~Eyes hold conversation. - Rosebud~
Luqman tenung Nuh tajam, tanda tidak puas hati. Dalam keadaan mereka yang sentiasa diawasi oleh orang-orang JR pun, Nuh masih ada hati lagi nak join program macam tu?
"Kau tahu keadaan kita ni sekarang macam ni, kau masih nak join ke Nuh?" Sekali lagi Luqman bertanyakan soalan yang sama.
Nuh mengangguk lagi, untuk yang ke berapa kali pun dia sudah lupa. Soalan sama, jawapan pun sama. Apa susah sangat Luqman nak faham?
Garu kepala Luqman dengan jawapan Nuh. Sebuah keluh dilepaskan.
''Nuh, masalahnya sekarang ni, kita dalam bahaya. Kau faham tak? Macam mana kalau orang-orang JR boleh detect kita dekat sana?'' Itu yang dirisaukan oleh Luqman sebaik sahaja dia mendapat tahu yang mereka berdua akan menyertai program amal bakti nanti.
''Kau jangan risau Luq. Aku yakin diorang tak kan berani buat kacau dekat sana. Dekat sana tu tempat orang. Lagipun diorang tak akan tahu kita dekat sana, melainkan kalau kau yang report!" Nuh menjeling Luqman tajam.
Kali ini giliran Luqman pula telan liur, tak mampu nak menafikan akan hal itu.
"Hishh, aku bosanlah Luq dengan hidup macam ni! Hidup aku bebas tapi kaki aku terikat!" Nuh protes. Rambutnya dikusutkan. Sejenak dia lihat Luqman yang senyap tidak membalas.
"Come on lah Luq... aku nak join program tu, dengan cara tu saja aku boleh release tension aku. Tak lama pun cuma 2 minggu je kan? Habis tempoh tu, kau gari kaki aku balik. Aku serah diri dekat kau."
''Confident?'' Bibir Luqman tersungging sinis. Dia lebih kenal siapa Nuh, dia tahu Nuh tak mungkin akan mengalah begitu saja.
''Of course lah aku confident. Kalau aku tak confident, tak adanya aku nak join program tu," Nuh protes lagi. Besar sandarannya disandarkan kepada Luqman agar memakbulkan keinginannya yang satu itu.
Luqmam mengemam bibir. Lama dia berfikir sebelum membuka mulut.
"Kau rasa betul ke tindakan kau nak join program tu?''
Bahu Nuh mengendur. Ah, susah betul dia nak menyakinkan Luqman!
''Kali ni, aku tak kira. Apa nak jadi, jadilah! Aku malas nak peduli apa kau nak buat dengan aku lepas ni. Nak seret aku balik Sabah? Go ahead! Nak humban aku dekat JR, just do it! Aku tak kisah cuma satu je yang aku kisah, kau jangan cuba nak halang aku. Aku tetap nak join sebab aku dah bosan jadi burung terkurung dalam sangkar emas!" hambur Nuh. Dia betul-betul tekad dengan keputusannya.
Luqman terdiam. Fikirannya mencerna keputusan yang paling tepat sebelum memutuskan,
''Okaylah, kalau dah tu keputusan kau. Cuma bagi aku telefon lama kau."
''Nak buat apa?''
''Bagi je, nanti pepandailah aku kasi settle.''
''Emm nah.'' Nuh sempat memeriksa telefonnya, kalau-kalau ada pesanan ringkas dari mana-mana koleksi teman wanitanya. Dengan telefon inilah dia berhubung dengan segala jenis 'spare parts' yang ada. Biar sesekali JR tahu yang sisi gelapnya berjaya juga diwarisi oleh anak tunggalnya. Alang-alang dah JR nak intip sangat pergerakkan dia!
* * *
Tangkak, Johor.
Bas yang dinaiki oleh peserta Program Pengambilan Anak Angkat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) selamat tiba di sebuah kampung yang terletak di daerah Tangkak, Johor.
Program anjuran pihak UPM turut mendapat perhatian daripada Dato' Yang Berhormat dikawasan itu. Beliau sanggup mencemar duli untuk bersama-sama penduduk kampung bagi upacara perasmian program. Kedatangannya YB diraikan dengan penuh kemeriahan. Pelbagai aktiviti telah dirangka untuk merancakkan lagi program pengambilan anak angkat yang julung kali diadakan di kampung mereka.
Selesai perasmian program daripada YB Kawasan, sedikit taklimat ringkas diberikan oleh ketua kampung sebelum tetamu dijamu sedikit jamuan minum petang. Sesi diteruskan lagi dengan sesi pembahagian anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing. Peserta mula bersedia dengan beg pakaian masing-masing sambil menunggu nama diumumkan oleh pengacara majlis.
''Nuh Jazmin bin Junid Richard dan Luqman Firdaus bin Abdullah. Keluarga angkatnya, Tuan Ahmad Zakri.'' Nama mereka berdua diumumkan oleh pengacara majlis.
Masing-masing kelegaan kerana nama mereka tidak terpisah. Ini bukan soalnya tidak boleh berenggang langsung tapi ini soal urusan Luqman 'menjaga' Nuh.
Mereka naik ke pentas untuk sesi penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat. Seorang lelaki seusia JR kelihatan menghampiri pentas tatkala namanya turut disebut oleh pengacara majlis. Lantas lelaki itu mara ke arah Nuh dan Luqman. Sekuntum senyuman ikhlas bergayutan di bibir tuanya.
Nuh terkesima melihat lelaki itu tersenyuman kepadanya. Agak kaku untuk dia membalas kerana sebelum ini belum pernah dia menerima senyuman seikhlas itu daripada seorang insan bergelar ayah. Nuh akui pertama kali tengok pun, dia sudah jatuh sayang. Besar harapannya diletakkan di atas penghubungan ini agar dia mampu menumpang kasih seorang ayah yang sebelum ini dia tidak pernah dapat daripada JR. Masing-masing bertukar salam sebelum kembali ke tempat duduk bersama-sama.
''Saya Luq, Luqman Firdaus dan ni Nuh, Nuh Jazmin.'' Luqman memulakan detik perkenalan ketika kembali ke tempat duduk. Nak tunggu Nuh yang mulakan dulu, memang TAK lah.
Tuan Ahmad Zakri merenung tepat ke dalam mata anak muda yang berada di hadapannya.
''Luqman Firdaus, nama yang cantik dan mendalam maksudnya. Luqman, salah satu daripada nama Nabi. Luqman bermaksud bijaksana, jalan yang jelas dan Firdaus pula nama syurga tertinggi.'' Tiba-tiba Tuan Ahmad Zakri menghuraikan maksud di sebalik nama pemuda itu.
Nuh berkalih kepada Luqman. Baru sekarang dia tahu maksud di sebalik nama Luqman Firdaus yang dipilih oleh Luke. Lagipun Luqman dan Luke, kedengarannya tidaklah terlalu berbeza.
Tuan Ahmad Zakri mengalihkan tumpuannya kepada lelaki yang duduk di sebelah Luqman.
''Nuh Jazmin. Nuh pun salah satu daripada nama seorang Nabi dan Rasul yang diutuskan-Nya. Dan Jazmin lebih kurang Jazman atau Jazmi yang membawa maksud tekad yang kukuh.'' Tuan Ahmad Zakri lagi menguls nama Nuh pula.
Nuh hanya senyum segaris. Tak tahu nak bereaksi macam mana bila tiba-tiba ada yang menghuraikan maksud di sebalik namanya pada pertemuan kali pertama. Tak pernah terjadi lagi macam ni!
Maksud namanya? Cantik! Mesti ada sebab kenapa neneknya dulu berkeras mahu meletakkan namanya dieja Nuh bukan Noah walaupun mempunyai maksud yang sama.
Tuan Ahmad Zakri meletakkan tangan kirinya di dada.
''Abah. Nuh dan Luq boleh panggil, abah.'' Sambung lelaki itu. Bibirnya masih tidak putus dari tersenyum.
* * *
''Abah ni tak ada anak lelaki. Anak-anak abah semuanya perempuan. Tapi abah ada seorang anak angkat lelaki dan hari ni ALLAH kirimkan abah lagi dua orang anak angkat lelaki. Abah gembira sangat-sangat.'' Tuan Ahmad Zakri bercerita ringkas ketika mereka dalam perjalanan pulang setelah selesai program mereka untuk hari ini.
''Alhamdulillah. Lega kami bila abah sudi terima kami.'' Luqman di sebelah Tuan Ahmad Zakri membalas.
Nuh di belakang hanya diam. Selesa jadi pendengar yang setia kepada perbualan antara Luqman dengan abah angkat mereka. Perhatiannya dilontarkan ke luar kereta Proton Persona milik abah angkat mereka. Dia lebih selesa memandang di luar sambil menikmati suasana perkampungan begini. Ada ketenangan dirasakan.
''Anak-anak abah semua duduk sini?'' Luqman yang sememangnya ramah orangnya, menyoal lagi.
''Abah duduk sini dengan dua orang anak abah. Dua orang lagi di Indonesia, sambung belajar dekat sana."
"Oh... isteri abah?"
Tuan Ahmad Zakri tersenyum nipis. Dia curi pandang Luqman sebelum membalas.
"Isteri abah dah lama meninggal. Sakit kanser.'' Dia suka dengan budak bernama Luqman ni, ringan mulut.
''Innalilah... maaf abah.'' Luqman mengendur, tiba-tiba teringatkan akan nasib dirinya dan juga Nuh.
''Eh.. Tak ada apa lah Luq. Cerita lama. Abah dah terima semua tu. Ni, Luq dan Nuh orang mana?''
''Kami orang Sabah, abah. Kota Kinabalu. Nanti abah teringin nak pergi sana, hello-hello la kami. Kami boleh jadi tour guard abah.'' Pelawa Luqman cuba mengurangkan rasa canggung bila tak sengaja menyentuh isu 'penderitaan' abah angkatnya.
''Insya-ALLAH kalau ada rezeki, boleh abah pergi jalan-jalan dekat sana. Luq dan Nuh masih ada keluarga?''
Pertanyaan dari Tuan Ahmad Zakri menghenyakkan tangkai hati Nuh dan Luqman. Mereka saling berpandangan melalui cemin pandang belakang. Nuh mengisyaratkan biar dia saja yang menjawab pertanyaan itu.
''Saya masih ada ayah. Luqman pula dah tak ada kedua-duanya.'' Jawab Nuh ringkas.
Tak perlu nak bermadah cerita perihal ibu tiri, adik beradik tiri dia tu. Semua tu tak penting. Mereka wujud atas dasar bukti kecurangan seorang suami kepada isterinya yang tengah nazak. Huh, buat sakit hati bila ingat!
''Innalilah. Maafkan abah Luq, Nuh.''
''Tak ada apa abah. Sudah ketentuan Tuhan.'' Nuh membalas senada menunjukkan yang dia tidak perlukan simpati dari sesiapa saja.
''Ya betul tu, Nuh. Semua tu ketentuan. Kita yang masih hidup ni perlu teruskan hidup. Nuh dan Luq boleh anggap abah ni, abah kamu mulai hari ni.''
''Insya-ALLAH abah. Kalau saya nak jadi anak abah betul-betul, saya ada can tak abah?'' Luqmam mencelah. Segaja dia menukar topik. Dia juga seperti Nuh, tidak suka dengan pandangan simpati yang diberikan bila tahu nasib mereka berdua sedangkan mereka sudah cuba sedaya mungkin untuk bangkit selepas peristiwa itu berlaku.
Nuh mengerut dahi dengar pertanyaan Luqman. Luqman tengah bergurau ke tu? Lelaki serius macam Luqman boleh bergurau tentang topik tu? Pelik!
''Boleh sangat. Anak abah tu pun single lagi. Tapi kalau nak pikat anak abah, kena pikat abah dulu lah. Kalau green light, kita on terus.'' Tuan Ahmad Zakri tergelak dengan gurauan Luqman. Dia suka pemuda ini. Ramah.
''Boleh-boleh tak ada masalah. Ada banyak masa lagi nak tackle abah dengan anaknya. Tak anak jantan kalau tak berani sahut cabaran,'' sahut Luqman berani.
Tuan Ahmad Zakri dan Luqman melepaskan tawanya. Hanya Nuh menggeleng di belakang, tiada rasa untuk mengikut sama bergelak tawa.
Kereta dipandu Tuan Ahmad Zakri menelusuri sebatang anak jalan kecil yang sedikit membukit dan di atasnya tersegam indah sebuah rumah banglo setingkat di situ.
''Kita dah sampai. Ni lah rumah abah. Jom," pelawa Tuan Ahmad Zakri seraya mematikan enjin kereta.
Pintu kereta dibuka. Nuh dan Luqman sudah bersedia menggalas beg pakaian mereka sambil membuntuti langkah abah angkatnya.
''Assalamualaikum..'' laung Tuan Ahmad Zakri dari luar.
Sekejapan pintu dibuka dari dalam.Terserlah wajah seorang gadis ayu berbaju kurung dan bertudung rapi menutup auratnya. Luqman tergamam.
''Waalaikummusalam. Masuklah abah.'' Suara itu menjawab salam.Riaknya agak terkedu dengan kehadiran dua lelaki di sisi abahnya.
''Meh masuk. Inilah rumah abah. Biasa-biasa saja.''
Nuh menyiku lengan Luqman. Luqman tersentak lekas-lekas dia tengok Nuh. Nuh berikan isyarat mata.
''Eh.. tak biasa ni abah. Cantik.'' Luqman memberi komen. Termalu dia bila terkantoi dengan Nuh ketika dia mengushar anak dara abah angkatnya. Cantik orangnya!
Nuh dan Luqman membuntunti langkah Tuan Ahmad Zakri yang menapak ke pangkin yang terletak di luar rumah.
''Ha.. Mia, ni abah kenalkan anak angkat abah, Luqman Firdaus. Yang sorang lagi ni Nuh Jazmin. Mana Nia?"
Gadis ayu yang bernama Mia itu menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda salam perkenalan. Seketika kemudian, Mia menjemput tetamu masuk ke dalam rumah. Usai mempersilakan mereka beristirahat di ruang tamu, Mia meminta diri ke dapur.
Tuan Ahmad Zakri mengamit tangan kanannya seolah-olah sedang memanggil seseorang. Luqman mengangkat muka memandang pada tempat yang sama dengan abah angkatnya. Nuh pulak selesa meneliti jadual aktiviti sepanjang program dijalankan di kampung ini.
Langkah anak gadis sunti yang digamit oleh Tuan Ahmad Zakri kian mendekat. Luqman turut menumpukan perhatiannya pada si gadis. Bila gadis itu tiba di sisi abahnya, bahu anak gadis itu dipaut erat. Nampak sangat ikhlas dan mesra perlakuan itu walaupun si anak kelihatan sedikit kaku.
"Nia... ni abah kenalkan anak angkat abah." Tuan Ahmad Zakri mulakan sesi perkenalan itu sekali lagi.
"Ni, Luqman Firdaus. Dan ni pulak Nuh Jazmin." Tuan Ahmad Zakri tunding jari ke arah Luqman dan Nuh kepada anak gadisnya.
"Mulai sekarang Luqman dan Nuh ni abang Nia. Nuh, Luqman, ini anak bongsu abah, Nia Jasmine."
Serentak dengan itu, Nuh angkat muka. Matanya tepat mengena anak mata si gadis sunti kecik molek yang sedang duduk setentang dengannya dan juga bersebelahan dengan abah angkatnya. Mata si dia juga sedang merenung dia. Mereka berdua bagaikan sedang berbicara dalam bahasa bisu. Saling berpandangan, saling menganalisis diri masing-masing.
'Nuh Jazmin - Nia Jasmine. Kebetulan sungguh nama kita hampir sama. NJ!' desis hati Nia.
'Nia Jasmine? Nama dia, Nia Jasmine? Kenapa macam familiar je nama tu?' hati Nuh pula berbisik.
kalau ada yg tak faham jln cerita, boleh rujuk balik bab 1. ?
Share this novel