Bab 45 : NJ

Romance Series 199134

"Siapa tu?" tanya Khalil. Tadi dia sempat lihat Nuh menyapa lelaki itu dari kejauhan. Lagak seperti 'kawan dah kenal lama' tapi entahlah. Khalil bukannya buta, tak reti menilai cara renungan lelaki itu pun dia sudah tahu. Itu satu renungan tidak selesa.

Nia yang sedang leka menjamu selera, segera angkat muka sebelum sama-sama melontarkan pandangan ke arah yang dimaksudkan oleh abangnya. Cikgu Eusoff dan kakaknya, Lya sedang beriringan menuju ke pintu utama.

"Oh, tu... sepupu Zaen. Dia cikgu sekolah aku atau aku boleh cakap, cikgu kelas Nia jugak." Nuh menyambung suapannya.

Khalil terus berpaling kepada adiknya.

"Betul ke cikgu Angel?"

Nia angguk, sambung santapannya yang masih tinggal sedikit.

"Kenapa tak tegur?" Seorang Khalil, dia agak peka dengan perubahan adik kesayangannya. Something got fishy here.

"Emmm... tadi dah tegur. Masa cari Kak Lya tadi." Malas-malas Nia menjawab. Isu Cikgu Eusoff dia masih tiada mood mahu bercerita panjang. Hatinya masih berbekas tentang insiden tempoh hari.

"Okey. Ada something yang abang perlu tahu ke ni?" tebak Khalil terus. Dia lirikkan matanya pada Nuh sekejap sebelum kembali pada Nia. Dia yakin ada sesuatu yang disembunyikan oleh keduanya.

Nuh berdecit. Dia tengok Nia dulu sebelum memilih untuk berterus terang dengan Khalil.

"Itulah cikgu yang denda Nia berdiri dekat luar kelas tu."

"Betul?" Mata Khalil membulat.

"Kenapa tak bagitahu abang dari tadi? Abang dah lama nak pergi sekolah angel cari cikgu tu. Nak bagi pengajaran sikit." Khalil sudah kepal penumpuk. Badannya sudah ditegakkan tapi didudukkan kembali oleh Nia.

"Abang jangan nak malukan abah dengan mama dekat sini ya? Nanti tak pasal-pasal kecoh satu Muar anak cikgu Mad belasah cikgu. Abang nak ke? Nak ke muka abang tu keluar di page fb? hah? Isu tu dah lama. Angel pun dah okey. Kita lupakan je kisah tu." Nia menegah. Khalil menepis tangan Nia yang sedang melingkar di lengannya.

"No! Abang tak kan lupa. Angel tak ingat ke lepas balik dari sekolah hari tu angel demam balik? Abang tak boleh biarkan cikgu tu terlepas macam tu je lepas buat adik abang ni sakit. Dia ingat, dia tu siapa? Apa tiket dia boleh buat anak orang macam tu? Rasanya cikgu tu tak kenal lagi siapa abang angel ni!" Khalil berderam, marah sungguh dia dengan Cikgu Eusoff.

Nia teguk liur. Abangnya ni, kalau dah marah cakaplah apa pun, semua tak menjadi. Baran sungguh! Nia meminta bantuan dari Nuh dengan ekor matanya untuk tenangkan Khalil. Nuh angguk dan Nia berlalu ke tempat mencuci tangan.

"Lil, easy man... Semua benda dah lepas kan? Nanti aku tegur cikgu tu. Kau jangan nak jadi The Hulk dekat sini, malu orang tengok." Nuh cuba menjernihkan keadaan tapi lain pula pada pemahaman Khalil.

"Nuh, kalau soal lain aku tak kisah But if anyone touches my angel, I will not remain silent. No one can touch my angel, including you. Got it?" Khalil dan Nuh saling beratapan. Khalil serius dan Nuh juga tidak kurang berangnya. Masing-masing tidak mengalah sehinggalah renungan itu dipatahkan oleh suara halus Nia.

"Kenapa abang dengan Nuh ni? Main tenung-tenung ni?" Nia duduk semula di tempatnya.

Nuh menunduk, dia membasahkan lidah sebelum membalas amaran Khalil untuknya.

"Lil, apa hal aku terbabit sekali ni? Dia dengan aku, tak sama kot. Aku, kalau aku dah janji aku akan pegang janji tu sampai aku mati. Tak pernah terlintas pun aku nak matikan janji tu walaupun aku tak tahu pengakhirannya macam mana. Tapi apa yang aku pegang selama ni, selagi aku tak dapat apa yang aku nak selagi tu aku akan tunggu. Sebab aku yakin tak akan ada perkara yang sia-sia. Aku dah janji dengan kau, kan? So, I will keep my promise."

"Janji? Kalau kau betul pegang janji kau tu, mesti kau dah warning dia awal-awal, tapi kau tak buat kan?"

"Lil, kau pun tahu gosip pasal aku dengan Nia dah merata dekat sekolah. Nak tak nak aku kena jadi profesional. Aku ni cikgu. Nia tu student. Kalau aku tiba-tiba warning cikgu tu, kau rasa benda tu tak akan sampai ke telinga cikgu-cikgu lain? Kau nak ke aku dengan Nia dipanggil menghadap pengetua? Kau tak nak kan? Jadi, kau jangan risau. Just follow the flow. Ikut saja plan aku dan kau jangan risau, aku akan pegang janji kita." Nuh memujuk lagi.

"Janji apa ni?" Nia mencelah. Khalil dan Nuh dipandang bergilir-gilir.

"Tak ada apa-apa. Makan ni." Khalil tolak pinggan berisi pemanis mulut di depan Nia. Dia hampir terlupa yang Nia masih wujud dan berkemungkinan Nia sudah terdengar setiap perbualan mereka berdua.

* * *

"Oittt, ralitnya! Tenung siapa tu?" Suara Nuh di sebelah mengalihkan tumpuan Nia dari terus tertumpu kepada pasangan mempelai yang sedang ber'photoshoot'. Nia pandang Nuh sekilas, sebelum kembali ke pelamin.

"Pandang diaorang tu. Sesuai. Nampak sepadan sangat," komen Nia.

Nuh turut halakan pandangannya.

"Itu ke? Kau okey? Tak sedih?"

"Ish apa jenis soalan awak ni? Saya nak sedih-sedih untuk apa? Chill la, saya kan muda lagi. Awak juga yang cakap, kumbang bukan seekor. Banyak lagi kumbang-kumbang yang lebih hensem dari kumbang tu saya boleh cari. So, no more sedih-sedih!"

Nuh senyum, puas hati.

"Tak sangka jodoh Zaen dengan Kak Tya. Saya doakan rumah tangga diorang bahagia hingga ke syurga-Nya." Tambah Nia ikhlas dari hati.

Nuh mengaminkan doa itu dalam hati. Duduknya disandarkan ke dinding. Matanya memandang Nia, timbul niat untuk mengusik adik angkatnya itu.

"Bila tengok diorang bersanding tu, cuba kau penjamkan mata bayangkan something..." Nuh berbisik.

Nia menoleh ke sisi. Keningnya bertaut.

"Bayangkan apa? Walid?"

"Hish gila ke apa kau nak bayangkan muka orang tua tu," tukas Nuh. Nia tersengih.

"Dah tu?"

Nuh mendekatkan bibirnya ke telinga Nia.

"Bayangkan kau tengah bersanding dengan aku."

"Eww.. tolonglah!" Nia juling mata, menyampah! Gatal!

Nuh tergelak besar. Beberapa orang tetamu berpaling ke arah mereka berdua.

"Kenapa? Kau tak teringin ke?" Nuh kembali merendahkan suaranya bila tawanya hampir reda.

"Awak pula? Teringin ke?" Nia soal Nuh balik. Suka sangat Nuh kenakan dia, sesekali apa salahnya dia pula yang kenakan Nuh.

"Eh, aku tak ada masalah. Kalau kau sudi, seluruh alam ni aku tadahkan," jawab Nuh sambil keningnya diangkat berkali-kali.

Nia buat muka lagi dengan jawapan Nuh. Hiperbola sangat! Tahu sangat dia yang Nuh cuma bergurau dan seorang Nuh jarang sangat nak serius kalau benda-benda macam ni. Huh!

Keduanya senyap setelah itu. Nia memusingkan tubuh untuk kembali ke khemah jamuan tapi Nuh mengelar lengannya.

"Aku tunggu kau habis sekolah, nanti aku bincang dengan abah." Sambung Nuh setelah itu.

Nia berkerut. Tak jelas apa yang dimaksudkan oleh Nuh.

"Nak bincang apa dengan abah?"

"Kata orang kalau nak anak, kena dapat restu ayahnya dulu. Kalau dah suka anak, kena bincang dengan wali dia dulu."

Nia menelopong. Nuh seriuskah?

"Hei, apa ni Nuh? Jangan nak bergurau dengan benda macam ni boleh tak? Tak kelakar okey?" selar Nia. Berkerut hebat keningnya, tanda tidak suka dengan gurauan Nuh.

"Ada kau nampak aku tengah buat lawak superstar ke ni? Tak kan?" balas Nuh berani menentang anak mata Nia.

Dan Nia, menelan liur. Nuh serius?

"Oit, apa hal ni?" Khalil menegur. Nuh dan Nia lekas-lekas mematah renungan memasing lalu Nia segera berlalu ke khemah jamuan.

"Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa. Oh, aku tergoda. Aku tergoda terkecewa." Khalil tiba-tiba mengalunkan lagu dari R Azmi yang berjudul Kerana Mata. Tersengih-sengih dia mengusik Nuh.

"Kau apa hal ni? Tiba-tiba je,"

"Aku ada tengok drama pendek tadi. Syok gila..." usik Khalil lagi.

"Tak kuasa aku nak layan kau, Lil." Nuh mengelak, segan juga bila kantoi dengan Khalil tadi.

* * *

"Abang, boleh angel masuk?" Nia meminta izin sebelum menjengulkan kepalanya di sebalik pintu bilik abangnya.

"Emm... masuk jelah angel." Khalil yang sedang berbaring sambil menatal skrin telefonnya memberi keizinan.

Nia mengatur langkah ke katil abangnya lalu melabuhkan duduk di birai katil.

"Ada apa nak jumpa abang ni?" tanya Khalil, tanpa membuang pandangan daripada skrin telefonnya.

"Angel nak tanya something. Boleh?"

Khalil mengintai sedikit Nia. Dah boleh agak apa yang akan disoal siasat oleh Nia tapi sengaja dia buat-buat tidak tahu.

"Tanya apa tu? Macam serius je," teka Khalil, Nia tersengih.

"Angel nak tahu pasal topik abang dengan Nuh siang tadi."

Bingo! Tepat tekaan Khalil. Nia dengar semuanya dan tak mustahil juga dia dalam keresahan berkenaan topik itu.

"Topik apa tu wahai adik abang?" Khalil mengusik lagi. Sengaja menduga.

"Angel tak tahu nak cakap macam mana tapi angel nak sangat tahu apa maksud janji yang Nuh cakapkan dengan abang siang tadi dan angel yakin yang hal tu ada kaitannya dengan angel. I'm right abang?"

Khalil berdeham kecil seraya meletakkan telefon ke meja sisi untuk memberikan tumpuan kepada Nia. Duduknya ditegakkan, lalu aki panjangnya dilipat untuk bersila.

"Kenapa angel rasa hal tu ada kaitan dengan angel?"

"Angel cuma rasa tapi angel tak tahu la kut-kut instinct angel ni salah." Nia menunduk bermain jari sendiri.

"Emm... Nuh janji dengan abang yang dia akan jaga Nia."

Ni angkat muka. Tunggu Khalil menyambung.

"Dan abang percaya dengan janji tu dan abang akan pegang sampai ke akhir hayat abang." Sambung Khalil.

"Kenapa Nuh? Kenapa tak orang lain?"

Khalil senyum sedikit. Anak rambut Nia yang sedikit berselerak di depan muka, Khalil sebak ke belakang cuping telinga.

"Sebab dia, Nuh Jazmin. Hanya dia satu-satunya lelaki yang abang percaya dan boleh letakkan angel dibawah jagaan dia kalau abang dah tak ada depan mata angel suatu hari nanti."

Dahi Nia langsung berkerut. Ayat Khalil seolah-olah...

"Abang nak tinggalkan angel lagi? Abang kena balik London lagi?"

Khalil menggeleng. Tangan adiknya diambil. Nia menepis, merajuk dan takut kalau betul Khalil akan tinggalkan dia lagi.

"Bukan itu maksud abang, angel."

"Habis tu?"

"Angel tahu abang sayang angel?"

Nia angguk.

"Abang sayang sangat adik abang yang seorang ni sehingga tak terhitung berapa banyaknya kasih tu. Tapi abang juga perlu terima hakikat yang tak selamanya angel akan ada depan mata abang macam sekarang. Mungkin suatu hari nanti bila Allah kata jodoh angel atau abang dah sampai, kita akan berpisah dan pergi pada pasangan masing-masing. Ya betul, hubungan pertalian darah tak akan terputus sampai bila-bila tapi sebelum ada jarak dan status yang akan menjarakkan kita, abang nak kan yang terbaik untuk adik kesayangan abang ni. Abang mahu dia dijaga, disayangi dan dicintai oleh seorang lelaki yang betul-betul ikhlas dengannya."

"Maksud abang... lelaki tu, dia?

"Angel tak suka?"

Dahi Nia berkerut. Tak suka soalannya tidak dijawab.

"Angel tanya abang dulu kan?"

Khalil tersenyum kecil.

"Angel memang tak suka dia? Sebab hal lalu atau memang angel ada sebab lain untuk tak suka dia?"

Nia terdiam. Hal lalu? Hal yang tak pernah Nia buka kepada sesiapa selepas kejadian itu termasuklah kepada abangnya sendiri.

"Dia... bagitahu abang?"

Khalil mengeleng.

"Dia tak ada bagitahu abang apa-apa pun. Abang cuma dapat rase ada sesuatu yang dah jadi pada dia dengan angel dulu. Bila abang tanya dia, dia cuma cakap ada sedikit salah faham antara korang. Salah faham tu ke penyebabnya?"

Nia terdiam lagi. Kelu lidah nak membalas.

"Angel terima kalau dia betul-betul jodoh angel?"

Nia rasa lidahnya tercekik dengan soalan tak masuk akal Khalil. Tak lama, dia berdecit dan tergelak, berpura-pura gelak untuk tutup lubang hatinya yang terusik dengan pertanyaan abangnya.

"Hish, apa abang merepek sampai ke jodoh ni? Angel muda lagi lah abang. Ada setahun lagi sebelum angel sambung belajar dekat U. Abang jangan macam-macam ya?"

Khalil juga tergelak. Sama-sama menutup kisah hati.

"Em... okeylah abang. Angel keluar dulu. Menganguk dah. Abang pun kena rest, esok nak drive balik Terengganu." Nia segera keluar dari bilik abangnya.

Sorry lmbt.

Share this novel

Zahrin Zahra
2021-06-07 22:03:06 

tq update..nak lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience