~_Bicara itu seperti ubat;
'Jika kadarnya sesuai mendatangkan manfaat, namun jika berlebihan malah bisa membunuh.' -Amr bin Al Ash.~
_______________________________
Haii budak kecik!
Kau pergi mana? Saja nak seksa aku kan? Sampai hati kau langsung tak nak jumpa aku sebelum aku balik. It's okay. I deserved it, as punishment for what I did for you.
Budak kecik!
Dulu kau cakap after 5 years, kita akan jumpa lagi kan? Emmm aku rasa macam menarik la pulak tawaran kau tu. Ok, deal! We will meet again in 5 years. Promise me, you will wait for me!
Nia, i hope if we can get a chance to meet again even in different circumstances, what I hope is to be a good human being. Please pray for me, okay?
Ok, aku balik dulu. Jaga diri kau elok-elok and jangan makan seafood lagi! (simbol muka marah)
Bye,
NJ.
P/s 1 : Aku dah lama berkenan botol atas meja kau ni, so I took one. I think.... I need to take this 'Don't be Sad'. Halalkan ye? (Simbol sengih)
P/s 2 : Sebagai permohonan maaf dari aku, aku ada sesuatu untuk kau. Ingat nak bagi sendiri dekat kau tapi kau dah cabut awal. So, aku letak dalam almari kau.
________________________________
Nia angkat muka selepas baca pesanan yang pertama, mata terus terarah pada susunan botol kaca yang didalamnya berisi origami bentuk bintang yang berwarna warni. Botol-botol itu disusun di atas meja studinya. Cuma ada tiga botol kesemuanya dan satu telah hilang sama seperti yang Nuh bagitahu dalam suratnya!
''Ohmaigodd!'' jerit Nia sambil mendekati botol-botol kesayangannya. Sentuh dan usap satu persatu botol yang tersusun di situ. Botol 'Don't be Sad' hilang.
'Arghhh mamat ni, dah blah pun masih buat aku hangin lagi!' ketus Nia.
Botol kaca itu pemberian Mia Jasmine sewaktu Nia mula-mula pulang ke sini dulu. Ketika Nia dalam proses penyesuaian diri dengan persekitaran baru, Mia menghadiahkan botol itu agar Nia dapat 'sesuatu' darinya. Mia berpesan ambillah satu daripada origami bintang yang ada dalam botol-botol itu bagi mewakili perasaannya. Mia menggelarkan botol itu sebagai 'therapy pills'.
Empat botol itu berlainan isi kandungannya. Ada 'Let's be Brave', 'Don't be Sad', 'Dont be Afraid' dan yang terakhir 'Don't Give Up'. Kalau Nia berasa sedih atau berduka, dia akan ambil satu biji origami bintang dari botol kaca yang bertulis 'Don't be sad' dan membuka lipatan origami itu. Di dalam origami itu Mia ada selitkan sebaris kata-kata motivasi untuk Nia rasa 'terubat'.
Nia membuka penutup botol 'Let's be Brave', lalu mengambil sebiji origami bintang dan membukanya.
-Bicara itu seperti ubat;
''Jika kadarnya sesuai mendatangkan manfaat, namun jika berlebihan malah bisa membunuh.'' - Amr bin Al Ash.
Itu yang tercoret. Ya, Nia setuju dengan kata-kata dari Amr bin Al Ash itu. Bicara kadang kala bisa membunuh! Seperti apa yang Nuh lakukan kepadanya, kepada hubungan mereka berdua.
Meskipun hubungan mereka bukanlah ditahap yang 'luar biasa', tetapi tidak dapat menafikan yang dia kadang-kadang senang dengan kehadiran Nuh walaupun ada ketikanya lelaki itu agak menjengkelkan hatinya.
Tapi... Nia hembus keluh berat dan sarat. Dia kecewa dengan Nuh. Dia rasa sedih bila teringatkan apa yang dituturkan oleh Nuh pada malam semalam. Nuh tidak ikhlas dengan hubungan yang terjalin antara mereka. Nuh tidak sudi menganggap keluarganya sebagai keluarga lelaki itu. Ermm apa boleh buat, itulah yang dikatakan lidah memang tidak bertulang tapi mampu menghiris sekeping hati.
Nia melipat semula origami kecil itu dan kembalikan ke bentuk asal sebelum dimasukkan ke dalam bekasnya. Lupa ada satu lagi pesanan yang Nuh titipkan buatnya. Nia baca sekali lagi surat itu.
'Okay, dalam almari, kan?' Nia tuju ke almari pakaiannya. Buka pintu almari lalu dia melihat ada satu kotak bersaiz besar menjamah matanya. Nia menarik kotak itu lalu membuka penutupnya.
Tergamam sesaat bila anak patung itik seperti dalam fairy tale 'The Little Ugly Duckling' terletak elok di dalamnya. Nia menarik patung itu keluar dari kotak, kad kecil yang terselit di situ diambil dan dibaca.
'For my The Little Ugly Duckling'.
Nia terkedu sekali lagi.
'My'? Apa maksud Nuh ni?
* * *
Nuh memerhati Luqman yang sedang menyusun pakaian mereka ke dalam almari. Mereka selamat tiba di kolej 15, kolej kediaman mereka sepanjang 4 tahun belajar di UPM.
Nuh mengeluh kecil, baru saja sampai tapi dia sudah rindukan kenangan sepanjang berada di rumah keluarga angkatnya. Malas layan perasaan rindunya, dia keluarkan telefonnya. Lihat banyaknya pesanan dari koleksi teman wanitanya, Nuh cebik bibir. Tiba-tiba rasa bosan dengn semua itu.
Tapi hanya satu yang menarik perhatiannya iaitu chat antara dia dengan Nia. Nuh baca semula sejarah perbualan mereka di aplikasi itu, Nuh tersenyum sendiri. Angaukah dia?
Teks yang dihantar sepanjang hari masih tidak di 'blue tick atau seen', itu tandanya gadis itu masih belum buka aplikasi WhatsAppnya. Nuh mendail lagi nombor telefon Nia, jawapan masih sama. Gadis itu masih mematikan telefonnya.
Nuh pandang skrin, buka gallery iPhonenya pula. Cari video yang dia rakam ketika Nia sedang asyik menggesek violinnya dan memainkan semula video pendek itu. Raut wajah Nia ditenung, nasib baik dia sempat curi-curi merakam gambar Nia sekurang-kurangnya ada juga kenangan dengan Nia.
Nuh sedar dia memang budak nakal. Dia lelaki yang suka berpeleseran dengan mana-mana perempuan yang sudi menemaninya di kala sunyi. Tetapi hubungan itu hanya sekadar teman makan dan minum.
Dia akui dia kerap mabuk tatkala meneguk air yang disangka mampu menghilangkan tekanannya tapi tidak pernah mereka terbabas sehingga terjadinya hubungan intim. Semuanya gara-gara Luqman Firdaus. Lelaki yang begitu setia dengan tugas dan komitmennya.
Luqman Firdaus, lelaki yang diajar untuk jadi 'keras' dan tahan dengan sebarang ujian yang diberikan sejak dari kecil sehingga lelaki itu mampu tumbuh menjadi seorang yang begitu tegas dengan tugas untuk menjaga dan mengawasinya.
Dulu, Nuh pernah tewas kerana seseorang. Nuh pernah dikecewakan. Nuh pernah ditinggalkan. Nuh pernah meratapi perpisahan yang terjalin. Kerana kecewa itulah Nuh bertindak liar, Nuh berkelakuan nakal.
Kerana rasa kecewa itu jugalah Nuh pernah tergoda dengan seorang wanita yang cukup cantik dan mengoda nafsunya. Ketika hampir hanyut dalam lautan gelora asmaranya, Luqman deras meningkah dengan mengheret Nuh pulang dari sarang jahanam itu.
Luqman pernah bertegas dengannya dengan mengatakan, Nuh boleh mencari 'peneman' untuk berlibur di Club, tapi jangan sesekali merosakkan anak dara orang dan jangan sesekali sampai terjadinya anak haram. Itu pesanan Luqman yang dia ingat sehingga ke hari ini.
Itu bezanya Luke dengan Luqman. Luke akan membiarkan saja apa jua tindakannya tapi Luqman tidak. Luqman sangat berkeras dengan komitmennya walaupun nampak saja lelaki itu bersahaja. Tenang seorang Luq itu bahaya!
''Eh, apa ni Nuh?'' Pertanyaan Luqman mengembalikan Nuh ke alam nyata.
Nuh kalih mata kepada Luqman dan 'benda' yang ada di tangan Luqman yang sudah diangkat tinggi. Nuh pantas turun dari katil dan mengambil 'benda' itu dari tangan Luqman.
''Itu macam botol dalam bilik Nia, ya Nuh?''
Nuh hanya senyap. Luqman mengendur bahu.
''Kenapa kau ambik barang Nia? Nanti kalau Nia tahu macam mana?'' tanya Luqman lagi. Pelik lagi dia dengan Nuh. Nuh berdecit.
''Nia tahu. Aku ada tinggalkan note untuk Nia.''
''Jadi betul sangkaan aku, kau suka Nia kan, Nuh?'' tembak Luqman lagi. Selagi tidak dapat jawapan tepat dari Nuh, selagi itu dia rasa perlu siasat. Siasat untuk kebaikan Nuh.
Kali ini Nuh diam pula. Tak tahu apa yang patut dia jawab kepada Luqman. Suka? Tapi macam mustahil sebab Nia tu budak-budak lagi. Kan orang kata dia peado pulak! Tapi... kalau tak suka, kenapa sampai macam ni perasaannya?
''Kau suka Nia kan, Nuh? Mengaku jelah kalau kau suka dia. Okay apa."
"Aku tak cakap pun aku suka dia," jawab Nuh deras tanpa memandang Luqman.
Luqman mengariskan senyuman. Kedua bahunya diangkat. Tak lama senyumannya mati. Mukanya berubah serius.
"Kalau kau suka Nia, you need to protect her from them. Aku tak nak nanti keluarga abah mendapat masalah. Kau pun tahu diorang tu macam mana.'' Amaran.
Nuh lepas keluh. Itulah yang membimbangkan dia sebenarnya.
''Sebab aku tahu diorang macam mana lah, aku tak berani nak serius dengan mana-mana perempuan sampai sekarang. Cukuplah dengan apa yang jadi dulu. Aku tak nak sebab aku, orang lain jadi mangsa diorang. Kau pun tahu Perempuan-perempuan yang aku keluar, bawak pergi club, shopping, makan-makan, diorang tu semua aku anggap tak lebih dari kawan biasa.'' Nuh menjawab sambil mata masih memerhati origami bintang yang cantik itu.
''Nia?''
Nuh alihkan bebola matanya kepada Luqman yang masih menanti jawapannya. Dia gosok-gosok sedikit belakang leher.
''Nia..." Nuh tidak segera menjawab. Dia termenung sejenak. Nia...
"I don't know how to describe it but when with her I felt something that I had never felt before with any woman.''
Jawapan Nuh undang satu senyuman di bibir Luqman. Tepat, tekaannya!
''If that's what you say, you need to protect her from JR's people. Ingat Nuh, orang macam kau bukan mudah untuk nak dapatkan sesuatu yang kau impikan, ada sesuatu yang kau perlu bayar. Hidup kau dah terikat dari kau kecil sampai kau besar dan tak mustahil kau akan terus terikat sampai bila-bila!" Amaran keras dari Luqman selaku orang kanan Nuh.
Nuh teguk liur. Bukan kerana takut tapi kerana dia tahu apa risikonya jika dia bertindak sembrono tanpa rancangan yang rapi.
* * *
Dua bulan kemudian.
Balik dari final exam, satu pesanan ringkas masuk ke telefon pintar milik Luqman.
_Perempuan tu nama Nia Jasmine, right?_ ~Unknown
Biji mata Luqman meluas. Rasa seperti kepalanya dihentak sesuatu, tersentak. Bersama teks itu ada beberapa keping gambar dihantar melalui aplikasi WhatsApp. Kesemuanya gambar Nia Jasmine! Gambar Nia balik sekolah. Gambar Nia dengan Mia dan abah. Gambar Nia dengan ahli kumpulan Violet dan juga gambar Nia tengah berjalan seorang diri.
'Ya Allah! Apa dah jadi ni?' Hatinya diterpa rasa berdebar yang menggila. Luqman pantas mendail nombor itu tapi tidak dijawab malah diputuskan terus. Luqman menggigil. Nampaknya benda yang ditakuti terjadi juga!
_Siapa kau, hah? Kalau berani kita jumpa!_ ~Luqman
Pantas Luqman menghantar. Sakit hati dan tidak sabar!
_Jumpa? Jauh kawan. Aku ada di Muar sekarang ni. Tengah intip adik dan kakak dia. Cantik. Aku suka. Kalau aku bagi kat JR tentu JR lagi suka._ ~Unknown
Shit! Luqman rentap rahang kuat. Kurang ajar orang disana. Pengecut! Mundar-mandir dia di dalam bilik hostelnya tengah cari cara untuk bertindak. Dia menaip sesuatu dan hantar.
_Kau jangan nak main gila dengan aku! Sekali kau sentuh budak tu, kau kena dengan aku!_ ~Luqman
_Easy man.. Kau lebih risaukan perempuan ni dari adik-adik kau?_ ~Unknown
Sekali lagi telefonnya masuk notifications, kali ini gambar adik-adiknya pula menjamu mata.
Adiknya, Nadine sebaya Nia dan Sophie dua tahun lebih tua dari Nia. Nadine dan Sophie berpakaian agak menjolok mata dan disebelah mereka ada lelaki tua gayut tidak berpakaian sempurna!
Luqman kepal penumbuk, JR main kotor! JR guna taktik kotor untuk sakitkan hatinya. Nampaknya kali ini dia perlu bertarung menyelamatkan maruah adik-adiknya. Tidak sesekali dia akan biarkan adiknya jadi mangsa kepada JR. Tidak!
_Apa yang kau nak dari aku hah??_ ~Luqman
_Sent him back to Sabah._ ~Unknown
Luqman tergemap. Him? Dia faham apa mahunya lelaki di sana. Ini sudah tentu berkenaan dengan Nuh Jazmin.
_Kalau kau ikut apa yang JR arahkan, dia tak kan buat kerja gila macam ni Luke._ ~Unknown
Luqman teguk liur. Tersedar di mana silapnya. Serentak dengan itu, Nuh muncul di janang pintu bilik dari luar. Pantas Luqman pandang Nuh dan sesaat dua mereka bertentangan mata.
Nuh bijak meneka, peka dengan perubahan teman baiknya itu, bergarit kening.
"Kenapa kau, Luq?" soal Nuh seraya mengalih mata dari terus tenung Luqman.
Luqman tidak membalas sebaliknya dia hulur telefonnya kepada Nuh, biar Nuh sendiri baca dan nilai sendiri kerana Nuh lebih peka dengan situasi sekarang. Luqman tidak mampu berkata-kata lagi. Bukan kerana takut tapi kerana dia juga buntu.
Dua situasi yang berbeza yang perlu dia 'jaga'. Di sana keluarga angkat dan di situ pula adik-adik kandungnya. Untuk kali ini, sudah tiba masanya untuk dia berbincang dengan Nuh, minta pendapat Nuh sebagai orang yang paling kenal dengan JR.
Siapa JR? JR ialah Datuk Junid Richard, ayah kepada Nuh. Nuh Jazmin bin Datuk Junid Richard. Salah seorang jutawan terkemuka di Sabah. Ya, Nuh bukan calang-calang orangnya. Nuh pewaris empayar gah The James Lagecy.
Kerana Nuh seorang pewaris sah harta milik The James, hidupnya diawasi oleh orang-orang ayahnya. Sejak dari kecil hidup Nuh dikawal rapi, hanya Luke Sebastian dan Andy sahaja yang dibenarkan untuk menjadi kawannya itu pun kerana ayah Luke bertugas sebagai drive kepada Datuk Junid Richard dan Datin Rossie dan Andy itu salah seorang anak pekerja syarikat gah ayahnya.
Selepas ayah Luke Sebastian meninggal dunia, Luke dan dua lagi adiknya dijaga oleh keluarga JR. Kerana jasa yang ditaburkan, Datuk Junid Richard meneguk di air yang keruh. Dia mengambil kesempatan di atas persahabatan antara Nuh dan Luke Sebastian.
Luke ditawarkan bekerja dengan JR sebagai bodyguard Nuh dan dengan cara itu Luke ditawarkan untuk menyambung pengajian bersama Nuh di Semenanjung Malaysia. Manakala adik-adik Luke pula dijaga oleh keluarga Nuh di Sabah.
* * *
Seminggu kemudian.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Nuh dan Luqman akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah demi melindungi orang-orang yang mereka sayang. Cuma bezanya Nuh akan pulang ke Sabah seperti yang diminta oleh JR dan Luqman akan ke Johor, melindungi keluarga angkatnya. Masing-masing pergi dengan tugas dan perancangan yang tersendiri.
"Luq, kau ingat janji kita. Kau jangan sesekali bocorkan segalanya kepada keluarga abah. Apa-apa yang berkaitan dengan aku, kau cakap tak tahu." Nuh mengulangi lagi pesanannya.
"Insya-Allah Nuh. Aku akan ingat. Terima kasih sekali lagi Nuh."
Nuh cuma senyum nipis, cuba redakan hati sendiri.
"Kau jangan risau. Aku akan pegang janji kita. Kau jaga diorang untuk aku dan aku akan jaga diorang untuk kau. Deal?"
"Deal."
Nuh pandang Luqman lama. Luqman angkat keningnya.
"Doa kau makbul, kan? Doa kan aku ya." Tiba-tiba Nuh menitipkan itu. Dia bakal berdepan dengan sebuah hakikat yang dia sendiri tidak pasti dia akan berjaya atau pun tidak.
Luqman mengangguk. Kesat pelupuk mata yang terasa ada cecair jernih. Sekali lagi mereka berpelukan sebelum berpisah arah.
"Bye Nuh."
"Bye Luq."
__ Tamat, part 1 __
Tamat bahagian 1. Nanti jumpa.di next session pulakkkk.. Eh tiber! Hahah Tq utk semua yg snggup baca balik crita ni. Cerita ni sbnrnya dah COMPLETE cuma sy byk edit smula n penambahbaikkan jd take time juga la utk update. Maaf kalau lambat tau. Cuma 1 nk pesan, jgn tnya bila nk update, noti naik tu tndanya sy update la tu.. hihi. Tq to all the readers. NJ.
Share this novel