Bab 32 : NJ

Romance Series 173919

~You want her? Sorry, She is mine!~

Nuh Jazmin masuk ke bilik guru dan berlalu ke mejanya setelah selesai mengajar kelas 5 Imam Bukhari. Cikgu Halim yang mejanya bertentangan dengan meja kerja Nuh mengangkat muka.

''Okay tak Nuh first day?'' tanya Cikgu Halim ramah.

''So far, so good. Tapi kena struggle la sikit sebab ini kali pertama saya posting. Pegang subjek penting pulak tu," jawab Nuh sambil mengeluarkan laptop dari beg galasnya.

''It's okay Nuh. Untuk permulaan ni memang agak struggle sikit, tapi lama-lama Insya-Allah semuanya akan okay. Trust the process. Kalau ada apa-apa masalah, boleh tanya dengan cikgu-cikgu dekat sini. Insya-ALLAH kami akan tolong.''

''Terima kasih Cikgu Halim.''

''Sama-sama," balas Cikgu Halim lalu kembali memeriksa buku latihan pelajarnya yang tertangguh sebentar tadi.

''Haa.. meh masuk Nia.'' Suara Cikgu Eusoff yang berada di sebelah meja Cikgu Halim kedengaran.

Nuh tertoleh. Nama yang baru diseru oleh cikgu muda itu menarik minatnya. Cikgu Halim juga mengalihkan matanya ke arah yang sama. Dia perasan, Cikgu Eusoff kerap sangat mengarahkan Nia datang ke bilik guru sejak kebelakangan ini. Hampir setiap hari jugalah wajah cantik ituakan muncul di bilik guru lelaki.

Nuh sekadar memerhatikan Nia yang berdiri di jenang pintu. Kebetulan pun meja kerja cikgu muda itu berdekatan dengan pintu. Elok juga begitu sekurang-kurangnya tak perlu Nia menapak masuk ke dalam bilik guru lelaki ini, fikir Nuh.

''Awak bawak semua ni masuk kelas dulu. Nanti pass pada semua,'' arah Cikgu Eusoff sambil menyerahkan satu bundle kertas A4 kepada Nia.

Nia menyambut huluran itu lalu kertas itu dibawa peluk ke dada.

''Cikgu masuk kelas tak nanti?''

''Masuk, tapi lewat sikit. Nanti sebelum balik, make sure semua dah siap dan hantar homework ni.''

Nia angguk.

''Baik cikgu. Ada apa-apa lagi ke cikgu?''

''Rasanya itu dah cukup untuk hari ni. Nanti kalau ada apa-apa lagi, saya panggil awak lagi. Cakap dekat semua, saya minta maaf tak masuk kelas lately saya busy sikit,'' ujar Cikgu Eusoff sambil menggosok-gosok belakang tengkuknya. Terbit rasa bersalah kerana selalu skip kelasnya sejak akhir-akhir ni. Sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak sekolah, dia agak sibuk menguruskan pasukannya yang akan bertanding di peringkat negeri pada minggu hadapan.

''Tak apa cikgu. Insya-Allah kami settlekan kerja yang cikgu bagi ni sebelum waktu balik. Kalau macam tu, saya balik ke kelas dulu ya cikgu.''

''Okay Nia. Thanks ya.'' Syukurlah Nia, ketua kelas 6 Delima itu faham dengan kesibukkannya.

''Welcome cikgu.'' Nia menghadiahkan cikgu muda itu seulas senyuman dan berlalu ke kelasnya.

''Aii.. panggil Nia lagi?'' usik Cikgu Halim kepada Cikgu Eusoff setelah bayang-bayang Nia tiada di situ.

Nuh pasang telinga. Lain macam je bunyi usikkan Cikgu Halim tu. Ada sesuatu ke diorang ni? Nuh alih matanya kepada Cikgu Eusoff, ada senyuman bergayut dibibir itu. Nampaknsedikit tersipu.

''Apa boleh buat Abang Alim. Tak sempat nak masuk kelas, saya panggil jelah dia ke sini.''

''Emm.. tak boleh jumpa kat kelas, jumpa kat sini pun dah cukup, kan? Ada apa-apa ke ni, Eusoff?''

''Ehh... mana ada apa-apa, Abang Alim.'' Cikgu Eusoff cuba sembunyi senyum.

Nuh masih galak memerhati. Sekilas pandang cara Cikgu Eusoff tu pun Nuh sudah tahu apa maknanya bila senyum begitu.

''Emm.. suka cakap la suka, Eusoff. Bukannya ada orang marah. Kau tu pun bukannya tua sangat kalau nak bergandingan dengan Nia tu. Ke macam mana, Nuh?'' Cikgu Halim tambah usikkan pada Eusoff tapi lontar soalan pada Nuh.

Nuh tercengang, tiba-tiba namanya naik.

''Nuh?'' Cikgu Eusoff tegur Nuh, mungkin baru sedar kewujudan cikgu baru di situ.

''Ha'a saya Nuh, Nuh Jazmin. Cikgu baru kat sini. Mengajar Addmath, ganti Cikgu Badariah.'' Nuh memperkenalkan diri secara ringkas sambil menghulurkan tangan kepada cikgu muda itu. Mungkin lebih kurang sebaya sahaja usia mereka. Tangan bersambut.

''Cikgu baru? Oo i see.. semalam Cikgu Liza ada cakap, ada cikgu baru masuk tapi saya tak sempat nak jumpa. Sorry-sorry. Saya Eusoff, Eusoff Athar.''

''It's okay.''

''Emm..bakal persaingan kau la ni Eusoff..'' Cikgu Halim masih mengusik. Senyum nakal kepada keduanya diberikan kepada kedua cikgu muda itu.

''Persaingan?'' Nuh kerut kening silih berganti pandang Cikgu Halim dan Cikgu Eusoff. Tak faham. Persaingan apa?

''Yelah.. Nampaknya masing-masing tak lepas tengok Nia tadi.'' Bersahaja Cikgu Halim kenakan Nuh.

Nuh terasa pijar mukanya. Hishhh macam mana boleh kantoi? Memang dia tengah ushar Nia tadi. Ralit sangat perhatikan 'budak kecik' tu sampaikan dia tak perasan dirinya juga jadi bahan perhatian orang lain.

''Hish.. Mana ada cikgu. Saya tengok biasa-biasa je. Dah dia ada depan mata, saya tengok jelah.'' Nuh berikan jawapan selamat.

''Tak apa Nuh kalau kau suka dia.. Nanti hari-hari kau boleh tengok dia. Eusoff ni suka sangat panggil Nia ke sini. Jadi, boleh la cikgu-cikgu lain tumpang jamu mata.'' Cikgu Faisal dari meja sebelah Nuh menyampuk.

Cikgu Eusoff senggih di tempatnya. Tak boleh nak menafikan hal itu.

Nuh rasakan ada sesuatu saja disebalik ayat cikgu Faisal tu. Kenapa rasa macam lain je ayat-ayat cikgu kat sini?

''Nia tu budak baru kat sekolah ni. Kebanyakkan student kita form 6, student asal sekolah sini dari form 1 jadi masing-masing dah kenal. Tapi Nia tu special sikit. Dia budak baru dari sekolah luar. So, jadi perhatian la jugak. Bukan setakat cikgu-cikgu je suka usik dia, student lelaki pun sama. Selalu sangat saya dengar diorang duk megusik Nia tu dalam kelas.'' Cikgu Eusoff menambah. Masih sama seperti tadi, bibir itu tidak lekang dengan senyuman.

Jawapan Eusoff itu membuatkan Nuh rasa sesuatu. Tak tahu nak cakap rasa sesuatu itu apa bila dengar Cikgu Eusoff cakap macam tu, tapi dia cukup yakin yang dia 'tak suka'!

* * *

''Nia, jom gi kantin.'' Tashnim tepuk bahu Nia.

Nia angguk lalu mengemas buku-bukunya ke dalam beg. Beg bento yang dibekalkan oleh Mak Yam dicapai. Nia segera mendapatkan Tashnim dan Insyirah yang sedang menunggunya di jenang pintu kelas. Ketika mereka menuruni anak tangga.

''Hai Nia...'' tegur Hakimi. Seorang Ketua Pengawas dari Tingkatan 6 Atas, 6 Teluki.

Nia sekadar angguk sambil mengeluh nipis. Sesak sungguh jiwanya setiap kali terserempak dengan lelaki ini yang suka mengganggu ketenteramannya. Rambut panjang yang diikat ekor kuda, Nia sebak ke belakang.

''Nak pergi kantin? Jom, saya belanja.'' Hakimi masih mencuba. Dah lama dia pasang umpan tapi kailnya sampai sekarang belum mengena. Liat sungguhlah 'minah jepun' ni.

Nia berhenti menapak, beg bentonya diangkat tinggi menyamai paras mata Hakimi.

''Saya dah ada. Thanks sebab nak belanja saya tapi jangan susah-susah lagi, sebab saya dah bawa bekal saya sendiri. Dan untuk pengetahuan awak, bento ni hari-hari saya akan bawa. Saya pergi kantin dulu ya." Nia menolak perlawaan Hakimi dengan baik. Bukan dia menyombong tapi dia serik. Nia menguakkan tangan, minta dibukakan jalan.

Hakimi mendengus. Rela atau tidak, dia bergerak ke tepi untuk membuka laluan kepada Nia dan rakannya. Berlalunya Nia, Hakimi berdecit tidak puas hati. Maruah lelakinya seperti ditoreh bila Nia menolaknya sedangkan sebelum ini, tiada sesiapa yang berani menolaknya.

''Kimi, so how?'' tanya Nash, yang sedari tadi menjadi penonton drama sebabak antara Hakimi dan Nia.

''Payoh sungguh la budak tu. Ni bukannya kali tame aku try ajok dia, banyok kali doh tapi dok pernoh dia nok layang. Jeng aku gini!" bentak Hakiki. Boleh rosak reputasinya sebagai 'The Hot Guy' angkara Nia.

''Relaks la wei... take your time. Banyok mase lagi kot. Tapi ingat, kalu mung dok leh tackle Nia, mung kena bayor balik duit hok aku bertaruh dengan Bob tu. Mung pun tahu bukan sikit, ork?'' Nash menepuk bahu kawannya, mengingatkan.

Mereka mengambil tempat di salah satu anak tangga yang paling atas sambil termangu.

"Iye... aku tahu. Kena ambik mase sikit lagi ah. Nia tu bukan calang-calang orang puang aku nok tackle. Ingat jenis biase-biase macam hok lain, rupanye jenis payoh nok makang umpan." Hakiki merungut lagi.

"Sebab tu aku kate dulu, mung jangan letok harapang tinggi nanti mung gok buleh sakit.. tapi mung ni, jenis keras. Tak mboh langsung dengar orang lain kabor. Nok ikut panda mung je..." Nash turut menambah. Geram juga dia dengan perangai keras kepala sahabatnya itu.

Pelajar lelaki Kelas 6 Teluki ada agendanya yang tersendiri dan yang pastinya melibatkan Nia Jasmine. Mereka jadikan Nia sebagai bahan untuk bertaruh. Andai kata salah seorang dari mereka berjaya menundukkan gadis itu makan merekalah pemenang dan selayaknya digelar Romeo SMK Bukit Terantai.

'Uishh kalau aku boleh couple dengan Nia, tak akan ku lepaskan ke tangan lelaki lain!' nekad Hakimi di dalam hati.

''Tak pergi rehat ke ni?'' Nuh yang kebetulan lalu kawasan itu, menegur.

Keduanya berpaling dan bingkas bangun. Cikgu Nuh, cikgu baru yang menjadi bualan rakan perempuan sekelasnya. Walaupun Cikgu Nuh tidak mengajar mereka tapi disebabkan cikgu baru itu yang segak lagi tampan ini mengajar di kelas tingkatan 5, blok bersebelahan dengan blok mereka, sempatlah juga kawan sekelasnya bermain mata dengan Cikgu Nuh ini.

''Tak cikgu,'' jawab Nash. Hakiki hanya mengangguki.

''Kenapa lepak sini?"

"Tak de nape cikgu. Saje lepak sini. Kejap lagi rehat nok habis doh." Hakimi pula menjawab sambil kerling jam tangannya.

"Oh okey. Saya tumpang lalu lah kalau macam tu."

"Sila... silakan Cikgu."

Nuh melintasi. Sebelum turun ke anak tangga seterusnya, Nuh toleh sekali lagi kepada mereka berdua.

"Pertaruhan atau makna kata dalam bahasa inggerisnya 'betting' adalah satu perkara yang tak elok dan agama awak sendiri pun melarang perkara yang melibatkan perjudian. Apatah lahi kalau bertaruh sebab perempuan. Nasihat saya, tak berbaloi pun bertaruh untuk benda-benda macam tu," ujar Nuh lalu mula menapak. Tapi sekali lagi dia memakukan langkah dan berpaling.

"Dari korang fikir dapat atau tak dia, saya jamin yang kamu tak akan dapat dia. So daripada sibuk fikirkan benda yang tak penting tu, baik kamu fokus pada diri dan masa depan kamu sendiri." Sambung Nuh lantas menyambung langkahnya. Seulas senyuman sinis diberikan kepada keduanya.

Keduanya tergamam.

"Cikgu tu dengor ke?" Nash berbisik. Hakimi yang masih terlopong, mengangkat kedua bahunya.

Nuh tersenyum sumbing.

'Budak... budak, kau belum kenal erti dunia ni kejam lagi. Jadi jangan cuba cabarkan diri. Korang tak kan dapat apa yang akan jadi milik aku. Kalau dulu mungkin aku boleh bertolak ansur. But now everything gonna be changed. Apa yang aku nak, tak kan lepaskan!'

* * *

Khalil : Angel, i'm so sorry... abang ada urgent case. Rasanya abang tak boleh ambil Angel hari ni.

Nia ketap bibir baca WhatsApp dari abangnya. Masa-masa macam ni lah, nak ada urgent case!

Nia : What? So, Anjell nak balik dengan apa? Should I call grab or taxi?

Taip dan hantar. Hanya itu ya g terlintas.

Khalil : No! Taxi or grab is not good choice for you!

Cepat saja abangnya balas. Nia tahu Khalil masih trauma dengan kejadian dia hampir diculik 3 tahun lepas selepas balik dari sekolah dengan menaiki teksi. Kebetulan pula abah dan Mia tidak ada di rumah ketika kejadian.

Nia : So? What should i do now?

Khalil : Just wait.

Nia : Okay abang.

Nia mengeluh kecil lantas menyimpan telefonnya ke dalam beg galas.

"Aiii... mengeluh Nia? Kenapa?" Insyirah yang berada di belakang meja Nia menegur.

"Abang saya. Dia tak boleh datang ambik saya hari ni..." Suara Nia mengendur.

"Awak boleh tumpang saya. Saya balik dengan sepupu saya."

Nia angkat kening, tak pernah pula dia tahu siapa sepupu kawannya itu.

"Sepupu awak? Siapa?"

"Nash, kelas 6 Teluki tu.."

"Oh...." Panjang 'oh' Nia tu, tanda dia dalam dua untuk terima atau tak. Dia bukannya bebal tak faham dengan panahan tajam Nash dan kawannya, Hakimi tu. Hish meremang bulu roma!Sesuatu sangat. Terasa gegaran dari dalam beg galas, Nia segera mencari telefonnya kembali.

"Hello.." Perlahan suara Nia meyapa sebaik sahaja meletakkan telefon di telinga. Dia bersikap berhati-hati kerana nombor yang menghubunginya itu tiada dalam senarai kenalannya.

"Nanti tunggu aku dekat parking lot. Pukul 2.30 petang. Jangan nak mengada balik dengan orang lain." Klik! Talian dimatikan.

Nia tercengang. Telefonnya dipandang, apakah?

"Nia, kenapa? Siapa call?" Insyirah bertanya, hairan dengan muka blur Nia.

"Ini... Saya... saya rasa abang saya call." Nia tergagap-gagap. Insyirah mengerutkan kening.

"Rasa? Dah kenapa pulak main rasa-rasa ni?"

Nia menggeleng pula.

"Entah... tapi saya rasa dia yang call..." jeda Nia masih lagi bingung. Dia, merujuk kepada abang yang lagi satu. Yang pasti bukan Khalil. Insyirah dia pandang. Untuk menjelaskan kepada Insyirah dengan lebih terperinci, bukan masanya lagi.

Ada hati yg panas ke tuuu....

Share this novel

Noor Mimi
2024-12-16 14:38:34 

x sabar utk next...


NovelPlus Premium

The best ads free experience