Bab 24 : NJ

Romance Series 174928

2011.

Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor.

Nuh Jazmin seperti biasa melepak di tasik Bukit Ekspo dalam kawasan Universiti selepas selesai berjogging 3 kali pusingan. Di sini dia bebas menjalani kehidupannya seperti mahasiswa lain tanpa memikirkan tentang status dan pangkatnya. NJ cukup bersederhana disini, tempat tinggal pun dia pilih untuk tinggal di hostel. Kolej 15, itulah nama kolej kediamanya.

Dia selesa dapat berkenalan dengan ramai kenalan dari serata pelusuk negeri tanpa memikirkan tentang orang-orang JR. Lagipun sebelum ke sini, dia dan JR telah membuat satu penjanjian iaitu JR tidak boleh mengganggu privasinya sehinggalah dia menamatkan tempoh belajarnya selama 4 tahun. Dan Hotel Black Diamond yang terletak di tengah-tengah Kota Kinabalu itu pula akan diserahkan kepada JR sekiranya JR mematuhi perjanjian mereka itu. Sekiranya ada belaku pelanggaran perjanjian, JR tidak berhak lagi untuk menuntut sebarang hak darinya selaku pewaris sah Legacy James.

NJ merenung tasik yang terbentang di hadapannya. Tenang air itu beralun. Setenang hatinya sejak berjauhan dari kehidupan realitinya. Tekadnya, dia akan menikmati masa 4 tahun di sini dengan sebaiknya. Tiba-tiba terasa rindu pada Luke dan Andy. Dua orang sahabat yang sanggup ada ketika susah dan senangnya. Yang selalu ada di saat dia terjatuh dalam emosi yang rapuh.

Andy, kawannya ketika dia tinggal dengan neneknya sebelum dipaksa berpindah ke Villa Rossie manakala Luke pula teman sepermainannya sejak dari kecil. Luke selalu ada ketika dia teruk dibuli oleh ayahnya. Ayah yang terlalu sukar untuk dia memanggil sebagai 'ayah'. Egonya seorang lelaki, sehingga sanggup meminta anak-anak memanggilnya dengan panggilan JR sahaja.

Hubungan antara NJ, Luke dan Andy cukup rapat bila mana mereka bertemu semula sejak melangkah masuk di alam persekolahan. Selalu mereka bertiga sejak dari zaman sekolah. Walaupun mereka berdua cuma anak orang kebanyakkan, mereka berpeluang untuk ke sekolah berprestij dengan mendapat tajaan dari keluarga NJ sendiri. Oleh sebab itu permintaaan NJ sendiri, JR tidak menolaknya asalkan NJ tetap berada di bawah pemantauan orang-orangnya. Luke dan Andy, keduanya membawa kepentingan buat JR.

"Hai Nuh..." sapa satu suara yang cukup Nuh kenali. Suara yang begitu lunak di halwa telinga NJ. NJ senyum dulu sebelum toleh ke belakang.

''Hai Eda... Come and have a seat." NJ tepuk bangku kosong di sebelahnya, mempersilakan gadis kelahiran Kedah itu untuk melabuhkan duduknya.

''Dah habis jogging?'' tanya Waheeda sambil menghulurkan sebotol air mineral kepada NJ.

NJ menyambutnya lalu membuka penutup botol. Seteguk dua air lalu ke kerongkongnya.

''Dah. 3 round. Cukuplah untuk hari ni. Eda buat apa kat sini?'' soal NJ pula sambil melirikkan matanya pada pakaian Waheeda. Gadis itu sungguh ayu dalam persalinan baju kurung merah jambu dan bertudung putih. Sesuai dengan orangnya.

''Eda dari Masjid UPM, ada program dekat sana. Eda join jelah. Sebelum nak balik hostel, saja singgah sini. Dah agak mesti Nuh ada sini.''

''Cari Nuh?''

''Tak jugak. Sebab semalam ada orang tu merajuk dengan Eda sebab Eda tak temankan dia lunch. So harini sajalah Eda datang sini, manalah tahu kalau hari ni dia sudi ajak Eda lunch lagi. Gantikan yang semalam.Tapi hari ni biar Eda yang belanja, sebagai tanda Eda minta maaf.''

''Semalam pergi mana?''

''Ada mesyuarat program dengan ketua falkulti. Nak tak nak Eda kena join la.''

''Hari ni tak ada mesyuarat ke?''

''Ada. Mesyuarat dengan jejaka handsome depan Eda ni.''

NJ senyum melebar. Waheeda pandai mengambil hatinya. Sejak kenal dengan gadis ini hari-harinya terasa indah dan begitu bermakna. Jatuh cintakah dia?

''Makin pandai ya?''

''Nak ke tak nak ni? Offer bukan selalu datang tau? Lambat-lambat nanti kena bayar sendiri.''

NJ tergelak.

''Tunggu Nuh pergi bersiap kejap. Sekejap lagi kita keluar pergi The Mines. Nuh pergi pinjam kereta Lutfi sekejap.''

''Okay Nuh. Eda tunggu kat sini tau.'' ujar Waheeda.

NJ mengangguk lalu berlari ke kolej kediamannya.

*               *                  *

''Lut, aku nak pinjam kereta kau kejap, boleh?''

''Keluar dengan Eda?'' tanya Lutfi, teman sebilik NJ. Lutfi, anak kelahiran Terengganu.

NJ menyakut tuala di bahunya.

''Ha'a nak keluar dengan Eda kejap. Boleh tak aku nak pinjam kereta kau ni?''

''Emm guna jelah Nuh. Aku pun bukannya guna sekarang," jawab Lutfi dan meneruskan kembali membaca majalah hiburannya.

''Eh kejap Nuh...''

NJ tidak jadi melangkah ke bilik air. Terpasak kakinya di amang pintu.

''Aku cuma nak tanya. Kau kenal Ben?''

''Ben mana?''

''Ben budak Kimia.''

''Kenapa? Rasanya macam pernah dengar nama dia.''

''Aku ada dengar budak Kimia bergosip. Ben dan Eda. Tapi aku tak sure lah benda tu betul ke tak. Sekadar dengar-dengar, boleh jadi benda tu tak betul.''

''Ben dengan Eda? Macamana boleh timbul gosip tu?''

Lutfi angkat kedua belah bahunya.

''Sebab tu aku cakap itu hanya gosip. Kau tanya Eda lah untuk jawapan seterusnya tu. Fitnah ni boleh datang bala kau tahu?''

''Emm.. Nantilah aku tanya Eda.'' NJ keluar dari biliknya.

*                    *                   *

"Nuh, kenapa Eda rasa macam ada orang tengah follow kita?" Pertanyaan Waheeda sewaktu mereka baru sahaja selesai menikmati hidangan tengahari di Chicken Rice Shop, menyentakkan tangkai hati NJ.

NJ toleh ke kiri kanannya. Dia juga ada merasakan hal yang sama sejak kebelakangan ini. Tapi disedapkan hatinya sendiri, mungkin hanya mainan perasaannya saja. Tak mungkin JR akan buat perkara yang sama lagi sedangkan mereka sudah ada perjanjian. Dia yakin JR akan patuh kepada perjanjian antara mereka kerana JR cukup gilakan hartanya.

"Ada orang follow kita? Mana?"

"Kat belakang. Sebenarnya ini bukan kali pertama Eda rasa ada orang follow kita. Dah banyak kali. Masa Eda kat kampus pun, Eda rasa ada orang follow Eda."

"Kenapa tak cakap dekat Nuh awal-awal?"

"Nuh kan busy lately. Tournament futsal kan baru je selesai, kan? Eda tak nak ganggu konsentrasi Nuh."

''Eda, your safety come first. Jangan sembunyikan apa-apa dari Nuh. Nuh tak mahu  benda-benda yang macam ni boleh menjauhkan hubungan kita. Eda pun tahu yang Nuh serius dengan Eda."

Waheeda diam.

''Eda tahu kan, Nuh serius dengan Eda?''

''Tahu...''

''Tapi Nuh ada dengar gosip Eda dengan Ben, that's true?''

Waheda menggelengkan kepalanya perlahan.

''That's good. Nuh tak suka dengar benda-benda merepek macam ni.''

Waheeda senyum segaris. Nampaklah yang NJ itu sedang serius dengannya.

"Eda masih rasa kita kena follow?" NJ tiba-tiba menukar topik.

Waheeda mengangguk.

"Okay seat here. Nuh pergi check." NJ segera bangkit dari duduknya dan bergegas ke tandas mahu mengumpan 'si dia' yang menjadi pengendap.

NJ intai di sebalik cermin kedai yang berada di hadapannya. Seorang lelaki berhoodie, pakai cap dan cermin mata hitam serta pelitup muka. Agak sukar untuk Nuh mengecamnya dari jarak jauh dengan pemandangan yang agak kabur hasil biasan cermin.

Bila si dia sudah semakin mendekat, NJ segera belok ke tandas. Menyorok di sebalik dinding menanti kemunculan si jejaka misteri seperti yang NJ sangka, si dia muncul pada masa yang tepat. NJ menggunakan ilmu serangan hendap yang pernah belajar dulu. Tangan kekar si dia, NJ lipat ke belakang tapi tidak mudah untuk NJ menyerang. Setiap siri serangannya berjaya dibaca oleh pihak lawan.

Nampaknya lawannya itu bukan alang-calang orangnya bila tidak berputus asa mencantas setiap serangan yang diberikan NJ. NJ mara tapi lawannya deras memaut tangannya di belakang tengkuk NJ lalu menarik NJ kuat sehingga NJ jatuh terguling di hadapannya.

NJ berdesir di lantai konkrit. Tak mengalah, dia bingkas berdiri dan cuba melawan. Kini kaki pula digunakan tapi sayangnya setiap hayunan kaki NJ berjaya ditepis dengan mudah membuatkan NJ terfikir penyerang hendapnya itu bukan lawannya. keduanya berhenti meneruskan serangan.

"Siapa kau? JR hantar kau?''jerkah NJ. Nasib baik ketika itu tiada orang dalam tandas awam berkenaan.

Lawannya diam, tidak berbalas, mungkin juga tidak mahu NJ mengecam suaranya. Lantas dia menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan sekeping kertas bersertakan sekeping gambar. Dia kemudianya melempar kepada NJ dan berlari keluar meniggalkan NJ.

_Call me. 019-968XXXX._

Hanya itu yang ditulis dibelakang gambar NJ dan Waheeda.

_Stay away from that girl before she's become a victim of JR. JR spies on your movement._

Itu yang tertulis. NJ reyuk kertas di tangannya sambil mengetap gigi. JR mungkir janji!

Tanpa banyak soal, NJ segera menghubungi seseorang.

''Luke, aku rasa JR dah mungkir janji dia pada aku.'' terjah NJ sebaik sahaja panggilannya bersambung.

''Hah? Why?'' Suara Luke dihujung sana, terkejut.

''Dia hantar someone untuk spy aku kat sini.''

''What? serius?''

''Ya.. Aku serius. Tadi dah dapat tapi terlepas.''

''Terlepas? Habis tu macam mana sekarang? Kau dah tahu ke siapa orang tu?''

''Tak sempat aku nak buka topeng muka dia, dia kuat wehh! Tak macam yang sebelum ni. Kali ni JR betul-betul hantar orang yang setaraf dengan aku.''

Luke dihujung sana sudah tergelak besar.

''Kalau JR tahu kau kalah dengan orang-orang dia, mahunya dia gelakkan kau, NJ.''

''Kau jangan jadi gila Luke. Aku tengah serius ni. Kau tolong siasat siapa yang JR hantar kali ni. Aku perlu tahu. Immediately.''

''Alright boss. Don't worry, semuanya aku akan uruskan.''

''Okay Luke. Aku chow dulu.''

*            *            *

Luke Sebastian tekan butang merah bila selesai menerima arahan dari bossnya. Luke tenung skrin telefonnya sekilas. Gambar Luke bersama arwah ayahnya dan dua lagi adiknya.

Dari jauh dia mengintai susuk tubuh NJ yang sudah keluar dari tandas awam dan melangkah menuju ke Restaurant Chicken Rice Shop yang menjadi tempat santapan tengahari sahabat baiknya itu bersama teman istimewanya. Bila sedar NJ tidak ada disitu, Luke keluar dari tempat persembunyiannya dan tarik pelitup muka yang menjadi pelindungan mukanya lalu disangkut dibawah dagu.

'I'm sorry NJ,' rintih Luke, serba salah.

Ingatannya berputar kepada kejadian 3 bulan lalu, penyebab kepada terbawanya dia ke semenanjung sehingga ke hari ini.

2011. Kota Kinabalu , Sabah.

Luke Sebastian melangkah masuk ke pejabat mewah yang tertera nama berukiran emas itu, 'Datuk JR'. Sekali pandang nama itu membuatkan Luke meluat. JR cuma berbangga atas kekayaan orang lain. Menumpang atas kemewahan yang dibina oleh orang lain dan mengaku itu kepunyaannya. Dasar kaduk naik junjung!

Nicholas,ketua 'bodyguard' JR terus mengetuk pintu bilik bossnya sebaik sahaja terpandangkan wajah Luke.

''Coming," sahut suara garau itu dari dalam.

Nicholas membuka pintu lalu mempersilakan Luke masuk ke dalam ruangan itu. Luke menurut.

''What a suprise Luke, datang sini tanpa NJ?''

''JR minta aku datang," balas Luke. Tahu JR menyindir dia.

JR mengorak senyuman sinis. Dia sendiri akui selain dari anaknya, Luke juga bukan sembarangan orang walaupun masih berdarah muda remaja.

''Masih setia dengan NJ walaupun NJ dah buang kau?'' provok JR.

''NJ tak buang aku, JR. Dia cuma mintak aku yang bagi dia peluang untuk dia bebas tanpa perlu diawasi. Sesuatu yang kau tak mampu bagi pada dia,'' tenang Luke membangkang tuduhan JR.

''Aku tak bagi dia kebebasan, huh? Kau patut tahu ada apa pada seorang NJ itu Luke? Apa saja yang kau mahu, pasti kau akan dapat. Tapi kau tu yang bodoh masih setia pada dia tanpa ambil kesempatan atas apa yang NJ ada. Dia tu lubuk emas kau, Luke.''

Luke mengorak senyuman sinis.

''Itu yang membezakan kau dengan aku, JR." Makin berani Luke mengulas setiap kata-kata JR.

Sekali lagi JR senyum sinis. Seperti jangkaannya, keberanian yang ada pada Luke buat dia rasa Luke ini sangat istimewa kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Luke ini tegas dan berani dan yang pasti disebalik keberanian itu, akan ada terselit titik kelemahannya. Dan kelemahan itu adalah sesuatu yang boleh digunakan untuk memberinya satu manfaat di kemudian hari. JR tahu Luke pasti akan tunduk dan patuh dengannya suatu hari nanti. Satu-satunya kelemahan Luke adalah dua orang adiknya. Jari kanannya menekan interkom untuk menghubungi Nickolas.

''Bawakan diorang masuk ke sini.'' Hanya itu arahan JR dan pasti Nicholas sudah sedia maklum tentang apa yang dimaksudkan.

Pintu sekali lagi dibuka dari luar. Nicholas muncul bersama John dan dua adiknya, Nadine dan Sophie. Luke mengerut dahi, tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku kepada keluarganya.

John tolak sedikit adik-adiknya supaya mara ke hadapan mendekati Luke dan JR. Luke bergegas mendapatkan adiknya tapi deras dihalang oleh Nicholas. Kemas kedua bahu Luke dipegang oleh lelaki itu, mematikan seluruh pergerakan Luke. JR bangkit gagah dari kerusinya lalu menapak mendekati Nadine dan Sophie.

''Nadine and Sophie. Suka rumah baru?''  tanya JR ambil mengelus pipi Sophie lembut.

Sophie menikus disebalik tubuh Nadine, Nadine peluk erat kakaknya. Tubuh keduanya hampir sama tinggi sama rendah walaupun berbeza umur 2 tahun.

Melihat reaksi takut Sophie, Luke dapat mengagak tentu orang-orang JR sudah menakutkan adiknya.

''Nadine nak baik rumah lama. Nadine tak suka duduk rumah tu.'' tungkas Nadine. Nadine ini walaupun baru berusia 11 tahun tapi dia lebih berani dan lantang bersuara jika dibandingkan dengan Sophie yang 2 tua darinya.

''Kenapa tak suka? Tu rumah bapak Nadine. Uncle belikan rumah tu untuk bapak Nadine.''

Luke mengepal penumbuk. Sekarang dia sudah faham apa yang sedang berlaku. JR sedang mengumpannya!

''Kau jangan nak mereka cerita, JR. Rumah tu kepunyaan kau dan rumah tu jugak salah satu tempat kau jalankan bisness kau tu!'' tempelak Luke kuat.

Bila JR sebut tentang rumah, baru dia teringat ada sebuah rumah yang JR beli dan gunakan nama ayahnya sebagai pemilik. Rumah itu juga yang selalunya menjadi port untuk JR dan orang-orangnya menjalankan bisness haram mereka. Segalanya dirancangkan untuk memastikan bisness JR berjalan dengan lancar tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

''It's sound so good, Luke. Nampaknya aku tak payah nak terangkan semuanya dengan panjang lebar pada kau, Luke. Kau dah tahu semuanya tentang aku, kan? Tentu banyak yang bapak kau buka mulut pasal aku, kan?''

''Bapak aku tak pernah buka mulut pasal kau, JR. Tapi aku tahu sendiri. Bukan setakat aku tapi NJ juga tahu apa yang kau buat selama ni. Rumah-rumah yang kau beli semuanya kau gunakan nama orang lain dan kau buat bisness kau seolah-olah bukan kau yang mastermind semua tu,'' tempelak Luke lagi.

Sakit hatinya bila ingatkan semula yang nama mendiang ayahnya turut terlibat sekali.

''Wow... i'm impressed, Luke. Sebanyak itu yang kau tahu pasal aku?'' JR mundar mandir dihadapan Luke sambil mengelus belakang lehernya, mencari idea untuk kenakan Luke. Tak boleh biarkan anak muda ini berjaya lumpuhkan taringnya.

Luke senyap. Terlanjur bicara kerana geramnya dengan JR yang sudah semakin membuak-buak.

''Tawau. Ada sebuah resort aku di sana. VVIP serve. Do you know what it about?'' Kali ini JR perlu gunakan secara halus. Biar mental Luke terdera.

Sekali lagi Luke menyepi. Kali ini air liur segan turun melepasi kerongkong. Dapat dia agak apa yang ada dalam kepala otak jahat seorang JR.

Resort Black Diamond satu-satunya Resort kepunyaan Legacy James yang disalahgunakan oleh JR dengan menjadikan tempat mewah nan indah itu sebagai tempat untuk golongan VVIP 'beristirahat' bersama 'gundik' masing-masing.

''Sophie sudah 13 tahun. Kalau aku bela dia sampai umur 15 tahun, nanti aku sudah boleh transfer dia ke sana. Nadine? Rasanya boleh juga kalau aku transfer dia dua tahun lebih awal. Nanti dia boleh praktis, banyak benda yang dia perlu belajar, kan Luke?''

''Kau jangan main-main dengan adik aku, JR!'' Luke ketap rahang kuat. Meronta geram mahu menerkam JR. Namun kekuatan Nicholas yang berbadan tegap lagi gagah itu tak mampu Luke melawan.

''Why? Dah alang-alang kau tahu semua kegiatan aku, rasanya tak salah kalau aku tolong merealisasikan siasatan kau tu jadi satu kenyataan untuk kau dan adik-adik kau, kan Luke.'' JR sekali lagi mengelus miang pipi Sophie.

Sophie sudah banjir dengan air mata. Nadine pula masih berwajah beku walaupun dia sendiri kecut. Badan masing-masing sudah menggigil halus menahan rasa takut.

''Kau jangan sentuh adik-adik aku, JR!'' Sekali lagi Luke berikan JR amaran.

JR gelak sinis. Menyakiti hati Luke.

''I'll let them go, but there's something you need to do for me.''

''What?''

''Be me to keep an eye on NJ movements. Report his every move to me. Every second, minute, day, week, month is so important for me to know. And you should know, every report guarantees the safety of your siblings. Deal?''

Luke diam memikirkan sesuatu.

''Why me?''

''Why? Of course hanya kau dan Andy saja orang yang NJ percaya tanpa ada sebarang keraguan. So, I must wisely take this opportunity for my own good. We are in a win-win situation. You will get your sisters and I will get my share. Right?''

*                *                  *

''I'm sorry, NJ. Aku terpaksa jadikan diri aku sebagai orang JR. I'm sorry. Aku tahu kau pasti rasa kecewa dengan aku nanti. Tapi aku tak punya pilihan lain, NJ.''

Dipergunakan. Tq to all the readers. AJIB 2

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience