Bab 14 : NJ

Romance Series 173919

~Your silence makes me sick!~

Dari jauh Nuh Jazmin lihat Nia Jasmine sedang menuruni anak tangga sebelum kelibat itu hilang di sebalik dinding menuju ke dapur. Nuh mempercepatkan langkahnya untuk menegur Nia. Sudah banyak hari Nia mengelak darinya dan kali ni peluang terbentang luas di depan mata, tak mungkin dia akan sia-siakan begitu saja.

Kedinginan Nia semakin menjadi-jadi selepas Datin Seri Roslina pulang ke London. Keadaan itu sangat memberi kesan kepada Nuh. Bukan setakat Nuh saja, Tuan Ahmad Zakri, Luqman dan Mia Jasmine juga turut merasakan hal itu.

Terasa sedikit canggung bila Nia dan Nuh tidak riuh bertikam lidah seperti selalu di meja makan. Selalunya akan ada pergaduhan kecil antara Nia dan Nuh. Nia yang garang dan Nuh yang kuat menyakat. Dan bila terjadi keadaan seperti sekarang, terasa hilang keharmoniannya. Nuh juga tampak tidak bersemangat seperti biasa.

Berbaki lagi tiga hari Nuh dan Luqman berada disini. Kalau keadaan berterusan seperti ini, Nuh tak tahu apa yang akan terjadi kepada hubungan mereka nanti. Ikutkan hati sebelum kembali ke UPM, dia mahu bersemuka dan memohon kemaafan dari Nia di atas semua kesilapannya.

"Nia.." tegur Nuh.

Nia tidak menoleh, dipercepatkan kaki melangkah ke dapur. Cubaan untuk mengelak dari Nuh diteruskan. Lagipun hatinya masih terasa sakit dengan tindakan lelaki itu.

"Nia..." seru Nuh lagi. Rasa jatuh tergolek egonya kali ini hanya kerana budak yang selalu mencabar kesabarannya, membisu. Kenapa? Apa dah jadi dengan seorang lelaki bernama Nuh Jazmin?

Nia tidak peduli panggilan Nuh malah kaki tetap melangkah.

"Nia... sekejaplah.." Nuh sempat memaut lengan Nia kali ini.

Nia mendengus lantas menarik kembali lengannya dan kembali menyambung melangkah ke dapur. Kalau boleh seinci pun dia tidak mahu ada dekat dengan Nuh. Hatinya masih sakit dengan apa yang terjadi. Sebab Nuh dia jadi macam ni. Sebab Nuh juga dia dan Violet Band tidak dapat sertai pertandingan tu. Walaupun bukan salah Nuh seratus peratus, tapi dia tetap mahu salahkan Nuh. Biar Nuh rasa apa yang dia rasa.

"Nia, dengarlah dulu apa aku nak cakap ni..." Sekali lagi lengan Nia dipaut.

"Hands off," tegas Nia dengan suara celah giginya.

"Dengar dulu apa aku nak cakap. Please..." Nuh merayu. Hatinya tersiat dipulaukan oleh Nia.

"Nak cakap apa lagi? Tak puas hati dengan apa yang awak dah buat?'' Nia menderam.

Nuh angguk berulang kali, tanda dia tahu apa yang diamukkan oleh Nia itu.

"Sebab tu aku nak kau dengar apa yang aku nak cakap ni. Aku..."

Belum sempat Nuh menghabiskan ayatnya, dengar satu suara lain menegur mereka.

"Nia? Nuh?"

Kedua-duanya terus berhenti meningkah bila dengar suara Tuan Ahmad Zakri. Nia menoleh terlebih dahulu diikuti dengan Nuh. Segera Nia tarik lengannya bila terasa pautan Nuh sedikit longgar dari tadi.

"Kenapa ni?" tanya Tuan Ahmad Zakri pelik dengan Nia dan Nuh.

Dia dari ruang tamu tadi, sempat lihat adegan Nuh mengejar Nia dan Nia cuba sedaya upaya mengelak dari terus dikejar oleh Nuh. Dia juga dapat kesan wajah sungul Nuh setiap kali berdepan dengan Nia di meja makan selepas dari kejadian itu. Mungkin Nuh masih dihurung rasa bersalah dengan apa yang telah berlaku kepada Nia tempoh hari.

Nia kerling Nuh yang hanya diam disebelahnya. Dia berdeham sedikit sebelum menjawab pertanyaan abahnya itu.

"Tak ada apa abah. Nia nak ke dapur, haus. Kenapa abah panggil Nia?"

Tuan Ahmad Zakri pandang Nia dan Nuh silih berganti, tidak percaya dengan jawapan yang diberikan oleh anak daranya itu.

"Ada apa-apa masalah ke ni? Abah tengok Nia dan Nuh macam ada masalah je ni. Korang gaduh ke?" soal Tuan Ahmad Zakri selepas itu.

Bulat mata Nia. Nuh disebelah garu leher, termalu sekejap dia.

"Tak ada apa la abah. Kebetulan jumpa abang Nuh kat sini. Dia pun nak ke dapur, kan abang Nuh?"

Nuh mengangguk jua.

Tuan Ahmad Zakri picing mata memerhati gelagat keduanya. Kenapa dia rasa macam ada yang tak kena antara mereka?

"Betul ke ni?"

"Betul abah. Kenapa abah, abah cari Nia ke?"

Tuan Ahmad Zakri angguk. Terlupa tujuan dia mencari Nia.

"Zaen ada datang. Dia nak jumpa Nia. Pergilah." Beritahu Tuan Ahmad Zakri kemudiannya.

"Abang Zaen datang? Dah lama ke dia datang?" Luas biji mata Nia terbuka. Teruja? Tak juga sebenarnya. Dia cuma mencari alasan untuk melarikan diri dari diasak oleh Nuh. Semakin hari, semakin rasa tak selesa bila dengan Nuh.

"Baru je. Dia ada benda nak bincang dengan Nia. Pergilah."

"Okay abah. Nia pergi jumpa abang Zaen." Nia angguk dan bibirnya lebar melengkung. Dia melurut rambut panjangnya dengan jari sebelum diikat menjadi toncang ekor kuda. Baju tshirtnya dirapikan sedikit sebelum melangkah dengan yakin ke ruang tamu.

Nuh yang sedari tadi memerhati gelagat Nia dengan ekor matanya. Gadis itu kelihatan teruja dengan kehadiran Zaen Haidar. Tiba-tiba timbul rasa geram dengan Nia yang beria macam tu. Gedik!

Nuh memerhati saja belakang tubuh Nia yang kian menjauh dari pandangannya. Desah hati menyuruh dia mengintip apa yang Nia dengan Zaen bualkan itu. Tapi ada juga suara lain membisik supaya jangan disibukkan hal orang. Nia itu bukannya sesiapa pun pada dia!

"Nuh?"

Nuh tersentak, lantas ditoleh ke sisi. Lupa dia yang abah angkatnya masih tetap utuh berdiri disampingnya. Malah orng tua itu juga masih tetap setia merenungnya bagaikan tengah menanti sebarang penjelasan darinya.

"Kenapa?" soal abah kemudian.

"Eh, tak ada apa abah. Emm Nuh pergi dapur dulu abah. Haus." Nuh sengih malu akibat kantoi sebelum berundur tapak ke dapur.

Tuan Ahmad Zakri hanya menggeleng kecil dengan telatah Nuh. Bibirnya menguntum nipis, dia bukannya buta untuk menilainya. Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Inikan pula dia yang sudah lama makan garam kehidupan.

*             *                *

"Assalamualaikum.." Nia menyapa sebelum melabuhkan duduknya di hadapan lelaki yang bernama Zaen Haidar itu.

Zaen Haidar tersenyum menyambut kedatangan Nia.

"Waalaikummusalam. Nia apa khabar? Sihat?" Zaen Haidar bertanya khabar sambil matanya menilik segenap inci wajah Nia yang sudah sembuh sepenuhnya dari kesan anafilaksis.

Nia angguk, senang dengan kehadiran Zaen. Zaen, tidak ubah seperti abang kepadanya.

"Alhamdulillah.. Nia dah sihat. InsyaAllah esok dah boleh pergi sekolah walaupun cuma sehari, sebelum start cuti. Tadi abah cakap, abang Zaen datang sebab ada perkara nak bincang. Nak bincang apa tu?"

Zain Haidar berdeham sekadar membasahi tekak. Mencari ayat yang sesuai untuk menyampaikan hasratnya kepada Nia.

"Nia, Nia masih frust sebab tak dapat join competition tu?"

Nia menunduk. Langsung sirna keceriaan diwajahnya sebentar tadi. Perlahan dia jatuhkan kepalanya.

"Sebab Nia, Violet band tak boleh join competition tu. We practiced as much as possible but in the end we couldn't participate in this competition. Who isn't disappointed?"

Zaen faham apa yang Nia rasakan itu tapi untuk salahkan Nia sepenuhnya bukan perangainya. Mungkin ada lagi rezeki mereka di lain kali, kan?

"Don't blame yourself, Nia. Bukan Nia yang mahukan semua ni terjadi kan? Kita anggap saja rezeki tidak menyebelahi kita kali ni. But it's okay, next time kita cuba lagi. Okay?" Lembut Zaen Haidar memujuk mengundang senyuman nipis di bibir Nia.

Cair sungguh Zaen dengan senyuman Nia ni, comel. Zaen berdeham lagi, tak boleh tenung anak dara orang lama-lama, kan terkantoi dengan Abah.

"Abang sebenarnya ada perkara penting lagi nak bincang dengan Nia. Abang harap Nia tak tolak pelawaan abang ni."

"Apa tu abang Zaen?"

"Nia sudi tak join abang dan Violet Band yang lain buat persembahan nanti majlis malam perpisahan program anak angkat?"

"Malam perpisahan?"

Zaen Haidar mengangguk. Hairan, tak kan Nia tak tahu?

"Tok penghulu ada jumpa abang, dia minta band kita buat persembahan pada malam tu. Tak lama pun, cukuplah dalam 2 buah lagu macam tu. Nia okay, boleh join tak?"

"Tapi... sempat ke kita nak practice? Bila majlisnya tu, abang Zaen?"

"Lagi 3 hari."

Nia diam, terkedu. Lagi 3 hari? Ini bermakna Nuh dan Luqman pun akan balik ke UPM kan? Kendur sekejap perasaan terujanya.

"Abang rasa kita tak perlu nak practice kaw-kaw sangat. Kita performe lagu yang kita training untuk competition dulu tu je. Nia masih ingat semuanya kan?"

Nia hanya mengangguk. Ada perkara lain yang mengganggu fikirannya.

"So, Nia boleh join tak?"

''Nia... em... Nia... Nia nak join tapi tak tahu lah kalau abah tak bagi.''

Zaen rendahkan tubuhnya, tatap Nia yang tiba-tiba berubah mendung itu.

''Sebelum abang tanya Nia, abang dah bagitahu abah Nia. Abah Nia cakap dia tak kisah asalkan itu yang membuatkan Nia gembira. Lagipun abah tahu Nia masih lagi bersedih sebab tak dapat join competition tu.'' Zaen memujuk lagi.

Nia angkat muka.

''Betul ke abah Nia cakap macam tu?''

Zaen Haidar mengangguk. Nia kembali senyum. Tak perlu dia nak emotional tak tentu pasal.

"Kalau dah abah bagi green light, Nia nak join. Yeayy Nia boleh join! Nia dah sihat!" Bersemangat lain macam rasanya.

Zaen senyum lagi, lega.

"Alhamdulillah. Lega abang Zaen dengar. Mesti yang lain pun tak sabar-sabar nak tahu keputusan Nia. Diorang tak sabar nak jumpa Nia."

Nia senyum sambil mengangguk. Faham kenapa temannya yang lain tidak sabar menemui dia. Semasa sakit, dia tidak membenarkan sesiapa melawatnya kecuali Zaen. Itupun mereka bercakap disebalik tirai. Nia cukup malu mahu tunjukkan wajahnya ketika sakit dulu.

"Nia pun rindu nak jumpa diorang."

Dalam mereka rancak bersembang, ada telinga lain curi dengar segala perbualan itu sambil mengertap rahangnya.

*                *                *

"Boss... we have a bad news."

"Apa?" Lelaki itu segera bertanya walaupun tumpuannya masih terpaku di skrin tabletnya. Periksa kalau-kalau ada sebarang isu yang berkaitan dengan perniagaannya.

"NJ tak dapat di kesan boss. We lost track of him." Takut-takut berita itu meluncur keluar dari mulut orang kanannya.

"What?! Since when?" Bagaikan halilintar membelah bumi dia menepik. Ini isu yang dia paling pantang!

Pantas tubuhnya dibawa bangkit dari kerusi. Terkejut menerima berita dari pembantu peribadinya. Tablet diletakkan secara kasar di atas meja kopi. Dia mencerlungkan pandangnya kepada lelaki yang masih tegak berdiri di hadapannya.

"Almost two weeks. We tried to call and trace Luke but couldn't. Signal lost." Beritahu Nicholas, bersedia untuk menerima segala amukkan dari bigbossnya.

"Sudah dua minggu? Baru sekarang kau kasi tahu aku?" tanyanya garang.

Nicholas menunduk, menekur kasut sendiri. Sedar dengan kealpaan sendiri.

''Sekarang macam mana? Macam mana boleh signal lost?''

''Last kami dapat detect location Luke dan NJ di universiti diorang boss. Last two week. Location masih disana without any movement. So, we decide Luke do something pada semua alat kita.''

''Luke?'' tersunggih bibirnya tatkala menyeru nama itu.

''Ya boss. Luke.''

Dengar sebaris nama itu, bibir bigboss makin tersungging naik sebelah. Ada hati nampaknya budak mentah itu mahu mempermainkannya? Nampaknya Luke sedang cuba menjolok sang tebuan.

''We tried to call through their phone, but the phone was not active''

''NJ?''

''Same too''

Datuk Junid Richard kembali melabuhkan duduknya di kerusi empuknya. Menongkat kedua tangannya lalu di bawa ke bibir. Sedang mencari idea untuk meyelesaikan masalah anaknnya yang satu itu.

''Panggilkan Brad dan John. Kali ni, kita mesti hantar orang untuk siasat NJ dan Luke ke mana. Make sure everything goes smoothly without them realizing it. I need to know everthing.''

"If there's a problem, call me right away.'' Sambungnya lagi.

''Alright boss.'' Nicholas menunduk sedikit kepalanya sebelum berlalu dari bilik mewah bigbossnya.

Datuk Junid mendengus nafas kasar. Tangan dibawa ke bibir.

''Luke? How dare you try to betray me huh?'' gumam Datuk Junid.

Ada dendam pada pertanyaan itu. Seketika kemudian, dia mengorak senyuman sinis. Ada sesuatu yang perlu dilakukan supaya Luke tidak sesekali berani mengkhianati janji-janjinya. Telefon bimbitnya dikeluarkan dan memetik satu nama.

"Nicco, kau bawa budak tu jumpa aku. Sebagai bayaran yang perlu dibayar dengan apa yang abang diorang dah buat pada aku.'' Hanya itu arahannya sebelum telefonnya dicampakkan ke meja. Hati barannya belum puas reda jadi dia perlukan pendingin segera!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience