Bab 55 : NJ

Romance Series 208049

Khalil capai violin, dia mahu hiburkan hati yang walang. Dia sudah besar, tentu dia juga sebak menanti masa untuk berpisah dengan Nia.

"Angel, Khayra, come and let's play together." Khalil bangkit. Nia tepuk tangan teruja. Khayra juga sama.

"Be careful Khalil. Tengok adik-adik."

"Dont worries mama."

Khalil mula menggesek violin Nia, menghasilkan instrumental lagu The Final Countdown. Nia dan Khayra melonjak kegembiraan. Mereka berdua berpegangan tangan, menari-nari mengelilingi abangnya yang sedang menggesek violin. Mata-mata yang memandang turut sama bertepuk tangan.

Tanpa sedar kaki Nia terpijak sesuatu. Dia mengaduh dan jatuh terduduk. Terhenti gesekkan Khalil. Senyap seketika alam. Khalil segera tunduk mendapatkan Nia. Khayra juga tunduk pandang kakaknya.

"Angel, kenapa ni?" Khalil kerisauan. Kaki adiknya dibelek. Ada darah merah mengalir.

"Kaki angel berdarah sikit," beritahu Khalil sambil mengangkat kaki Nia. Ada serpihan cengkerang tajam melekat di tumit adiknya. Segera dia membuang serpihan itu.

"Pedih?"

Nia angguk. Bibirnya mencebir.

"Sini abang dukung." Khalil tunduk mahu angkat Nia, Nia menggeleng.

"Hai Khalil."

Khalil tak jadi mendukung Nia. Dia terkejut dapat berjumpa dengan Nuh Jazmin dan Luke Sebastian lagi.

"Hai Nuh, Luke," Khalil membantu Nia berdiri. Khayra juga ikut berdiri di sisi abang dan kakaknya.

"Kenapa ni?" tanya Luke. Sorotan matanya jatuh kepada Nia yang sedang mengesat mata.

"Terjatuh, seronok sangat main sampai tak perasan kaki pijak shell." Khalil menjawab.

"Oohh ada luka tak?" Nuh bertanya pada Nia.

"Sikit." jawab Nia, sedikit mencebek bibir.

"Emm... Nuh, Luke, kalau tak keberatan saya nak kenalkan awak berdua dengan parents saya. Diaorang ada dekat sana."

Nuh dan Luke saling berpandangan seketika sebelum Nuh mengangguk.

*                *                *

''Uncle... look!'' Nia berteriak sambil menunjukkan cengkerang biru di telapak tangannya.

Nuh mendekat anak kecil itu. Nia agak mesra berbanding dengan adiknya, Khayra. Khayra lebih pemalu orangnya.

''Wow, so beautiful! Do you like it?"

Nia mengangguk laju.

"Okay, you can take it. One minute, I'll clean this up for you." Nuh melangkah ke gigi air. Dia membersih sisa pasir pantai yang melekat di cengkerang biru yang ditemui oleh Nia. 

''Nah.'' Nuh meletakkan kembali cengkerang itu di telapak tangan Nia.

Nia tersengih menampakkan barisan gigi putihnya. Dia mendongak, pandang Nuh yang tinggi lampai itu. Mata hazel Nia semakin bersinar cantik bila terkena sinaran mentari. Nuh terkesima.

'Uniknya mata itu! bisiknya dalam hati.

''Thanks uncle. Uncle, may i ask you one question?''

''Sure you can. What?'' Nuh melayan. Matanya ralit menilik anak mata Nia.

''What's the meaning handsome in malay?''

''Handsome?'' Nuh kerut kening, pelik. Nia mengangguk.

''Emm... kacak or tampan.''

''Tam... pan? Ka... cak?'' sebut Nia satu persatu dengan payahnya. Dia pelat dalam sebutan melayu.

Nuh angguk pula. Tersenyum nipis dengan kegigihan Nia untuk menyebut perkataan itu. 

''Why?'' tanya Nuh seraya membongkokkan sedikit badannya menyamai ketinggian Nia.

Nia senyum, selit rambutnya ke celah telinga.

''I think, i will call you Uncle Kacak after this."

Mati senyuman Nuh.

"Wh... what? Uncle Kacak? But why?" Berlapis-lapis dahi Nuh. Kali pertama orang memanggilnya begitu, mananya dia tidak pelik?

Nia senyum malu-malu. Tangannya sibuk membetulkan dress bermotif floranya.

"I like you, uncle. You're so... handsome." Nia menjawab malu tanpa menghiraukan Nuh yang sedang terpinga-pinga.

Nia duduk, sambung bermain pasir untuk membina istana pasir bersama adiknya. Nuh yang masih terkesima, menegakkan kembali badannya. 

Luke yang berada tidak jauh dari situ ketawa terbahak-bahak dengan jawapan Nia. Dia menepuk bahu Nuh. Nuh mengerling Luke. 

"Sabar bha. Muda-muda, dah jadi uncle." Luke sambung ketawa. Nuh turut ketawa kecil dengan kepetahan Nia.

"At least, sejuk sikit hati dapat nama 'Uncle Kacak'. Comel betul budak ni," ujar Nuh tanpa mengalihkan pandangannya daripada Nia dan Khayra. Entah kenapa dia suka melayan keletah dua beradik ini sedangkan sebelum ini, dia cukup serius orangnya. 

"Luke, Nuh, mama dengan papa aku nak jemput kamuorang dinner dengan kami di hotel malam ni. Boleh?" Khalil menghampiri.

"Kau stay hotel mana?" Luke bertanya. Sudah beberapa hari kenal dengan keluarga Khalil, terasa sudah seperti keluarganya sendiri.

"Hotel Black Diamond. Malam ni ada grand dinner. Jadi papa aku booked untuk kamuorang sekali. Join ya?"

Luke pandang Nuh terlebih dulu. Keputusan harus Nuh yang putuskan. Halkum Nuh bergerak, lambat-lambat meneguk liur. Agak berat untuk bersetuju memandangkan itu hotel miliknya. Nuh tidak selesa kalau ada yang tahu dia pemilik hotel termahal di Sabah itu. Dia tidak selesa dan tidak suka.

"So, macam mana Nuh?" Sekali lagi Khalil bertanya, inginkan kepastian.

"Emm... sure. Kita jumpa malam ni."

*          *         *

Belum pun berakhir makan malam bersama keluarga Khalil, Nuh meminta diri. Katanya ada hak yang perlu dibereskan. Sebaliknya dia tidak segera balik ke biliknya tetapi dia keluar mencari angin bagi meredakan perasaannya. Tidak betah berlama-lama di dalam sana kerana dia ternampak kelibat Junid Richard dan rakan niaganya di situ. Nuh tidak senang bersemuka dengan mereka. Sebelum dia bertindak di luar kawalan, ada baiknya kalau dia menenangkan dirinya di kolam renang yang terletak di sisi hotel.

Setibanya Nuh di situ, dia melihat ada seorang gadis kecil sedang bersendirian di birai kolam. Nuh mengamati. Dari pakaiannya, Nuh mengagak itu adalah Nia Jasmine. Baru sebentar tadi dia ada memuji baju kanak-kanak itu cantik. Tersipu Nia. Nuh mendekati Nia perlahan-lahan. Dia berjaga-jaga takut kalau Nia terjatuh ke dalam kolam itu. Dia duduk tidak jauh dari Nia. Dia terdengar Nia mengesak kecil. Nuh mengerut dahi, hairan dengan perubahan anak kecil itu.

"Hai, Nia..." tegur Nuh berhati-hati. Nia memalingkan muka. Nuh lihat ada sisa air mata di pipi gadis itu.

"Hey sweetheart, what happened?" tanya Nuh lagi, risau dia kalau Nia telah diapa-apakan. Nia menunduk.

"My bracelet... is missing. It's my beloved bracelet, a gift from my mother," luah Nia dengan tangisan kecil.

Nuh pandang pergelangan tangan kanan Nia yang kosong. Seingatnya ketika mereka di pantai siang tadi, gelang itu masih ada. Dan dia masih ingat bagaimana rupa gelang itu. Gelang tangan berwarna putih dengan hiasan sebiji charm yang terukir huruf NJ dan seekor rama-rama berwarna biru.

"When did you noticed it had gone?"

"I don't know. Maybe when we were playing on the beach. I didn't realize when it disappeared...'' adu Nia lagi.

Nuh senyap dulu. Tangannya naik untuk memeluk bahu Nia. Dia cuba memujuk Nia supaya jangan bersedih lagi. Dan dia juga mahu meyakinkan Nia bahawa gelang itu tidak hilang di pantai. Tapi mungkin tercicir di bilik penginapan mereka.

"Nuh?" Suara Khalil di belakang Nuh. Segera Nuh jatuhkan tangannya kembali ke sisi. Dia berdiri memandang Khalil yang sedang tercunggap-cunggap seperti dikejar sesuatu.

"Khalil... i'm sorry." Nuh serba salah. Risau juga dia kalau Khalil menuduhnya cuba mengapa-apakan Nia.

Khalil mengintai Nia. Nia masih tidak berganjak dari kedudukannya. Khalil menghela nafas lega. Tapi tak lama kemudian, dia memandang Nuh.

"Whats happen?" Nuh bertanya, hairan juga bagaimana boleh seorang kanak dibawa pengawasan orang dewasa boleh terlepas masuk ke sini pada malam-malam begini.

"Nia lari keluar dari bilik tadi. Nasib baik ada guard bagitahu, dia ada ternampak seorang budak kecil menuju ke sini."

"Ohh, aku tak tahu pun. Kebetulan tadi aku lalu sini, ternampak ada budak. Aku sekadar periksa saja, tak tahu pulak itu Nia."

"Thanks Nuh." Khalil tepuk bahu Nuh. Lega kerana bukan orang lain yang menjumpai adiknya. Khalil mendekati Nia.

"Nia, kenapa datang sini sorang-sorang? Kenapa tak bagitahu abang? Tak bagitahu papa, mama? Bahaya tahu tak Nia buat macam ni." Khalil melepaskan amarahnya walaupun dalam nada yang cukup terkawal. Masih bersisa debaran dan ketakutan sebaik sahaja dia tersedar Nia tiada dalam bilik penginapan mereka.

"My bracelet... it's gone..." sendu Nia datang lagi. Dia kecewa dengan diri sendiri yang tidak pandai menjaga satu-satunya harta warisan daripada ibunya.

''What? Bila?'' Khalil tergamam. Khalil periksa tangan Nia. Kosong! Gelang itu sungguh bermakna buat adiknya kerana gelang itu pemberian ibu Nia kepada mamanya sebelum kelahiran Nia lagi. Mak Long Jaslina yang mereka sendiri design gelang tangan itu khas untuk Nia.

"What should i do abang?" Nia angkat muka. Matanya penuh dengan air mata. 

Khalil berdesir kecil, semerta itu juga dia diterpa rasa bersalah kerana marahkan Nia. Lantas dia tarik adiknya ke dalam pelukannya. Nuh pula hanya memandang. Sungguh bermaknakah gelang itu kepada Nia?

*                     *                     *

Hari ini Datuk Seri Adrew sekeluarga akan pulang ke semenanjung untuk menghantar Nia pulang ke pangkuan keluarga kandungnya. Nuh dan Luke menawarkan diri untuk menghantar mereka sekeluarga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah. Sebelum bergerak, Nuh sempat mengeluarkan arahan kepada pasukan housekeeping untuk mencari gelang tangan Nia. Dia yakin dengan kata hatinya yang gelang itu sebenarnya tercicir di bilik mereka. 

Melalui Khalil, Nuh mendapat tahu sejarah hidup gadis keletah itu. Sungguh simpatinya melimpah pada Nia. Rupanya kisah mereka lebih kurang sama. Mereka ditinggalkan oleh orang tersayang. Bezanya nasib Nia lebih beruntung kerana mempunyai keluarga angkat yang tulus menyayanginya dan dia pula sebaliknya. 

"Nuh, Luke, kalau ada rezeki kamu ke London, contact uncle ya? Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan kamu." Datuk Seri Andrew berpesan.

"Betul tu Nuh, Luke. Aunty sentiasa menunggu kedatangan kamu," tokok Datin Seri Roslina.

"Baik-baik uncle, aunty. Mudah-mudahan ada rezeki kami ke sana."

"Insya-Allah. Kau nanti jangan lupa kitaorang pulak Nuh, Luke. Jangan lupa contact aku." Khalil pula mencelah. 

"Iya, nanti aku contact kau.." Nuh membalas pula.

"Uncle Kacak, this one for you." Nia hulurkan satu kotak hadiah kecil.

"For me?"

Nia mengangguk sambil menayang barisan giginya. 

"Thanks my sweetheart." Nuh mengelus kepala Nia. Jatuh sayang dia pada budak kecil itu.

"Untuk uncle Luke?"

"Sorry uncle... I just have one and I decided to share it with Uncle Kacak," kata Nia tanpa rasa bersalah.

Luke tayang muka sedih. Mereka tertawa dengan telatah Nia yang ceria pagi ini. Ralit berborak sehinggalah tiba masanya untuk berpisah. 

*            *              *

2019

Kuala Terengganu, Terengganu.

Nia tersedar dari lenanya. Dia bermimpikan sesuatu yang kelihatan seperti kenyataan. Boleh jadi juga itu sebenarnya kenangan lalunya. Dia sedang bermain di pantai bersama Khalil dan Khayra. Kemudian mereka disapa oleh Nuh dan Luke. Mereka membina istana pasir bersama-sama sehingga mentari terbenam.

Nia pegang kepala yang tiba-tiba rasa menyengat. Jam dinding di pandang, jarum jam menunjukkan angka 3 pagi. Nia bangkit ke bilik air, dia putuskan untuk berwuduk dan mengerjakan solat sunat tahajud. Satu rezeki bila tersedar di waktu satu pertiga malam.

Usai solat dan berdoa, dia masih berteleku di tikar sejadah. Fikirannya masih mengulang setiap babak mimpinya sehingga dia tersenyum sendiri. Sungguh cerianya dia pada waktu itu. Bebas berlari, menari dan menyanyi di tepi pantai bagaikan tiada masalah. Baru dia tersedar yang itu merupakan kenangan terakhirnya bersama keluarga angkatnya sebelum dia dihantar pulang ke pangkuan abah dan ibu. 

Terkenangkan wajah 'Uncle Kacak'nya, Nia menutup wajahnya dengan telekung yang masih tersarung di tubuhnya. Pijar mukanya bila teringatkan kejadian itu. 

'Macam mana aku boleh terfikir nak panggil Nuh tu, Uncle Kacak? Malunyaaa...'

Nia mengamati gelang tangan yang tergantung di pergelanggan tangan kanannya. 

'Cantik!' Patut dia terasa ada sesuatu yang dekat dengannya ketika melihat gelang tangan ni, rupanya sebab gelang ini lebih kurang sama dengan gelang tangan pemberian arwah ibunya dulu. 

Nia bangkit, menyakut sejadah dan telekung ke tempatnya dan mengambil telefonnya. Dia menaip sesuatu untuk dihantar kepada suaminya.  

_Assalamulaikum awak. Sorry ganggu awak tidur. Saya cuma nak awak tahu, saya ada mimpikan sesuatu. Saya rasa itu bukan mimpi biasa tapi mungkin sebahagian dari kenangan silam saya. Dan awak juga wujud dalam mimpi tu. Now, I remember you. You're my Uncle Kacak! Thanks bagi bracelet ni. Saya tahu ini bukan hadiah biasa tapi sebagai tanda yang awak tidak pernah lupakan saya dari dulu. Saya masih ingat bracelet arwah ibu dan saya tahu awak juga masih ingat bracelet itu. Awak hadiahkan bracelet ini sebagai pengganti kepada bracelet yang sudah lama hilang. Thanks a lot, NJ._ ~Nia

Love tak dengan Nuh ni? ?

Share this novel

Noor Mimi
2026-06-17 23:00:37 

besttttt


NovelPlus Premium

The best ads free experience