Bab 19 : NJ

Romance Series 174928

~Honestly, i always feel jealous whenever you give someone the kind of attention that i want from you.~

Jam 12 tengahari.

Nuh resah, mundar-mandir dalam biliknya. Tak tahu nak bertenang macam mana lagi tatkala hati dilanda keresahan. Macam ibu kuncing hilang anak? Eh rasanya Nuh lebih resah dari ibu kucing tu! Kenapa Nuh? Entah, tak tahu. Dia tak tahu!

Jeling jam tangan, lagi sejam setengah peserta program diminta anak angkat  berkumpul di dewan sebelum berangkat pulang ke kolej kediaman masing-masing dengan menaiki bas yang disediakan. 

Arghh! Nuh kusutkan rambutnya. Makin berserabut dia fikirkan keadaan Nia. Firasatnya menyatakan yang Nia sedang melarikan diri dari dia. Jarinya sudah penat mendail nombor telefon Nia tapi sayangnya suara operator yang menjawab panggilannya dengan mengatakan,

'Nombor yang anda dial tiada dalam perkhidmatan kami.' Sah, Nia dah matikan telefonnya!

Kelakuan Nuh itu sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi Luqman yang masih sibuk mengemas beg pakaian milik mereka berdua.

''Kau dah kenapa Nuh?''

Nuh berhenti sekejap sebelum menghenyakkan punggungnya di birai katil. Kepala digaru kasar walaupun tidak gatal. Sungguh tak tahu macam mana lagi mahu bertenang bila jiwanya dilanda keresahan.

''Nia tak jawab lagi?'' tebak Luqman.

Nuh menggeleng, mukanya bertukar riak dari resah kepada keruh.

"Dia tak perasan la tu kot. Nanti dia angkat la." Luqman cuba menenangkan Nuh. Dia nak tergelak pun ada dengan kelakuan Nuh yang dirasakan luar dari kebiasaannya. Tapi seorang Luqman Firdaus tak mungkin akan gelakkan Nuh, Nuh itu orang terpenting dalam hidupnya.

''Ini bukan masalah dia tak perasan, ini masalahnya dia tak jawab call aku. Dia bukan setakat tak nak jawab call aku tapi dia dah off terus phone dia. Macam mana nak dapat kalau pun beribu kali aku call?" Nuh mendengus geram lantas telefon dicampak ke katil.

Luqman menghempus nafas. Pening dia dengan Nuh seorang ni. Semalam bukan main lagi marahkan Nia, hari ni menggelupur cari gadis muda itu.

''Itu tandanya Nia merajuk dengan kau la tu... Itu laa semalam kau marahkan dia kaw-kaw tu kenapa? Mananya budak tu tak merajuk...'' Luqman mula mengeluarkan andaiannya, biar Nuh sedar apa akibatnya di atas sikap barannya semalam. Tahu nak ikut kepala angin dia saja, Luqman menggeleng.

Nuh menopang siku ke kedua pahanya. Raup wajah kasar. Kenapa denagn hati ni resah setiap kali fikirkan Nia? Kenapa? Nuh menghembus keluh setelah itu.

''Sebab tu aku nak jumpa dengan Nia dulu sebelum kita balik, Luq. Aku nak minta maaf dengan dia. Aku tahu aku dah melampau semalam padahal bukannya salah dia pun.'' Suara Nuh mengendur.

Luqman mencemik, saja mahu mengusik Nuh.

''Yakin itu yang kau nak cakap dekat dia? Bukan sebab kau takut lepas ni kau dah tak berpeluang nak jumpa dia lagi?'' duga Luqman, bibirnya bergaris nipis. Nuh nak tipu dia? Dia dengan Nuh bukannya baru kenal setahun dua tapi sudah lebih dari 20 tahun. Mereka membesar bersama-sama biar pun berbeza darjat dan keturunan.

Nuh terdiam. Nak menafikan, dia sudah kehilangan akal untuk membahas. 

''Kau suka Nia, kan Nuh?'' terus Luqman menebak tatkala Nuh tidak membalas sangkaannya. Nuh memicing mata ke arah Luqman.

''Kenapa kau tanya aku macam tu? Ada nampak muka aku ni macam suka dia ke?''

Luqman senyum segaris.

''Aku kenal kau dah lama Nuh. Aku tahu kau tu sukakan Nia cuma kau tu takut nak mengaku sebab bagi kau Nia tu budak-budak lagi, kan?''

Nuh mencebik.

''Merepeklah kau ni Luq.'' Nuh merebahkan belakangnya ke tilam. Capai semula telefonnya, malas melayan Luqman merepek. 

''Aku tak merepek saja-saja la Nuh. Kalau tak, kenapa kau beria-ria marahkan Nia bila Nia lebihkan orang lain dari kau?''

Nuh jeling Luqman. Tangan masih bermain-main dengan telefonnya. Malas mahu terus melayan Luqman berkaitan dengan topik 'perasaan'. 

'Aku sukakan Nia? Rasanya tak. Tak kan lah aku boleh suka dengan budak mentah macam tu, huh! Tapi... kenapa hati aku rasa sakit tiap kali aku lihat Nia bersembang dengan lelaki lain selain dari aku? Kenapa aku marah bila Nia tidak percayakan aku dan Nia cuba pinggirkan aku?' Arghh gasaklah! 

'Honestly, i always feel jealous whenever you give someone the kind of attention that i want from you.'

''Nuh, sebelum kau lupa, aku nak ingatkan. Tempoh 2 minggu kau dah berakhir.'' Tiba-tiba Luqman mengeluarkan topik panas itu tatkala fikiran Nuh masih berserabut fikirkan tentang Nia.

Nuh segera panggung wajah ke arah Luqman. Luqman membalas pandangan Nuh dengan pandangan suram.

Nuh angguk perlahan, matanya dilarikan ke skrin telefon semula.

''Ya.. aku tahu.'' Nuh membalas mendatar tanpa emosi.

''Aku minta maaf Nuh.'' Luqman mengetap bibir, dia dalam dilema.

''It's okay Luq. Aku tahu kau tentu ada alasan kau sendiri.'' Nuh menutur tanpa menoleh pada Luqman yang tengah berdiri menghadapnya. 

Sunyi menyinap antara mereka sebelum terdengar Luqman mengeluh berat.

''Nuh, aku nak akhiri semua ni... tapi aku tak tahu macam mana caranya. Aku cuba cari jalan untuk lepaskan diri aku tapi aku tak mampu Nuh. Aku terpaksa buat semuanya padahal aku tahu kau dah cukup terseksa dengan cara hidup kau selama ni. Kau tak pernah ada kebebasan hidup macam orang lain. Kau tak pernah bebas walaupun kau dah jauh beribu kilometer dari dia tapi sebab adanya aku sebagai bayang-bayang kau, kau tak pernah rasa nikmatnya bebas tu. Aku minta maaf Nuh sebab aku selalu ada jadi bayang-bayang kau.'' Tiba-tiba Luqman bersuara, cuba meminta pemahaman dari Nuh tentang kedudukannya.

Nuh lihat Luqman sekilas, sebelum menjawab.

''Dan kau pun sebenar tak suka jadi bayang-bayang aku kan?"

Luqman tidak membalas. Nuh bangkit, tegakkan duduknya di birai katil sambil tatang Luqman yang sedang berdiri itu.

"Aku tahu kau pun tak suka jadi bayang-bayang aku Luq. Kau bukan lagi Luke yang selalu ada di mana saja aku ada, Luq.  Kau Luqman Firdaus. Lelaki yang terpaksa jadi bayang-bayang aku. Bila aku masuk club, kau terpaksa ikut masuk juga walaupun kau tak digalakkan masuk ke sarang maksiat macam tu. Tapi demi tugas kau, kau terpaksa ikut segala kehendak aku. Setiap kali aku mabuk, kau yang kena hadap aku dan bau busuk semua tu. Walaupun kau sudah biasa sebelum ni tapi bukan lagi sekarang. Kau nak marah aku, kau nak maki aku tapi kau tak boleh. Kau akur dengan aku lepas kau jadi Luq bukan Luke, kawan baik aku. Aku tahu kau buat semua ni bersebab  cuma aku tak tahu apa 'sebab' yang dia sogokkan sampaikan kau sanggup belot dengan aku.'' Nuh menyambung.

Luqman senyum hambar, memang betul apa yang Nuh kata. Ada sesuatu yang dijadikan cagaran dan dia terpaksa meneruskannya demi menjamin keselamatan adik-adiknya.

''Nuh, aku plan nak balik Sabah cuti sem nanti. Aku nak balik ambil adik-adik aku dan berhijrah ke sini. Dekat sana pun kami bukannya ada sesiapa melainkan family kau. Nanti aku nak cari kerja untuk sara adik-adik aku. Sementara aku tak habis study lagi, aku nak cari kerja part-time dulu. Kerja biasa-biasa pun tak apa, aku tak kisah. Janji aku dapat tampung hidup adik-adik aku dekat sini. Aku risau dengan nasib adik-adik aku dekat sana, Nuh. Adik-adik aku...,''

''Wait, adik-adik kau ada dengan orang-orang 'dia' ke?'' Nuh mencelah tanpa sempat Luqman habiskan ayatnya, keningnya mengerut. Telinga tak salah dengar kan?

Luqman berdecit kecil, dia tersilap cakap. Tapi dah alang-alang tersasul, apa kata dia berterus terang saja dengan Nuh sekarang. Lagipun hatinya tidak tenang sehari dua ini setiap kali fikirkan tentang nasib adik-adiknya di sana. Lihat Luqman mengangguk, Nuh mendengus keras.

''Kau gila! Kenapa kau tak cakap awal-awal dekat aku, Luq? Kau sendiri pun tahu betapa bahayanya adik-adik kau tu kalau ada dengan 'dia'. Adik kau tu semua perempuan Luq!'' tempelak Nuh, marah dengan tindakan gila Luqman yang sanggup memperjudikan nasib adik-adiknya ditangan 'dia'.

Luqman mengusutkan rambut. Dia makin keliru dengan tindakannya sendiri.

''Aku tahu aku sudah silap Nuh tapi aku ndak ada cara lain lagi. Aku fikir dengan cara ni saja aku boleh sambung belajar dan adik-adik aku dapat pergi sekolah macam biasa lepas bapak tiada.  Lagipun dia yang paksa aku jadi orang dia, baru dia akan jamin keselamatan adik-adik aku bah."

"Dan kau percaya?"

Luqman angguk. Nuh melepaskan penumbuk ke tilam, sakit hati dengan pilihan Luqman. 

"Tapi... sekarang ni aku rasa susah hati Nuh. Aku rasa ada sesuatu akan berlaku pada adik-adik aku.'' Luqman mengendur. Nuh bangun dan dekati Luqman.

''Luq, adik -adik kau pun adik-adik aku. Nanti kita sama-sama fikir jalan macam mana nak stop semua ni. Aku penat dengan semua ni dan aku tahu kau pun sama.''

Luqman angguk, lega.

''Ehh dah masuk waktu zohor, kau solatlah dulu Luq." 

Luqman angguk, sedikit sebanyak dia kagum dengan Nuh yang peka mengingatkan dia tentang kewajipan seorang muslim. Luqman segera berlalu ke bilik air untuk berwuduk sebaik sahaja selesai azan zohor berkumandang di corong telefon melalui aplikasi waktu solat Malaysia. Nuh sekadar memerhati perbuatan Luqman menunaikan solat zohor 4 rakaat. Luqman memang seorang hamba yang taat pada agamanya. Dia akui dia suka melihat perubahan temannya itu. 

*             *               *

Jam 1.30 minit petang.

Sekali lagi Nuh mengitari seluruh bilik yang menjadi bilik tumpangannya selama 2 minggu disini. Tak sangka dia akan menumpang di bilik anak dara orang. Pasti dia akan merindui bilik ini suatu hari nanti. . Nuh tersenyum bila teringatkan kali pertama dia melangkah masuk ke rumah ini, lagi-lagi di saat melangkah masuk ke bilik ini. Bilik yang cukup kemas dan simple seperti pemiliknya, Nia Jasmine.

''Nuh, jom. Nanti kita sampai lewat dekat sana.'' Luqman sudah bersedia menggalas beg pakaiannya.

Nuh tarik nafas berat. Sudah tiba masanya untuk bepisah dengan segala kenangan di sini dan akur kalau ini yang ditakdirkan untuknya. Akur walaupun cukup terkilan dengan tindakan Nia yang melarikan diri darinya.

''Jom.'' Nuh turut capai beg galasnya.

'Bye, Nia.' Hatinya berbisik. Nuh sekali lagi melontar pandangan ke sekeliling bilik itu, untuk kali terakhir. Semuanya sudah dikembalikan pada keadaan asal seperti masa awal-awal dia dan Luqman melangkah masuk.

''Nuh, jom...'' Sekali lagi Luqman menyeru Nuh bila perasankan sahabat karibnya masih melekat di ambang pintu bilik itu.

Nuh sekadar mengangguk, tangan menarik daun pintu bilik itu dan di katup rapat. Dengan perasaan berbaur, Nuh melangkah ke tingkat bawah. Tuan Ahmad Zakri pasti sudah lama menunggu mereka di bawah.

''Abah, maaf lambat.''

''Tak apa Luq. Jom kita pergi sekarang. Nanti lewat pulak sampai dekat dewan. Pukul 2, bas bertolak, kan?''

''Ha'a. Abah, dapat call Nia?'' Luqman bertanya, kesian dia tengok muka moyok Nuh dah macam ayam berak kapur. Langsung tak ceria wajah itu.

''Tak dapat. Off terus telefonnya. Tapi tadi abah call Zaen. Katanya diorang ada dekat Wetex Parade, ada hal nak kena settlekan tapi tak settle lagi. Semua Violet Band members ada. Nia ni pun satu hal, dah tahu hari ni abang-abang dia dan nak balik, dia pulak boleh tiba-tiba menghilang.'' Tuan Ahmad Zakri merungut tanpa mengetahui apa yang terjadi semalam.

''Tak apa lah abah. Mungkin Nia ada hal penting tu. Nanti abah kirim salam dekat Nia ya?'' Luqman membalas lembut, cuba meredakan kegalauan hati Nuh.

Nuh hanya diam, ketika ini dia memang tidak ada 'rasa' untuk bercakap.

''Insya-Allah nanti abah sampaikan. Ni, abah ada nak bagi Luq dan Nuh benda ni... Biasa-biasa je tapi Insya-Allah berguna untuk kamu berdua nanti.'' Tuan Ahamd Zakri menghulurkan dua beg kertas kepada Nuh dan Luqman.

''Terima kasih abah. Buat susah-susah abah je,'' Luqman menyambut huluran abah angkatnya. Satu beg kertas diberikan kepada Nuh.

''Tak ada apa yang abah nak bagi Luq, Nuh. Itu je yang abah mampu bagi. Abah nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada kamu berdua sebab sudi jadi anak abah. Abah harap hubungan kita kekal sampai bila-bila. Insya-Allah. Senang-senang datang la sini lagi.'' Tuan Ahmad Zakri peluk kedua anak angkatnya.

Mendengarkan apa yang baru keluar dari mulut abah angkatnya itu membuatkan Nuh diterpa serba salah dengan apa yang dikatakan sebelum ini. Baru sekarang Nuh faham kenapa Nia marahkan dengan dia semalam. Nuh mengeluh, kecewa dengan diri sendiri sebab dah kecewakan Nia dan kecewakan abah.

''Luq, Nuh, ni hadiah kecil dari Mia.'' Giliran Mia Jasmine pula memberikan hadiah kepada Nuh dan Luqman. Nuh dan Luqman menyambutnya.

''Terima kasih, Mia.'' Serentak mereka mengatakannya.

''Dah-dah. Jomlah kita, dah lewat ni. Mia, jom.''

Mia mengangguk lalu membuntuti langkah abah dan yang lain.

*              *               *

Jam 2.15 minit petang.

Hanya mata yang dihalakan kepada Luqman yang tengah menyusun beg pakaian mereka di ruangan tempat letak barang bahagian bawah bas tapi fikiran Nuh merewang entah ke mana.

Nuh masih setia menunggu kemunculan Nia. Walaupun dia tahu harapannya tipis, dia tetap berharap yang Nia sudi muncul di hadapannya sekarang. Dia betul-betul merasakan 'perlu'nya kehadiran Nia di sini untuk yang terakhir kalinya. Kerana Nuh tahu sebaik sahaja tamat pengajiannya, Nuh tidak akan dibenarkan menjejaki kaki ke tempat ini lagi.

Pinn... Pinn..

Hon bas berbunyi menandakan sudah tiba masanya untuk bertolak. Kesemua peserta program anak angkat mula bersalam-salaman dan berpeluk-pelukan dengan keluarga angkat masing-masing. Ada tangisan berlagu, menangisi perpisahan ini. Kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Tidak terkecuali Nuh dan Luqman. Tubuh tua Tuan Ahmad Zakri dipeluk erat. Basah juga pelupuk mata Tuan Ahmad Zakri. Perpisahan ini memilukan hati tuanya yang begitu kepinginan anak lelaki. Tapi dia syukur dengan nikmat yang sementara ini. Walaupun cuma sekejap, dia ikhlas menyayangi kedua anak angkatnya itu. Allah menghantar keduanya untuk dia merasai kasih sayang anak lelaki dari mereka. Doanya dimakbulkan.

Mia juga merasa hiba. Turut bersedih dengan perpisahan ini. Selepas ini entah bila pula mereka akan bersua lagi. Dalam diam dia akui, dia cukup senang dengan kehadiran mereka berdua dalam keluarganya lebih-lebih lagi Luqman Firdaus yang tua setahun darinya. Sikap ambil berat dan peduli Luqman pada abah dan Nia buat hati perempuannya terusik. Luqman ada ciri-ciri pemimpin yang dia impikan selama ini. Tapi masih terlalu awal untuk dia menyerahkan sekeping hati buat lelaki itu.

Usia berpamitan, Nuh dan Luqman mengambil tempat di dalam bas. Nuh memilih untuk duduk di tepi tingkap manakala Luqman disebelahnya. Sekali lagi Nuh mengeluh. Luqman deras berpaling.

''Dah la, Nuh... tak payahlah kau nak buat muka macam tu," tegur Luqman.

''Dia tetap tak mucul," gumam Nuh antara dengar dengan tidak.

Luqman garu pelipis dahi, aishh parah dah si Nuh ni!

''Aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi Nuh. Inilah yang orang kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Haa... kena sangat dengan kau sekarang ni. Kata tak suka, tapi dari gaya kau ni dah macam orang baru putus cinta, tahu?''

Nuh mengeluh, berat.

''Aku pun tak tahu apa yang Nia dah buat dekat aku sampai aku jadi macam ni, Luq.'' Nuh mengeluh lagi.

Luqman tahan senyum.

''Emm kau sabar jelah Nuh oii.. Berdoa jelah semoga Nia dibukakan hati untuk on phone dia tu. Bila dia dah on, nanti kau  call lah dia. Slow talk dengan dia. Minta maaf elok-elok. Kau oun jangan lah nak ikut baran kau je... Aku ni dah tak sanggup nak hadap muka kelabu asap kau ni, Nuh.''

Nuh mengerut kening. Luqman perli dia?

''Berdoa untuk dia on phone je? Ingatkan kau nak suruh aku berdoa dia suka aku balik.''

"Suka kau balik? Maksudnya kau mengakulah yang kau suka Nia?" giat Luqman, makin seronok mengusik Nuh.

"Ad aku cakap suka dia ke? Tak ada kan?" Nuh tahan otot muka dari tersenyum, kantoi dengan Luqman.

''Masih tak nak ngaku? Emm suka hati kau lah Nuh. Nanti pandai-pandai sendirilah kau nak doa macam mana asalkan semuanya settle dengan baik... Tapi kalau Nia pun suka kau, aku rasa itu yang terbaik untuk kau, jadi aku seratus peratus setuju!''

*              *                 *

Jam 5.00 petang.

Kereta Honda Accord milik Zaen Haidar memasuki pekarangan rumah Tuan Ahmad Zakri.

''Nia okay ke?'' tanya Zaen prihatin.

''Insya-Allah Nia okay. Terima kasih semua sebab sudi luangkan masa dengan Nia.''

''Sama-sama Nia. Dah pergilah masuk, dah lewat ni.'' Baihaqi menyampuk. Mata masih mengantuk dan tubuh penat, tak cukup rehat. Semalam mereka balik agak lewat selepas persembahan, pagi ini pula Zaen sudah mengacau nikmat tidurnya dengan mengajak ke Wetex Parade.

Nia tergelak kecil.

''Yelah-yelah. Nia keluar dulu. Assalamualaikum.'' Nia menutup pintu kereta Zaen.

Kereta Zaen meluncur keluar dari laman rumah Nia. Nia menapak masuk ke dalam rumah.

''Assalamualaikum..''

''Waalaikummusalam. Baru balik Nia?'' tegur abahnya.

Nia cuma mengangguk sebagai jawapan.

''Nia pergi mana?''

''Wetex Parade.''

''Siapa izinkan Nia keluar pagi-pagi macam tu?''

Nia diam, sudah bersedia dimarahi atas risiko yang diambil.

''Risau abah bila Mia bagitahu abah, Nia keluar pagi-pagi macam tu. Lain kali jangan buat macam ni lagi. Nia tu perempuan, walaupun dengan siapa Nia keluar tetap ada bahayanya,'' bebel Tuan Ahmad Zakri.

Nia menekur lantai, mengangguk.

''Nia tahu kan hari ni abang-abang nak balik U? Kenapa tak tunggu jumpa abang-abang dulu?''

Nia diam lagi, tak tahu nak jawab apa sedangkan alasan untamanya keluar disebabkan tak nak berjumpa dengan mereka lagi. Sanggup dia menunggu di depan pintu Wetex Parade yang masih belum beroperasi gara-gara masih terlalu awal sampai ke sana.

''Abang-abang cari Nia tadi. Kesian abah tengok Nuh, dia nampak sedih sebab tak dapat jumpa Nia sebelum balik tadi.''

Nia panggung wajah. Nuh cari dia? Nonsense betul!

''Dah solat asar belum ni?'' Abah lencong topik.

Nia menggeleng pula.

''Dah la pergilah masuk bilik, mandi-mandi dulu dan solat.''

Nia akur. Putar tubuh lalu memanjat tangga untuk ke tingkat atas.

Sebelum memulas tombol pintu bilik Mia, Nia berfikir seketika sebelum menjatuhkan tangannya. Dia bertukar arah, bilik asalnya dituju.

Pintu bilik itu di buka. Nampak biliknya kemas seperti sebelum ini. Dia menapak masuk ke dalam, matanya melilau mencari sebarang perubahan sepanjang dua minggu biliknya dipinjamkan kepada dua abang angkatnya. Nia ukir senyuman hambar bila teringat kepada mereka.

Teringatkan barang-barangnya masih di bilik kakaknya, Nia memalingkan tubuhnya mahu keluar. Tiba-tiba matanya melekat pada sesuatu yang berbentuk segi empat tepat terletak elok diatas meja studinya. Nia mendekat dan menarik kertas itu. Satu persatu baris-baris ayat yang tercoret di atas lembaran itu dibaca.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Dapat pengajaran tak Nuh? Hahah itulah, jgn ego! Tq to all the readers. NJ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience