~Attracted to you in ways i cant explain.~
Zaen Haidar, vokalis Violet Band masih menanti kemunculan Nia dan adiknya, Farid Azuan di luar pagar sekolah Nia. Sesekali dia jeling jam di pergelanggan tangan kirinya. Jarum jam sudah memasuki angka 2.30 minit petang, menunjukkan sudah melepasi waktu tamat persekolahan tapi bayang-bayang Nia dan Farid masih belum muncul.
Zaen melepaskan keluh, menanti dengan penuh sabar. Dia yakin yang dikejar tidak akan lari. Zaen senyum sendiri mengingatkan tindakan bodohnya hari ini. Dia sekadar mencuba nasib menjemput gadis kacukan melayu-jepun itu pulang dari sekolah biarpun dia tahu Nia pasti tidak suka dengan tindakannya. Gadis unik berusia 15 tahun itu seperti merpati. Nampak jinak tapi sukar untuk didekati.
Sebelum ini dia pernah cuba memikat gadis itu, namun Nia selalu menunjukkan reaksi yang tidak selesa setiap kali dia cuba mendekati. Zaen Haidar sedar mungkin faktor umur yang jauh antara mereka menjadikan Nia tidak seberapa selesa dengannya. Nia gadis belasan tahun sedangkan dia, graduan lepasan universiti.
Nia Jasmine, gadis itu istimewa dimatanya. Kali pertama dia kenali Nia, sewaktu gadis itu sedang asyik menggesek violin di halaman rumah. Ketika itu dia berkunjung ke rumah Tuan Ahmad Zakri selaku bekas gurunya ketika di sekolah menengah. Tambahan lagi Cikgu Ahmad itu ayah angkatnya. Ketika itulah dia dapat tahu yang Cikgu Ahmad ada anak perempuan lain selain Mia Jasmine, Lya Jasminedan Tya Jasmine.
Farid Azuan juga pernah bercerita tentang kebolehan Nia bermain violin dan selalu mempersembahkan bakatnya di atas pentas sekolah. Nia langsung tidak kekok berada di atas pentas.
Bukan itu saja, Farid Azuan juga bertanggungjawab membawa Nia menyertai Violet band yang ditubuhkan pada 2 tahun lepas. Selain Nia, Violet Band turut dianggotai oleh 3 lagi rakannya iaitu Uzzam selaku drummer, Baihaqi sebagai guitarist lead dan Fakhrul sebagai guitarist base.
Zaen akui bukan mudah untuk memujuk Nia menyertai Violet Band memandangkan usia Nia yang masih terlalu muda. Kalau bukan disebabkan campur tangan dari abah, tak mungkin Nia akan bersetuju dengan tawarannya. Bagi Zaen pula, Nia memang seorang yang berbakat besar dan sayang kalau bakat itu dipersia-siakan.
''Hai abang Zaen," teguran dari seseorang mengembalikan Zain Haidar dari terus mengingati gadis bermata hazel.
Zaen toleh ke sisi. Nadhirah, sepupunya tersenyum manis.
''Abang buat apa dekat sekolah Nad?'' tanya Nadhirah, sedikit hairan dengan kemunculan abang sepupunya di luar pagar sekolah.
''Emm.. abang tengah tunggu Nia dan Farid. Kejap lagi kitorang kena practice,'' beritahu Zaen Haidar.
''Oh, boleh Nad tumpang abang balik sekali?'' Nadhirah menyoal kemudiannya. Bukan senang dia boleh bersembang dengan sepupunya yang seorang ni. Kalau tak sibuk dengan tugasan hakikinya sebagai seorang pensyarah di sebuah kolej komuniti, lelaki itu akan sibuk dengan Violet Bandnya.
''Balik sekali? Nad tak ada kelas ke sekejap lagi?'' tanya Zaen Haidar pula, hairan. Bukannya dia tak tahu Nadhirah tu pelajar SPM tahun ni, mesti ada jadual kelas tambahan lebih-lebih lagi tak lama lagi percubaan peperiksaan SPM bakal menjelang.
Nadhirah kemam bibir dulu sebelum menjawab. Tali beg galasnya digenggam erat.
''Petang ni tak ada kelas. Cikgu semua sibuk. Nad pun baru je tahu kelas petang ni dibatalkan, so Nad tak sempat lagi nak bagitahu abah Nad. Boleh tak Nad tumpang abang?''
''Emm boleh je. Tapi sekejap lagi abang nak pergi makan dulu sebelum balik. So, Nad tak kisah ke?''
Bagai pucuk dicita ulam mendatang sahaja pertanyaan Zaen Haidar tu, terus beria Nadhirah mengangguk sebagai jawapan. Dia langsung tidak kisah!
''Abang Zaen!'' Farid Azuan menjerit tatkala ternampak abangnya.
Zaen Haidar membalasnya dengan mengangkat sebelah tangan kepada si adik yang sedang melangkah bersama Nia Jasmine.
''Hai Nia.'' Giliran Nadhirah menyapa Nia. Dia senior Nia. Nia junior dia. Tentulah mereka mengenali antara satu sama lain.
''Hai kak Nad," balas Nia berbasi-basi. Nia, bukannya ramah orangnya.
''So, kita nak pergi mana ni?'' tanya Farid Azuan kepada abangnya.
''Kita pergi makan dulu, boleh? Abang lapar sebenarnya ni. Nanti lepas kita makan, abang Zaen hantar Nia balik. Kita practice awal sikit petang, Nia tak kisah kan?''
Nia terpinga-pinga sekejap. Ajak makan dekat luar? Nia telan air liur. Dia memang lapar tapi untuk makan dekat luar selain dari rumah abah, itu bukan satu pilihan yang mudah. Nanti terkeluar perangai cerewet dia, tak ke memalukan diri sendiri nanti? Aduh, macam mana ni? Untuk terus menolak pelawaan itu, dia serba salah. Sudahnya, lambat-lambat dia angguk jua.
''Okay, jom.'' Zaen tersengih lebar. Akhirnya dia berjaya!
* * *
Nia termangu sendiri dihadapan buku menu. Nak order makanan apa ya? Inilah masalahnya. Dia bukannya arif sangat dengan nama menu-menu kampung ni. Selalunya kalau dia keluar makan dengan Mia dan abah, pilihan makanan memang dia serahkan bulat-bulat kepada mereka yang lebih arif untuk membuat pilihan. Hanya Mia dan abah yang lebih tahu apa makanan yang dia 'tak boleh' makan dengan yang 'boleh' makan.
''Nia nak makan apa?'' tanya Zaen Haidar disebelahnya.
Nia sekali lagi belek-belek buku menu dihadapannya. Kailan ikan masin? Siakap tiga rasa? Tomyam campur? Telur dadar dan ayam goreng kunyit? Rasanya itu menu yang dia dengar dari Zaen dan Nadhirah sebutkan tadi. Semua tu, dia boleh makan ke?
''Buat yang sama jelah senang," jawab Nia. Naik segan bila tengok waiters masoh utuh berdiri tegak di situ, sedang menanti dia membuat pilihan. Lagipun dia tak suka orang menunggu dia.
Nadhirah menjuling mata ke atas dengar jawapan Nia.
''Ingatkan nak makan apa lah tadi. Kemain tengok buku menu tu last-last tumpang oder yang kitorang pilih jugak," gumam Nadhirah perlahan tapi masih jelas di telinga yang lain.
''Eh, tak ada apa lah. Abang Zaen tak kisah pun. Nia sudi keluar sama dengan kita ni pun, abang Zaen dah rasa seronok sangat dah. Bukan senang nak ajak Nia keluar makan ni, kan Rid?''
Farid Azuan mengangguk mengiakan kata-kata abangnya. Memang susah nak tengok Nia makan makanan dekat kedai. Bukan setakat kedai makan biasa, makanan di kantin pun Nia tak jamah.
Sejak kenal Nia dari tingkatan 1, hampir setiap hari dia tengok Nia akan bawa bekal makanan dari rumah ke sekolah. Pelik juga tapi dia tahu pasti ada sebabnya kenapa Nia begitu. Walaupun sudah lama mengenali Nia tapi gadis itu tidak suka berceritakan prihalnya kepada orang lain dan sebagai sahabat dia menghormati hak privasi Nia.
''Nia tak biasa sangat makan dekat keluar itu tak bermakna Nia langsung tak boleh keluar,'' balas Nia sekadar menutup perasaan tak selesa dengan sindiran Nadhirah tadi.
''Tak biasa tu lah, kena biasa. Lama-lama nanti Nia biasalah.'' Farid Azuan faham maksud Nia. Dia senyum nipis kepada Nia.
''Lepas ni kalau abang Zaen nak ajak Nia keluar lagi, boleh ke?'' Tak semena-mena itu pula yang ditanya oleh Zaen.
Nadhirah tercenggang. Dah kenapa semua orang beria-ria sangat dengan Nia ni? Bukannya ada apa-apa pun pada minah celup ni! Nadhirah jeling Nia tajam, sakit hati bila Nia dapat layanan yang lebih dari sepupunya.
Baru Nia hendak jawab pertanyaan Zaen, bunyi notifikasi masuk ke telefon pintarnya. Nia capai telefonnya.
_Heyyy budak kecikk kau kat mana?_ ~Nuh
Nia kerut kening. Kenapa pulak mamat ni tiba-tiba chat dia?
_Kedai. Why?_ ~Nia
_Dengan siapa?_ ~Nuh
_Kawanlah. Why?_ ~Nia
_Pandai kau melepak sekarang ya? Kau tu budak sekolah Nia. Jangan nak berlagak macam orang dah besar lah!_ ~Nuh
Terbuntang mata Nia membaca pesanan ringkas itu.
'Nuh tahu aku melepak dekat kedai? Macam mana boleh Nuh tahu? Hish, ni yang tak suka ni! Nuh ada sepai dia ke apa? Tak boleh jadi!' Nia laju membalas.
_Saya keluar dengan band saya lah. Bukannya melepak. Jangan aci nak main tuduh-tuduh boleh tak?_ ~Nia
_Tuduh apa nya? Dah namanya kau dekat kedai, bukan melepak ke namanya?_ ~Nuh
Nia makin mengerut kening. Sakit hati pula dia dengan tuduhan Nuh itu. Nia mendengus kuat.
_Don't care about me, will you?_ ~Nia
_Does it look like i care about you? ~Nuh
_So, act like one!_ ~Nia
'Dasar penyibuk!' marah Nia dalam hati.
Nia meletakkan telefonnya sedikit kasar ke meja tanpa menunggu balasan dari lelaki itu. Meruap marahnya tiba-tiba dengan fiil Nuh. Nia mendengus lagi lantas menekan butang punat on/off di bahagian tepi telefonnya dan seketip mata saja telefonnya mati.
"Kenapa Nia?" tegur Zaen, sedikit terkejut lihat Nia tiba-tiba mendengus.
"Tak ada apa. Ada langau kacau"
"Hah?"
Nia mahu membalas tapi tidak jadi bila hidangan yang dipesan sudah pun tiba ke meja mereka. Masing-masing sudah tidak sabar untuk memulakan santapan tengahari mereka. Nia pula hanya pandang menu yang terhidang itu satu persatu. Nampak sedap dan mengiurkan tapi 'boleh' ke dia makan semua ni?
''Ini apa?'' Nia membisik ke telinga Zaen. Pinggan yang berisi sayur kailan ikan masin dihadapannya ditunjukkan kepada Zaen.
Zaen angkat sedikit keningnya bila dengar soalan Nia. Nia tak tahu?
''Ini kailan ikan masin. Itu tomyam campur, siakap tiga rasa, telur dadar, ayam goreng kunyit. Ini pula sambal belacan.'' Beritahu Zaen satu persatu.
Nia senyum. Dalam hati dia bersyukur bila Zaen sudi memperkenalkan dia dengan nama lauk-pauk dihadapannya. Tak kisahlah kalau Zaen fikir dia mengada sekali pun yang penting dia memang tak kenal nama menu dihadapannya. Tapi setakat telur dadar tu, dia tahulah.
Cuma masalahnya sekarang ni dia tak tahu apa isi kandungan setiap menu tu. Kalau dia tersilap makan, dia juga yang merana. Hishh susah betul jadi Nia ni!
''Makan la Nia.'' Pelawa Farid Azuan pula bila sedar pinggan Nia masih lagi kosong sedangkan yang lain sudah mula menjamu selera.
Nia mengangguk. Tangannya membuat pilihan selamat terlebih dahulu. Telur dadar dicubit sedikit dan diletakkan ke pinggannya. Baru Nia berkira-kira mahu mengambil beberapa ketul ayam goreng kunyit, tiba-tiba sampai isi ikan siakap tiga rasa ke pinggannya. Nia angkat muka ke sisi, Zaen hanya senyum segaris.
''Makan la, kejap lagi kita nak practice pula. Nia need more energy.''
''Thanks. Abang Zaen pun makan la.''
''Sayur? Tomyam?'' tanya Zaen lagi. Tomyam campur itu disendukkan sedikit isinya sebelum diletakkan ke dalam mangkuk kecil dihadapan Nia.
''Tak-tak. Tak nak tomyam..'' Cepat-cepat Nia menjawab bila terpandangkan isi udang dan sotong yang jatuh dari senduk yang dikaup oleh Zaen.
''Why Nia? Rugilah. Dekat sini tomyamnya memang sedap dan menyengat! Perghhh padu!'' Farid Azwan selamba menghirup kuah tomyam yang merah itu ke bibirnya. Bunyi yang keluar dari mulut Farid itu sudah membuktikan bahawa tomyam itu sangat padu, pekat, likat. Mengancam sungguh!
''Nia sebenarnya tak boleh makan seafood. Allergic.''
Zaen termangu.
''La ye ke? Kenapa Nia tak bagitahu abang awal-awal tadi? Kalau abang tahu, kita boleh je oder tomyam ayam untuk Nia. Nia nak tak?"
Nia menggeleng laju. Zaen mengeluh.
"Kalau abang tahu Nia tak boleh makan seafood, abang oder tomyam ayam je tadi.''
Nadhirah membuntangkan mata dengan jawapan Zaen. Dah kenapa semua orang nak layan minah pelik ni lebih-lebih? Huh! Nadhirah mendengus tidak puas hati. Dia yang ada depan Zaen ni, langsung Zaen tak layan. Tapi boleh pulak Zaen layan Nia tu lebih dari dia yang sepupu Zaen ni? Nadhirah cemburu.
* * *
''Nuh, awak kenapa ni?'' tanya Zara Keysha bila lihat muka lelaki itu tiba-tiba berubah mendung. Nasi goreng di hadapannya juga tidak terusik.
Nuh angkat muka dengan pertanyaan Zara Keysha, salah seorang rakan seuniversitinya yang turut menyertai program anak angkat yang sama denganya. Sengaja dia mengambil peluang untuk keluar berdating dengan Zara Keysha, si cantik manis UPM pada petang ini.
''Tak ada apa. Zara join tak sukan hujung minggu ni?'' Seperti yang sedia tertulis dalam agenda program, hujung minggu ini ada sukaneka dan sukan rakyat bersama penduduk kampung.
Nuh menyuap nasi goreng ke mulutnya.
''Mestilah Zara join. Zara ni kan ratu bola jaring UPM.''
Nuh senyum segaris, lupa pulak dengan siapa dia keluar kali ni. Nuh angkat muka lagi, tapi bukan Zara Keysha si cantik manis yang dipandang tetapi matanya diluruskan kepada gadis remaja yang masih beruniform sekolah yang kedudukannya di belakang Zara Keysha. Selang beberapa buah meja dari meja mereka.
'Siap kau balik nanti budak kecil!' omel Nuh dalam hati. Geram sungguh dia dengan tindakan Nia mematikan telefonnya menyebabkan teks yang dihantar tidak dibaca oleh gadis itu.
''Nuh join tak?'' Zara Keysha menyoal Nuh, teruja.
Zara teruja dan masih lagi tidak percaya yang Nuh tiba-tiba mengajaknya keluar berdating. Biasanya lelaki segak dan nakal ini bukannya mudah nak ajak perempuan keluar melainkan kalau si perempuan yang terhegeh-hegeh mengajak dia keluar. Tapi lain pula dengan kesnya. Itu yang membuatkan dia terasa dirinya teristimewa. Zara senyum bangga dalam hati.
''Entah la. Tengok la macam mana budak-budak kelas Nuh handle. Kalau ada nama Nuh, Nuh join la.'' Nuh membalas acuh tidak acuh. Matanya masih setia menumpukan ke meja di hujung sana. Nia sedang berbisik-bisik dengan lelaki di sebelahnya. Nuh kepal tangannya erat.
''Dulu Zara pernah tengok Nuh main football, sekarang dah tak join ke?''
Nuh jongket hujung keningnya.
''Stalker ke?''
Zara jadi termalu sendiri. Memang dia akui dia suka curi-curi pandang Nuh dari jauh. Orang handsome, badan tegap dan maskulin. Siapa yang tak suka curi pandang, kan? Tapi dia sedar Nuh ni bukannya pandang perempuan acah-acah cantik macam dia. Nuh lebih layak dapat yang lebih baik dari dia. Dia juga ada dengar macam-macam tentang Nuh. Nuh si kaki perempuan, kaki clubbing dan macam-macam lagu. Nak sebut pun malas tapi apa Nuh tu kesah?
''Mana ada stalker. Zara cuma tertengok Nuh training dulu... Tapi rasanya dah lama tak nampak Nuh training dekat sana, kan? Kenapa?"
Nuh terdiam sekejap. Lidahnya menolak dinding pipi sebelum memilih untuk menjawab pertanyaan Zara.
''Memang dah lama Nuh tak join diorang training. Busy sikit sem ni.''
Zara tersenyum dengan jawapan Nuh. Iya dia tahu, Nuh memang selalu 'sibuk'.
''Emmm Nuh, siapa yang tak kenal. Dia memang sibuk memanjang.''
Nuh senyum sengget dengar jawapan sarkastik Zara Keysha. Tahu apa maksud yang Zara Keysha maksudkan. Itu tidak lain, tidak bukan mesti tentang sikapnya. Dia peduli? Langsung tak!
Mata Nuh terpadang lagi orang yang dibelakang Zara Keysha. Dilihat 'mereka' sudah pun bangkit dari tempat duduknya dan keluar dari kedai makan itu. Si dia mungkin tidak perasankan kehadirannya di situ.
''Eh Zara lupa, mana Luq? Dia tak ikut sekali ke?'' Sejam lebih berborak dengan Nuh baru dia perasan kehadiran Nuh kali ini tanpa teman baiknya, Luqman Firdaus.
Biasanya ke mana saja Nuh pergi, mesti Luqman wajib ada. Sampaikan timbul pelbagai gosip murahan dengan menyatakan mereka berdua ada hubungan yang 'istimewa' bila asyik berkepit saja.
Dengar pertanyaan Zara Keysha itu, Nuh berdecit kecil. Sudah tentu orang lain juga salah anggap dengan 'keakraban' dia dan Luqman. Dia dengan Luqman selalu sangat berdua tak kira tempat dan masa.
''Dia pun keluar dating. So, i'm 'free' today.''
Jawapan Nuh makin buat Zara Kesyha rasa dirinya terlebih terisimewa. Setahu dia, sebelum ni kalau Nuh keluar dating dengan mana-mana perempuan, pasti Luqman juga diangkut sama walaupun duduk selang beberapa meja dari meja Nuh dan pasangannya. Luqman tu kadang-kadang dah macam 'babysitter' Nuh pulak.
''Okay.'' Makin melebar senyuman Zara Keysha. Harapannya semakin cerah!
Share this novel