April 2019.
Kuala Terengganu, Terengganu.
Khalil mundar mandir di ruangan pejabatnya. Sesekali dia lontar pandangan ke tingkap kaca biliknya. Hujan masih lagi lebat di luar, bersertakan dengan kilat dan ribut. Nampaknya saki baki musim tengkujuh masih belum berakhir sepenuhnya meskipun meteorologi ada meramalkan musim tengkujuh bakal berakhir pada hujung bulan mac ini. Namun inilah lumrah kejadian alam, manusia hanya boleh meramal tapi bukan manusia yang menentukan.
Sekali lagi Khalil mengerling jam di tangannya, angka sudah menghampiri angka 10 malam. Dia risau, gelisah tatkala memikirkan nasib adiknya yang bersendirian di rumah. Mama dan papanya ke Kuantan, menghadiri kenduri perkahwinan kenalan keluarga mereka. Kebetulan pula papanya ada balik menjenguk mereka sekejap tanpa membawa Khayra Faqihah sekali. Mak Yam, pembantu rumah mereka pula mesti sudah balik ke rumah keluarganya. Kebiasaannya pada hari khamis, Mak Yam diberikan kebenaran untuk pulang lebih awal dari hari-hari biasa.
'Macam mana nak balik ni? Kereta pulak masa-masa macam ni lah dia nak buat hal! Masa ni jugak lah dia pilih nak pancit!' Khalil membebel, marah sambil menghembus nafas deras. Pemandu grab sudah dihubungi tapi masih tidak nampak bayang-bayangnya. Pemandu grab teperangkap dalam kesesakkan jalan raya. Laluan jadi perlahan akibat hujan yang tidak berhenti mencurah sehinggakan ada sesetengah tempat di naiki air. Arghh! Kenapa hari ini semuanya jadi begitu berserabut?
Bumm! Sekali lagi guruh berdetum bagaikan marahkan Khalil kerana mempersoalkan kerjaan Tuhan. Khalil tersentak, tangannya naik mengosok dada. Istighfar dia berulang kali memohon keampunan.
Bum! Lagi guruh berdetum dengan lebih kuat.
"Ya Allah, angel!" Itu yang terluah dari ulas bibirnya kerana dia tahu adiknya takutkan guruh dan kilat. Terburu-buru dia capai telefon dan menghubungi Nia.
"Pick up the phone angel!' gumamnya, malangnya taliannya tidak disambut. Bukan sekali dia mencuba hubungi adiknya tapi sudah berkali-kali. Jawapannya tetap sama. Khalil makin tidak senan duduk. Nia tidak pernah begini. Dia buka aplikasi WhatsApp pula, cek bila Nia 'last seen'.
Last seen : 9.45 pm
"9.45 pm? Angel dah tidur ke? Macam tak logik je ni kalau dia dah tidur... Angel tu bukannya suka tidur awal. Selagi jam tak tepat 12 tengah malam, bukannya dia reti tidur," omel Khalil, hairan dengan kelakuan 'bisu' adiknya. Hatinya sedang cuba memujuk diri dari berfikirkan yang bukan-bukan. Dia yakin Nia baik-baik sahaja tapi kalau adiknya baik-baik sahaja kenapa resahnya tidak beransur hilang? Khalil tepuk dahi. Kenapalah dia tak terfikir untuk meminta tolong Nuh tengok-tengokkan Nia? Tak menanti, nombor telefon Nuh terus didail.
"Hello, assalamualaikum..." Suara serak basah Nuh kedengaran di hujung talian, menandakan yang lelaki itu baru terjaga dari tidur.
"Waalaikummusalam. Eh Nuh, kau dah tidur ke?" Khalil berkerut. Ini lagi satu hal yang pelik, Nuh tidur awal?
"Emm... aku terlelap lepas solat tadi. Kenapa? Apa hal call?"
"Nuh, sorry kacau kau tapi aku terpaksa juga kacau kau ni."
"Apa halnya, Lil?"
"Macam ni, aku masih dekat office ni. Tayar kereta aku pancit. Kau boleh tolong aku tak?"
"Tolong apa? Nak aku ambil kau ke?"
"Eh tak. Aku dah call grab, kau jangan risau. Cuma aku nak minta tolong kau, boleh tak kau pergi rumah mama sekarang?" Suara Khalil berubah resah.
"Why?"
''Angel." Sepatah kata Khalil terus hilang kantuk Nuh.
"Kenapa dengan Nia, Lil?" Suara Nuh pula berubah, terkejut.
"Dia seorang diri dekat rumah. Aku dah banyak kali call dia, tapi dia tak angkat. Aku rasa tak sedap hati. Boleh tak kau pergi rumah mama sekarang and make sure she's okay?"
"What? Lil! Kenapa biarkan dia sorang-sorang dekat rumah? Bahaya Lil! Aku pergi sana sekarang."
Suara Nuh kedengaran menekannya, Khalil tahu Nuh tentu berang dengannya. Khalil mengusutkan rambutnya. Sungguh kusut dia fikirkan pasal Nia.
"Sorry Nuh. Aku ingat, aku sempat sampai rumah sebelum Mak Yam balik. Aku lupa hari ni hari khamis, Mak Yam balik awal. Ok Nuh, tolong aku ya?"
"Aku pergi sekarang, Lil. Jangan risau, aku tolong tengok-tengokkan Nia."
"Thanks Nuh. Apa-apa hal, call aku terus. Immediately."
"Okey Lil. Aku pergi dulu."
Suara Nuh hilang tapi Khalil masih membatu ditempatnya. 'Ya ALLAH, kau lindungilah adikku dari segala musibah. Aku mohon pada-Mu, Ya ALLAH!'
* * *
Urusan masuk ke kawasan perumahan elit di kawasan perumahan keluarga Khalil bukannya mudah. Setiap kenderaan yang keluar masuk ke kawasan itu perlu melalui pemeriksaan guard di pondok pengawal yang disediakan. Boleh dikatakan setiap kenderaan yang keluar masuk itu, ada butirannya. Sistem keselamatan itu sedikit sebanyak melegakan Nuh.
Nuh memperlahankan keretanya bila tiba di pondok pengawal. Pengawal keselamatan cuma mengangkat tangan sebagai sapaan kepada Nuh sambil menekan butang untuk membuka palang. Mungkin kerana hujan yang tengah lebat, pemeriksaan malam itu hanya seringkas itu. Tidak ketat seperti sebelum ini. Keadaan hujan menyebabkan malam itu terasa sedikit kelam dan lebih pekat dari biasa.
Nuh terus memecut laju ke rumah keluarga angkatnya. Pintu pagar dibuka dengan alat kawalan jauh. Jam di dashboard kereta menunjukkan 11 malam ketika dia tiba di kawasan parking rumah keluarga Khalil. Nuh segera keluarkan kunci pendua rumah Datuk Seri Andrew dan berlari anak ke pintu utama. Tombol disentuh dengan tangan kiri terlebih dulu sebelum tangan kanannya naik untuk mengetuk pintu. Dia mahu Nia sedar kehadirannya tanpa dia perlu membuka sendiri pintu itu dengan kunci pendua.
Nuh tersentak, wajahnya tunduk pada tombol pintu yang dipegang. Pintu tak berkunci! Semerta, Nuh terngadah. Dia berdebar, kencang dari biasa. Liurnya ditelan kesat. Apa yang paling dia takutkan adalah kalau sesuatu telah menimpa Nia. Kalau itu terjadi, dia tidak akan memaafkan dirinya sendiri!
Berhati-hati, Nuh tolak pintu dan mengintai sedikit ke dalam rumah. Keadaan ruang tamu rumah keluarga angkatnya kelihatan malap. Hanya diterangi cahaya yang datangnya dari ruang dapur. Setapak Nuh melangkah sambil matanya cekap melilau mencari dan memeriksa kalau-kalau ada sesuatu yang mencurigakan. Tangannya menggapai sekaki payung yang terletak di sebelah rak kasut, sebagai langkah berjaga-jaga. Nuh melangkah lagi dan akhirnya dia berhenti di tengah-tengah ruang tamu.
"Nia..." panggilnya, setelah yakin tiada apa yang meragukannya di ruang tamu. Sekali panggilannya tiada sahutan, dia berteriak pula cuba untuk menyaingi bunyi hujan yang masih lebat di luar sana.
Senyap. Nuh memanjat tangga untuk memeriksa bilik Nia pula. Tetap juga kosong, malahan langsung tiada kesan Nia di situ. Dia berpindah ke bilik-bilik lain pula, juga sama. Nuh makin resah. Mana Nia ni?
"Nia!" Panggilnya lagi. Kakinya tidak berhenti menapak. Seluruh pelosok rumah sudah dijejaki termasuklah kamar utama Datuk Seri Andrew tapi bayang-bayang Nia tidak juga ditemui. Dan akhirnya Nuh berhenti di hadapan satu bilik tamu yang pintunya sedikit terbuka. Mata Nuh terpaku ke situ, hanya bilik itu satu-satunya bilik yang belum dia jejaki dan tinggi harapannya disandarkan agar Nia ada di situ.
Dengan debaran yang semakin menggila, Nuh menghampiri bilik itu. Dia takut, takut untuk tahu apa yang ada di dalam bilik itu dan dia cukup yakin Nia ada di dalam sana. Perlahan-lahan Nuh menolak daun pintu itu dan memetik suis lampu. Bilik yang tadinya gelap, semerta menjadi terang berderang. Mata Nuh meluas tatkala singgah pada sekujur tubuh yang sedang tidur di atas katil dibaluti comforter.
''Nia!" Kakinya laju mendekati katil. Tangan naik menyentuh pipi sejuk Nia sekejap sebelum bahu gadis itu digoncang. Nia tidak bertindakbalas, hanya nafasnya sahaja kelihatan teratur seolah-olah sedang menikmati tidur yang begitu lena.
"Nia bangun! Kau dengar tak ni?" Nuh menggerakkan lagi bahu Nia sambil menyeru nama gadis itu berulang kali. Nia langsung tidak terkutik. Langsung tidak terkesan dengan tindakan Nuh
Nuh mengerut, ada sesutu yang tidak kena dengan Nia. Pasti! Nia bukannya jenis yang tidur mati macam ni!
"Hei, kau dah kenapa ni Nia? Bangun! Bangun aku cakap! Jangan buat aku risau boleh tak? Nia!" Nuh menepuk pipi Nia pula. Dia semakin cemas. Otaknya tiba-tiba hilang daya untuk berfikir dengan lebih waras. Apa yang dia tahu, dia sungguh-sungguh risaukan Nia.
Teringatkan Khalil, pantas tangannya menggagau cari telefon di poket belakang seluarnya. Nombor telefon Khalil dihubungi sambil dia menjarakkan kedudukannya daripada Nia. Hanya matanya tidak terlepas daripada Nia yang begitu tenang dalam 'tidurnya'.
"Lil!" Nuh menyeru nama sahabatnya setelah talian disambung.
"Nuh, how's she? Everything okay, right?" Suara Khalil bergetar seolah-olah dapat merasakan ada sesuatu telah menimpa adiknya.
"Dia... aku tak tahu apa yang sebenarnya jadi Lil. Tapi aku yakin ada benda yang tak kena dengan dia." Nuh cuba mengawal suaranya dari menggeletar. Dia marah tapi tidak tahu kepada siapa yang harus dia marahkan.
"Apa dah jadi Nuh?"
Nuh tidak berjawab. Dia pejamkan mata untuk cari kekuatan diri. Sungguh berat mulutnya untuk memberitahu Khalil apa yang dia lihat sebentar tadi.
"Nuh! Apa dah jadi dengan adik aku?! Shit!" Khalil menyumpah, geram barangkali bila Nuh tidak menjawab soalannya.
"Aku tak tahu apa yang dah jadi, Lil. Aku sampai je rumah tadi, aku jumpa Nia terbaring dalam bilik bawah. Aku dah cuba bangunkan dia tapi dia langsung tak bagi aku respon. Aku rasa dia pengsan. And..."
"And? Cakap jangan separuh-separuh Nuh! Kau jangan main-mainkan aku. Apa dah jadi dengan Nia?!" Khalil di talian sana sudah benggang dengan Nuh. Nuh sengaja mendera jiwanya!
"She's look weird."
"Weird yang macam mana Nuh? Aku sekarang dah on the way balik ni. Tunggu aku."
"She is not fully dressed," jawab Nuh. Ya, itulah yang dia nampak di sebalik comforter tebal itu.
"What? Okey, kau dengar sini. Sekarang ni kau keluar dari rumah tu dan tunggu aku di luar rumah. Aku tak nak jadi apa-apa dekat korang nanti. Aku dah nak sampai ni." Khalil segera matikan panggilan.
* * *
Tok! Tok! Tok!
Selang beberapa minit Khalil memutuskan panggilan, bunyi ketukan di luar rumah. Nuh yang masih berada di dalam bilik tamu itu segera keluar mendapatkan Khalil. Sungguh dia lega dengan kemunculan sahabatnya itu. Daun pintu segera ditarik.
"Lil..." Lidah Nuh tersekat. Terkejut bukan kepalang bila bukan Khalil yang menyapa mata sebaliknya wajah-wajah yang tidak dikenali. Nuh terpinga-pinga dengan kemunculan mereka yang dirasakan sungguh tiba-tiba itu.
"Err... ya encik?"
"Assalamualaikum encik, kami dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT). Kami ada menerima aduan di sini ada berlaku aktiviti kemaksiatan."
Nuh terlopong, aktiviti apa? Dia tersilap dengarkan?
"Err... tak... saya rasanya encik dah tersilap rumah ni. Tak ada aktiviti macam tu dekat sini. Lagipun ini rumah family angkat saya."
Pegawai yang terdiri daripada lima orang anggota itu saling berpandangan. Salah seorang daripada mereka berbisik sesuatu kepada ketua mereka.
"Ini alamat rumah ni?" tanya salah seorang daripada mereka sambil menunjukkan maklumat yang tertulis pada laporan si pengadu. Nuh menelitinya dan dia menjatuhkan kepalanya. Tak ada yang salah dengan maklumat itu.
"Ya, betul. Ini alamat rumah ini."
"Kalau macam tu boleh saya tahu siapa ada dalam rumah sekarang? Boleh kami masuk periksa?"
"Err ada..." Nuh tak jadi meneruskan kata, dia tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Wajahnya bertukar pucat bila sedar apa yang sedang berlaku. Tidak, bukan ini tujuan dia datang ke sini!
Pegawai di hadapannya saling berpandangan lagi. Bagaikan sudah dapat menebak yang Nuh ada menyorokkan sesuatu.
"Boleh encik bagi kami kerjasama? Bagi kami masuk periksa? Kalau encik tak salah, encik tak perlu takut. Kami cuma mahu periksa untuk melaksanakan tanggungjawab kami."
Seketika Nuh pejamkan mata, cuba tenangkan hati sendiri yang tidak sudah-sudah memalu kencang. Dia takut andai suatu hari nanti Nia akan membencinya kerana hal ini. Andai itu terjadi, dia pasrah. Segalanya diserahkan kepada takdir untuk merawat luka di hati Nia kerana dia tahu dia yang berada di tempat dan waktu yang salah. Salah dia, bukan salah Nia dan dia sedia terima segala amukan dan kebencian Nia selepas ini.
Sudahnya Nuh mengangguk lalu menguakkan daun pintu dengan lebih luas, mempersilakan tetamu yang tidak diundang itu masuk untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Seramai empat pegawai JHEAT segera masuk ke dalam rumah Dato Seri Andrew untuk melakukan pemeriksaannya. Hanya ketua mereka sahaja menunggu di muka pintu bersama Nuh.
"Tuan, ada seorang perempuan dalam bilik ni. Tengah tidur," jerit salah seorang pegawai JHEAT. Ketua mereka pantas mendapatkan anak buahnya.
Zap! Sekali lagi mata Nuh terpejam. Apa yang dia takutkan sudah pun menjadi kenyataan. Nuh toleh ke belakang, lihat pada bilik yang menjadi tempat Nia beradu. Nuh teguk liur, kesat.
"Nuh?" Khalil yang baru sampai, tercengang. Apa yang dah berlaku? Siapa mereka ni?
Nuh pandang Khalil, wajah tidak beriak seperti biasa. Ada ketakutan di mata Nuh dan mata itu bergetar halus.
"Nuh, apa dah jadi ni? Mana Nia? Siapa mereka semua ni?" Khalil bertanya, bingung dengan reaksi bisu Nuh.
"Awak siapa?" tanya ketua pegawai JHEAT yang kembali semula di sisi Nuh.
"Saya anak kepada tuan rumah ni. Encik siapa ya? Apa yang dah jadi ni?"
"Kami dari JHEAT. Kami ada menerima aduan di sini ada berlaku aktiviti kemaksiatan dan kami datang lakukan pemeriksaan. Kami dapati Encik Nuh berada bersama dengan seorang perempuan dalam keadaan mencurigakan." Beritahu ketua pegawai itu.
Khalil tercenggang. Dia pandang Nuh seketika sebelum kembali melontarkan pandangannya pada pegawai JHEAT yang bernama Tuan Imran itu.
"Encik, saya rasa encik sudah salah faham. Sebelum tu... saya Khalil Fayyad, abang kepada perempuan yang encik katakan tadi. Dia adik saya dan ini Nuh Jazmi, anak angkat keluarga saya. Dia dah lama tinggal dengan kami tapi dan kebetulan malam ini saya balik sedikit lambat dari biasa sebab tayar kereta saya pancit. Hujan lebat tambah dengan jalan jem, makin lambat saya sampai. Kalau encik mahukan bukti, saya boleh call grab untuk jadikan alibi." Panjang lebar Khalil menerangkan demi menyelamatkan maruah dua orang kesayangannya.
Tuan Imran mengangguk, cuba memahami kronologi yang dijelaskan oleh Khalil.
"Tapi keadaan mereka berdua cukup mencurigakan. Yang lebih jelas mereka berdua tidak ada sebarang hubungan yang halal untuk membolehkan mereka berdua-duaan begini." Tuan Imran mengemukakan satu fakta yang cukup susah untuk Nuh dan Khalil patahkan.
"Dengan pakaian mereka berdua yang tidak senonoh tu pun boleh dijadikan satu bukti." Salah seorang dari mereka mencelah.
Nuh dan Khalil sama-sama pandang pakaian di tubuh Nuh. Baru Nuh perasan yang dia hanya memakai short pants dengan t-shirt putih nipis. Baju yang biasa dia pakai untuk tidur. Rambutnya juga yang agak messy, kerana baru bangun tidur dan terus bergegas keluar tanpa sempat dia rapikan terlebih dahulu. Nuh terngadah. Dia teringatkan keadaan Nia yang tidak berpakaian dengan sempurna. Allah!
Kisah NJ ni masih pjg. aslnya dr 96 bab dan mgkin sy kan cut sikit. Sesiapa yg pernah baca dulu, mgkin dh lupa2 kot kisah asalnya mcm mna.. walau mcm mna pun, terimalah NJ seadanya ya. tq awak! ?
Share this novel
Alamak Jgn ckp Nia was raped