Bab 39 : NJ

Romance Series 186495

Seminggu berlalu hubungan Nia dengan Zaen tetap hambar tanpa sebarang perubahan. Malah semenjak itu juga, Zean menyepikan diri seolah-olah sengaja menjarakkan diri darinya. Setiap panggilan dan kiriman teksnya yang dihantar juga tidak dibaca dan dibalas.

Nia melepaskan keluh. Dari bilik, dia membawa diri ke taman mini sesudah menyiapkan kerja kursusnya. Bangku kosong di isi dan sesekali dia menilik telefon, kalau-kalau ada sebarang teks daripada Zaen. Tapi lain yang ditunggu, lain mula yang muncul.

Nuh : Kau dah siap belum? Kita pergi ambil mama dengan Khalil sama-sama. And please pakai baju yang elok-elok sikit.

Nia mencebik membaca kiriman teks dari Nuh. Hari ini penerbangan mama dan Khalil dijadualkan akan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu selepas transit di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). 

''Hish, bencilah dia ni. Suka paksa-paksa orang. Semalam dah tanya baik-baik, pandai pulak jawab nanti dia yang jemput tapi hari ni pusing cerita pulak dah! Awal-awal tak bagitahu elok-elok!'' bebel Nia kegeraman dengan sikap Nuh. Abang angkat dia yang seorang ni suka sangat cari pasal!

''Apa yang membebelnya Nia?"

"Opocot mak kau Nuh!" Dek terkejut dengan sergahan Mak Yam, Nia melatah.

Mak Yam tersengih. Dia bangkit berdiri dari celah-celah deretan pasu bunga sambil menanggalkan sarung tangan.

"Allah, Mak Yam ni! Kus semangat Nia," ujar Nia sambil mengurut dada. Sungguh dia tidak perasankan Mak Yam ada di situ.

"Maaflah Nia kalau Mak Yam kejutkan Nia."

"Eh tak ada apa-apa pun Mak Yam. Nia ni tak perasan Mak Yam ada dekat sini. Mak Yam buat apa ni?" tegur Nia sambil menjengul sedikit kepalanya ke pada Mak Yam. Selain daripada Nia dengan Nuh, Mak Yam turut diarahkan untuk bermalam di rumah ini sementara Dayin Seri Roslina dan Khalil tiada. Nia lega dengan arahan mamanya itu, kerana dia dengan Nuh bukan mahram. Tak elok berdua nanti akan ada yang ketiga. Mencegah itu lebih baik daripada merawat.

"Mak Yam duk pruning pokok bunga mama Nia ni. Banyak pokok nak kena pruning. Kalau dok pruning, payoh nok berbunga." Mak Yam mendekati Nia, gunting bunga diletakkan atas meja.

"Tadi Mak Yam dengor Nia bebel. Bebel nape?'' Mak Yam sambung soalannya yang tertangguh tadi sambil melabuhkan duduk di kerusi sebelah Nia.

''Oh, Nia membebel pasal Nuh tulah, Mak Yam.'' Muka Nia kembali berkerunyut.

''Nape dengan Nuh?''

''Nia sebenarnya geram dengan dia. Semalam Nia dah elok tanya dia, nak Nia ikut sekali tak ke airport. Dia kata tak payah. Tapi hari ni, dia text nak Nia ikut dia pergi airport siap pesan pakai baju elok-elok sikit. Cakap selalu berbelit-belit. Geram betul Nia dengan Nuh ni!''

Mak Yam hanya senyum sebelum menyambung,

''Nuh boring la tu kalau Nia tak dok sebeloh dia,'' komen Mak Yam. Sekilas ikan di air sudah dia kenal jantan betinanya inilah pula Nuh dengan Nia.

Nia menganga.

''Boring apa kebendanya Mak Yam. Bukan jauh pun airport tu. Tak sempat nak buka topik, tahu-tahu dah sampai.''

Mak Yam menggeleng.

''Kalau Nuh dengan Nia tu, Mak Yam kenal sangat. Korang bukan tak dang nak bersembang tapi korang siap bertekak lagi dalam kereta tu.''

Nia membulatkan mata.

''Hish Mak Yam ni, apa pulak kata Nia dengan Nuh macam tu,'' sangkal Nia dengan wajah cemberutnya.

''Itu hakikatnya, Nia. Kalau dah depan Mak Yam, korang boleh bertekak, bertumbuk... apatah lagi belakang Mak Yam. Ye dok?" usik Mak Yam dengan sengaja menjongket-jongket keningnya.

''Nuh tu suka sangat cari pasal dengan Nia.'' Nia cebik bibir tak puas hati Mak Yam mengenakan dia.

''Nia pun suka cari pasal dengan Nuh, kan?''

''Mana ada Mak Yam. Nia tak cari pasal kalau dia tak cari pasal dulu dengan Nia.''

''Yelah Nia. Cakap dengan Nia ni sama je dengan Nuh, sama-sama tak nak mengalah, tak nak orang lain menang. Hah elok sangatlah Nia dengan Nuh tu.'' Mak Yam lagi mengusik, suka benar dia lihat muka putih Nia bertukar rona.

''Eh, Mak Yam ni... ke situ pulak..."

"Nia!" Tiba-tiba kedengaran suara Nuh memekik nama Nia.

Nia terbungkam, cepat-cepat dia membuka langkah seribu ke pintu utama. Kelihatan Nuh menjengulkan kepalanya di tingkap kereta.

"Kenapa?" Nia turut memekik di muka pintu.

"Kau dah siap belum? Kalau dah, jom."

Nia terburu-buru menyarung sneakers putihnya lalu bergegas masuk ke kereta Nuh. Nuh sempat menilik pakaian yang tersarung di tubuh Nia sebelum berdecit kecil. Tangannya ligat memutar stereng kereta.

"Ni je pakaian kau? Bukan ke aku dah pesan pakai baju elok-elok?"

Nia tunduk pada pakaian di tubuhnya.

"Kenapa? Ada yang tak kena ke?"

"Memanglah tak tapi sekurang-kurangnya pakailah elok-elok sikit. Kau ingat aku ajak kau nak pergi jogging ke apa?" degus Nuh tidak puas hati dengan cara pemakaian Nia

"Apa masalahnya? Saya cuma pakai pakaian yang biasa saya pakai lah. Nak makeover apanya?" Nia tarik muka. Takkanlah disebabkan baju pun mereka mesti bertekak? Nampaknya masin mulut Mak Yam.

"At least, aku nak kau nampak 'perempuan' sikit. Kita nak jumpa dengan seseorang selepas ambil mama dengan Khalil."

"What?!" Nia terbungkam. Telinga tak salah dengarkan?

"Tak payah nak what-what sangat lah. Lain kali alert la sikit dengan arahan aku." Nuh memberhentikan kereta di hadapan satu butik pakaian yang terletak di Seberang Takir, berdekatan dengan LapanganTerbang Sultan Mahmud. Dia segera keluar dari kereta meninggalkan Nia seorang diri di dalam kereta.

Tak lama kemudian, Nuh muncul sambil meletakkan satu plastik berlogo jenama butik di riba Nia.

"Kau masuk dalam, tukar baju." Nuh mengarah. Nia angguk saja, kecut juga dia dengan muka tegang Nuh.

*                    *                     *

Nuh dan Khalil beriringan masuk ke Hotel Berlin, diikuti dengan Nia dan Datin Seri Roslina. Nia hanya menurut tanpa bertanya apa dan mengapa mereka berada di sini.

Mereka melangkah masuk ke satu bilik yang tertutup khas untuk mereka yang memerlukan lebih privasi. yang ditempah khas oleh Nuh. Tampang wajah Nuh kelihatan makin serius sejak dari menjemput mama dan Khalil. Telefon Nuh berbunyi dan Nuh meminta diri sebentar untuk menjawab panggilan itu.

"So, how Nuh?" tanya Khalil setelah Nuh kembali ke meja mereka. Semua mata tertumpu pada Nuh

"Andy and Daud is one the way. Nenek juga ada."

"Sure everything clear?" Khalil serius menyoal. Nia terkebil-kebil dengan persekitaran yang dirasakan agak dingin ini.

"Sure, don't worry. Diorang dah tak berani nak buat kacau lagi."

"Diorang tahu kau dekat sini?" Lagi Khalil bertanya. Makin keliru Nia dengan topik perbualan Nuh dengan abangnya.

Nuh menggeleng. Itulah yang dia bimbangkan. Kalau JR tahu dia di sini, rosak habis rancangannya.

"Alhamdulillah. Oklah macam tu Nuh." Khalil pula membalas, menepuk bahu Nuh.

"Assalamualaikum." Pintu dikuak dari luar. Empat pasang mata menoleh. Kelihatan dua lelaki berpakaian segak sedang memberi jalan kepada seorang nenek yang sedang menapak perlahan-lahan masuk ke ruangan mereka.

Nuh bingkas berdiri.

"Nenek!" Nuh menerkam lalu memeluk wanita yang digelar nenek.

"Nenek, come here..." Nuh merangkul bahu neneknya dan membawa wanita itu ke meja mereka.

"Nuh kenalkan, ini family angkat Nuh. Mama, Datin Seri Roslina dan Khalil. Orang yang Nuh jumpa di London. And this one is, Nia... Nia Jasmine." Nuh memperkenalkan Kesuma kepada mereka semua. Lama mata Nuh berhenti pada wajah Nia semasa dia memperkenalkan gadis itu kepada Kesuma.

Kesuma berjabat tangan dengan Datin Seri Roslina. Dia memeluk tubuh itu.

"Terima kasih jagakan Nuh," bisiknya di telinga Datin Seri Roslina. Datin Seri Roslina mengannguk.

Kemudian Kesuma bersalaman pula dengan Nia. Nia cium tangan itu dan dia sedikit tersentak bila Kesuma menariknya ke dalam pelukan.

"Tolong jagakan dia ya?" pinta Kesuma di cuping telinga Nia. Usai pelukan dileraikan dia menatap anak mata cantik Nia.

Nia mengangguk jua biarpun dia rasa nenek Nuh sudah salah faham dengan hubungannya dengan Nuh. Tapi demi menjaga hati dan air muka Kesuma, Nia mengiakan saja ambil ukir senyuman ikhlas. Lagipun dia tidak mahu menghampakan harapan nenek Nuh yang nampak baik saja orangnya.

"Mama, Lil, Nia, Nuh kenalkan ini nenek Nuh, Kesuma. Dan ini kawan-kawan Nuh, Andy dan Daud."

Pertemuan ini sekejap saja. Kesuma datang ke menemui Nuh semata-mata kerana merindukan satu-satunya cucu yang dia ada bersertakan ada beberapa perkara yang ingin dibincangkan dengan Nuh iaitu berkenaan dengan kewujudan insan yang bernama Eshal Maisarah. Eshal Maisarah, anak kepada rakan kongsinya yang hilang tanpa jejak semenjak berlaku pencerohan dulu.

Dua jam berborak, Khalil meminta diri untuk pulang bersama Nia dan mamanya. Manakala Nuh masih bersama Kesuma dan dua rakannya.

*                *                  *

Dua minggu berlalu, masih tiada tanda-tanda perang dingin antara Zaen Haidar dengan Nia akan berakhir. Pelbagai medium sudah Nia gunakan untuk berhubung dengan Zaen tapi semuanya menemui jalan buntu. Sungguh Nia risau dengan Zaen. Ini kali pertama Zaen merajuk panjang dengannya.

Buku rujukan Pengajian Am dipandang sepi. Hendak mengulang kaji pun rasa tidak berdaya bila hati tidak tenang. Sedang elok termenung, telefon Nia menjerit. Nia berkerut tatkali lihat nama abahnya tertera di skrin telefon. Jarang benar abah menelefon waktu-waktu malam macam ni.

"Assalamualaikum abah."

"Waalaikummusalam. Nia sibuk ke? Abah ganggu?"

"Eh, tak abah. Nia study je tadi tapi dah siap. Abah sihat?"

"Alhamdulillah. Abah sihat. Maaf kalau abah ganggu Nia. Abah telefon ni sebab abah nak tanya, Nia ada masalah ke dengan Zaen?"

Nia kerut dahi, macam mana abah boleh tahu?

"Tak ada pun. Kenapa abah?"

Derak jantung Nia tidak tenang, apatah lagi bila dengar abahnya menghela nafas berat.

"Abah cuma hairan. Bulan lepas Zaen ada datang rumah, dia cakap nak meminang Nia nanti cuti sekolah. Tapi hari ni... tak ada angin, tak ada ribut, mama Zaen datang meminang."

Nia terbungkam. Aunty Ima masuk meminang? Bukankah perancangan mereka pada hujung tahun? Lagi dua bulan menuju akhir tahun, tak sabarkah Zaen?

"Nia, hello Nia? Nia dengar tak ni?"

Nia tersentak.

"Ye-ye abah. Nia dengar."

"Abah nak tanya, kenapa mama Zaen masuk meminang Tya untuk Zaen? Nia dah tak ada apa-apa hubungan ke dengan Zaen?"

Sekali lagi Nia terbungkam. Matanya meluas. Tya? Tya Jasmine?

"Tya? Ka... kak Tya?" Gagap-gagap Nia menyebut, takut kalau abah tersalah menyebut nama.

"Iye Tya. Abah dah banyak kali tanya mama Zaen betul ke Tya? Dia bagitahu abah, Zaen yang suruh dia datang pinang Tya bukan Nia."

Nia terkedu. Tangan yang menggenggam telefon terasa goyah. Bibirnya menggigil halus. Mata terasa pedih-pedih.

"Abah ada juga tanya kenapa Tya, mama Zaen cakap sebab Nia masih belajar dan Zaen minta Nia habiskan dulu persekolahan Nia. Mungkin dah tertulis, antara Nia dengan Zaen tak ada jodoh."

Nia tahan air mata dari menitis tapi makin ditahan, makin galak menitis membelah pipi mulusnya.

"Nia, abah pun tak tahu kenapa Zaen boleh tiba-tiba berubah fikiran macam ni padahal dari dulu lagi Zaen sukakan Nia."

Apa yang dibicarakn oleh abah umpana masuk ke telinga kiri keluar telinga kanan. Telefon dimatikan tanpa pamit terlebih dahulu. Nia menunduk, akhirnya persoalan mengenai diamnya Zaen menemui jawapan. Nia memeluk kedua lututnya, dia menghamburkan tangisannya. Tipu kalau kata dia tidak bersedih. Tipu kalau kata dia baik-baik sahaja bila menerima berita Zaen bakal dimiliki oleh Tya, kakaknya sendiri.

Nia.. please don't cry... ='( Tq to all the readers. 20k views. Langsung tak sangka penerimaan pembaca. Sangat-sangat berbeza dengan masa saya tulis Cinta Buat Yusra Saidah. Tq2. =) NJ.

Share this novel

Ranis Sinar
2025-01-22 12:31:24 

apa la c zean ni ,,,,,kata putus tak ada dengan nia ,,tiba² p pinang Tya,,,,,

LyaSuffiya
2021-08-01 00:23:07 

tiberr rasa nk luku kepala zaen!hahahaha..

Tulip Haura
2021-05-31 14:38:55 

Welcome dear =) InsyaALLAH akan diusahakan.


NovelPlus Premium

The best ads free experience