?''
''Lagi dua hari. Settle majlis sebelah Zaen, aku balik Kedah. Nanti buka sekolah baru aku balik Terengganu.''
"Oo... eh, jom jumpa Tya. Aku ada bagitahu dia tadi kau tu sepupu Zaen. Dia nak jumpa kau."
"Okay." Sebelum Eusoff berlalu, sempat dia curi pandangkan Nuh.
Bagaikan tahu saja Eusoff tengah tengok dia, Nuh angkat tangan. Nia dan Khalil juga pandang ke arah Eusoff. Eusoff membalas teguran Nuh itu.
Maaf ya kalau ada kelkeliruan nama. 1. Mia Jasmine, 2. Tya Jasmine, 3. Lya Jasmine, 4. Nia Jasmine. Author sendiri pun dah pening... nama dekat2 sangat dipilihnya... huhuhu adan ukeee
Share this novel
next
nkk lgg..author..tq
thanks update author