~This kiss will give you strength from me, give my soul, may you be happier. Let go of what is not yours that makes you happier.~
~This kiss will give you strength from me, give my soul, may you be happier. Let go of what is not yours that makes you happier.~
Seminggu berlalu. Seminggu jugalah hilangnya wajah ceria Nia di pandangan mata Khalil. Khalil cukup tidak suka dengan perubahan Nia kali ini. Kalaulah Zaen ada depan mata, jangan salahkan dia kalau lebam biji mata Zaen. Tapi itu tidak mungkin akan berlaku, dia lebih memilih untuk bersikap rasional. Hakikatnya, Zaen bukan lawannya. Dia yakin akan ada hikmahnya disebalik perpisahan Zaen dan Nia.
Khalil mengetuk pintu bilik Nia. Kali ini dia tidak akan memberi muka lagi pada Nia. Cukup-cukuplah dia bermuram. Cukup-cukuplah Nia melayan perasaan. Tempoh untuk Nia meroyan sudah tamat, kini biarlah dia mengubati hati Nia dengan caranya. Mahu atau tidak, Nia harus patuh dengan arahannya.
Majlis pertunangan Zaen dan Tya dipercepatkan kepada minggu depan atas desakkan Tya sendiri dan mereka akan di satukan sebagai suami isteri pada hujung tahun iaitu dua bulan dari sekarang.
''Angel, boleh abang masuk?'' Khalil meminta di luar bilik. Dua tiga kali ketuk, dengar Nia menyahut dari dalam.
''Just coming abang.''
Khalil menolak pintu bilik lalu menjengulkan kepalanya. Nia sedang mengulangkaji di meja studi.
''Angel, boleh tak temankan abang? Abang nak pergi busking tapi tak cukup team. Can you help me?"
Lambat-lambat Nia berpaling.
"Please..." Khalil mengerdipkan kelopak matanya, merayu.
"Why? Tiba-tiba je abang nak busking?"
Khalil menapak masuk, menghampiri Nia di meja studi. Dia merendahkan tubuhnya lalu berbisik.
"Abang gian nak busking. And I'm sure you missed it too, don't you?"
Nia teguk liur. Dia pandang abangnya dan abangnya membalas tatapannya. Kening abangnya menaik.
''Busking? Where?''
Khalil tersenyum kemenangan. Dia punya seribu cara untuk kembalikan angelnya. Bibirnya dikemam sebelum membalas pertanyaan Nia.
''How about busking at the shore coast?''
Mata Nia bersinar, teruja dengan cadangan abangnya. Dia juga rindu. Tanpa menanti lagi, dia mengangguk laju.
''Give me ten minutes.''
Khalil tersenyum, kepala Nia dielus.
"Abang tunggu,"ujarnya sebelum berlalu dati kamar Nia. Khalil menaip sesuatu di telefonnya sebelum menghantar kepada seseorang.
Khalil: See you at Pantai Batu Buruk in 30 minutes.
Khalil tersenyum lagi. 'Anything for you,' desisnya.
* * *
Pantai Batu Buruk agak lengang pagi ini meskipun hari hujung minggu. Khalil parkir keretanya di salah satu pepohon rhu yang ditanam di sepanjang persisiran pantai sebagai salah satu cara untuk mengawal hakisan pantai dari pukulan ombak. Di seberang jalan, berdiri megah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
''Jom.'' Khalil keluar lalu berlalu ke seat belakang untuk mengambil violin miliknya dan milik Nia.
Nia ikut keluar, belum sempat pintu kereta dikatup, sebuah Mini Copper S merah berjalur putih berhenti di sebelah Ford Ranger milik Khalil. Tengok pada kereta itu Nia sudah tahu siapa pemiliknya.
Nuh melompat keluar dari keretanya sambil tersenyum lebar pada Nia.
''Eh, bro? Dari mana ni?'' Khalil buat-buat terkejut. Dia mendekati Nia sambil membawa violin case.
Nuh mengangkat tangan, membalas sapaan Khalil. Nia pandang abangnya, keningnya diangkat. Khalil pula jongket bahu, sebagai balasan.
"Saja pusing-pusing. Korang buat apa dekat sini? Berdua je ke? Mama tak ikut?" Nuh bertalu-talu menyoal. Sesekejap dia mengerling Nia.
Nia segera mengalihkan pandangannya daripada tatapan Nuh. Nia belum bersedia untuk bersemuka dengan Nuh selepas kesnya dengan Zaen.
"Berdua je Nuh. Saja kami datang busking, nak lepaskan rindu. Wanna join us?" Khalil menawarkan.
Nuh tergelak kecil. Tawaran Khalil, mengeletek tangkai hatinya.
"Sure tapi sebagai penonton jelah. Kau bukannya tak tahu, aku ni bukannya pandai menyanyi macam kau."
Khalil melepaskan tawanya, faham dengan Nuh. Violin Nia diserahkan kepada Nuh, Nia membulatkan mata. Belum sempat dia membuka mulut, tangannya ditarik rapat ke sisi Khalil. Bahunya dirangkul.
''Jom Angel.'' Khalil menarik Nia untuk menyaingi langkahnya. Nuh pula membuntuti langkah mereka berdua.
''Abang ajak dia ya?'' Belum apa-apa lagi Nia berbisik.
''Eh, mana ada. Abang pun tak tahu dia ada dekat-dekat sini. Tadikan dia dah bagitahu dia saja pusing-pusing dekat sini. Angel pun dengar sendiri kan?'' Khalil juga berbisik, takut kalau Nuh terdengar dan berkecil hati dengan pertanyaan Nia.
Nia mencebik bibir.
''Penipu sangat muka abang tu," omel Nia. Macamlah dia tidak berkesan ulah abangnya itu.
Khalil gelak, terkantoi. Sekilas dia jeling adiknya.
''Angel marah?''
Nia menggeleng.
''Angel tak marah. Angel pun malas nak marah-marah orang. Angel datang sini nak rest, bukannya nak tambahkan lagi stress Angel," ujar Nia lantas melontarkan pandangannya pada pantai yang kelihatan sungguh cantik lagi mendamaikan jiwa. Inilah yang dia suka bila berada di pantai timur. Pantainya cantik, airnya biru berkilau, dihiasi dengan pasir memutih disepanjang persisiran pantai. Sekali pandang umpama taburan mutiara. Serene!
''Okey, abang faham. Satu yang abang nak Angel tahu apa yang abang buat semuanya untuk Angel. Jom kita duduk sana.'' Khalil tersenyum, sempat singgah satu kucupan di ubun adiknya.
Nuh yang ada di belakang mereka, tersenyum dengan gelagat dua beradik itu. Kagum betul dia dengan Khalil. Khalil nampak begitu ikhlas menyayangi Nia. Kalau bukan disebabkan mereka adik-beradik susuan yang diharamkan untuk berkahwin, rasanya Khalil sudah lama menghalalkan Nia.
Sampai di tempat yang di tuju, Khalil membuka violin case Nia terlebih dahulu dan melakukan sedikit penyelenggaraan memandangkan Nia sudah lama tidak menggunakan violinnya. Nuh dan Nia sekadar memerhati. Sudah selesai menyelenggarakan violin Nia, dia memeriksa violinnya pula.
''Abang nak bagi satu lagu special untuk adik kesayangan abang. Dengan harapan, adik abang tak kan sedih-sedih lagi. Abang nak Angel tahu yang abang selalu ada dengan Angel tak kira apa yang jadi. Boleh?"
Nia angguk, bibirnya mengukir senyuman manis. Sudah dia agak lagu apa yang akan dimainkan oleh Khalil. Nia menyambut huluran Khalil.
Khalil meletakkan hujung violin di bahu kirinya. Tangan kanannya yang memeganh bow atau kayu oenggesek violin diangkat sebagai tanda yang dia sudah bersedia untuk mengesek tali violin. Nia juga melakukan hal yang sama.
Khalil mula menggesek tali violinnya. Nia menurut sambil memejamkan mata. Dari not pertama sehinggalah ke not-not seterusnya lalu membentuk lagu 'My Heart Will Go On'. Lagu kesukaan Nia bagi menggambarkan kerinduannya kepada arwah ibu. Dan yang paling istimewa lagu ini, lagu pertama yang Nia belajar daripada Khalil.
''Every night in my dreams,
I see you, I feel you,
That is how I know you go on,"
Khalil mula menyanyi. Nia membuka mata, tatapannya bersambung dengan Khalil. Khalil senyum, kepalanya dijatuhkan perlahan. Nia terus menggesek violinnya.
"Far across the distance,
And spaces between us,
You have come to show you go on,
Near, far, wherever you are,
I believe that the heart does go on,
Once more, you open the door,
And you're here in my heart,
And my heart will go on and on,"
Khalil menggelilingi Nia sambil tangannya tidak berhenti dari menggesek Violin. Wajah adiknya ditatap sayang. Dia sayangkan Nia, sangat-sangat tapi dia tahu Nia adiknya.
"Love can touch us one time,
And last for a lifetime,
And never let go 'til we're gone,
Love was when I loved you,
One true time I'd hold to,
In my life, we'll always go on,"
Khalil menghabiskan nyanyiannya. Gesekkan violinnya dengan Nia turut terhenti. Nia akhirnya menangis, tubuh abangnya dipeluk. Khalil mengusap belakang adiknya, cuba mententeramkan keadaan Nia.
Nuh hanya membiarkan dua beradik itu. Sengaja dia beri peluang kepada Khalil menenangkan Nia. Tepukan datang daripada beberapa pengunjung yang ada di situ, mengejutkan Khalil dan Nia. Pelukan mereka terlerai.
"Angel dah okey?"
Nia mengangguk. Jujurnya dia lega selepas menghamburkan tangisannya. Dia berjanji tidak akan menangis untuk perkara yang sia-sia lagi. Bukan untuk Zaen, bukan juga untuk Tya. Dia lakukan ini hanya untuk dirinya sendiri. Dia perlu kuat untuk menghadapi kenyatan yang Zaen bukan jodohnya. Lagipun kumbang bukan seekor, bunga juga bukan sekuntum.
* * *
Nia membawa diri ke persisiran pantai, bermain di gigi air. Khalil masih menggesek violin di tempat mereka tadi. Entah lagu apa yang dimainkan oleh abangnya, Nia tidak ambil peduli. Saat ini dia mahu bersendirian mencari ketenangan. Kaki seluarnya sudah sudah basah terkena air, Nia membiarkan.
''Kau tahu kenapa wujudnya pelangi?"
Tiba-tiba suara Nuh berbunyi dari belakang. Nia menoleh, Nuh ada di belakangnya sambil memeluk tubuh. Nuh merenungnya dengan pandangan redupnya.
"Why?"
"Cause... Everybody want happiness and nobody want pains. But you cant have a rainbow wihout a little rain."
Nia mengerut kening. Sukar mencerna maksud Nuh. Dia kembali menapak, tanpa menghiraukan Nuh.
Nuh menyaingi langkah Nia. Nia berhenti menapak lalu mengangkat pandangannya.
"Kau mungkin pernah minta bunga berkembang mekar tapi Allah bagi kau kaktus. Kaktus yang berduri yang mampu bertahan hidup di gurun kering kontang. Kau bertanya, kenapa bagi aku kaktus, Allah? Aku mahukan bunga untuk menceriakan hari-hariku."
Nuh jeda sebentar, Nia menanti.
"Kau minta pula matahari tapi Allah turunkan hujan. Kau kecewa kerana sekali lagi permintaan kau tidak dimakbulkan oleh Allah. Tapi tanpa kau sedar, hujan yang diturunkan oleh Allah itu telah menyuburkan kaktus dan menjadikan kaktus tu berbunga cantik dan mekar indah. Bila hujan beransur pergi, hujan meninggalkan sebaris pelangi yang sangat indah. Lihat pelangi tu, kau tersenyum. Itulah yang dikatakan, pelangi akan muncul selepas hujan. You got it?"
Nia termangu, kali ini dia faham apa yang cuba disampaikan oleh Nuh.
"Tapi aku datang sini bukan nak bagi kau pelangi. Tapi aku nak bagi ni..." Nuh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk yang disilangkan membentuk 'mini love' dibibirnya lalu dihembus kepada Nia.
Nia terkebil-kebil. Nuh bagi dia flying kiss?
''Hopefully this way gives some strength. I lend you some of my strength. I lend you my soul. Hopefully that will make you happier. Let go of what is not yours, it will make you happier.''
Bibir Nia merekah.
"Thanks Nuh."
"Welcome."
Nia meneruskan langkahnya. Nuh membiarkan. Tangannya menyeluk poket seluar.
''Nia..'' panggil Nuh setelah itu.
''Ya?''
Nuh menghulurkan genggaman tangannya. Nia jongket kening, bertanya tanpa bersuara. Sekali lagi Nuh gerakkan tangannya. Nia menghulurkan tangan kanannya. Nuh meletakkan sesuatu di atas telapak tangan Nia. Mula-mula Nia kerut kening tetapi sebaik melihat 'sesuatu' yang diletakkan oleh Nuh, bibirnya merekah lebar.
"Apa ni?" Soalan bodoh daripada Nia biarpun dia sudah dapat meneka apakah itu. Origami bintang kecil berwarna merah dan kuning itu, masih dikenalinya biarpun sudah beberapa tahun hilang dari pandangan matanya.
''The GIFT.''
"Dulu aku pernah ambil dari kau kan? Tapi sekarang aku bagi kau semula."
Nia angguk, dia tutup genggaman tangannya lalu dibawa ke sisinya. Sekuntum senyuman ikhlas diberikan kepada Nuh.
''Thanks Nuh.''
Maaf lmbat update.
Share this novel