Bab 33 : NJ

Romance Series 186495

Nia Jasmine menunaikan solat fardhu zuhur terlebih dahulu sementara menanti 2.30 petang seperti yang dijanjikan oleh pemanggil misteri tadi. Nia yakin pemanggil misteri itu adalah Nuh. Pasti ini ulah abangnya. Adakah abangnya sudah terlupa dengan drama sebabak yang terjadi di antara dia dengan Nuh di meja makan pagi tadi?

Sungguh, ketidakselesaan Nia begitu ketara bila berada di ruangan yang sama dengan Nuh. Bagi Nia, Nuh seolah-olah bara api. Nampak saja tak berapi tapi diam-diam membakar jiwa Nia. Sesak dan lemas. Kalau dua minit pun mereka boleh bertekam lidah, inikan pula 20 minit? Mahu tunggang terbalik dunia ni!

''Eh, dari mana ni?'' Nia menegur Nuh yang baru keluar dari pagar surau sekolah. Segera dia menyaingi langkah Nuh.

Nuh memakukan langkah, tangan kanannya sibuk membetulkan lipatan lengan kirinya sementara menanti Nia mendekat.

''Dari mana kau tanya aku tadi? Dah ni kita kat mana?'' Nuh selar setibanya Nia di sebelahnya.

Nia cebik bibir. Jawapan Nuh tu boleh bikin hatinya panas!

''Panas-panas macam ni, jawab elok-elok tak boleh ke?''

Nuh terus berlalu. Nia ikut menapak.

"Tadi awak call saya, kan?"

Nuh mengerling Nia sekilas.

"Kenapa? Kau nak siapa hantar kau balik? Dah tahu kita ni satu rumah, lepas ni pergi dan balik, dengan aku je senang. Tak payah nak susahkan Khalil ambil kau lagi." Nuh bertegas tapi masih dengan nada perlahan. Dia tidak mahu ada yang mendengar nanti boleh jadi gossip murahan. Dia tidak sukakan itu.

Wajah Nia berkerunyut.

"Mana boleh macam tu. Profession awak dekat sini sebagai guru. Saya pula student. Kalau ada orang tahu.kita duduk serumah, macam mana?"

Nuh mengeluh kecil.

"Kita duduk satu rumah. Ada family kau. Bukannya kita bersekedudukan, cik Nia oi..."

"Ber... sekedudukan? Apa tu?"

Nuh mematikan langkah, menghadap Nia yang blur disisinya.

"Bersekedudukan. Hidup bersama macam suami isteri tapi tanpa ikatan. Faham?"

"Erk?!" Terus wajah Nia berubah rupa. Pijar.

"Tap... tapi kita bukan macam tu pun. Tapi masih tak elok kalau ada orang tahu yang kita..."

"Kalau orang tahu, kenapa? Malu?" Nuh memintas lagi. Geram dengan Nia.

Nia melingas, pandang sekelilingnya.

"Bu... bukan.. bukan macam tu.. cuma rasa macam tak seberapa kena.." Nia makin kegugupan. Segan dengan topik yang dibahaskan dan juga risau kalau ada telinga lintah di sekelilingnya.

"Apa susah, kau mengaku jelah yang kita ni memang abang-adik. Nak sorok kenapa? Dah, jom balik. Memekak dekat sini tak adanya kita sampai rumah." Nuh meneruskan langkahnya manakala Nia membuntuti Nuh dengan jarak yang agak jauh kali ini. Dia tak mahu timbul sebarang gosip di antara mereka. Reputasi Nuh sebagai tenaga pengajar di sini harus dijaga dan patut dijadikan contoh tauladan yang baik kepada anak didiknya.a

''Kau tunggu sini kejap, aku nak naik bilik guru. Ada barang tertinggal," ujar Nuh sebelum melencong ke bilik guru. Nia pula menunggu di pondok yang ada berdekatan dengan tempat parkir kereta.

''Eh, Nia buat apa dekat sini?'' Cikgu Eusoff tiba-tiba muncul dan menegur.

''Saya tunggu Cikgu Nuh.'' Lancar Nia memberitahu tanpa sempat lidahnya membrek.

Cikgu Eusoff berkerut, hairan.

''Tunggu Cikgu Nuh? Kenapa?'' Dia hairan kerana Nuh bukan guru pasukan STPM, jadi mereka tidak ada sebab yang kukuh untuk mereka berkomunikasi secara langsung.

''Arr... em... ada barang Cikgu Nuh nak bagi saya. Emmm... barang saya tercicir masa ke bilik guru pagi tadi. Kebetulan pula jumpa dia dekat surau tadi.'' Nia gigit lidah, harap-harap Cikgu Eusoff percaya dengan alasannya.

''Oo... ye ke? Tak apalah kalau macam tu. Saya balik dulu, ya? Hati-hati balik nanti.''

''Baik cikgu.''

* * *

Mini Cooper. Warna merah dengan line putih. Kereta yang kelihatan comel ini masih lagi menjadi pilihan Nuh Jazmin walaupun sudah muncul pelbagai jenis kenderaan yang mewah dan gah. Nuh tenang memandu dan Nia senyap di sebelahnya.

"Abah dengan Mia sihat?" Nuh mengeluarkan topik. Rasa kurang selesa dengan diam Nia. Dia tahu Nia sengaja meletakkan jurang di antara mereka. Dan dia akan berusaha untuk memecahkan jurang itu walaupun akan memakan masa yang lama.

''Alhamdulillah sihat. Semalam saya ada chat dengan kak Mia. Saya bagitahu dia yang awak dah balik dan dah jadi anak angkat mama dan papa.'' Nia membalas sambil.mengerling Nuh sekilas.

Nuh lorek senyuman, teringat kepada seseorang yang bernama Mia Jasmine. Pasti gadis itu semakin cantik dan ayu. Kalau dulu sudah menyerlah kecantikan itu, pasti kini lebih lagi. Sama macam orang di sebelahnya.

''Cuti sekolah minggu depan, kita balik Johor nak?'' Tiba-tiba Nuh meluahkan apa yang terlintas di hatinya. Tak sabar nak bersua mata dengan orang-orang kesayangannya.

Nia terbuntang.

''Kita?'' Jarinya dihalakan ke pada Nuh dan dia.

Nuh angguk.

''Iyalah kita. Berdua. Kenapa, kau nak aku ajak satu kampung ke naik bas balik Johor?''

Jawapan Nuh, Nia tergelak. Terbayang di matanya macam mana rupa bila 'mereka' satu bas balik kampung. Sudah macam rombongan 'Cik Kiah pi Kelana Jaya' lah pulak!

''Satu bas? Awak ingat nak bawak rombongan pergi lawatan ke apa?''

''Dah tu? Yang kau terkejut 'kita' tu kenapa?'' Nuh ajuk percakapan Nia siap dengan memek mukanya.

Nia makin mengekek. Dengar tawa Nia tak semena-mena bibir Nuh melengkung dengan sendiri.

"So, balik kampung minggu depan, nak ke tak nak?" Nuh kembali menanyakan soalannya bila tawa Nia sudah berada di penghujungnya.

''Emm... teringin juga nak balik. Dah lama tak jumpa abah dengan Kak Mia. Nanti saya cek jadual saya macam mana. Kalau free, boleh la balik. Tapi kalau masa tu ada kerja kursus atau assigment yang perlu disiapkan, saya tak boleh balik,'' ujar Nia.

Nuh mengangguk, faham.

''Lupa aku nak tanya, Mia dah kahwin?'' Nuh sambung perbualan menepis sepi yang tiba-tiba menyelit.

''Eh, awak tak tahu ke?'' Nia menyoal, terpinga-pinga dengan soalan Nuh.

''Tahu apa?''

Nia pandang Nuh, Nuh dengan muka blurnya turut sama memandang Nia. Menanti jawapan Nia. Nia mengerdipkan matanya, masakan Nuh tidak tahu?

"Tahu apa?" Sekali lagi Nuh bertanya, kembali fokus ke hadapan.

''Yang Kak Mia dah kahwin. Kahwin dengan kawan awak.''

''Eh, kawan aku? Kawan yang mana pulak? Aku kenal ke?''

Nia makin keliru. Nuh sengaja buat tak tahu atau dia memang tak tahu? Tapi kalau tengok kepada rupa tu sekarang memang macam betul-betul tak tahu! Hish, kenapa pelik je dengan Nuh ni?

''Nia, aku tanya ni... Mia kahwin dengan siapa?''

''Dia kahwin dengan kawan awaklah. Abang Luqman.''

Nuh ternganga sesaat dua.

''Luqman? Seriously? Mia kahwin dengan Luqman?"

Nia angguk dengan teragak-agak. Curiga betul dia dengan Nuh. Mustahil Nuh tak tahu sedangkan Nuh dengan Lukman macam belangkas.

"Hish, patutlah lama dia menyepi lepas habis U, rupanya dia pergi cari Mia. Lukman... Lukman... apa punya kawan la dia ni...'' Kedengaran Nuh merungut.

Nia memicing mata sambil memerhatikan Nuh.

''Awak serius ke tak tahu ni? Awak dengan dia kan bff?" Nia memuntahkan kesangsiannya.

Nuh mengeluh sambil menggeleng.

* * *

''Hello, assalamualaikum abang.'' Nia menghulur salam bila taliannya bersambung.

''Waalaikummusalam. Nia buat apa?''

''Nia study sikit tadi. Ni take five kejap. Abang pula, buat apa?''

"Abang cek slide yang student abang hantar. Nia okay tak study kat sana?''

''Alhamdulillah, okey abang. Seronok belajar dekat sini. Banyak lagi yang Nia perlu belajar untuk suaikan diri dengan keadaan dekat sini tapi so far, so good. Kawan-kawan pun okey je layan Nia. Abang jangan risau ya?''

''Alhamdulillah lega abang dengar. Abang tumpang senang kalau Nia senang dekat sana. Sebelum abag lupa, tadi Farid ada call abang. Dia kirim salam dekat Nia.''

''Waalaikummusalam. Farid! Alamak, dah lama Nia tak chat dia! Nanti, mesti dia merajuk dengan Nia. Dia... sihat ke abang?''

''Alhamdulillah dia sihat je. Jangan layan sangat kalau budak bertuah tu merajuk. Dia yang busy memanjang sekarang ni bukan kita. Maklumlah bakal engineer katakan."

Nia ketawa dengan perlian Zaen terhadap Farid Azuan, kawan baiknya yang sedang menyambung pengajian di Jepun dalam bidang kejuruteraan.

Nia balik Johor tak cuti sekolah minggu depan?''

''Tak sure lagi abang. Kenapa?''

''Bai nak kahwin minggu depan. Kalau Nia balik, kita boleh pergi sama-sama.''

''Abang Bai kahwin? Wow tapi kenapa Nia tak tahu pun? Kenapa tak ada sesiapa pun yang bagitahu Nia ni?''

Zaen tergelak kecil di hujung sana.

''Ala laa merajuk pulak dia. Bai memang tak nak hebohkan majlis dia. Dia buat majlis kecil-kecilan je Nia. Nia boleh join tak?''

''Insya-Allah kalau tak ada aral, Nia balik. Nia pun dah lama tak jumpa abah dan Kak Mia ni. Rindu pulak dekat abah tapi...'' Suara Nia mengendur.

"Tapi?"

"Abang pun tahu Kak Lia dan Kak Tya dah balik. Nia rasa tak selesa," keluh Nia di hujungnya.

"Abang kan ada. Insya-Allah apa-apa berlaku, abang akan lindungi Nia."

Nia hanya senyap. Pujukan dan janji Zaen tidak mampu menghalau resahnya pergi. Nia menghembus keluh lagi. Hatinya galau memikirkan kedua orang kakaknya itu.

''Nia tak rindu abang ke?'' Zaen berbisik.

''Abang? Of course la Nia rindu. Rindu nak dengar abang nyanyi.''

''Tu je?''

Nia senyum. Baru mulutnya mahu membalas tiba-tiba,

''Nia?'' Kedengaran seseorang memanggil namanya.

Nia menoleh ke belakang. Ada Nuh tercegat di ambang pintu. Muka itu tampak sedikit lain dari biasa. Sesaat dua, masing-masing terpaku dan membisu. Saling menikam pandangan.

''Hello Nia? Are you still there?'' Zaen memanggil namanya di hujung talian.

Nia tersentak. Lupa dengan Zaen yang masih ada di talian. Segera dia larikan pandangannya dari Nuh.

''Err.. ya, i'm still here. Abang, i will call you back. Okay?'' Nia berbisik. Tak tahu kenapa, tiba-tiba terasa macam dia terkantoi mencurang pulak. Tapi kenapa perlu rasa macam ni?

''Ooh.. okey. Assalamualaikum.''

''Waalaikummuasalam.'' Nia segera menamatkan panggilan dan meletakkan telefon ke meja studinya. Nuh masih tercegat di tempatnya, dipandang.

''Kenapa tak ketuk dulu?'

''Dah ketuk, tapi kau tak dengar.'' Dingin, tidak seperti selalu.

Nia menjongket kening.

"Nak apa ni?''

''Mama panggil. Khalil pun.'' Dingin lagi.

''Oh.. Okey.'' Nia segera bangkit, lalu berlalu ke luar. Sengaja dia melarikan diri kerana malu terkantoi dengan Nuh.

* * *

''Ha.. Nia, come and seat here.'' Datin Seri Roslina tepuk kerusi kosong disebelahnya.

Nia mengisi tempat itu manakala Nuh mengambil tempat di sebelah Khalil.

''Ada apa ma?''

''Mama cuma nak bincang dengan Nia.''

''Bincang apa tu ma?''

''Minggu depan school break, kan? Mama ingat mama nak balik London sekejap. Just for 2 weeks. Mama nak jenguk Khayra dengan papa. So, how about you? Do you want to join me or not?''

Nia diam sambil memikirkan pelawaan mama. Siang tadi Nuh ada mengajaknya balik ke kampung. Tadi pula Zaen mengajak dia ke kenduri Baihaqi dan sekarang mama pula mempelawanya balik ke London. Kota London, tempat di mana dia dibesarkan sudah tentu dia teruja tapi bila memikirkan banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan, agak sukar untuk dia memilih cadangan mama.

''Of course i want to join you ma, but..''

''But?'' Mama menanti ayat penyudah Nia. Nuh dan Khalil juga sama.

''2 minggu tu lama sangat ma. Nia ada banyak lagi nak kena studi untuk exam sem 1 nanti. Mama pun tahu Nia masuk studi lambat sikit dari orang lain?"

''So, Nia tak dapat nak ikut mama lah ya?''

''I think, i can't ma. I'm sorry.''

''Ooo.. It's okay my sweetty. Maybe next time, right?'' Datin Seri Roslina usap rambut Nia dengan penuh kasih sayang. Dia faham yang Nia perlukan lebih fokus kepada pembelajarannya memandangnan Nia daftar masuk ke tingkatan 6 sedikit lewat dari rakan sekelasnya.

"Terima kasih mama sebab faham keadaan Nia," ujar Nia lalu peluk erat mamanya.

''Nuh, tadi kau cakap ada perkara penting nak bincang, pasal apa?'' Giliran Nuh pula disoal siasat oleh Khalil.

Nuh silang tangan ke dada.

"Maybe after school break, Nuh akan pindah dari rumah mama."
Mata Datin Seri Roslina, Nia Jasmine dan Khalil Fayyad membulat.

"Ha? But why Nuh?" mama bertanya, kuat. Dia takut kalau-kalau keputusan dibuat oleh Nuh itu bakal merubah segala perancangannya.

"Kenapa tiba-tiba kau nak pindah?" tanya Khalil pula.

Nuh hanya senyum. Sesekali dia mengerling Nia.

"Nuh dah dapat rumah dekat Sea View Height. Jadi Nuh akan pindah bila semua barang Nuh dari London sampai. Nuh tak nak susahkan mama sekeluarga but don't worry, Nuh akan datang sini hari-hari. Boleh ma?"

"Tapi Nuh... kan papa minta Nuh stay dengan kami."

Nuh menggeleng, menolak halus pujukan mama.

"It's okay ma. I'll talk to papa later. Mama tahu kan setiap orang perlukan privasi? Orang tu tak terkecuali Nuh."

"Kalau itu yang Nuh cakap, mama tahu mama tak boleh nak halang lagi."

sorry lagi lambat update. ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience