Bab 25 : NJ

Romance Series 176632

Waheeda membuka mata, terasa pening dan berpusing-pusing lantas dia menutup kembali matanya. Dahinya berkerut, perit bila silauan cahaya mengena anak mata. Tolak gebar tebal yang meyelimuti tubuhnya. Perlahan dia cuba bangkit dari perbaringan lalu bersandar ke kepala katil. Picit hujung pelipis dahi dengan mata terpejam sambil cuba mengingati apa yang sudah berlaku kepadanya.

Kosong! Tiada apa yang tergambar di benaknya. Mulutnya berdecit halus.

Terasa gebar ditarik perlahan dari sebelah, mengejutkan Waheeda. Semerta itu juga matanya terbuka, dia ternganga. Pantas dia menutup mulutnya, takut terkeluar sebarang suara. Mukanya pucat tidak berdarah tatkala terpandangkan susuk tubuh yang sedang tidur membelakanginya. Susuk itu tidak berbaju, menyerlahkan kulit sawo matangnya dan dari belakang pun dia sudah dapat mengenal pasti yang pemiliknya adalah seorang lelaki!

'Lelaki? Ya ALLAH, apa yang aku dah buat ni?!' Waheeda tertanya-tanya sendiri. 

Mukanya pucat tidak berdarah. Peluh dingin mula timbul di pelipis kepala. Waheeda turun memandang tubuh sendiri di sebalik gebar. Nasib baik dia masih lengkap berpakaian seperti semalam yang membezakan cuma tudungnya entah ke mana. Dalam hati, dia memanjat kesyukuran. Sekurang-kurangnya kesuciannya masih terpelihara.

Matanya segera mengitari sekeliling ruangan bilik itu yang kelihatan sedikit redup mungkin kerana langsir menghalang cahaya membolos masuk. Mewah dan ekslusif pada pandangan matanya. Tapi dimanakah dia? Ini bukan biliknya! Bukan bilik di asramanya!

Tanpa membuang masa,  Waheeda segera menyelak gebar dengan lebih luas lalu melompat turun dari katil mewah itu. Pergerakannya pantas namun penuh berhati-hati bimbang kalau si dia yang sedang terbaring lena itu terjaga dari tidurnya. Siapa orangnya, Waheeda tidak berani untuk mengambil tahu. Takut dengan pelbagai andaian bermain di fikirannya.

Waheeda capai tudungnya yang terletak elok di atas meja kopi. Segera disarung ke kepalanya lalu diputar saja ikut apa yang boleh asalkan yang patut ditutup, sudah di tutup dengan sempurna. Waheeda meraba mencari beg sandangnya. Di selongkar isi dalam untuk memastikan segala barangnya ada di dalam beg itu.

Waheeda panggung wajah, menyedari sesuatu yang tiada di dalam beg sandangnya. Telefon bimbitnya tiada. Hilang?

"Cari ni?" Suara serak basah baru bangun tidur itu menegur, membelakanginya.

Waheeda segera berpusing tubuh menghadap empunya suara yang disangkakan masih lagi lena diulit mimpi. Ada telefon bimbit jenama Sony Erricson miliknya di tangan lelaki itu. Melihat sang tubuh itu keluar dari gebar, membuatkan tubuh Waheeda kejung ditempatnya. Wajahya teman tidurnya itu tidak jelas kelihatan.

''Kau siapa? Apa yang kau dah buat pada aku hah?'' Perlahan-lahan Waheeda bangkit dari duduknya.

Ada getaran halus dalam petanyaannya menandakan dia sedang dalam ketakutan menghadapi situasi ini. Tidak pernah terlintas dek akalnya yang dia akan melakukan perkara terkutuk ini.

''Apa yang dah aku buat?'' tanya si dia seraya menyarung tshirt hitam ke tubuh tegapnya.

Waheeda telan liur mahu menjawab tapi dia juga tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi. Terakhir yang dia ingat semalam dia ada berjumpa dengan beberapa orang wakil dari setiap fakulti untuk membincangkan tentang aktiviti yang akan datang di Perpustakaan awam.

Betul, hanya itu yang dia ingat. Selepas tamat perbincangan itu, dia langsung pulang ke asrama bila teringatkan janjinya dengan Fiqah dan Mimi untuk 'dinner together'. Dalam perjalanan balik, dia ada singgah di kedai runcit mahu membeli sedikit barang dapur dan tanpa sengaja dia terlanggar dengan seseorang.

''Kau dengar tak apa aku cakap ni, perempuan?'' tanya lelaki itu seraya memetik jari di hadapan muka Waheeda, sekaligus membawa Waheeda keluar dari khayalannya.

Waheeda tersentak. Kini sudah jelas wajah lelaki itu di depan mata. Wajah yang belum pernah dilihat sebelum ini. Siapa dia? apa mahunya?

''Apa?''

''Kau kenal NJ?''

''NJ?'' tanya Waheeda keliru. Sekali dengan kerutan. NJ, itu siapa? Tak pernah dia dengar nama pelik itu.

''Nuh Jazmin.''

''Nuh? Kenapa dengan Nuh?''

''Stay away from him or you will get in trouble later.'' Amaran.

Waheeda tersentak. Terasa sesuatu menghenyaknya.

''Kau siapa? Kenapa aku perlu jauhkan diri aku dari Nuh?''

''Tak perlu kau tahu aku siapa. Cukuplah kau tau aku datang hari ini cuma untuk bagi kau amaran,'' ujar lelaki itu lagi dengan tegasnya sambil mata meneroka segenap inci wajah gadis polos dihadapannya.

'Cantik, patutlah NJ suka,' desisnya.

''Apa yang kau nak dari aku hah? Sampai kau sanggup buat aku semua ni?''

''Consider it such a warm warning from me.''

''Warm warning?''

''Remamber girl.. . stay away from him. Nah, telefon bimbit kau.'' Campak telefon bimbit milik gadis itu sebelum menyarung jaket hitamnya dan pakaikan cap di kepala.

''Kalau sekali lagi aku nampak kau dengan NJ, aku tak kan teragak-agak untuk sebar gambar kau. Biar semua orang tahu, siapa kau sebenarnya," ugutnya lagi sambil menayang telefonnya.

Waheeda telan liur, ada gerun juga tapi segera ditepis rasa itu. Dia memberanikan diri menyoal.

''Jadi, kau yang selama ni dok follow aku dengan Nuh?''

Tiada balasan. Cuma senyum sinis sahaja yang diberikan.

''Untuk kejadian malam tadi, kau jangan risau. Tiada apa-apa pun yang berlaku tapi untuk yang akan datang, aku tak pasti akan terjadi sesuatu ataupun tak. Aku harap kau akan ikut apa yang aku cakap. Jauhi diri kau dari NJ. Sebelum orang lain yang bertindak, baik aku yang bertindak dulu," ujar si dia, tangan sudah mula memulas tombol pintu bilik.

''Apa yang kau nak bagitahu aku sebenarnya ni?''

Pertanyaan dari Waheeda buat si dia termati disitu. Berpaling pada Waheeda sebelum kembali bersuara.

''Aku cuma 'penjaga' NJ dan yang pastinya keselamatan kau pun akan terjamin sama kalau kau ikut apa yang aku cakap. Aku pergi dulu. Kat luar dah ada teksi tunggu kau. Nanti dia akan terus hantar kau balik ke asrama kau. Jangan cuba bagitahu NJ tentang apa yang dah berlaku. Cukuplah kau cuma jauhkan diri dari dia dan putuskan hubungan korang. Ingat tu.'' Sambungnya lalu menutup dedaun pintu meninggalkan Waheeda yang masih terpinga-pinga mencerna maklumat yang baru diterima.

*               *                *

''Mung nape Nuh? Dari tadi lagi aku tengok mung duk gi mari, gi mari.'' Tegur Lutfi dalam dialek pekat Terengganunya.

''Aku tengah cari Eda ni. Dari semalam lagi aku try contact dia tak dapat,dapat. Aku risau la weh.''

''Dia sibuk kot.''

''Dia tak pernah buat hal macam ni la, Lut. Aku kenal sangat Eda tu, dia bukannya senang nak off telefon macam ni. Hilang tanpa jejak macam ni.''

''Relaks Nuh. Gini, ape kate mung try gi cari dia kat hostel dia, mana lah tau dia ada sane, telefon dia off habis bateri ke, bateri kong ke... Try gi sane dulu,'' cadang Lutfi.

''Betul jugak tu. Kenapa lah dari tagi aku tak terfikir macam tu. Okay, aku pergi sana kejap.'' NJ sudah sarung jaketnya. Capai wallet dan telefon bimbitnya.

''Nuh, jom kite g same. Senang kalu jadi nape-nape, kete aku ada.'' Lutfi turut bangkit dari katilnya dan menyarung baju t-shirt.  

''Jom..''

Setibanya mereka di Kolej Kediaman Waheeda yang terletak tak jauh dari Kolej Kediaman Nuh dan Lutfi, sebuah teksi kebetulan turut sama berhenti di situ. Waheeda keluar dari teksi berkenaan. Terkejut lihat J di depan mata, sama-sama tergamam.

''Eda... dari mana?'' tanya NJ

Matanya sempat menangkap perubahan yang ada pada Waheeda. Gadis itu memakai baju semalam ketika mereka berjumpa seketika sebelum Waheeda berpamitan ke Perpustakaan. Tudung juga tidak tersarung kemas seperti selalu. Muka Waheeda juga agak pucat tidak. NJ picking mata, dapat menghidu sesuatu yang tidak baik telah menimpa Waheeda cuma dia tidak mahu segera melatah. Dipujuk hatinya supaya bersabar.

''Eda.. anything happen to you? Nuh call tak dapat, Nuh risau. Eda okay?'' Lembut saja NJ bertanya sambil menatap wajah pucat Waheeda.

'Stay away from him or you will get in trouble later'

Bergema lagi amaran dari lelaki misteri tadi. Waheeda teguk liur lalu mengangguk kecil. Keputusan harus dibuat demi keselamatan dia dan NJ. Dia sayangkan hubungannya dengan NJ tapi dia juga risau Kan keselamatannya. Dia kepal penumbuk, dia harus kuat.

''Nuh, I think we should end our relationship now," ujar Waheeda senafas. Tutup pintu teksi lalu mula menapak ke pintu utama kolej kediamannya.

NJ ternganga, tak pasti apa yang dia dengar itu jelas ke tidak.

''Eda... Eda... wait...'' NJ mengejar tapi sudah terlambat, Waheeda sudah pun selamat masuk ke dalam kolej kediamannya.

''Nuh, nape?'' Lutfi meluru keluar dari keretanya.

''Eda, dia nak break off dengan aku. Aku dapat rasa ada sesuatu dah berlaku. Dia tak macam biasa.''

''Maksud mung?'' Lutfi mengerut.

''Aku kena cari punca dulu.''

*              *               *

''Hello.. Luke, kau dah siasat ke JR hantar siapa?'' NJ segera menerjah Luke Sebastian sebaik sahaja pangilan bersambung.

''Hello NJ. Ya, aku dah siasat siapa orangnya.''

''Siapa?''

''Anak buah John. Dia yang selalu ikut kau.''

''Shitt! JR tahu aku tak suka tapi berani dia buat aku macam ni!"

''Aku ada dengar John hantar report, kau ada dating dengan seorang perempuan. Betul ke NJ?''

Pertanyaan Luke dibalas dengan satu keluhan.

''Kau dah tahu situasi kau sekarang tak normal macam orang lain, NJ. Kau masih rasa kau boleh bercinta?'' marah Luke di sana.

''Luke, aku juga manusia biasa. Bukannya robot.''

''NJ, aku tahu kau cuma manusia biasa tapi kau bukan anak orang biasa-biasa. Kau tu anak JR. Bissnesman terkenal di Sabah. Kau sedar tak? Kau perlu ingat NJ, kau dah libatkan orang lain dalam hidup kau sekarang ni. Sama ada kau suka atau tak, kau perlu jaga keselamatan kau dengan perempuan tu. Perkara yang paling terbaik, stay away from her sebelum anak buah John buat sesuatu yang teruk pada budak perempuan tu!" Luke mengamuk dihujung talian. Jarang Luke mengamuk begini tapi disebabkan kecuaian NJ, dia terpaksa mengamuk.

''Luke...''

''Aku cuma bagi kau nasihat sebagai kawan baik aku, NJ. Jangan sampai JR buat macam-macam pada kau dan dia, NJ. Nanti kau yang akan menyesal. Sorry, i have to go now.''

Nuh tenung skin telefon. Luke tahu sesuatu ke?

*          *          *

"Eda... Eda... wait.." NJ tidak putus asa mengejar dari Waheeda tatkala ada peluang. Dia mahukan penjelasan, kenapa tiba-tiba Waheeda berubah.  

Langkah kaki Waheeda makin laju. Sudah seminggu dia cuba menggelak dari berjumpa dengan NJ. Dikeraskan hati, dibutakan mata, dipekakkan telinga dari terus ambil peduli pasal NJ. Dia masih ingat tentang ugutan yang diterima tempoh hari.

"Eda, please we need to talk. You owe your explanation!" Sempat NJ tarik lengan Waheeda yang berlapik dengan baju kurung yang dipakai gadis itu.

"Hands off!" Suara tegas Waheeda yang jarang-jarang sekali NJ boleh dengar.

"No! Selagi Nuh tak dapat jawapan, jangan harap Nuh nak lepaskan Eda pergi."

"Apa lagi yang awak nak hah, Nuh? Tak jelas lagi ke bila saya kata hubungan kita dah putus?"

"But why? I need to know, why? Eda dah biarkan Nuh tertanya-tanya sendiri, apa salah yang Nuh dah buat? Apa salah Nuh sampaikan Eda sanggup buat Nuh macam ni." Muka NJ sedikit keruh, menagih penjelasan dari gadis kesayangannya.

Waheeda terkesima melihat wajah keruh NJ. Sungguh dia kesal dengan keputusannya tapi dia tiada daya dan upaya selain dari menurut saja setiap kata-kata dan arahan lelaki misteri itu. Nyawa dia dan juga nyawa NJ dipertaruhkan. Dia sayangkan NJ tetapi dia juga sayangkan nyawa dan maruahnya. Ugutan lelaki misteri tempoh hari tidak hanya berakhir pada hari kejadian malang itu saja sebaliknya dia menerima lebih banyak lagi mesej ugutan dari nombor yang tidak dikenali. Dia yakin semuanya datang dari orang yang sama.

Waheeda senyap seketika mencari alasan untuk menghancurkan lagi kepingan hati NJ biar pecah berkecai. Biarlah dia digelar penjahat sekali pun, dia sanggup! Teringat satu mesej dari lelaki misteri itu,

'NJ itu bukan lelaki biasa untuk kau nak bermain cinta. Kau tak kenal NJ. He is dangerous man. Tinggalkan dia dan jaminannya, kau akan selamat. Abaikan arahan aku? Maknanya kau sudah bersedia untuk tamatkan nyawa kau dan maruah kau sendiri. Kau lupa apa yang jadi malam kita bersama? Kau dan aku, kita habiskan sisa-sisa malam bersama. Lupa? Nak aku sebarkan segala video tak senonoh kita? Fikirkan dan buat keputusan yang bijak. Selamatkan diri kau, bermakna kau juga dah selamatkan dia juga.'

Melalui mesej itu, Waheeda yakin NJ bukan orang kebanyakkan. NJ, lelaki misteri. Sama misterinya dengan lelaki jahat yang sudah merosakkan hidup dan maruahnya! 

''All about you, NJ. Semua tentang NJ. Eda dah tahu. Thanks sebab sembunyikan kebenaran tu dari Eda...''

NJ terbuntang. NJ?

''NJ? Eda panggil Nuh, NJ?''

Gadis itu mengangguk, yakin. NJ terdiam. Benar telaahnya, Waheeda sudah berjumpa dengan orang-orang JR di sini tatkala nama itu meniti di ulas bibir merah jambunya. Di tempat asing ini, tiada seorang pun yang tahu nama itu kecuali dalam kalangan mereka terutama sekali di Sabah sana. NJ, dia  tidak pernah terlibat dalam segala aktiviti haram JR tapi nama NJ selalu jadi bualan. Namanya tersenarai dalam carian ranking tertinggi.

NJ senyum sedikit, cuba redakan gelodak hati yang tidk sabar mahu bersemuka dengan insam yang bertanggungjawab mencemarkan identitinya di hadapan gadis kesayangannya.

''Eda ada jumpa siapa? Macam mana Eda boleh tahu nama Nuh, NJ?'' NJ cuba lawan gentaran bibirnya. Susah sungguh untuk dia berpura-pura kuat menahan perasaan bila melibatkan sekeping hati.

Waheeda tegakkan kepala, tepat merenung bekas kekasih.

''Siapa yang Eda jumpa tu tak penting. Yang penting sekarang ni, Nuh tak jujur dengan Eda. Nuh tak jujur dengan Eda siapa diri Nuh yang sebenar sejak dari awal lagi. Apa yang Nuh harapkan lagi dari Eda? Eda harap ni kali terakhir kita jumpa. Eda dah tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan Nuh.'' Waheeda sengaja mengelar sekeping hati milik NJ biar lelaki itu sendiri kecewa dengannya dan memilih untuk pergi. Sengaja direka cerita supaya kedengaran logik di telinga NJ walha dia tidak tahu siapa sebenarnya lelaki itu.

NJ teguk liur, terasa berpasir.

''Macam mana Nuh nak jujur dengan Eda sedangkan Nuh sendiri cuba lari dari hakikat tu Eda. Nuh mengaku, Nuh memang NJ. Siapa NJ, Eda cari sendiri dalam internet tapi Nuh tak nak semua tu. Nuh cuma nak jadi macam orang lain.''

Penjelasan NJ membuatkan Waheeda termangu sendiri. Apa maksud Nuh tu? Sehebat itulah mantan kekasih hatinya selamat ini?

Diamnya Waheeda membuatkan NJ lepas keluh berat. Dia akur kalau ini yang Wajeeda mahukan. Dia sedar, dia tidak layak untuk sesiapa pun.

''Baiklah kalau dah itu keputusan Eda. Nuh akur. Sampai di sini saja kisah kita. Nuh pergi dulu. Maafkan Nuh kalau kehadiran Nuh buat Eda rasa tak selesa.'' NJ angkat kaki meninggalkan Waheeda yang masih termangu di tempatnya.

*             *               *

Terasa diri diekori, NJ mengubah laluan. Dia segera menyelinap disebalik pokok, cubaan mengumpan kalau-kalau jeratnya mengena. Tanpa menunggu lebih lama, orang yang dinantikannya selama ini memunculkan diri. NJ memerhati dalam diam. Bila dirasakan waktu yang sesuai, dia keluar dari persembunyiannya lalu menerkam si penghendap dengan menendang pinggul lelaki itu sehingga rebah tertiarap. Sebelum sempat lelaki itu bangun, NJ cepat bertindak dengan memijak belakang tubuh sasa itu, mematikan pergerakkannya. Lengan kanan lelaki itu dipaut dan di angkat tinggi, NJ sedang bersedia untuk memulas ataupun memijak lengan itu biar patah dua.

''Kau siapa?'' tanya NJ, berang.

''Aku tanya kau siapa?! '' tepik Nuh garang seraya mengacah mahu memulas lengan itu.

''Sekali lagi aku akan tanya kau. Kalau kau tetap senyap, aku patahkan tangan kau n! Kau tentu dah tau aku siapa, sebab tu kau berani ikut aku! Dan rasanya kau pun dah tahu apa yang akan aku buat bila aku marah! Baik kau bagitahu aku, kau siapa?''

Lawannya menggerakkan sebelah lagi tangan tanda mengalah. Mungkin dia tahu, NJ itu bukan lawannya. NJ tenang. Namun setenang-tenang NJ pun, NJ itu kejam orangnya. Lebih-lebih lagi bila ada orang 'sentuh' hak peribadinya.

''Sekarang bagitahu aku, kau siapa? Kau orang JR?''

Lelaki itu mengangguk.

''Bangun dan buka topeng muka kau. Aku mahu tahu kau siapa. Now!''

Lelaki itu menurut arahannya lalu topeng muka dibuka.

NJ terngadah. Tak percaya!

''Luke? Jadi selama ni kau follow aku?''

Luke menggangguk. NJ mengetap rahang. 

Bukk!

''Kurang ajar kau, Luke! Kau belot dengan aku dengan jadi orang JR?" jerkah NJ. 

"Kau tahu JR tu siapa pada aku tapi kau masih berani buat macam ni? Kau memang sial, Luke!'' NJ menepik. Kepal kemas tangannya sehingga menimbulkan urat-urat biru di lengannya. Urat lehernya menegang, sungguh dia rasa mahu dibunuh Luke ketika ini. Susah untuk dia menerka yang Luke tergamak membelot daripadanya.

''NJ dengar dulu penjelasan aku...''

''No need, Luke! Kau pembelot!''

''Nuh, aku...,''

Belum sempat Luke membuka mulut, satu sepakkan tepat singgah pada perut Luke. Tak cukup dengan itu, NJ berikan satu lagi tendangkan di paha Luke sehingga Luke jatuh terduduk. Luke menyeringai lalu meraba perut dan paha yang sudah berdenyut kesakitan. 

''Aku belum puas Luke! Aku belum puas!!'' NJ rentap rambut Luke lalu diseret Luke ke sebatang pokok besar dan menolak tubuh itu bersandar di situ. NJ rentap rambut Luke memaksa Luke mendongak ke arahnya. NJ berdesir, matanya mencerlung Luke.

''Aku datang sini dengan niat cuma satu Luke. Dan kau pun tahu apa yang aku mahu Luke! Aku cuma mahu jadi sama macam orang lain Luke. Bukan NJ! Tapi kau... kau dah cabar aku Luke! Kau sengaja muncul dan kacau aku dekat sini atas arahan orang tua tak guna tu! Kau sengaja cabar dan buat aku tak boleh lupa siapa aku yang sebenar, Luke!'' Nj berteriak lantas melepaskan rambut Luke. Tanpa ternanti lagi satu tumbukan singgah pada wajah kacak Luke.

''Sekali lagi kalau aku jumpa kau, aku tak akan teragak-agak untuk bunuh kau, Luke. Sekarang ni kau blah dari sini. Jangan pernah tunjuk muka kau depan aku!'' Dengan penuh ketegasan NJ menyampaikan amarannya. Hati dan perasaannya sakit dengan perbuatan Luke. Sakitnya tidak sama dengan sakit hati kerana Waheeda. Sakit ini berlipat kali ganda!

*              *                 *

Beberapa bulan kemudian, NJ mula berubah laku. Impak dari perbuatan Waheeda terhadapnya, menjadikan NJ seorang lelaki yang mempergunakan perempuan sebagai tempat untuk meluangkan masa sepinya. NJ mula bertukar-tukar pasangan. Bonus dengan elok paras rupanya, pasti ada saja yang datang menempel. NJ tahan hati bila gosip berkenaan Ben dan Waheeda makin menular bak virus di kampus mereka dan dengar cerita, mereka berdua sudah selamat mengikat tali pertunangan sebulan yang lepas.

Kesan dari pengkhianatan Luke juga menjadikan NJ semakin liar. Kerap kali hujung minggu menjelma, dia pasti mengunjungi kelab malam yang ada di sekitar Kuala Lumpur. Balik dalam keadaan mabuk itu sudah menjadi perkara biasa. Lutfi, teman sebilik NJ sudah tidak tahan lagi dengan perangai NJ lalu meminta kebenaran daripada penyelia asrama untuk menukar bilik.

Luqman Firdaus atau nama asalnya, Luke Sebastian. Lelaki itu muncul dengan imej baru setelah 4 bulan menghilangkan diri. Luqman yang menjadi penganti Lutfi, sebagai teman sebilik dengan NJ. Alang-alang rahsianya sudah terbongkar, tak perlu lagi sembunyikan apa-apa daripada NJ. selama ini Luqman teman sekuliah dengan NJ, cuma NJ saja yang tidak sedar dengan kehadiran lelaki itu. 

''Apa yang buat kau memilih untuk berubah macam ni Luke?'' tanya NJ di suatu hari itu. Dia makin tidak dapat menahan diri dari terus bertanya-tanya bila Luke muncul dengan imej baru dan nama baru. Dia kini sedar bukan hanya perwatakkan teman baiknya itu saja yang berubah malah agamanya juga turut berbeda daripadanya. Dia juga perasan Luqman sudah banyak berubah laku. Lebih banyak diam daripada bercakap. Lebih banyak menurut daripada membantah.

''Boss, kau boleh anggap aku pilih ini kerana aku jatuh cinta pada-Nya.''

''Boss?'' NJ tergamam. Tak pernah-pernah Luke memanggilnya boss selama mereka bersahabat.

''Ya, kau memang boss aku, Nuh. Dari dulu kau tu boss aku cuma aku yang lupa.''

Nuh berdecit. Dia tak suka dengan penjelasan Luke yang begitu merendahkan diri sedangkan Luke cukup tahu yang dia tidak suka dipanggil 'boss'.

''Aku tak suka kau panggil nama aku macam tu, Luke.'' Amaran halus dari NJ.

''Aku tetap orang suruhan kau, Nuh. Cuma kali ini aku terpaksa jadi orang JR. Bukan pilihan aku Nuh tapi aku terpaksa.'' Luqman mengendurkan suaranya.

maaf sbb lama menyepi. Tq to all the readers. NJ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience