Bab 54 : NJ

Romance Series 208049

Nia mendengus lalu menghenyakkan tubuh ke katil sebaik selesai mandi dan solat zohor. Hatinya masih terasa sakit bila teringatkan moment di sekolah tadi. Dia tahu Nuh tidak selesa dengan ajakkan bersungguh-sungguh budak perempuan tadi untuk bergambar bersama dan untuk menolak permintaan itu juga, dia tahu Nuh serba salah.

Dia faham situasi Nuh namun hatinya keras menolak untuk memahami dengan jelas. Hatinya tidak suka. Hatinya terasa dicarik-carik melihat Nuh diapit kiri dan kanannnya oleh perempuan lain.

'Arghhh, kenapa dengan dia ni?' Nia berdesis sendiri. Dia tidak suka dan belum pernah lagi dia ada perasaan begini.

Dalam Nia melayan perasaannya tiba-tiba dia teringatkan kemunculan Nuh di pentas tadi. Sungguh dia sangat terkejut bila Nuh melontarkan suara machonya. Suara Nuh lebih kena di halwa telinganya berbanding suara Zaen. Bibir Nia mengarit senyum, hatinya yang panas terasa sejuk dan tenang bila mengimbau kembali cara tatapan Nuh terhadapnya. Pandangan itu, dia terasa sesuatu.

Sekejapan senyuman Nia hilang. Dia termangu sendiri.

"Nuh... dia Uncle Kacak tu? Kalau betul dia kenapa selama ni aku tak cam dia? Betul ke dia? Hurmmm..." Nia meletakkan lengan di dahi, berfikir tentang Uncle Kacak dan Nuh Jazmin.

"Kalau nampak dari segi gaya tu, boleh jadi dia. Dan kalau betul dia, maknanya pertemuan pertama aku dengan dia bukan di rumah abah tapi di Sabah. Aku pelik la kenapa Nuh tak suka aku sebut pasal Sabah tadi ya?" Nia tertanya-tanya sendiri.

Tok! Tok! Tok!

Nia tersentak dengan ketukan di luar biliknya.

"Nia..."

Mata Nia meluas.

'Nuh? Alamak pak cik tu dah balik?' Nia pantas menerkup telinganya dengan bantal. Tidak mahu mendengar suara Nuh yang mungkin akan memujuknya. Dia tidak mahu cair, masih terlalu awal untuk dia mencair dengan pujuk rayu Uncle Kacak tu!

Nia tahu Nuh pasti akan mencarinya. Pasti Nuh sedang menahan amarah pada tindakannya. Tadi tamat sahaja sesi persekolahan, dia terus menghubungi Khalil untuk menjemputnya pulang.  Dalam perjalanan pulang, banyak soalan yang Khalil utarakan dan sudahnya dia menyembur Khalil. Moodnya betul-betul merudum gara-gara melihat Nuh senyum termewek bila bergambar dengan pelajar di dewan tadi.

Disebabkan rasa sakit hati juga, Nia sengaja menerima pelawaan Harris dan Ehsan selaku Ketua pasukan Rumah Biru untuk bergambar bersamanya. Bukan itu saja, dia turut rehat berama mereka berdua. Hatinya berpuas hati bil dia ternampak ada panahan mata tajam bagaikan singa lapar sedang merenungnya dari kejauhan.

'Fair and square! Siapa yang mulakan dulu?' Nia menyengih.

''Nia, buka pintu ni.''

Kali ini suara abangnya pula kedengaran di luar pintu. Nia hampir nak mencarut. Geram sungguh dia dengan Khalil, tak sudah-sudah menangkan Nuh!

''Kau tunggu sini dulu. Aku pergi ambil kunci spare dekat bawah. Nak tunggu adik aku ni buka pintu, aku rasa sampai ke subuh lusa pun, belum tentu dia buka. Aku kenal sangat dengan kepala adik aku ni."

'Cis, sayang sangat dengan adik ipar dia tu!' Nia mendengus. Pantas dia tarik gebar lalu bersembunyi di bawah gebar itu.

Ktak!

Bunyi tombol pintu dipulas dan dikuak dari luar. Seketika kemudian, pintu ditutup. Nia mengeraskan badannya. Berpura-pura tidur walaupun bahang panas mula terasa kerana dia terlupa nak hidupkan suis penghawa dingin.

Bunyi derapan kaki mendekat dan dia tahu itu adalah Nuh. Birai katilnya terasa dihenyak seseorang bersertakan satu hembusan nafas dilepaskan.

"Nia.." Nuh menyerunya.

Nia mematungkan diri.

"Kenapa balik tak bagitahu aku? Kau tahu tak, aku cari kau? Kalau bukan sebab Khalil call bagitahu kau dah balik dengan dia, aku tak tahu pun."

Nia mencebik.

'Yelah tu cari... padahal sukakan aku tak ada? Boleh bergambar dengan peremppuan-perempuan tu.' Nia mengomel dalam hati.

"Aku cari kau Nia. Aku tak suka bergambar dengan orang lain kalau bukan dengan kau. Aku cari kau sebab aku nak bagi hadiah ni pada kau."

Nia mencemik bibir.

'Nak bagi hadiah atau nak menunjuk yang kau dapat banyak hadiah dari peminat-peminat kau?' Nia mula berprasangka yang bukan-bukan.

"Kau nak tak hadiah ni? Kalau kau tengok hadiah ni, gerenti kau akan suka," pancing Nuh. Hadiah yang dimaksudkan itu adalah hadiah yang dibelikan ketika berada di 'London' tempoh hari tu.

Nia gigit bibir bawahnya sambil berkira-kira mahu menerima tawaran Nuh ataupun tidak.

"Kalau kau tak nak, aku bagi orang lainlah." Nuh mengugut pula.

Tak sampai beberapa saat, terus Nia menyelak selimutnya ke paras mata. Nuh tergelak dengan reaksi Nia. Comel! Kenapalah budak ni comel sangat?

Nia terkebil-kebil dengar Nuh ketawa.

"Kenapa gelak?" tanyanya kehairanan.

Nuh masih ketawa. 'Alahai isteriku, comel,' bisiknya.

"Pernah tak sebelum ni orang cakap yang kau ni comel?"

Nia terkebil-kebil lagi.

"Dah jangan buat mata terkebil-kebil macam tu lagi. Bangunlah. Tak panas ke berselimut macam ni? Dengan aircondnya tak buka.. Ish.. ish.. Nia.. Nia.." sungut Nuh sambil memetik suis aircond. Dia kembali mendapatkan Nia.

"Nak apa ni?" Nia menyoal seraya menjeing Nuh. Lupa yang dia masih merajuk dengan Nuh.

Nuh meleret senyum.

"Aku nak tengok isteri aku. Tak boleh?"

Nia mendengus lantas berpeluk tubuh.

"Cakap elok-elok tak boleh ke? Nak apa datang sini? Kenapa tak terus balik rumah awak je?" Nia geram dengan jawapan main-main Nuh.

Nuh menyeluk poket seluarnya. Dia keluarkan satu kotak kecil berwarna putih dan diletakkan di atas riba Nia.

"Apa ni?" Nia mengambil kotak itu lalu membeleknya. Ada tulisan Pandora di kotak putih itu, membuatkan Nia meneguk liur. Dia angkat pandangannya, mencari wajah Nuh.

"Hadiah daripada husband untuk wife dia yang suka merajuk." Nuh mengenyit mata sambil menayangkan senyuman nakalnya. Nuh mengambil kotak Pandora dari tangan Nia dan membukanya. Seutas gelang pandora berwarna 'royal blue' ditarik keluar dari tempatnya lalu dipakaikan di pergelangan tangan Nia.

Nia terbungkam. Lidah kelu untuk bersuara. 'Pandora with full charm! Serius?' Berkali-kali Nia teguk liur. Tak percaya.

"Aku tak tahu nak bagi kau apa sebagai hadiah perkahwinan kita. Nak carikan cincin, aku rasa benda tu simple sangat. Aku nak cari something yang lebih memorable. So, aku sediakan bracelet ni. Aku harap kau suka."

Nia terkesima. Dia menunduk, pandang tangannya.

"Suka. Saya suka sangat. Saya dah lama teringin nak pakai Pandora dan tak sangka akhirnya saya dapat daripada awak." Mata Nia bergenang. Dia suka dengan pemberian Nuh tetapi masih ada sesuatu yang menyentuh hatinya saat melihat gelang tangan itu.

Nuh tersenyuman nipis. Melihat reaksi Nia, dia tahu apa yang ada dalam hati isterinya itu.

"Merajuk lagi tak?" Nuh menunduk, cari wajah Nia. Dia tidak mahu Nia terus mengingatkan memori lama.

Nia menggeleng laju.

"Tak, sebab dah dapat hadiah." Cepat-cepat Nia menjawab sambil mengangkat tangan kanannya. Tangannya digoyang-goyang. Ada satu charm yang bertulis perkataan 'wife' menarik minatnya.

"Eh, ada perkataan wife?" tanya Nia terkejut.

"Of course la... sebab ini design aku sendiri. Exclusive untuk wife aku."

"Tapi... nanti kalau kawan-kawan dekat sekolah nampak macam mana?" Nuh jongket bahu. Tak terfikir pula dia tentang itu. Dia sebenarnya tak kisah langsung kalau ada orang tahu mereka suami isteri. Dia tak senang hati bila tengok pelajar lelaki lain cuba mendekati Nia. Nia itu isteri dia! Milik dia! Exclisive mine! Tapi bila memikirkan keadaan mereka, dia hanya mampu berdiam diri sahaja.

Nia mengeluh dengan jawapan tidak membantu Nuh. Keadaan sepi seketika.

"Kenapa balik tadi tak bagitahu? Susah hati aku cari kau tadi." Nuh menaikkan semula topik utama mereka.

"Sorryyy..." Suara Nia perlahan antara dengar ataupun tidak. Dia tahu, dia yang terikut-ikut dengan perasaan sendiri.

"Lain kali jangan buat macam tu lagi. Aku risau kalau jadi apa-apa pada kau. Tell me, kenapa kau balik terus?" Nuh masih inginkan penjelasan Nia.

"Dah awak tu sibuk sangat bergambar dengan diorang. Saya tak nak kacau daun," gerutu Nia, memuncung bibir.

"Jealous?" Mata Nuh mencari mata Nia. Tak sabar nak dengar sendiri jawapan Nia. Nia tidak membalas. Nuh mengulum senyum.

"Nia, aku suka kalau kau jealous. Tu tandanya kau suka aku. Kan?"

Nia menunduk. Kemam bibir. Malu untuk mengakuinya. Tangan kirinya mengelus-gelus charm di gelang tangannya.

"Aku tak suka kau bergambar dengan Ehsan dan Harris. Lain kali jangan buat macam tu lagi. Aku tak suka." Sambung Nuh selepas itu.

Nia cuma menjatuhkan kepalanya sekali. Nuh menghela nafas dalam walaupun tak dapat jawapan yang diinginkan namun dia berpuas hati bila Nia memahami amarannya.

"Bila kau ingat yang aku ni 'Uncle Kacak' kau?" Nuh menukar topik bila Nia tidak meyambung luahan perasaannya.

Serta merta muka Nia memerah. Teringat kisah dulu yang dia suka panggil Nuh tu Uncle Kacak. Dalam diam dia masih tidak percaya yang hari ini Uncle Kacak itu sudah menjadi suaminya.

"Dejavu..."

Nuh lega akhirnya Nia ingat juga kehadirannya. Sudah lama dia tunggu saat ini tiba lebih-lebih lagi bila dia tahu yang Nia tu 'NJ' dia dulu. Tak sangka betul, dia berjodoh dengan orang yang sama.

"Kenapa selama ni awak tak pernah cakap pun pasal tu?" "Kalau aku cakap pun, tak guna jugak sebab kau tu langsung tak ingat apa-apa pasal tu. Aku rasa kau pun mesti tak ingat yang kau pernah pergi Sabah kan?"

Nia melopong.

"Sabah? Saya pernah pergi Sabah?"

Nuh angguk.

"Jadi... first time kita jumpa tu... di Sabah?"

Nuh angguk lagi. Macam yang dikatakan oleh Khalil dan Mama, Nia banyak terlupa memorinya masa kecil kerana trauma terpaksa berpisah dengan keluarga angkatnya.

"Insya-Allah one day kau akan ingat juga. Cuma aku nak ingatkan kau, aku ni Uncle Kacak kau tau. Sekarang ni... aku masih kacak tak?"

Nia buntang, tangannya naik pukul bahu Nuh. Ketawa Nuh.

*              *           *

Kota Kinabalu, Sabah. 2010

Nia berlari-lari anak di gigi air. Sesekali dia terjerit kesukaan bila kakinya dipukul ombak. Kaki seluarnya sudah lencun dengan air manis. Rambut panjang yang tidak diikat sesekali berterbangan mengikut arah dia lari. Khalil pula mengejarnya dari belakang. Keduanya seronok berkejaran tanpa mempedulikan mata-mata yang melihat.

Kedengaan Nia menjerit minta dilepaskan bila Khalil berjaya menangkapnya. Tubuh kecil Nia dirangkul dari belakang lalu Khalil mengangkat Nia lalu berpusing beberapa kali. Nia menjerit lagi, kali ini dia kesukaan bila kakinya melayang tidak jejak bumi. Keduanya tergelak besar. Seronok bermain dan bergurau senda bagaikan tiada hari esok.

"Khalil, come here," jerit Datin Seri Roslina dari kejauhan. Dia sedang bersantai bersama suaminya, Datuk Seri Andrew di tikar berkelah. Manakala si kecik Khayra sedang ralit membina istana pasir di sisi mereka.

Khalil menurunkan Nia. Dia talakan sorotan matanya ke arah ibu mereka. Ibunya sedang mengamit mereka. Khalil mengangguk lalu mengajak Nia balik ke tempat mereka berkelah. Tangan kecil Nia sentiasa selamat dalam pegangannya. Keselamatan adiknya diutamakan bila berada di kawasan terbuka seperti ini. Kebetulan pula, sekarang ini musim cuti sekolah, jadi di Pantai Tanjung Aru menjadi tumpuan untuk beriadah melepaskan lelah.

Datin Seri Roslina memeluk Nia setibanya anak itu di hadapannya. Sisi kepala Nia dikucup bertalu-talu. Baru sekejap berjauhan dengan Nia, dia sudah rindu. Bagaimana pula bila berpisah kelak?

Dia tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan mereka nanti namun apa yang mereka boleh buat? Segalanya sudah dipersetujui dan mereka perlu akur dengan wasiat dan amanat terakhir ibu kandung Nia. Kesihatan ibu kandung Nia semakin memburuk dari hari ke hari. Dan wasiat terakhirnya, dia mahu Nia dipulangkan sebelum dia menutup mata.

Berat hatinya untuk berpisah dengan penyeri hidup mereka sekeluarga. Dia mengalami kesukaran untuk mengandung. Enam tahun dia menanti kehadiran cahaya mata kedua selepas kelahiran Khalil tapi usahanya tidak berjaya. Dia keguguran bebarapa kali sebelum mencuba kaedah IVF beberapa namun tidak membuahkan hasil.

Ketika dia hampir berputus asa menanti, kakak iparnya berhasrat untuk menyerahkan anak dalam kandungannya apabila dilahirkan nanti. Pada mulanya dia ragu-ragu untuk menerima tapi bila melihat kepayahan wanita itu bergelut dengan penyakitnya, akhirnya dia bersetuju.

Selepas Nia dilahirkan, ibu Nia koma berbulan-bulan. Nia mengalami dehidrasi kerana kekurangan susu ibu serta alahan dengan susu tepung. Atas nasihat doktor pakar, dia mengambil beberapa suplement untuk menghasilkan susu badan dan dapat menyusukan Nia sehingga berumur 2 tahun 8 bulan. Nia ditatang bagaikan minyak yang penuh. Mereka ikhlas menjaga dan membesarkan Nia. Khalil juga sangat sayangkan Nia. Bertahun dia menanti kehadiran seorang adik dan Nia muncul dalam hidupnya.

Bagaikan satu keajaiban bila dia disahkan mengandung selepas dua tahun dia menjaga Nia, sedangkan sebelum itu ramai doktor pakar mengesahkan yang dia tidak boleh mengandung lagi. Lahirnya Khayra Faqihah langsung tidak berkurang kasih sayang mereka terhadap Nia malah makin mekar. Itu cerita dulu. Kini Nia sudah berusia 10 tahun. Nia semakin comel dan lincah orangnya. Nia sangat bahagia bersamanya. Khalil Fayyad sangat menyayangi Nia, dan begitu juga Khayra Faqihah. Kasih sayang mereka bertiga begitu utuh.

im sorry dh macam chipsmore.... ?

Share this novel

Noor Mimi
2026-06-17 22:46:45 

lama tunggu ni..tq update..

LyaSuffiya
2021-08-07 01:51:05 

merajuk dpt pandora

Nor Azlina
2021-07-01 22:48:36 

tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience