Bab 27 : NJ

Romance Series 174928

''Kau betul nak ikut aku masuk dalam tu?'' Sekali lagi Nuhtanya soalan yang sama kepada Luqman disebelahnya.

Dia sedar pegangan Luqman sudah berubah, dia jadi ragu-ragu nak membiarkan Luqman menyertainya masuk ke Zouk, sebuah kelab malam yang terkenal di ibu kota. Walaupun dia masih marah dengan pilihan bodoh Luqman yang bertindak jadi pembelotnya, dia tetap tidak boleh abaikan Luqman. Luqman sudah dianggap sebagai 'abang'nya.

''Boss, tugas aku untuk pastikan kau tetap ada depan mata aku. Tak kisah ke mana kau nak pergi. Jadi nak tak nak aku kena ikut kau pergi ke mana-mana. Itu amanah dan tugas aku, boss." Luqman menjawab selamba sambil sarung jaket kulitnya lalu membuntunti langkah Nuh.

Nuh berdecit. Luqman dia kerling dengan ekor mata.

''Sekali lagi aku dengar kau panggil aku, boss. Aku tumbuk muka kau dekat sini, Luke. So, jangan cabar aku.'' Amaran itu berbunyi entah yang ke berapa kali.

Luqman diam, tutup mulut lebih baik dari banyak bunyi.

''Hai handsome.. come and join us...'' Seorang perempuan seksi meluru ke arah Nuh sebaik sahaja mereka berdua tiba di kaunter bar.

Nuh tersenyum lebar, gembira dan senang hati disapa begitu. Tangan selamba seluk pinggang ramping gadis yang berpakaian tidak cukup kain itu. Kiri sorang, kanan sorang. Makin terkenal nama Nuh meniti di bibir pengunjung kelab malam itu.

Luqman pula mengangkat tangan bila beberapa orang gadis di situ turut mahu mendampingnya. Luqman kalau boleh tidak mahu mengotori dirinya lagi. Cukuplah dengan apa yang pernah dia buat sebelum dia memeluk Islam. Kini dia mahu berubah tapi demi tugas, dia sanggup tahan. Dalam diam, dia sentiasa berdoa semoga Nuh mampu berubah jadi seperti dulu. Walaupun dulu dia dan Nuh sama-sama bukan Islam, mereka cukup terjaga batas dan kelakuan mereka kerana bimbang kalau ada yang cuba mengambil kesempatan atas kealpaan mereka. Tapi kini hanya kerana seorang perempuan mampu mengubah seorang Nuh menjadi liar begini.

Muzik makin rancak bergema di segenap ruang maka makin terkinjal-kinjallah manusia dalam kelab malam itu. Turut menikmati muzik yag dimainkan sambil menikmati minuman keras yang terhidang disitu. Dari jauh Luqman cuma selesa memerhati mereka yang sedang rancak menari itu dan tidak terkecuali dengan Nuh.

Nuh bebas disini. Hilang segala sakit hati tatkala teringatkan Waheeda dan Benjamin yang dilihat siang tadi. Rasa terbang juga segala masalah antara dia dengan Luke sebelum ini. Dan yang paling penting, di sini segala masalah yang berkaitan dengan JR turut lenyap seketika dari fikirannya. Dia suka tempat ini! Ini syurga! Syurga duniawi! Dia teguk lagi air haram itu. Padanya ada apa salahnya dengan air itu? Mana ada salah! Yang menyatakan salah itu semuanya 'old school'!

Balik dalam keadaan terhuyung-hayang, kemabukan itu sudah menjadi perkara biasa. Sepeti biasa Luqman lah yang menjadi tukang usung, tukang cuci dan tukang bersihkan segala kesan yang ditinggalan oleh Nuh. Luqman tak pernah kisah, dia hanya menganggap ini sebagai satu hukuman untuknya kerana memilih untuk jadi seorang pembelot. Dia, pembelot kepada seorang sahabat yang setia seperti Nuh.

* * *

''Hari ni hari jumaat kan?'' Soal Nuh tiba-tiba.

Luqman yang baru muncul dari bilik mandi yang terletak di hujung bangunan kediaman mereka, terhenti perbuatannya yang sedang menggeringkan rambut dengan tuala kecil.

''Ha'a jumaat. Kenapa?''

Nuh tidak langsung menjawab sebaliknya dia pandangkan jam tangannya.

''Sekarang dah 12.30 tengahari, kau tak pergi masjid ke?''

Luqman tersentak. Nuh tanya dia, apa?

Nuh berdecit perlahan bila lihat reaksi tercenggang Luqman.

''Aku ni bukannya jahat sangat sampai aku tak boleh nak faham situasai kau sekarang ni, Luq. Kau pergi bersiap sekarang dan nah kunci. Gunakan kereta aku untuk ke masjid. Kau perlu solat jumaat, kan?''

Luqman masih terkesima. Hanya anggukan sebagai jawapan kepada soalan tak terduga dari Nuh itu.

''Tapi... aku perlu ada dengan kau, Nuh. Aku takut kau buat perkara yang bukan-bukan nanti. Aku yang kena.''

Nuh lempar bantalnya ke tubuh Luqman. Sakit hati betul dia dengan Luqman yang tiba-tiba jadi lurus bendul semenjak jadi badut suruhan JR.

''Boleh tak dalam sehari, kau jangan cuba nak naikkam darah aku, Luke! Kau jangan jadi bodoh sangatlah, Luke. Kau ingat aku ni budak kecik lagi ke? Aku tahu jaga diri aku la walaupun kau tak ada depan mata aku.'' Nuh bangkit, sarung tshirt ke tubuh tegapnya. Kain pelikat Luqman yang ada di penyidai dia lempar ke arah Luqman.

Luqman masih tidak berganjak. Kain pelikat yang jatuh ke lantai dia kutip.

"Kau pakai tu dan kau blah. Aku tak nak tengok muka kau." Nuh mengarah sambil membelakangi Luqman. Almari pakaiannya dibuka dan mencari sesuatu. Sebuah buku diambil dan dihulurkan kepada Luqman.

Luqman menyambut dan matanya meluas tatkala matanya membaca judul di kulit muka hadapan buku itu.

"Itu untuk kau. Aku jumpa dekat bookstore." Nuh sarung kasutnya, bersedia untuk keluar.

Luqman mati kata. Buku 'Asas Fardhu Ain' itu dipandang lama.

''Luq, aku bukannya jahat. Ali tahu kau lebih kenal aku macam mana, lebih dari JR kenal aku. Aku hormat pilihan kau bila kau pilih Islam. Aku tak marahkan kau dan aku pun tak nak jadi kejam dengan kau dan agama kau. Walaupun kita berlainan tuhan sekarang tapi aku tahu tuhan kau tak suka kalau hamba dia berburuk sangka pada orang lain. Jadi, kau boleh percayakan aku kali ni yang aku tak kan buat kerja gila masa kau pergi beribadah untuk tunaikan agama kau. Baik kau bersiap sekarang. Kejap lagi masuk zohor dah kau kena solat jumaat di masjid.'' Sambung Nuh sambil tangan sudah memulas tombol pintu.

''Nuh... thanks.''

Nuh sekadar mengangguk, tanpa menoleh dia terus keluar dari bilik penginapannya yang dikongsikan bersama Luqman. Jujur, Nuh suka lihat perubahan Luqman. Luqman nampak lebih matang berbanding Luke meskipun mereka 'sama'. Luqman nampak lebih tenang berbanding dulu walhal Nuh tahu Luqman ada beribu masalah peribadi sepertinya.

Sejak sisi 'NJ' sudah diketahui oleh sesetengah orang, Nuh semakin galak menunjukkan sisi kemewahannya lebih-lebih lagi sejak kehadiran Luqman di sisinya sebagai pembantu peribadinya. Kereta Mini Cooper dibeli, senang mahu bergerak ke mana-mana. Nak beli lebih dari Mini Cooper, bukannya Nuh tidak mampu. Tapi dia yang tidak mahu!

Nuh juga lebih senang hati menyewa di kediaman hostel berbanding memilih untuk tinggal diluar kawasan universiti. Soal kemampuan bukannya menjadi satu masalah buat Nuh tapi dia lebih senang mengekalkan imej 'low profile'nya. Nuh lebih suka bermewah dengan caranya yang tersendiri tanpa perlu menunjukkan kemewahan dari segi kebendaan. Lagipun dia masih bergelar student, tak perlu dia berjoli sakan, risau kalau ada pisau cukur cap gillette turbo menempel! Dan yang penting dia bukan seperti JR yang gilakan harta dan tayang segala kemewahan yang ada. Dia dengan JR bagaikan langit dengan bumi!

* * *

''Hujung minggu ni aku rasa nak pergi jenguk nenek aku dengan Andy,'' usul Nuh di suatu petang ketika hujung minggu menjelma.

Rumah Perlindungan Raudah, sebuah rumah perlindungan yang menempatkan Kesuma Abdullah, nenek Nuh sejak dari tahun lepas bersama Andy. Nuh yang mencadangkan Andy membawa neneknya ke rumah perlindungan yang jauh dari hiruk pikuk kota kerana bimbang kalau kehadiran Kesuma dapat dihidu oleh orang-orang JR. Andy ada cadangkan untuk membawa Kesuma ke rumah keluarganya tetapi dibangkang keras oleh Nuh. Nuh tidak mahu melibatkan keluarga Andy dalam kemelut keluarganya.

''No Nuh, tak boleh!'' bangkang Luqman.

Luqman diam dulu, fikir alasan yang paling logik untuk dijelaskan kepada Nuh.

''Why?'' Nuh mengerut kening. Tindak tanduk Luqman itu sedikit sebanyak mencurigakan Nuh.

''Sebenarnya macam ni... orang-orang JR tengah perhatikan pergerakan kau. Walaupun aku ni jadi mata-mata dia tapi aku tahu ramai lagi yang JR hantar untuk pantau pergerakan kau. Aku tahu JR bukannya hundred percent percayakan aku. Mungkin dia pun tengah tunggu masa untuk bertindak bila-bila masa saja kalau aku belot dengan dia."

Nuh terdiam.

''Kau tahu telefon kau tu dan kena hack? Sebab tu diorang tahu kemana saja kau pergi walaupun aku tak hantar report dengan diorang. Jadi nak tak nak, aku kena bagi juga report aku biar tally dengan report anak buah John. Bukan aku saja yang tengah peratikan kau, Nuh tapi ramai lagi. Jadi kalau boleh, buat masa sekarang aku mintak sangat-sangat dengan kau jangan sesekali jumpa nenek dengan Andy kalau kau tak nak apa-apa jadi dekat diorang. Kau buat je macam biasa. Habis study kita dekat sini, kita cari jalan nak lari dari semua ni.'' janji Luqman diakhirnya selepas menjelaskan kedudukan sebenar mereka berdua. Luqman ditelan mati emak, diluah mati ayah.

Nuh teguk liur, sampai macam tu sekali?

''Nuh, kau tahu JR pun tengah cari Andy sekarang ni. JR dah arahkan orang-orang dia bawa balik Andy hidup-hidup kalau jumpa dia. JR anggap Andy lari dari kumpulan bila dia tiba-tiba lesap macam tu saja tinggalkan kau dengan aku. Macam yang kau cakap dulu, nasib baik kita tak letakkan nenek dekat rumah family Andy kalau tak, tak tahu apa yang jadi dengan nenek dan Andy. Sekarang pun orang-orang dia tengah perhatikan kawasan rumah family Andy.''

Nuh mendengus kuat.

''Aku boleh jadi gila dengan JR ni! Makin aku diam, makin gila orang tua tu buat aku! Apa lagi yang dia tak puas hati dengan aku?!" Nuh kepal penumbuk, sakit hati sungguh dengan ayahnya itu. Langsung tak ada ciri-ciri lagak seorang ayah.

Luqman hanya tersenyum sinis dengan soalan cepu mas Nuh berkenaan JR.

''Kau pun tu apa yang dia nak dari kau, Nuh. Selagi kau tak bagi apa yang dia nak, selagi itu lah dia tak kan lepaskan kau dengan mudah, Nuh.''

Nuh ramas rambutnya pula. Serabutnya makin menjadi-jadi. Susahnya jadi seorang Nuh Jazmin, pewaris sah Legacy James's!

Nuh, seorang anak muda yang sudah bergelar jutawan di usia muda dengan adanya segala jenis aset dan harta peninggalan mendiang datuk dan ibu saudara yang diwariskan ke atas namanya. Sebahagian daripada harta mendiang ibunya pula sudah diserahkan kepada JR. Itupun terjadi sebelum ibunya meninggal dunia.

Seperti yang ditulis dalam wasiat, selagi usia Nuh belum mencapai usia 25 tahun, selagi itulah JR tidak dibenarkan menyentuh segala harta milik Nuh. JR cuma sebagai wakil sahaja bukan sebagai pewaris sah. Saat wasiat itu dibaca, Nuh masih ingat betapa terukanya JR meroyan dan menyumpah kepada mendiang datuknya.

"Buat masa sekarang, kita kena berhati-hati dengn pergerakan kita. Aku tak nak diorang syak yang bukan-bukan. Ni telefon baru, simkad baru. Yang ni kau boleh guna ikut suka hati kau tapi jangan lupa bawa telefon lama kau sekali. Aku tak nak diorang syak apa-apa. Kau gunakan telefon ni untuk contact Andy dan nenek kau." Beritahu Luqman seraya meletakkan satu kotak telefon baru di hadapan Nuh.

"Aku pun ada telefon lain. Yang ni aku guna untuk contact orang-orang kita. Setakat ni, banyak maklumat yang aku dapat dari diorang. Bukti kegiatan JR." Sambung Luqman sambil menunjukkan telefon yang berada dalam poket seluarnya.

Nuh senyum menyenget. Dia tahu Lukman sentiasa berada selangkah di hadapan JR. Ini baru betul Luke dia!

* * *

2015.

Universiti Putra Malaysia( UPM), Selangor.

4 tahun kemudian.

"Nuh, bulan depan nak join tak Program Pengambilan Anak Angkat dekat Johor?" tanya Rubiah selaku ketua kelas mereka. Ada beberapa senarai nama yang berminat untuk menyertai program anjuran falkulti di tangannya. Program ini merupakan salah satu program bakti siswa kepada masyarakat tempatan.

"Semua join ke?" tanya Nuh kembali sambil menekan-nekan telefonnya.

Rubiah sekali lagi membelek-belek kertas di tangannya.

"Setakat ni semua setuju nak join. Kau dengan Luqman je tak ada jawapan. So, kau macam mana?"

Nuh panggung wajah mencari Luqman. Tempat Luqman disebelahnya sudah pun kosong.

"Join jelah Ruby, Aku dengan Luq," putus Nuh kemudiannya.

Rubiah mengangguk seraya menandakan sesuatu di atas kertas itu.

"Okay. Nanti ada sesi taklimat, kau jangan ponteng pulak. Kan marah Encik Faizul."

"Okay-okay, nanti aku join la... kau jangan risau."

"Yelah tu jangan risau. Kau tu bukannya boleh percaya sangat bab-bab dengar taklimat ni. Nanti jangan lupa bagitahu Luqman sekali," omel Rubiah undang ketawa bebas Nuh.

"Kali ni, kau boleh percayakan aku, Ruby. Promise me!"

"Huh... whatever!" Rubiah menjulingkan mata ke atas dan berlalu pergi.

Sorryyy ambik masa yg sangatttt lama utk siapkan edit ni...

Share this novel

Sm.mh (Tulip Haura)
2021-07-31 22:55:51 

hahahah sabar sis nti kita huraikan satu persatu.. hahaha

LyaSuffiya
2021-07-31 22:54:43 

suspen betul kehidupan nuh..hahahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience