Bab 8 : NJ

Romance Series 173919

~Just because i dont react, doesn't mean i didn't notice.~

"Hari ni macam biasa, kau pergi practice. Aku dengan Luqman nak pergi dating. Nanti bila dah siap, kau WhatsApp aku macam biasa." Arahan ringkas dari Nuh. Dia dalam keadaan tidak baik jadi dia tak nak cari pasal dengan Nia.

Nia mengangguk saja lantas keluar dari kereta abah yang dipandu oleh Luqman. Sebaik sahaja Nia berlalu, kereta itu meluncur menyusuri jalan.

"Luq, kalau aku nak mintak tolong kau buat sesuatu, boleh tak?"

"Nak mintak tolong apa tu?"

"Boleh tak kau tolong dapatkan maklumat pasal Nia dengan Mia?"

Luqman jongket keningnya. Pelik!

"Eh? Dah kenapa nak siasat pasal Nia tu? Dia ada buat hal ke? Tapi kalau siasat pasal dia dan abah dapat tahu, macam mana?"

"Kau buat jelah kerja kau tu elok-elok. Jangan bagi kantoi dengan abah. Pasal Nia tu... entah la. Aku rasa dia tu 'something' la." Nuh dengan serkap jarangnya sambil mengusap dagu licinnya. Kening juga bertaut.

"Kau suka Nia ke?"

Nuh mendengus. Dah kenapa dia nak kena suka si Nia tu? Luqman ni pun!

"Choii, mulut kau! Aku cuma nak tahu, dia tu siapa sebenarnya. Kau tak rasa pelik ke bila kau tengok dia?" Lagi Nuh menyoal Luqman perihal Nia. Sejak dari malam Nia tertangkap bermain violin, dia asyik teringatkan pasal Nia. She is rare and unique!

"Apa yang pelik? Tak ada apa yang pelik pun. Biasa-biasa je. Lagipun dia tu budak sekolah kot, memang la macam tu. Nakal sikit. Kau pun janganlah cari pasal dengan dia." Luqman gunakan medium ini untuk menegur sikap Nuh yang selalu sangat cari pasal dengan Nia. Bukannya selama ini dia tak nampak dan tak ambil peduli tapi disebabkan dia sedar diri, dia diamkan saja.

Nuh kerling Luqman. Luqman tengah sindir dia ke apa ni?

"It's not about 'nakal sikit', Luq. It's like... she is different! Cuba kau tengok dia dengan Mia tu. Lain kut. Jauh panggang dari api."

Luqman tergelak. Macam mana boleh Nuh seorang anak jati Sabah ni tiba-tiba boleh bercakap dengan dia pakai peribahasa ni? Tapi kali ni dia dah boleh tangkap apa maksud Nuh tentang Nia sebab dia juga merasakan benda yang sama cuma dia tak mahu masuk campur dalam kehidupan abah angkatnya itu. Tapi andai kata ini satu arahan dari Nuh, siapa dia untuk menolak?

"Pelik la kau ni Nuh. Tapi, ni satu arahan dari 'boss'?"

Nuh kerling Luqman lagi. Sakit hati sungguh dengar perkataan 'boss' itu.

"Kalau itu yang kau rasa boleh kau pakai, its up to you. Yang penting, aku nak tahu pasal Nia. Tu je."

"Orait boss. Don't worry. Aku akan settlekan secepat mungkin."

Nuh senyum segaris. Dua tahu si Luqman seorang yang boleh diharapkan. Bukan baru hari ini dia kenal, tapi sudah terlalu lama.

"So, hari ni kita nak jumpa siapa?" tanya Luqman mengenai jadual 'dating' Nuh.

"Semalam Wafa budak kelas kita tu ada WhatsApp aku kata nak jumpa aku. So, kita pergi jumpa dia. Kalau tak jumpa dia, bising pulak minah tu." ujar Nuh sambil belek-belek telefonnya.

"Jumpa kat mana kali ni?"

"Kat tempat semalam." Nuh membalas bersahaja. Tempat semalam? Tempat yang sama dia 'dating' dengan Zara Keysha dan tempat itu jugalah yang dia lihat Nia dengan kawan-kawannya.

"Okay."

* * *

Nuh menunggu Nia keluar dari rumah Farid Azuan di dalam kereta milik abah Nia. Seperti biasa tugasnya menjemput Nia balik dari latihan nyanyian bersama kumpulannya. Cuma bezanya kali ini, dia seorang diri tanpa kehadiran Luqman. Sengaja tidak mengajak Luqman menjemput Nia sebab dia mahu Luqman fokus dengan 'tugasannya'.

Dari tempat menunggu, Nuh melihat pintu utama rumah beratap biru itu dikuak dari dalam. Terserlah wajah Nia di sebalik pintu dan turut kelihatan juga dibelakangnya ada 3 orang jejaka yang tidak kurang hebat tampannya.

Nia tersenyum lebar sambil mengangguk bila salah seorang dari mereka berkata sesuatu kepadanya. Nuh memerhati lagi. Dia perasan salah seorang dari mereka bertiga itulah lelaki yang dia nampak sedang makan tengahari bersama Nia tempoh hari. Nuh menolak pintu kereta dan mendekati Nia dan kumpulannya di situ.

"Ehemm.." Nuh berdeham, sekadar memberitahu tentang kewujudannya.

Seperti yang dia inginkan, mereka berempat menoleh kepadanya. Nuh tersenyum sebelum merapati mereka berempat, sengaja berdiri rapat dengan Nia. Tidak dia pedulikan muka kepelikkan Nia yang memandangnya.

Haruslah Nia pelik, sebelum ini banyak kali jugalah Nia mengajaknya dengan Luqman berkenalan dengan rakan kumpulannya tapi dia yang sombong, tak nak. Tapi lain pula jadinya kali ini.

"Emm... hai abang Nuh. Mana abang Luq?" Nia mematikan situasi yang dirasakan agak canggung. Bukannya dia tak perasan macam mana raut wajah seorang demi seorang bila Nuh tiba-tiba muncul dan berdiri di sisinya.

"Emm, ni Nia kenalkan ahli kumpulan violet. Abang Zam, abang Bai dan ini, abang Zaen. Abang Zam, abang Bai dan abang Zain, ni abang Nuh. Anak angkat abah." Sambung Nia setelah tiada balasan dari Nuh tentang keberadaan Luqman.

Masing-masing berjabat tangan. Bila tiba giliran Nuh bersatu dengan tangan Zaen Haidar, agak lama tangan itu berpaut disitu. Nia yang ada ditengah-tengah pandang dua jejaka itu bergilir-gilir.

"Abang Nuh..." seru Nia.

Nuh merenggangkan pautan tangannya. Begitu juga dengan Zaen Haidar. Masing-masing membisu sambil menjatuhkan tangan. Mata tidak terlepas dari bersabung.

"Dah habis practice untuk hari ni?" tanya Nuh kepada Nia sekadar berbasi-basa.

Padahal bukannya Nuh tidak tahu tepat jam 6.30 petang, maka berakhirlah sesi latihan Nia. Lebih dari jam itu, abah minta Nia duduk di rumah sahaja. Malam, waktu untuk Nia ulangkaji pelajaran. Itu syarat abahnya. Nak tak nak ahli kumpulan itu harus bersetuju dengan syarat Tuan Ahmad Zakri. Yang penting bagi mereka, Nia boleh ikut serta dalam kumpulan mereka.

"Dah. Mana abang Luq?" Nia sekali lagi bertanya keberadaan Luqman. Dia tak selesa berdua dengan Nuh. Itu point utamanya.

"Dia busy sikit. Jadi abang datang sorang. Tak ada masalah kan?"

Nia cuma menggeleng tapi hatinya mula berkata-kata.

'Abang? Hanya 'abang'? Okay, pelik kuasa dua mamat k-pop ni!'

"Bila competition tu?" tanya Nuh, beralih kepada ketiga-tiga lelaki di hadapannya.

"Lusa. Doakan kami ya? Nia dah berusaha keras nak menang dalam pertandingan tu," jawab Zaen mewakili yang lain sambil tersenyum mesra kepada Nia.

Nuh sempat lihat senyuman Zaen itu. Dan dia juga sempat lihat reaksi Nia yang tersimpul malu bila Zaen berkata begitu. Hatinya berdetik ada sesuatu di antara mereka berdua. Nuh senyum senget, dengan reaksi malu-malu kucing Nia.

"Hishh mana ada abang Zaen. Setiap orang dah berusaha dengan sebaik mungkin untuk sampai ke tahap ni. Nia cuma backup je kalau ada berlaku apa-apa." Nia merendah diri, sangkal dakwaan Zaen.

"Mana ada backupnya. Nia kena ada. Kalau Nia tak ada, tak menjadi semua band kita tau. Nia kan satu-satunya bunga dalam band kita ni. Macam boys over flower."

Nia ketawa kecil. Nuh jongket kening pandang Nia, otaknya blank sekejap.

"Boys over flower? Oh... faham-faham." Nuh sambung kemudian. Sedikit lambat menangkap maksud Zaen itu.

"Emm lusa competition tu kan? dah tak lama dah. Semoga ada rezeki korang menang nanti." Nuh sambung lagi.

"InsyaAllah," jawab Zaen lagi. Uzzam dan Baihaqi mengangguk sambil mengucapkan ucapan yang sama.

Farid Azuan dan Fakhrul muncul di sebalik pintu.

"Eh tak balik lagi Nia?" tegur Fakhrul.

"Nak balik dah ni. Saja sembang kejap. Abang Nuh, Nia kenalkan ini abang Fakhrul dan Farid Azuan. Abang Rul, Rid, ni anak angkat abah Nia, abang Nuh."

Nuh mengangguk sebelum menghulurkan tangan bersalam dengan Fakhrul dan Farid Azuan. Wajah seorang demi seorang diperhatikan. Akan dia pahatkan wajah seorang demi seorang dalam kepalanya.

"Okaylah, Dah lewat ni. Kami balik dulu, ya? Nanti bising pula abah kalau Nia lambat sampai rumah." Nia mencelah sebelum meminta diri. Makin lama disitu makin tidak tenang pula dia dengan Nuh yang tiba-tiba berubah menjadi mesra alam semacam.

Nuh juga meminta diri sebelum mengekori langkah Nia. Nia sudah masuk ke perut kereta, menunggu Nuh.

''Banyak betul abang kau.'' Komen Nuh yang pertama sambil tangan menukar gear dari P kepada D. Kereta mula bergerak perlahan menyusuri jalan raya.

Nia kerut kening. Dah kenapa bunyi ayat tu macam perli dia?

''Teman aku pergi makan dulu, baru kita balik.'' Tambah Nuh bila tiada balasan dari Nia.

''Makan? Kenapa tak terus balik rumah je? Kan nanti abah bising, macam mana?''

''Aku dah mintak izin abah.''

''Tapi kenapa pulak saya yang kena temankan awak makan? Bukan ke selalunya awak suka makan dengan orang lain ke? Tak pergi dating ke hari ni?'' soal Nia lagi.

Kenapa pelik je dia rasa dengan Nuh hari ni? Tak dating ke dia hari ni? Eh lupa. Sebelum menghantar dia ke rumah Zaen tadi, Nuh dengan Luqman ada bagitahu yang hari ini diorang ada keluar dating lagi. Dengan siapa? Tak pulak dia berminat hendak ambil tahu. 

Nuh jeling Nia, bunyi macam menyindir dia pun ada.

''Hari ni aku cancel semua appointment aku dengan orang lain. Aku sengaja nak merasa keluar dating dengan budak sekolah tak cukup umur macam kau. Tak salah kan?'' Nuh kembali memerli Nia.

Memang hari ini dia sengaja membatalkan semua 'temujanji'nya dengan gadis-gadis yang ternanti-nanti untuk keluar dengannya. Lepas menghantar Luqman pulang ke rumah abah untuk memulakan tugasan yang diberikan, dia memandu semula ke rumah Zaen. Menanti Nia di situ sehingga hampir 2 jam lamanya.

Nia kerling Nuh mengerut kening.

''Awak ni dah kenapa Nuh? Macam pelik je saya rasa. Tiba-tiba je nak keluar makan dengan saya, sebelum ni tak pernah pun. Ni lagi satu yang saya pelik, awak turun dari kereta dan siap berjemput lagi saya depan rumah Farid, sebelum ni tak pernah pula awak buat macam tu."

"Dah-dah, tak payah kita keluar makan, saya nak balik rumah je sekarang ni. Saya betul-betul penat hari ni." Nia menolak ajakkan Nuh. Bukan sengaja menolak tadi dia betul-betul penat. Bahu dan otot lengannya yang lenguh ditumbuk-tumbuk perlahan. Lagipun tak kuasa dia nak melayan kerenah Nuh yang lain dari biasa.

"Salah ke kalau aku nak kau temankan aku makan?" Nuh rasa tercabar. Kereta dibawa ke laluan yang berbeza dengan laluan ke rumah Tuan Ahmad Zakri.

Nia membulatkan mata. Nampaknya Nuh betul-betul mengotakan ajakkannya.

"Ni... ni awak nak bawa saya ke mana? Ni bukan jalan balik ke rumah abah. Jalan ke rumah abah sebelah sana, bukan sini." Nia menegur manalah tahu kalau Nuh yang tersilap semasa lencongan di simpang tiga tadi.

"Aku tahu lah."

"Dah tu kalau tahu kenapa pilih jalan ni?"

"Aku rasa kau tak pekak lagi kan?"

Nia melongo. Nuh kata dia apa??

"Awak nak cakap saya pekak?"

Nuh diam. Malas ambil pusing dengan amukan Nia yang tak ada faedahnya.

"Saya tanya awak ni, Nuh. Kita nak ke mana ni?" desak Nia bila Nuh tidak memberikan respon dengan

"Nak pergi makan. Nak pergi makan. Nak pergi makan. Aku ulang sekali lagi. Kita. Nak. Pergi Ma. Kan. Puas hati? Tak salah kan?"

Nia mendengus. Tak habis-habis dengan 'nak pergi makan'!

"Memang lah tak salah tapi kenapa? Kenapa pelik sangat awak ni? Awak ada frust dengan mana-mana girlfriend awak ke hari ni?" Nia juga tidak mengalah. Nuh tentu ada agenda tersendiri, fikirnya.

"Dah tu kalau tak salah, kenapa nak kena tanya?" Nuh mula meninggikan suaranya. Dia paling pantang kalau ada perempuan cuba membantah sebarang keputusannya.

"Hish tak payahlah keluar makan! Saya tak lapar, tak haus. Saya cuma nak balik rumah and rest. Tu je saya nak sekarang ni!" bentak Nia, sakit hati sungguh dengan Nuh ni.

Kereta berhenti ke bahu jalan yang agak sunyi dan lenggang dari kereta yang lalu lalang. Mungkin kerana jam sudah 6.45 minit petang ketika itu.

Nia segera toleh kepada Nuh. Nuh juga memandangnya dengan muka seriusnya.

"Kau nak keluar sangat kan? Hah pergilah keluar. Pergi." Nuh mencabar ni. Mahu juga dia tahu setakat mana keberanian dan kedegilan Nia.

Nia meliarkan matanya. Lihat pokok-pokok yang meninggi dengan cahaya mentari senja merah itu membuatkan dia rasa seram. Nia pandang Nuh semula.

"Hantar saya balik rumah abah Nuh, bukan berhenti dekat tempat ni... Lagipun ni kampung, kalau ada orang nampak kita duduk berdua macam ni, macam-macam fitnah boleh timbul." Nia mengingatkan Nuh. Walaupun dia sebenarnya penakut, dia cuba tidak tunjukkan kelemahan itu dihadapan Nuh.

Hujung bibir Nuh naik. Alasan!

"Boleh. Aku boleh hantar kau balik, dengan syarat. Syaratnya kau kena keluar makan dengan aku. Deal?"

Nia pejam mata, cuba sabarkan diri. Tuhan, berikan aku kesabaran melayani kerenah manusia di sebelahku ini.

"Setuju ke tak?" Nuh menunduk sedikit, menanti jawapan Nia. Dari sisi, wajah Nia ditilik. Kenapalah aku jadi sewel macam ni hanya disebabkan kau? Kau siapa budak kecik? Aku nak ajak kau makan je pun, dah macam gaya nak ajak kau pergi menikah!

'Eh, kau ni Nuh sejak bila kau tiba-tiba terfikir perkataan 'menikah' tu? Bukan ke kau kata perkataan tu langsung tak memberi apa-apa makna untuk kau?' batin Nuh menempelak.

"Yelah-yelah. Tapi nanti singgah masjid dulu. Dah nak maghrib ni." Nia memberi kata putus, menyentakkan hati Nuh dari terus bermonolog.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience