Series
208724
Keesokkan harinya, seperti biasa Nuh datang menjemput Nia ke sekolah. Sampai sahaja di sekolah, Nia segera meminta diri untuk ke kelasnya. Nuh hanya membalas dengan anggukkan sahaja. Nuh menghela nafas dalam sebaik kelibat Nia hilang dari pandangan mata. Dia sedang berperang dengan perasaanya sendiri. Berita yang diterima semalam membuatkan dia tidak sedang duduk apatah lagi bila hal itu membabitkan perasaan Nia. Â
Nia tiba di kelasnya. Beg galas dilepaskan ke meja dan dia menghenyakkan punggungnya. Badannya terasa sedikit lemau hari ini. Macam nak demam pun ada.
"Hai, Nia. Morning!" Insyirah datang menegur. Sahabatnya itu menyendeng di mejanya.
Nia angguk. Matanya sedikit panas. Kepala pun berdenyut, sakit kepala.
"Kenapa ni? Macam moody je..." soal Insyirah lagi.
"I'm just tired..." Nia menjawab walaupun tiada mood. Dia menekup muka ke meja.
"Tidur lewat ke?"
Nia mengangguk. Dia betul-betul penat. Sebaik sahaja terjaga pukul 3 pagi, dia tak dapat tidur. Jadinya alang-alang tak boleh tidur, dia mengulangkaji sampai subuh. Sudah solat subuh, barulah kantuk perlahan-lahan menjengah. Itu yang dia terasa penat dan mengantuk pagi ni.Â
"Nia, kau demam ke?" Tashnim pula datang menegur.Â
"Tak, dia penat je." Insyirah mejawab bagi pihak Nia sebelum berlalu ke mejanya.Â
"Nia... kau nak tahu tak, hari ni kita ada cikgu baru." Tashnim menepuk bahu Nia. Nia menyahut perlahan dengan mata terpejam.
"Cikgu perempuan. Cikgu tu ganti Cikgu Eusoff." Sambung Tashnim.
"Ye dok cikgu puang?" Rohaya yang duduk selang semeja dengan mereka, bertanya.
"Ha'a, nama cikgu tu Cikgu Zara. Zara Keysha."
Nia yang mendengar, bergarit kening.Â
'Zara? Macam pernah dengar.'
"Wow sangat nama cikgu tu. Kau dah jumpa dengan cikgu baru tu?"
"Ha'a. Tadi masa aku pergi bilik guru, jumpa Cikgu Faisal. Cikgu Faisal la bagitahu aku hari ni ada cikgu ganti tempat Cikgu Eusoff masuk kelas kita." Tashnim menjawab soalan Rohaya.
"Sebut pasal Cikgu Eusoff ni, rindu pulak dengan dia. Apa khabar la dia erk? Tiba-tiba je pindah. Tak sempat pun kita nak say goodbye," rungut Rohaya muram.
"Itulah. Best kut Cikgu Eusoff tu ajar kita." Teman sebelah meja Rohaya mencelah.Â
"Tapi kan, aku ada dengar cerita. Sebenarnya Cikgu Eusoff tu bukan sesaja pindah tau tapi kena buang sekolah," tambah teman Rohaya, separuh berbisik.
Mereka semua terlopong. Masing-masing sudah berkerumun di meja Rohaya.
"Kena buang? Ehh, kau biar betul. Dia tu cikgu baik kot," sanggah Insyirah, tidak percaya.
Teman Rohaya menjongket bahu.Â
"Itu yang aku dengar. Sahih ke tak berita itu, aku tak tahu."Â
"Tapi kalau kena buang tu, mesti ada kes berat kan. Kes nape?"
"Cikgu Eusoff ada kes berat? Eh, macam tak caya pulak aku Cikgu Eusoff gitu. Khabar angin je kot."
"Kalau kabar angin, pokok tak ka bergoyang kalau tak ada angin."
Mereka sekali lagi melopong. Antara percaya atau tidak.
"Eh, dah... dah... cikgu baru tu mari dah wei." Ikmal memintas, sempat dia mengintai di luar kelas. Mereka segera bergerak ke meja masing-masing.
"Morning class."Â
Seorang guru perempuan berkebaya anggun melangkah masuk dengan penuh bergaya. Rambut panjangnya diselak sedikit ke belakang. Bibirnya tidak loket dengan senyuman. Semua pelajar turut berdiri, menyambut kedatangan guru baru mereka.
Tashnim mencuit lengan Nia, sebagai isyarat. Tapi Nia langsung tidak terkutik.Â
"Kenapa kawan awak? Dia tak sihat?" Pandangan guru baru itu melekap pada Nia yang masih menekup muka di permukaan meja.
"Erkk... ya cikgu. Dia demam." Tashnim menjawab.
"Oo, it's okay. Nanti waktu rehat, mintak dia datang jumpa saya di bilik guru ya," arahnya pada Tashnim. Tashniam mengangguk.Â
"Okay, class. Saya perkenalkan diri saya dulu. Nama saya, Zara Keysha. Awak boleh panggil saya, Cikgu Zara. Saya pengganti kepada Cikgu Eusoff yang berpindah bulan lepas. So, ada apa-apa soalan ke?"
***
Nia melangkah malas ke bilik guru untuk berjumpa Cikgu Zara Keysha. Dia ke sana ditemani oleh Tashnim.Â
"Nia, kau okey tak ni? Muka kau pucat semacam je ni..." tanya Tashnim, risau dengan perubahan Nia sedangkan semalam semasa majlis sambutan Hari Guru, semuanya baik-baik saja.
"Aku okey, cuma penat sikit. Entahlah Tash, rasa lemau semacam je," balas Nia perlahan. Antara dengar dengan tidak. Sebenarnya dia lebih penat melayan emosi. Dia pelik dengan Nuh. Nuh tiba-tiba berubah sikap jadi pendiam. Mesej pun tidak di balas. Nuh marahkan dia?
"Kau demam?" Tashnim meletakkan belakang tangannya di dahi Nia. Nia bergerak sedikit ke belakang, terkejut dengan tindakan Tashnim.
"Aku okey Tash. Tak demam. Kau jangan risau.''
"Muka kau pucat, Nia. Macam orang tak sihat. Rehat tadi pun kau tak makan tak habis bekal kau. Kalau kau betul tak sihat, aku bawa kau ke bilik kebajikan lepas ni. Kita minta ubat dengan biro kebajikan. Kau tak payah pergi perjumpaan tu pun tak apa. Nanti aku bagitahu Cikgu Tarmizi kau tak sihat, ya?" pujuk Tashnim. Nia menggeleng.
Perjumpaan yang dimaksudkan oleh Tashniam adalah perjumpaan yang melibatkan pasukan PMR, SPM dan STPM. 10 pelajar yang memperolehi keputusan terbaik dalam peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini diminta untuk berkumpul di bilik meeting.
"Aku okey, Tash. Kejap je ni. Jomlah kita jumpa Cikgu Zara tu dulu. Lepas jumpa Cikgu Zara kita pergi terus dekat perjumpaaan tu.''
"Emm... ikut suka kau lah, Nia." Tashnim mengalah dengan perangai Nia yang tidak suka di desak. Mereka menyambung langkah ke bilik guru.
"Nia, aku nak tanya ni... Kau dengan Cikgu Nuh tu ada apa-apa ke?" Tiba-tiba itu yang terpancul dari mulut Tashniam. Nia terbatuk kecil.Â
"Kenapa kau tanya? Kau kan tahu aku dengan dia tu abang dan adik angkat."
"Ya tu aku tahu la..."
"Dah tu?" Nia teguk liur, risau kalau Tashnim dapat menangkap sesuatu.Â
"Aku tengok kau dengan dia lain macam je masa persembahan semalam. Romantik habis wei. Rasa macam tengah tengok couple buat performance. Bising budak-budak kelas 5 Iman Ghazali bila tengok cikgu kelas diaorang dengan kau semalam," cerita Tashnim dengan terujanya.
"Uishh pandai la kau, Tash. Mana ada apa-apa pun. Dia tu dah macam abang aku. Buat apa diaorang nak bising. Semua orang kan dah tahu yang kami ni adik beradik angkat," dalih Nia.
"Eh, adik beradik angkat pun boleh bercinta apa..." giat Tashnim. seronok mengusik Nia lebih-lebih lagi bila pipi itu sudah berubah warna.
"Mengarut la kau ni, Tash. Kami ni professional, okay."
"Tak ada feeling lebih-lebih la ya?" Tashnim menaikkan keningnya.
"No. Nope. Nothing at all." Bohong Nia lagi. Tak kan dia nak mengaku kan? Parah!
"Yelah kau ni... Entah-entah dalam diam, kau dah tangkap cintun dengan Cikgu Nuh tu. Tapi tak nak mengaku. Aku yang jarang-jarang jumpa dengan dia pun, boleh tangkap leleh. Apatah lagi kau yang hari-hari boleh jumpa dia. Tak percayalah aku kalau kau kata kau tak ada langsung perasaan dekat dia," sanggah Tashnim yang sangsi dengan jawapan Nia.
Nia membulatkan mata. Tashnim suka Nuh ke?
"Kau suka Cikgu Nuh ke Tash?" Tak sedar, soalan itu yang keluar dari mulut Nia.
"Jealous eh?" giat Tashnim lagi. Makin seronok dia mengusik Nia. Nia kebam bibir, langkahnya dilajukan meninggalkan Tashnim.
"Kau malu eh?" Tashnim mengejar.
"Arghh, Tash! Kau diam boleh tak? Aku tak ada perasaan dekat dia lah. Dia cuma abang aku je. Tak ada yang lebih dan kurang," jelas Nia sambil melarikan anak matanya dari tatapan Tashnim. Tashnim mengulum senyum
"Tash, yang mana satu Cikgu Zara? Zara apa kau cakap tadi?" Nia mengubah topik, nasib baik mereka sudah tiba di bilik guru.
"Nak mengelatlah tu." Tashnim mencebik bibir sambil matanya mencari susuk Cikgu Zara di bilik guru.
"Hah itu dia Cikgu Zara. Zara Keysha. Itulah... cikgu masuk kelas, kau tidur."Â
"Tertidur, okay. Cikgu Zara, Zara Keysha... macam pernah dengar je nama tu sebelum ni, tapi tak sure dekat mana... Tapi baiklah cikgu tu, langsung tak marah aku tertidur dalam kelas tadi. Kalau cikgu lain, mesti teruk aku kena kan?" keluh Nia teringatkan peristiwa dengan Cikgu Eusoff dulu.
"Emm... kau nak cakap cikgu Eusoff la kan?" tebak Tashnim sebelum menyambung,
"Tadi Cikgu Zara pesan, kau kena jumpa dia dekat bilik guru. Hah tu mesti dia nak sound kau la tu. Padan muka, tidur lagi dalam kelas. Tapi aku tak puas hati lagi dengan jawapan kau, Nia. Kau ni spesis hati batu ke apa? Tak kan kau langsung tak ada perasaan dekat lelaki ke? Dulu kau tolak cinta Cikgu Eusoff tu, sekarang kau tolak Cikgu Nuh tu pulak?'' rungut Tashnim tak puas hati.
Nia menjengil, cepat-cepat dia jari telunjuknya di bibir, mengisyaratkan supaya Tashnim diam.
"Kau dah kenapa ni, Tash? Jauh betul kau melalut sampai ke situ. Aku ni dah la tengah tak berapa sihat, kau pulak nak membebel tak tentu pasal, makin tak sihat aku. So, mana Cikgu Zara yang kau cakap tadi?''
Tashnim menerkup mulutnya, tangan buat gaya zip mulutnya.
"Mana cikgu tu?" Lagi sekali Nia bertanya bila Tashnim tidak menjawab soalannya.
Tashnim cuma menunding jarinya. Nia menjenguk sedikit menerusi tingkat. Kelihatan Cikgu Tarmizi sedang berborak dengan seorang guru perempuan.Â
'Mungkin, itulah Cikgu Zara,' desis Nia.
Sementara itu dalam bilik guru, Cikgu Tarmizi selaku ketua panitia Pra-U sedang menerangkan perihal tugasan yang akan diserahkan kepada Cikgu Zara Kesyha.Â
"Nanti awak jumpa diaorang dalam bilik meeting sekejap lagi. Awak dah jadi pengganti Cikgu Eusoff, jadi jawatan dia pun awak yang ganti."
"Iya Cikgu. Saya faham. Lagipun ini bukan kali pertama saya handle team STPM. Saya cuba lakukan yang terbaik. Insya-Allah."
"Lega hati saya dengar Cikgu Zara cakap macam tu. Nanti meeting tu, saya tak boleh join. Saya ada perjumpaan dengan pengetua. Jadi saya serahkan saja pada Zara, boleh?" pinta Cikgu Tarmizi.
"Iya, boleh. Cikgu Mizi jangan risau. Lagipun dalam fail ni dah tertulis macam-macam agenda sebelum ini. Complete reportnya. Tentu Cikgu Eusoff tu bukan calang-calang orangnya, kan?"
"Ha'a, Cikgu Eusoff tu teliti orangnya tapi sayang dia terpaksa berpindah balik ke Kedah. Orang tuanya tak beberapa sihat."
"Oh, sayangnya tapi tak apalah Cikgu Mizi, kita doakan yang terbaik untuk dia. Insya-Allah, saya cuba buat yang terbaik sebagai pengganti dia. Kalau macam tu, saya rasa lebih baik kalau saya minta diri dulu ke bilik meeting tu cikgu." Zara kerling jam tangannya, sudah tiba masanya untuk ke bilik mesyuarat.
"Iya, sila-sila. Tapi, sebelum awak ke bilik meeting dan saya ke bilik pengetua. Jalan kita sehala, jadi bolehlah saya kenalkan awak dengan cikgu-cikgu lain juga."Â
"Boleh juga tu."
"Jomlah kita." Cikgu Tarmizi bukakan pintu untuk Cikgu Zara. Belum pun sempat Cikgu Zara melangkah keluar, Nuh Jazmin terlebih di muka pintu. Nuh terkedu, begitu juga dengan Zara. Masing-masing terkejut dengan pertemuan yang tidak disangkakan ini.Â
"Eh, Nuh dengan Zara... dah kenal ke sebelum ni?'' Cikgu Tarmizi mencelah bila perasan cara mereka berpandangan itu membawa makna yang keduanya kenal antara satu sama lain.
"Zara? Zara Keysha?" aju Nuh tidak percaya. Bukan tertarik atau mengenangkan kisah lama tapi dia sedikit hairan dengan perubahan penampilan Zara. Setahunya sebelum ini Zara bertudung litup tapi kini tudungnya sudah hilang. Â
Zara sembunyi senyum dengan reksi Nuh. Dia yakin, tentu Nuh tidak percaya dengan kemunculannya di sini.
''Iya Nuh, ini Zara. Zara Keysha. Zara cikgu baru di sekolah ni. This is my first day." Zara mengerdipkan matanya sekali.Â
Nuh berdeham.Â
"Oh, sorry i tak tahu. I busy sikit hari ni," dalih Nuh. Bukan sibuk kerja tetapi sengaja menyibukkan diri dari memikirkan tentang Zara. Semalam dia mendapat info yang Zara akan ditempatkan di sekolah yang sama dengannya untuk mengisi tempat Cikgu Eusoff. Kerana itulah moodnya agak kurang baik hari ini. Dia memikirkan tentang reaksi Nia bila gadis itu mendapat tahu tentang Zara. Dan yang paling dia risaukan tentang hubungannya dengan Nia. Hubungan mereka baru saja nampak jalan 'pulih' tak kan semudah itu akan kembali mengeruh.Â
"Excuse me, korang dah kenal ke ni?" Cikgu Tarmizi mencelah, dia dah serupa kulat dinding saja, berdiri di situ dari tadi tapi tidak dipedulikan.
"Iya Cikgu Mizi, kami dah kenal. Saya dengan Nuh, dulu satu Universiti." Zara tertawa kecil dihujungnya, bahagia.
"Oh ye ke? Nuh, Zara ni my team. Ganti cikgu Eusoff. Zara, Nuh ni team SPM."
Nuh cuma angguk. Hatinya makin resah dengan tindak balas Zara. Jangan semuanya jadi seperti 3 tahun lepas. Dia dah serik!
"Emm... kalau korang dah saling kenal, apa kata kalau korang pergi berdua je ke bilik mesyuarat tu? Saya boleh tinggalkan Cikgu Zara pada awak, Nuh?''
"Emm sure." Lambat-lambat Nuh bersetuju.
Tanpa mereka sedari, ada dua orang pelajar sedang melihat keadaan itu. Nia segera menarik tangan Tashnim untuk bersembunyi di sebalik pintu. Dia berharap kehadirannya tidak disedari oleh Nuh. Hatinya terbakar dalam diam. Patutlah dia rasa dejavu dengan nama Zara Keysha itu, rupanya dialah orang yang Nuh tergila-gilakan dulu!
"Kenapa kita menyorok ni Nia? Cikgu Nuh dengan Cikgu Zara tu dah kenal lama ke? Macam ada something je diaorang tu..." bisik Tashnim.
Nia mendengus. Cepat-cepat dia membawa diri dari situ.
"Nia, tunggu!"
Nuh teguk liur. Dia tahu Nia sudah dengar dan lihat semuanya tanpa sempat dia berterus terang terlebih dahulu.
Share this novel