Series
208049
Lagi dua minggu seluruh sekolah di Malaysia akan menyambut hari yang amat bermakna bagi seorang pendidik iaitu Sambutan Hari Guru yang saban tahun jatuh pada 15 mei. Tidak terkecuali dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Terantai, tempat Nuh mencurah bakti dan tempat Nia menimba ilmu.
"Dua minggu lagi, sekolah kita akan menyambut Hari Guru." Suara Cikgu Rosli bergema dari atas pentas, seluruh dewan senyap serta-merta. Masing-masing menanti pengucapan Cikgu Rosli yang seterusnya.
"Untuk sambutan kali ini, pihak kami telah sebulat suara bersetuju untuk mengadakan satu pertandingan khas."
Beliau jeda seketika, sambil sorotan matanya mengitari para pelajar yang sedang berdiri tegak di hadapannya. Sengaja dia lengahkan sedikit masa untuk memberi ruang kepada kata-katanya meresap ke dalam fikiran para pelajar.
"Pertandingan ini akan diambil kira dalam pungutan mata semua rumah sukan. Setiap rumah sukan diwajibkan menghantar wakil untuk bertanding. Acara yang akan dipertandingkan, nanti guru bimbingan rumah masing-masing akan terangkan." Cikgu Rosli mengakhiri ucapannya dengan senyuman kecil, namun dewan sudah mula dipenuhi dengan bisikan dan tanda tanya di kalangan pelajar.
"Semua pelajar diminta bergerak ke tempat perjumpaan rumah sukan masing-masing." Arahan daripada Ketua Pelajar pula kedengaran.Â
"Nia, jom." Tashnim menarik tangan Nia untuk ke dewan Mutiara, tempat perjumpaan Rumah Biru.
"Eh Nia, awak tahu ke Cikgu Eusoff dah pindah sekolah?" tanya Tashnim sebaik sahaja Nia beriringan di sebelahnya. Nia berhenti menapak, terkejut.
"Cikgu Eusoff pindah? Bila?"
"Ish awak ni Nia, jangan stop macam ni. Lambat nanti kita sampai dekat dewan. Kau tu orang kuat Rumah kita, mana boleh lengah-lengah. Sambil kita jalan, saya ceritakan pasal Cikgu Eusoff tu," bebel Tashnim, lengan Nia ditarik agar menyainginya.
"Sepanjang awak MC minggu lepas, ada cikgu lain masuk masa waktu Cikgu Eusoff. Kata cikgu tu dia ganti tempat Cikgu Eusoff. Kitorang pun peliklah. Aya dengan Diba apa lagi, diaorang terus jalankan misi korek cerita daripada Cikgu Kemal. Cikgu Kemal yang bagitahu Cikgu Eusoff dah pindah ke Kedah. Balik kampung halaman dia sebab nak jaga mak dan ayah dia, katanya keduanya sakit. Tak ada orang nak tengok-tengokkan."
"Kesiannya Cikgu Eusoff..." Nia bergumam, timbul rasa simpati dengan apa yang menimpa pada kedua orang tua guru muda itu.
"Tapi... kenapa tiba-tiba?" Nia menyoal kembali.
"Kan? Itu yang kami pelik. Bukan ke urusan permindahan cikgu-cikgu ni macam complicated sikit? Ini macam pelik je bila tiba-tiba Cikgu Eusoff dapat berpindah." Tashnim mula memasang curiga. Jarinya mengetuk dagu, berfikir.
"Itulah kan. Boleh jadi juga keadaan mak dan ayah Cikgu Eusoff tu teruk sangat kut. Itu yang cepat saja proses tu. Eh Tash, cepatlah kita ke dewan nanti Cikgu Hana membebel pula." Nia melajukan langkah ke tempat perjumpaan rumah sukan mereka. Sebagai salah seorang pemimpin Rumah Sukan, dia harus menunjukkan teladan yang baik kepada ahlinya yang lain.
"Eh Nia, itu Cikgu Nuh." Sekali lagi Tashnim menarik lengan Nia sambil menunding jari ke satu arah. Nia berpaling. Kelihatan Nuh sedang berbincang sesuatu dengan Cikgu Kemal di penjuru dewan.
"Kenapa saya tengok Cikgu Nuh tu sekarang ni lain macam ya?"
Nia melirikkan matanya pada Tashnim yang masih ralit merenung Nuh sambil jari mengelus dagu.
"Lain macam? Lain yang macam mana tu?"Â
"Dia nampak lebih bahagia."
Nia sekali lagi membuang pandangannya pada Nuh. Nuh yang jebetulannya berpaling, terus melebarkan senyumannya pada Nia.
Nia menunduk, segan. Terasa bahunya disonggol, Nia angkat muka.
"Amboi, dari jauh pun sempat senyum-senyum ya? Baik awak bagitahu saya, awak dengan Cikgu Nuh tu ada apa-apa ke Nia?" Tashnim menjongket keningnya, mengusik. Suka lihat pipi merah jambu Nia.
"Eh, mana ada apa-apa. Jom Tash, kita dah lambat!"
***
Kereta yang dipandu oleh Luqman Firdaus memasuki perkarangan rumah Tuan Ahmad Zakri. Usia memakir kereta, Luqman mengeluarkan beg pakaian daripada boot kereta. Mia Jasmine yang sedang mendukung Mikael yang ketiduran mengekori Tuan Ahmad Zakri masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum.." Tuan Ahmad Zakri memberi salam sambil menolak daun pintu. Dia tahu Lya ada di rumah berpandukan pada keberadaan Nissan GTR milik anak gadisnya. Tapi bila lihat sebuah lagi Nissan GTR di sebelah kereta Lya, hati tuanya jadi tertanya-tanya.Â
Terjengul wajah Tya dan Lya di ruang tamu. Keduanya bangun mendapatkan abah mereka dan mencium kedua tangan orang tuanya. Tuan Ahmad Zakri sudah memandang anak ke-duanya dengan pandangan tidak percaya. Mia juga sama.
"Eh Tya ada? Bila balik?" ajunya dengan perasaan bercampur. Sejak anak ke-duanya berkahwin, ini kali pertamanya Tya sudi pulang ke rumahnya.
"Emm... masuklah dulu abah." Tya menarik tangan orang tuanya masuk.
Tuan Ahmad Zakri dan Mia melabuhkan duduk di sofa berangkai dua bagi melepaskan lelah dan lenguh setelah berlama-lamaan di dalam kereta.
"Lama betul abah pergi rumah mak ngah kali ni," rungut Lya, kembali duduk di sofa yang bertentangan dengan abahnya.Â
"Ha'a, Lya kata abah nak pergi tiga hari je, ini lebih seminggu baru balik." Tya mencelah, menyokong Lya.
"Abah saja bagi peluang Mikael nak bermanja-manja dengan mak su dia. Lagipun Nia kan dah lama tak balik. Kenapa kamu tanya? Sebelum ni kamu bukannya kesah pun berapa lama abah pergi rumah mak ngah kamu tu. Ni Tya bila balik sini? Zaen mana?" Tuan Ahmad ulang semula soalannya sambil meliar mencari kelibat menantunya.
"Dah empat hari Tya balik. Zaen tak ikut Tya," jawab Tya acuh tak acuh dengan soalan abahnya.
"Sebut pasal Nia, bila dia nak balik sini? Dia sihat? Mak ngah, pak ngah semua sihat?" Tya memintas sebelum abahnya bertanya tentang Zaen dengan lebih lanjut. Baginya sekarang bukan masa yang sesuai untuk abah tahu masalah perkahwinannya.
"Kenapa Tya tanya pasal Nia?" Mia menyampuk, hairan lagi dengan soalan Tya. Sebelum ini Tya dan Lya tidak pernah menunjukkan minat untuk mengambil tahu perihal adik bongsu mereka tetapi kenapa kali ini keduanya nampak berminat?
"Salah ke kalau Tya tanya pasal adik sendiri? Tak kan? Lya pun dah lama tak jumpa Nia, jadi Lya pun nak tahu keadaan adik sendiri. Nia sihat ke tak? Tak lama lagi Nia dah nak STPM. Tentulah Lya fikirkan juga pasal Nia," tangkas Lya atas kesangsian Mia terhadap kakak kembarnya. Â
"Tak salah tapi macam pelik. Tapi kalau itu yang Lya dan Tya nak tahu pasal Nia, Nia ok saja. Dia sihat Alhamdulillah. Sekarang dia memang sibuk dengan assignment dia. Mak ngah, pak ngah dan Khalil juga sihat." Mia mengalah. Dia menepuk-nepuk punggung Mikael yang masih lena di ribanya.
"Atau Lya mengharapkan Nia tak ok?" tebak Mia, susah untuk dia kikis syak terhadap adik sendiri.Â
Lya membuntang dengan tuduhan Mia. Abah juga mengerling Mia.
"Eh Kak Mia ni, ada ke patut tuduh Lya macam tu. Tak kan Lya nak doakan yang buruk-buruk untuk adik Lya sendiri." Lya buat muka sedih dengan tuduhan Mia. Nampak sangat Mia pilih kasih sama macam keluarga Mak Ngah Roslina.
"Lya tak perlu terasa kalau apa yang akak tanya tu tak betul. Akak cuma tanya je. Maklumlah manusia ni rambut je sama hitam tapi hati lain-lain," bidas Mia.Â
"Tak baik Kak Mia syak yang bukan-bukan dengan adik sendiri. Lya sedar Lya ni macam mana tapi Lya bukannya tak reti nak bezakan yang mana halal, yang mana haram."
Tya menyoroti adiknya. Keningnya bertaut.
"Bagus lah kalau Lya tahu cara nak membeza hal yang haram dengan yang halal. Cuma satu yang akak nak pesan. Kalau selama ini korang rasa selamat setiap kali korang cari pasal dengan Nia tapi tak selamanya korang akan selamat. Sebab apa? Sebab kali ni akan ada orang yang tak akan berdiam diri lagi," pesan Mia kepada keduanya.
Lya mengecilkan matanya dengar amaran daripada Mia. Tya pula bungkam. Baru sahaja Tya ingin membuka mulut, suara abahnya kedengaran.
"Dah, kamu bertiga ni. Abah baru je sampai, penat tak hilang lagi. Kamu dah sibuk nak bergaduh, bertekak. Agak-agaknya kalau abah meninggal esok-esok, abah belum lagi kebumi kamu dah sibuk bergaduh."
"Mia, bawa Mikael masuk bilik. Kesian anak tu penat. Mamanya sibuk nak bergaduh," tambah Tuan Ahmad Zakri dengan suara yang sedikit kuat. Sengaja dia mengarahkan Mia membawa Mikael ke bilik tidur mereka bagi mengelakkan ketegangan itu berlarutan.
Mia menyoroti abahnya yang selama ini jarang sekali meninggikan suara padanya.
"Tapi abah, Mia cuma..."
"Mia, jom masuk bilik. Bawa Mikael," pintas Luqman yang baru masuk dengan beg pakaian mereka. Sempat juga dia mendengar amaran isterinya kepada adik-adik iparnya.
Mia menunduk sebelum berlalu mengekori suaminya.
"Lya, Tya, abah tahu kamu berdua ni suka sangat cari pasal dengan Nia. Kamu tuduh Nia sebagai penyebab kematian ibu sampai kamu lupa qada dan qadar Tuhan. Ibu kamu meninggal bukan sebab mengandungkan Nia tapi sebab ibu dah lama menanggung sakitnya barah. Berbuih dah mulut abah jelaskan hal yang sebenar tapi kamu yang pilih tak mahu terima penjelasan abah. Kami sengaja sakitkan hati Nia dengan tuduh dia yang bukan-bukan. Tak cukup dengan tuduh dia, kamu sisihkan dia pula. Bertahun dia hidup dengan Mak Ngah Ina, masih tak cukup lagi rasa tak puas hati tu?" bentak Tuan Ahmad Zakri pada Tya dan Lya setelah Mia berlalu.
Tya dan Lya menunduk.
"Kalau pun kamu tak suka Nia, kamu jangan lupa darah yang mengalir dalam tubuh dia tu darah yang sama dengan kamu berdua. Dia tetap adik kandung seibu sebapa dengan kamu! Jangan sebab ikutkan rasa marah dan iri hati kamu, kamu sanggup buang saudara kandung sendiri," tokoknya lagi. Kesabarannya tidak dapat dibendung lagi dengan perangai Tya dan Lya yang suka membuli Nia sejak dari kecil lagi.
"Tya, jujur dengan abah. Kenapa kamu ada dekat sini Mana suami kamu?" Abah mencerlung Tya. Dia dapat menghidu sesuatu yang tidak kena pada rumah tangga anaknya itu.
Tya memanggung wajah pada abahnya. Tak sempat dia menjawab, Lya sudah mencelah.
"Tya balik seorang diri abah. Dia bergaduh dengan Zaen."
Tya berpaling pada Lya. Dia memicingkan matanya, amaran untuk Lya kalau berani membuka mulut lagi.
'Dasar mulut tempayan!' desis Tya dengan berdongkol rasa amarah.
"Apa pulak? Tak betul ke apa yang aku cakap ni? Kau lari dari Zaen sebab Zaen masih tak dapat terima kau, kan?'' aju Lya yang tidak puas hati dengan pandangan adik kembarnya. Salah ke apa yang dia beritahu abah?
"Astagfirullah-al-azim! Apa nak jadi dengan kamu ni Tya? Dulu kamu yang terhegeh-hegeh nak kahwin dengan Zaen. Bila dia dah jadi suami kamu, kamu lari dari dia pulak? Kenapa kamu ni Tya?" Abah picit pelipis kepala. Kalau hari-hari begini, boleh naik bacaan tekanan darahnya.
"Bukan salah Tya tapi salah Zaen. Zaen yang tak terima Tya sebagai isteri dia. Dah macam-macam Tya cuba tapi Zaen tetap tak terima. Jadi untuk apa lagi Tya bertahan?"
Menggeleng Tuan Ahmad Zakri dengan jawapan Tya.
"Tya, kamu ni dari dulu lagi ego tak pernah habis. Kalau dah dia buang kamu, ada kamu fikir apa puncanya dia buang kamu? Ada kamu fikir apa perasaan dia masa kamu berpakat dengan Puan Waima untuk memaksa dia berkahwin dengan kamu? Punca dan salah kamu sendiri, kamu tak nampak. Bila dah jadi macam ni kamu senang-senang je tuduh Zaen. Tak boleh ke kamu rendahkan sikit ego kamu tu Tya?''
''Tya akan tuntut fasakh nanti. Tya tak sanggup maruah Tya diperlekehkan. Dia yang tak boleh terima Tya, bukan Tya. Tya tak akan terhegeh-hegeh lagi pada yang tak sudi. Jadi biarlah kami membawa haluan masing-masing." tekad Tya bulat. Hatinya sakit bila apa yang direncanakan selama ini tidak mendapat hasil yang didambakan.
''Allahu Akhbar, Tya! Apa kamu cakap ni?" herdik Tuan Ahmad Zakri yang semakin menipis kesabarannya.
Tya senyap tidak terkutik. Tidak lagi berani melawan, gerun juga dia bila abahnya naik angin.
"Jangan nak buat keputusan melulu macam ni. Abah nak kamu call Zaen minta dia datang ke sini. Biar abah yang berbincang dengan dia. Kalau nak harapkan kamu berbincang dengan dia, habuk pun tak dapat apa," perintah abahnya sebelum menegakkan tubuh.
"Kamu dengar tak ni Tya?" jerkah abahnya pula bila Tya tidak merespon dengan arahannya.
Tya menjatuhkan kepalanya sekali. Dia akur dengan arahan abahnya.
maaf ya lambat-lambat update.
Share this novel
setia menanti update seterus nya ,,,,,
tq..sbb update..sy sentiasa ternanti2