'Aku terima nikahnya Nia Jasmine binti Ahmad Zakri dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai.'
Nia celik mata. Deras tubuhnya bangkit dari perbaringan. Jantungnya berdegup laju seperti dia baru saja bermimpi dikejar hantu. Eh, dia bukan mimpi dikejar hantu tapi dia bermimpikan sesuatu yang lebih dahsyat dari itu... iaitu dia dan Nuh berkahwin!
Nia pandang sekeliling biliknya, tiada apa yang berubah. Sama seperti kebiasaannya. Lantas Nia menghela nafas, lega. Itu cuma mimpi mainan tidur. Tangan dibawa meraup muka. Astaghfirullah-al-azim, berkali-kali meniti di bibir.
'Macam manalah benda macam tu boleh masuk dalam mimpi aku. Aku ni budak sekolah. Masih budak-budak. Hish, gatalnya aku!' getus Nia seraya menggeleng beberapa kali.
Gebar diselak, dia jatuhkan kaki ke lantai. Rambut panjangnya disanggul malas dan dikepit dengan pengepit rambut. Dia berlalu ke pintu gelongsar dan menolak langsir ke sisi. Matahari sudah meninggi, menghampiri waktu zuhur.
'Emm... Lamanya aku tidur. Nasib baik tengah 'cuti'. Kalau tak, terbabaslah subuh.' Nia bergumam seketika sebelum berlalu ke bilik mandi, tubuh lemaunya perlu disegarkan. Keluar sahaja dari bilik mandi, pintu biliknya di ketuk dari luar.
"Sekejap!" sahut Nia, sambil merapikan pakaiannya.
"Eh, Kak Mia?" Nia terkejut melihat wajah kakak kesayangannya di sebalik pintu.
"Kak Mia buat apa dekat sini? Bila sampai?" soalnya terus. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba Kak Mia muncul. Haruslah dia terkejut.
Mia tersenyum sekadar memaniskan wajah. Soalan Nia diabaikan, sebaliknya dia melontarkan soalan yang lain.
"Nia dah okey ke ni?"
Mendengarkan soalan itu, dahi Nia berkerunyut. Hairan. Lengannya yang dipegang Mia, dia kerling sebelum kembali memandang Mia.
"Err... ya. Nia okey. Kenapa kak?"
Mia hembus nafas kelegaan.
"Alhamdulillah kalau Nia dah okey. Jom kita turun makan. Sejak pagi tadi lagi Nia tak makan, semua orang risau." Mia abaikam lagi pertanyaan Nia. Segera dia menarik lengan adiknya lembut.
Nia yang tercenggang itu hanya menurut sahaja rentak Mia.
"Semua orang risau? Risau kenapa?"
Langkah Mia terhenti. Nia ikut sama terhenti. Mia menilik wajah blur Nia. Nia menjongket kening, hairan dengan pandangan kakaknya itu.
"Mia tak ingat ke apa yang berlaku tadi?"
Nia terkebil-kebil.
"Apa yang berlaku tadi kak?" Dengan polos Nia bertanya. Hairan juga fia dengan tingkah kakaknya. Kak Mia kenapa?
Kali ini Mia pula tercenggang. Nia tak ingat apa-apa?
"Mia? Nia dah bangun?" suara Datin Seri kedengaran di hujung anak tangga.
"Err... ya mak ngah." Mia menyahut. Tangan Nia di bawa ke tangga.
"Alhamdulillah. Nia, dah okey ke ni sayang?" Datin Seri Roslina mendekat. Bahu Nia dirangkul sebelum satu kucupan singgah di ubun-ubun anaknya.
Nia tersenyum pada mamanya tapi sekejapan senyuman itu sirna dari bibirnya. Dia bertambah hairan dengan pertanyaan mama yang sama dengan soalan kakaknya.
"Alhamdulillah Nia dah okey mama. Emm... tapi kenapa mama dengan Kak Mia tanya Nia dah okey ke belum? Ada apa-apa yang jadi ke?"
Bagaikan terhenyak, Datin Seri Roslina dan Mia saling berpandangan. Keduanya kelu.
* * *
"Pagi tadi Nia dah nikah dengan Nuh."
Ungkapan mama itu umpama halilintar memanah tepat ke jantung Nia. Nia tergamam, lidahnya kelu untuk bersuara lagi biarpun barusan tadi dia begitu lantang mendesak mama berterus terang dengannya.
"Tap... tapi... itu... itu cuma mimpi Nia kan?" Nia baru teringat tentang mimpinya pagi tadi. Mustahil dia dengan Nuh berkahwin sedangkan dia masih muda, masih bersekolah dan Nuh itu cikgu dia!
Wajah mama Nia pandang lama, mengesan kalau-kalau mama cuba bergurauan 'april fool' dengannya. Tapi wajah serius mama langsung tidak berubah. Nia teguk liur, bibirnya perlahan-lahan bergerak.
"Ma... mama... Mama bergurau je, kan? Abang, mama tipu angel kan?" Kali ini Nia mencari wajah abangnya pula. Seterusnya Mia, abah serta papanya dia pandang. Tetapi wajah-wajah itu berpaling dari bertentangan mata dengannya.
"Mama tak akan bergurau dengan perkara penting dan besar macam ni Nia," sangkal mama lantas merangkul bahu Nia.
Nia deras menggeleng. Rupanya mimpi tadi bukan sekadar mimpi? Allah... payah sungguh dia terima! Kenapa boleh jadi macam ni?
"Tak! Mama tipu! Mama tipu Nia! Nia tak suka mama bergurau dengan Nia macam ni!" Nia menepis tangan mama dari bahunya lalu dia menunduk, pandang tangan sendiri.
"Nia..." Tuan Ahmad Zakri pula mendekati anak bongsunya. Tangan kanan anaknya diambil lalu dielus lembut. Nia memanggung wajah pada abahnya.
"Abah, mama tipu Nia kan?" Nia merengek mengharapkan jawapan yang baik-baik saja dari abahnya.
"Abah minta maaf," ucap abah sambil menggeleng perlahan.
Nia pejamkan mata. Ungkapan maaf itu bagaikan belati menghiris hati. Itu bukan ungkapan yang dia mahu dengar.
"Abah minta maaf. Abah dah nikahkah Nia dengan Nuh." Sambungan Tuan Ahmad Zakri itu umpama telah mencetus api dalam sekam. Mendengarkan itu, hujung bibir Nia menggarit senyum sinis. Perlahan Nia tarik tangannya dari genggaman abahnya. Matanya naik menentang mata tua abahnya.
"Is that enough, abah?" Perlahan tapi cukup sinis. Tak tahu kenapa saat ini dia merasakan abahnya orang yang patut bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Abah dengan Nuh, dua makhluk yang dia rasa mahu telan hidup-hidup di saat ini. Matanya bergenang menanti jatuh dari tubir.
"Apa maksud Nia?"
"Tak cukup lagi ke dengan apa yang abah dah buat pada hidup Nia selama ni?"
Lihat dahi tua abah bergarit, Nia menyambung.
"Abah paksa Nia ikut semua kehendak abah. Abah bawak Nia balik tanpa kerelaan Nia, Nia tinggalkan keluarga yang Nia sayang. Nia akur semuanya demi arwah ibu. Tapi kenapa sampai tahap nikah kahwin pun abah masih nak paksa Nia? Benci sangat ke abah pada Nia? Nia ni bukan anak kandung abah ke?" Setitik air mata Nia jatuh, mengenang nasib diri.
"Nia... tak pernah terdetik pun dalam hati abah ni yang abah bencikan Nia. Nia anak abah. Anak kandung abah dengan ibu, mana mungkin abah tak sayangkan Nia. Nia anak kesayangan ibu. Nia sebagai tanda pengorbanan arwah ibu." Tuan Ahmad Zakri menggeleng.
"Jadi kenapa abah? Kenapa abah nikahkah Nia dengan Nuh? Abah tahu kan Nia masih belajar. Nia tak suka Nuh. Bukan hari ini saja Nia tak suka Nuh tapi sejak dari dulu. Abah tahu tu tapi kenapa masih paksa Nia?" tekan Nia pada abah, tanpa sedar Nia mengungkit sejarah silam mereka berdua. Tak sengaja matanya ternampak kelibat Nuh yang baru muncul di ruangan itu. Seketika mata mereka berlaga. Nia dengan pandangan bak mata pedang manakala Nuh pula masih terkedu dengan luahan Nia.
"Sebab abah sayangkan Nia. Sebab sayanglah abah minta Nuh kahwin dengan Nia demi selamatkan maruah kita semua."
Penjelasan abah, makin menaikkan darah Nia. Dia mencari wajah abahnya semula. Keningnya makin hebat berkerut.
"Selamatkan maruah apa? Apa yang dah jadi pada Nia sampaikan abah sanggup suruh Nuh bertanggungjawab? Did we sleep together?" Nia melontarkan keras soalan itu kepada Nuh. Makin sakit hatinya dengan kewujudan Nuh dalam hidupnya. Nuh tak sudah-sudah menyiksanya!
"No!" Nuh deras menyangkal. Berdebar terus dia bila tiba-tiba Nia menyergahnya.
"Then, tell me what happenned last night! Aku berhak tahu apa yang dah jadi sebab ini semua hidup aku!" Nia membentak Nuh. Semua yang ada di situ turut tergaman.
Nuh menunduk, lari dari tatapan Nia. Nuh sebenarnya buntu untuk berterus terang dengan Nia kerana dia tahu bukan mudah untuk Nia menelan penjelasannya dengan mudah.
"Can anyone tell me what's going on?" Nia pandang setiap wajah kesayangannya. Abah dan mama tidak menjawab pertanyaannya. Mia lebih banyak berdiam diri sedari tadi. Begitu juga dengan Luqman dan papanya. Masing-masing bagaikan berpakat merahsiakan sesuatu daripadanya.
Khalil yang berada tidak jauh dari Nuh, melepaskan keluh. Daripada bersandar di tepi dinding, dia menghampiri adiknya.
"Angel, let me explain." Khalil duduk di sisi adiknya lalu memeluk tubuh itu. Sengaja dia membelakangkan Nia daripada mereka.
"Kalau angel marah dengan semua ni, angel jangan salahkan abah dan Nuh tapi angel kena salahkan abang kerana semua ni berpunca dari abang. Semalam, hujan lebat. Tayar kereta abang pancit. Abang risaukan angel. Abang banyak kali call angel tapi satu pun angel tak jawab. Abang chat angel pun, angel tak seen. Abang risau. Sangat-sangat risaukan angel. Jadi abang terpaksa buat satu pilihan iaitu minta Nuh tengokkan Nia. Bila Nuh sampai dekat rumah kita, Nuh tak sempat nak cari angel tapi ada orang datang ketuk pintu. Rupanya orang yang datang tu orang JHEAT. Pejabat agama negeri ada terima aduan yang angel dengan Nuh berdua-duaan dalam rumah ni. Nuh dah terangkan perkara yang sebenar tapi keadaan tak menyebelahi angel dengan Nuh. Korang dianggap bersalah sebab korang berdua tak ada sebarang ikatan yang sah," jelas Khalil sambil matanya menghantar isyarat kepada yang ada di situ.
Yang lain mengangguk perlahan, mengerti maksud isyarat yang diberikan Khalil.
"Siapa... siapa yang buat semua tu abang?''
''Abang tak tahu tapi angel jangan risau, abang akan cari orang yang patut bertanggungjawab atas apa yang dah jadi. Abang janji. Cuma abang nak tahu, angel ada ingat something sebelum angel tidur semalam?"
Nia terdiam sekejap. Dia termangu namun akhirnya dia menggeleng. Sungguh, tiada apa ya g singgah di benaknya. Otaknya umpama tin kosong sekarang ini. Kenapa dengan dia?
"It's okay. Angel banyakkan rehat. Maybe one day angel akan ingat. Slowly but surely. Abang tahu angel masih lagi terkejut dengan semua ni. Begitu juga dengan kami semua. Tapi satu yang abang minta, jangan salahkan abah. Jangan juga salahkan Nuh. Nuh pun mangsa sama macam angel."
Nia meleraikan pelukan. Air matanya bertakung lagi.
"Tapi angel tak faham... Kenapa sampai kena kahwin abang? Angel masih muda, abang. Masih sekolah. Dia cikgu angel. Macam mana angel nak hadap semua ni? Abang pun tahu angel tak suka dia," rungut Nia tanpa mempedulikan hati Nuh yang sedang terhiris setiap kali mendengar dia merenggek.
"Kalau tak selesaikan perkara ni dengan kahwin, makin banyak prosedur yang kamu kena hadap untuk tutup kes ni. Papa dengan abah tak nak Nia terpalit dengan fitnah kalau perkara ni tersebar. Hal mengaibkan macam ni mudah tersebar. Lebih-lebih lagi orang luar tak tahu kejadian sebenarnya macam mana. Papa tak nak semua tu terjadi pada Nia dan Nuh. Dan papa tak nak nanti sampai ke media sosial. Hal-hal macam ni sekejap saja boleh jadi viral. Papa tak nak semua tu berlaku. It's not good for you and Nuh.'' Datuk Seri Andrew mencelah. Itu yang merisaukannya. Risau kalau maklumat Nuh itu bakal terbongkar. Netizen Malaysia bukannya boleh percaya sangat, orang-orangnya tekad mencari maklumat hingga ke lubang cacing.
"Tapi kami tak buat apa-apa kan papa?'' Nia menyanggah lagi.
''Yes! Nia dengan Nuh tak buat apa-apa. Kami percaya sepenuhnya pada kamu berdua tapi orang lain tak tahu. By hook or by crook, marriage is the best solution we have. You don't have to argue with that."
"And one more thing, Nia jangan mempertikaikan keputusan abah Nia sebab dia buat semua ni untuk kebaikan semua. Jangan sesekali cakap abah tak sayangkan Nia. Ingat tu!'' tekan papanya lagi.
''Papa... ini tak adil untuk Nia.'' Nia berdegil, dia mendekati papanya. Papa jarang bertegas dengannya dan kali ini dia betul-betul terasa jauh. Dia mengemam bibirnya, sedaya upaya menahan dari menangis.
''Tak adil apa? Kami buat semua ni untuk Nia. Kalau bukan untuk menyelamatkan maruah Nia, papa tak kisah kena naik turun mahkamah tapi sebab Nia anak kesayangan papa dan abah, kami sanggup minta diorang settle kes ni luar mahkamah, faham?'' bentak Datuk Seri Andrew.
''From now on, Nuh Jazmin is your husband. Accept it or not, you must respect it!"
Nia mencari Nuh. Bila ternampak lelaki itu, dia mengacip gigi. Geram. Tanpa menanti, dia memajukan langkah.
''Ni semua salah kau! Kau memang lelaki tak guna!'' Nia menolak Nuh berkali-kali.
Kerana tidak bersedia dengan tolakkan itu, Nuh hampir jatuh. Nasib baik Luqman sempat menahan Nuh. Khalil pula cepat bertindak dengan menyauk Nia dari belakang menghalang adiknya memukul Nuh. Nia meronta cuba melepaskan diri dari rangkulan Khalil.
"Lepaskan angel, abang! Lepaskan angel!" Kerana geram, dia menyepak betis Khalil.
Khalil menyeringai kesakitan, Nia terlepas daripada rangkulannya. Dia menunduk, gosok betis sendiri.
''Nia!'' Mia tidak betah melihat saja, dia turut bangun menyekat Nia dari menyerang Nuh.
Nuh yang masih tidak terduga dengan amukan Nia itu, mengundur tapak beberapa langkah. Dia berjaga-jaga dari menerima serangan Nia.
''Nia, sudah la tu.'' Giliran Mia cuba memujuk adiknya.
''Kak Mia jangan masuk campur. Kak Mia tak tahu apa-apa. Lepaskan tangan Nia," ugut Nia sambil menarik tangannya dari pegangan Mia. Makin Nia tarik, makin kejap pula genggaman Mia. Sudahnya Nia menolak Mia sehingga jatuh terjelepuk ke lantai.
Nia sempat menghadiahkan kakaknya senyuman sinis sebelum dia bertindak mengejar Nuh. Selagi batang tubuh itu tidak dikerjakan selagi itulah hatinya menggelegak panas.
''Disebabkan kau lah semua ni jadi. Kalau kau tak datang rumah aku malam tadi, tentu semua ni tak akan jadi. Kau sengaja nak aku jadi macam ni, kan? Semua ni plan kau! Kau ingat aku tak tahu?" Nia menghamburkan kemarahannya sambil mengejar Nuh. Bila hujung baju Nuh berjaya dicapai, Khalil terlebih dahulu memeluk Nia.
Nia sekali lagi meronta. Mulutnya tidak berhenti dari memaki hamun Nuh.
''Aku menyesal kenal kau, Nuh. Sejak dari dulu lagi kau suka menyusahkan hidup aku. Kau suka buli aku. Kau suka kacau hidup aku! Aku benci kau Nuh!'' Tak sampai dengan tangan, Nia guna kaki pula. Kakinya cuba menendang Nuh.
''Nia Jasmine, stop it!'' Khalil mengheret adiknya ke bilik. Nia yang meronta dan minta dilepaskan itu tidak dihiraukan.
Buka sahaja pintu bilik Nia, Khalil menolak adiknya masuk. Nia terdorong lalu tersembam di birai katil. Nia angkat muka. Tajam anak matanya memanah Khalil. Amarahnya makin mencanak. Tidak cukup dengan Nuh, sekarang Khalil pula buat hal dengan dia.
''Sekarang ni abang pun sebelahkan dia?'' gumam Nia.
''No. Abang tak sebelahkan sesiapa tapi abang tak suka angel marahkan dia sampai macam tu! He's your husband. Angel patut respect dia.''
Hujung bibir Nia ternaik sedikit.
''Respect? Angel tak nak! Tak hingin!Abang langsung tak faham apa yang angel rasa!"
"Angel..."
"Angel kecewa. Kecewa, abang tahu tak! I'm still young, why must i get married before i'm twenty?''
''Itu namanya takdir! Takdir yang dah Allah susun. Siapa angel atau kita nak menidakkan takdir Dia?'' jerkah Khalil.
Nia mendengus. Hanya mata saling meningkah.
''I hate you! Out! Get out of my room. Get out!'' Nia tolak belakang Khalil berkali-kali.
Khalil akur. Dia keluar, memberi ruang untuk Nia bertenang. Dia tahu, Nia masih lagi terkejut dan keliru dengan apa yang terjadi
Hilang saja susuk tubuh Khalil, Nia menghempas tubuhnya ke katil. Dia memukul bantal tidurnya sambil menghemburkan tangisannya yang tertangguh.
Maaf sekali lagi jadi chipsmore. skjp ada... skjp hilang. sesungguhnya byk yng drancang tapi kudrat bukan mampu melaksanakan semua. Apa2 lun doakan semoga kita baik2 saja. terima kasih yg mne masih mnanti. Apa2 hal sy akan update d mukabuku sy sbb sy xtahu brpa lama sy boleh bthn d sini. tq semua.
Share this novel