Bab 9 : NJ

Romance Series 174928

Nuh parkir kereta Tuan Ahmad Zakri di kotak yang disediakan oleh ahli jawatankuasa masjid untuk kemudahan orang ramai. Sedang elok ketika itu azan maghrib baru sahaja selesai berkumandang.

Nia membuka tali pinggang keledar yang membelit di pinggangnya. Dia pandang orang disebelahnya. Nuh merebahkan belakang kepalanya ke headrest, gaya melepaskan lelah.

"Awak tak turun ke?" Nia bertanya, hairan dengan tingkah Nuh yang tidak segera keluar sedangkan sekejap lagi bilal akan melaungkan iqamat untuk memulakan solat fardhu maghrib secara berjemaah.

"Kau pergi jelah dulu. Dah siap, datang sini balik. Jangan pepandai nak lari pulak." Nuh membalas tanpa pedulikan kening Nia yang berkerut seribu. Jarinya menatal skrin telefon.

"Emm yelah." Nia menolak pintu kereta di bahagiannya lalu menapak ke bahagian solat wanita dengan hati yang kurang senang dengan tingkah Nuh. Dalam hati dia berdoa semoga apa yang terlintas difikirannya, tidak betul sama sekali. Lagipun dia sedar, dia budak hingusan tak kan dia mahu tunjuk pandai dengan lelaki seusia Nuh itu.

Usai menunaikan solat, Nia kembali ke kereta. Dilihat Nuh ralit melayan games di telefonnya, kedudukannya langsung tidak berubah dengan sebelum Nia pergi menunaikan solat tadi.

Berkerut sedikit kening Nia. Anak rambut Nuh yang sedikit jatuh di dahi dipandang, tiada tanda-tanda helaian rambut itu basah kesan terkena wuduk. Nia mula mengandaian yang tidak-tidak.

"Awak dah siap solat?" soalnya tanpa dapat ditahan lagi.

"Emm" Nuh bergumam seraya meletakkan telefonnya di tempat yang disediakan lalu tangan kanannya mengagau tali pinggang keledar dan memasangnya

"Dah siap la ya? Tadi awak sempat berjemaah ke?" Nia menyoal lagi sambil tangan memasang tali pinggang keledar. Nuh diintai.

Nuh tidak membalas cuma tangannya ligat memasukkan gear dan memulakan pemanduan.

Nia jongket bahu, akur kalau Nuh tidak sudi memilih untuk menjawab pertanyaannya.

"Abah tahu ke kita nak ke mana ni?"

Nuh bergumam. Nak mati kalau bawa anak gadis orang tak minta izin?

"So, kita nak ke mana?" Nia ubah soalan, jeling-jeling signboard yang semakin jauh dari bandar Muar. Nuh nak bawa dia ke mana ni?

"Kita pergi makan mee bandung, aku teringin nak makan."

"Mee bandung? Malam macam ni makan mee bandung?"

Macam mana rupa mee bandung tu? Sejujurnya Nia tak pernah merasa masakan itu tapi dia tahu masakan itu salah satu menu popular di kalangan penduduk Muar.

"Emm mee bandung. Kenapa kau tak nak makan ke? Ke nak makan benda lain?"

"Eh, tak adalah. Kita pergi jelah. Tadi awak cakap nak makan mee bandung kan?"

"Okay, kalau kau nak makan benda lain, bagitahu la. Aku boleh consider lagi. Aku bukannya kejam sangat."

Nia senyum kelat. Iyalah, bukan kejam sangat.

"Betul ke ni kau okay? Ke nak makan dekat lain?"

"Eh tak apa lah. Makan je dekat kedai awak nak makan tu. Nanti saya order je makanan lain."

*         *         *

Mee Udang Pak Majib

Nia tertelan liur baca signboard nama kedai yang menjadi pilihan Nuh. Kedai yang menjadi bukti sejarah untuk yang ke pertama kalinya dia dikerjakan ke hospital 3 tahun lepas.

"Kedai ni ke awak?" Nia menagih kepastian. Trauma sungguh dia dengan nama kedai ni.

"Ha'a. Kenapa?" Nuh menyoal pelik dengan reaksi Nia. Nia nampak berhati-hati.

"Tak boleh ke kita pilih kedai lain?"

Nuh mengerut kening.

'Pilih kedai lain? Bersusah payah dia berebut nak masuk parking, baru nak mintak dia pilih kedai lain?' Angin Nuh tiba-tiba meruap. Rasa macam tak masuk akal permintaan Nia kali ini. Dia rasa Nia sengaja mencabar kesabarannya.

"Kenapa tak nak kedai ni? Ada masalah apanya? Elok je aku tengok kedainya. Ramai orang, tempat bersih. Apa yang tak kena?" Sedikit ternaik suara Nuh, bengang punya hal.

Nia kertap bibir, sakit telinga dia dengar Nuh meninggikan suara dengannya. Macam dia pula yang terhegeh-hegeh nak mengikut Nuh datang ke sini!

"Memang lah tempat ni tak ada masalah tapi saya tak nak kedai ni. Saya tak suka. Lagipun saya tak nak makan dekat sini." Nia juga menaikkan oktafnya setakuk. Nak berterus terang yang dia trauma dengan kedai ini, dia takut Nuh gelakkan dia.

Nuh mendengus kasar.

"Kenapa baru sekarang nak cakap? Kenapa tak je kau bagitahu aku lepas kita siap makan nanti?" Dalam Nuh menyinga, dia memerli. Stereng kereta, dia tepuk kuat. Eh, kenapa dia mudah rasa sakit hati betul dengan budak ni?!

Nia kemam bibir. Matanya terasa pedih.

"Saya nak balik."

Nuh tegakkan duduk. Pandang depan dan belakang kereta, dia kembali tengok Nia.

"Nak balik? Kau tengok tak keadaan kereta kita ni macam mana? Dah kena block depan belakang!"

Nia turut sama memeriksa apa yang dikatakan oleh Nuh. Nampaknya betul apa yang dikatakan oleh Nuh. Dia berdecit.

"So, no choice. Jom turun."

Nia menggeleng. Dia trauma bila ingat semula kejadian dulu.

"Saya nak balik..." rengek Nia kemudiannya.

Nuh lihat Nia, virus-virus api amarah mula merebak ke segenap urat saraf, menanti masa untuk meletup.

"Kau nak balik macam mana? Kau tak nampak ke keadaan kereta kita ni macam mana? Ke kau nak balik jalan kaki? Kau berani sangat ke?"

Nia kemam bibir. Mata kembali pedih.

''Tak payah kau nak mengada sangatlah Nia. Kita dah sampai dah pun. Keluar!'' Nuh membuka pintu dibahagiannya tanda malas melayan kerenah Nia walaupun dia nampak wajah mendung gadis itu.

Nia membatu. Sejak kenal dengan lelaki ni, jiwa dia rasa sesak betul! Dalam marah-marah pun Nia menurut jua arahan Nuh bila cemin kereta disebelahnya diketuk oleh Nuh. Tampang wajah lelaki itu serius.

''Turun jelah. Apa susah sangat?'' Nuh keraskan sedikit suaranya bila Nia masih berdegil dengan keputusannya. Nuh kacip gigi, geram dengan Nia.

'Tak padan dengan budak kecik, degil bukan main lagi!' ketus Nuh dalam hati.

Nia menggeleng lagi. Dia betul-betul rasa penat. Penat dengan latihan kumpulamnya dan penat dengan Nuh. Sengaja dia tayang muka simpati, manalah tahu kalau tiba-tiba Nuh berlembut hati.

''Saya tak nak turun. Saya tak nak makan. Saya kenyang agi,'' Nia beralasan. Sebelum balik tadi, mama Zaen sempat menjamu dia dan kawan-kawan dengan bihun goreng singapura. Masih terasa kenyang lagi perutnya.

''Habis tu, kau nak duduk dalam kereta ni sorang-sorang? Aku pulak makan sorang-sorang dekat dalam?'' Ternaik sikit suara Nuh tanda dia langsung tidak boleh terima penolakkan Nia. Berani Nia cari pasal dengan dia?

''Saya tak kisah pun. Awak pergi jelah makan, saya tunggu kat sini.''

Nuh kacip gigi. Nia degil lagi!

''Kau jangan jadi gila boleh tak Nia?'' Nuh makin membara. Kenapa masa-masa macam ni juga lah Nia nak tunjuk keras kepala?

''Saya tak nak makan. Betul-betul tak nak. Jangan paksa saya, boleh tak?'' Nia membentak, geram denhan sikap memaksa Nuh. Nuh ingat dia ni adik dia ke apa?

Nuh ketap rahang. Tanpa fikir panjang, terus tangan Nia ditarik agar Nia dapat keluar dari perut kereta. Sebaik sahaja tubuh Nia bolos dari kereta, terus Nuh tutup pintu dan tekan butang 'lock' pada butang penggera kereta.

Tangan Nia yang masih dalam genggamannya segera ditarik supaya mengikut langkahnya. Segala rontaan dan rayuan Nia tidak dipedulikan. Biar Nia tahu apa akibatnya bila Nuh Jazmin marah.

''Just sit down! Kalau kau tak nak makan, teman aku makan. Arahan aku simple, just sit down!'' Nuh dudukkan Nia di kerusi sebelum dia sendiri mengambil tempat disebelah gadis itu. Tangan Nia dalam genggamannya masih tidak dilepaskan. Dia geram dan dia marah!

Nia cuba tarik tangannya walaupun dia tahu tenaga Nuh jauh lebih kuat dari tenaganya. Bila percubaannya gagal, Nia mula rasa sedih. Tapi segera matanya dikejip-kejip agar cecair jernih tidak bertakung. Dia bimbang kalau Nuh dapat tahu dan merasakan itu satu kemenangan bila melihat dia menangis.

Nia bukan sedih tanda dia kalah dengan Nuh tapi dia sedih sebab sebelum ini tak pernah sesiapa pun melayannya denga kasar begini. Kalau dengan mulut pedas dan berbisa si kembar itu, telinga dia sudah biasa. Kalih.

''Boleh lepas tak tangan ni, Nuh? Sakit, tahu tak?'' Suara Nia cuma kedengaran di celah gigi, tajam matanya pandang Nuh yang beriak bersahaja disebelahnya.

''Kalau aku lepas, kau jangan lari.''

''Iye. Saya nak lari ke mana? Lari pun nanti saya jumpa jugak awak kat rumah abah.'' Jeling Nia.

''Okay, good. Lain kali jangan buat degil dengan aku. Aku tak suka orang melawan cakap aku terutama sekali kau," balas Nuh seraya melepaskan tangan Nia.

Nia menggosok-gosok kesan memerah di pergelangan tangannya. Perbuatannya terhenti bila dia sedar mata Nuh turut pandang tangannya. Matanya terbias sesuatu sebelum dia melepas satu keluhan.

''Nanti kau tuam tangan kau tu dengan ais, biar cepat hilang kesan tu.'' Nuh mengutur perlahan.

Nia hanya diam.

"Dengar tak?"

"Emm... dengar."

"Dah dengar jawab la."

Nia jeling Nuh lagi. Menyakitkan hati betul!

''Order?'' Waiters yang baru tiba ke meja mereka, bertanya.

''Bagi nescafe ais satu. Mee bandung satu. Kau nak tak?''

Nia menggeleng. Tadi dia cakap dia kenyangkan, takkan nak jilat ludah sendiri balik?

''Sure?''

Nia cuma mengangguk.

''Air jelah. Bagi air teh o limau satu.''

''Kenapa tak nak makan?'' Nuh bertanya setelah waiters berlalu dari meja mereka.

''Kenyang.''

Sepi mengisi ruang.

''Marah lagi ke?''

Nia cuma diam.

'Dah la buat salah, lepas tu tak minta maaf. Ingat aku ni apa?' Nia mengomel dalam hati. Malas layan pertanyaan Nuh, Nia keluarkan telefonnya. Ada notifikasi whatsApp dari satu nombor yang sangat dia kenali.

_Orang di sana, rindu tak dengan orang disini?_ ~Abang.

Terus bersinar mata Nia membaca whatsApp itu.

_Of course i miss you. Really miss you_ ~Nia,

_Bila competition An-jell ?_ ~Abang

_Lagi dua hari. Abang tolong doakan An-jell ya? This is my first match. I was excited but at the same time i was scared. Nervous!_ ~Nia

_Dont worry princess, i know you can do it. Do the best. From afar i always pray for you._ ~Abang

_If only you could be with me at that time... i'm sure i can do better._ ~Nia

_Then, close your eyes and imagine i'm with you. And you'll feel like i'm always with you, okay An-jell?_   ~Abang

Nia ukir senyuman melebar. Teringatkan raut wajah itu pun sudah membuatkan dia tersenyum melebar apatah lagi kalau lelaki itu muncul di depan matanya. Dia rindu. Sungguh dia rindu!

''Kau dah kenapa senyum sorang-sorang?'' tegur Nuh. Dari tadi lagi matanya tidak lepas dari pandang Nia yang tersenyum-senyum baca whatsApp yang entah dari sesiapa itu.

''Tak salah kan? Senyum tu kan sedekah.''

Nuh jongket senyum sebelah. Ada sesuatu yang menggelikan hatinya dengan ayat Nia itu.

''Sedekah? Boleh kaya ke dengan senyum tu?''

Terus mati senyuman Nia.

''Maksud awak?''

Nuh jongket bahu.

* * *

''Kau tengok siapa, Sha?'' tanya Nadhirah kepada teman baiknya, Tasha.

Tasha tunding jari pada satu arah. Dan Nadhirah turut menghala pada arah yang sama. Dari jauh dia dapat lihat Nia Jasmine sedang bersembang dengan seorang jejaka kacak ala-ala bintang k-pop disebelahnya.

''Nia? Apa minah London celup tu buat dekat sini? Siapa oppa tepi dia tu?'' Nadhirah tertanya-tanya. Hairan juga dia bila terserempak dengan Nia dalam kedai mee udang pak Majid ni.

''Dah ada kat sini, tentulah dia datang nak makan. Kau ni pun, tanya soalan macam budak tadika. Tu mamat tepi dia tu abang angkat dia, Nuh.''

''Kau kenal ke dengan abang angkat dia tu?''

''Pernah la try dating sekali. Handsome orangnya, kan?''

Nadhirah mengangguk. Kenapa minah London celup tu boleh kenal orang-orang handsome saja ni? Hari tu abang Zaen. Sekarang mamat k-pop tu pulak. Tak puas hati betul! Tanpa sedar, Nadhirah mendengus kasar.

''Kau dah kenapa pulak, Nad?''

''Aku rasa macam pelik pulak tengok budak tu ada dekat sini. Setahu aku, budak tu tak boleh makan seafood.''

''Ooo ye ke? Patut lah dia tak makan."

''Tapi aku geram betul dengan budak tu...''

''Eh, dah kenapa?'' Tasha mengacau ABCnya dengan straw sambil menunggu Nadhirah menyambung kata-katanya.

''Kau kenal sepupu aku, abang Zaen kan?''

Tasha mengangguk.

''Aku rasa dia sukakan Nia. Semalam aku ada join diorang lunch, bukan kemain lagi abang Zaen tu melayan Nia.''

''Diorang satu band, kan? Tak pelik pun kalau abang Zaen tu layan Nia dengan baik sekalipun. Mesti abang Zaen hargai usaha Nia tu. Tak kan tu pun kau nak jealous?'' Tasha cuba menyuntik semamgat berfikiran positif dengan dakwaan Nadhirah.

Nadhirah mendegus. Tak suka orang membela dan memuji Nia depan dia.

''Kau tak faham apa yang aku rasa Sha. Aku suka abang Zaen tu dari aku kecil lagi tahu. Tapi abang Zaen tak penah layan aku macam dia layan Nia tu. Tak ke aku ni patut terasa?''

Tasha mengangguk beberapa kali. Faham-faham, kes cinta tak berbalas la ni ya? Sekali lagi matanya dihalakan kepada Nuh dan Nia. Borak apalah korang dekat sana ya?

''So, kau nak buat apa kat Nia?''

Nadhirah terdiam. Apa yang dia nak buat ya?

''Aku rasa aku ada idea tapi jahat la sikit.'' Tasha mengetuk meja dengan hujung jari.

''Jahat sikit? Meh share kat aku. Nak juga aku tahu jahat apanya yang sikit tu...'' Nadhirah mendekatkan badannya ke meja mahu dengar apa yang cuba dirancangkan oleh sahabat baiknya, Tasha.

* * *

Nia kunyah kuih yang dihulurkan oleh Nuh tadi. Sekali kunyah dia rasa sedap namun tak lama kemudian dia rasa lain. Tiba-tiba tekaknya terasa tajam-tajam dan bergerutu. Nia berhenti mengunyah, segera dia berlari ke dapur lalu memuntahkan isi makanan yang masih bersisa ke dalam tong sampah.

Tekaknya tiba-tiba menjadi sempit lalu dia terbatuk-batuk dengan kuat. Nia bergegas ke sinki dan membasuh mulut dan berkumur tapi keadaan tidak berubah malah makin rasa menyucuk di kerongkongnya.

Dia lantas capai gelas kaca lalu diisi dengan air putih, belum sempat dia meminumnya pegangan pada gelas terasa kian longgar lalu gelas itu terhempas ke lantai dan berderai. Kulit tangan Nia sudah terasa menebal dan timbul memerah. Nia pegang lehernya yang makin menyempitkan salur penafasannya.

Nuh dan Luqman segera muncul di dapur bila terdengar bunyi kaca terhempas ke lantai. Nia dilihat sedang menekan-nekan tekaknya dengan resah dan kepayahan.

''Nia, kenapa ni?'' Luqman bertanya cemas, dia mendekati Nia. Nuh juga cemas.

Nia tidak mampu menjawab, tekaknya perit. Dia capai lengan Luqman dan dicengkam kemas. Batuknya semakin kuat dan masih berterusan.

"To... to... tolong..."

''Nia! Ya Allah, Nia!'' Kebetulan Mia Jasmine muncul di situ berlari mendapatkan Nia.

''Kita kena bawak Nia ke hospital. She's having anaphylaxis!''

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience