Bab 34

Romance Series 26650

Danish sedang menuruni tangga.Aroma masakan dari dapur menusuk rongga hidungnya.Dia mempercepatkan langkah menuju ke dapur.Satu figura sedang sibuk memasak didapur.Dia duduk di meja makan sambil memerhatikan gerak geri ainul.

Ainul pusing ke belakang untuk meletakkan nasi goreng yang telah siap dihidang.Hampir terkeluar jantungnya dek terkejut melihat danish duduk memerhatikannya.Mujur mangkuk besar yang berisi nasi goreng itu tidak terlepas dari tangannya.'Kus semangat'

Ainul mendekati meja makan.Mangkuk yang berisi nasi goreng itu diletakkan di atas meja.Kemudian dia mendekati danish.Tangan danish diraih dan dikucup.Lama.

"Abang...ainul nak minta maaf pasal semalam.Ainul salah.Ainul..." kata - kata ainul terhenti di situ.Dia tidak mahu lelaki itu tahu bahawa dia mula mencintai lelaki itu.Mutiara jernih mula membasahi pipinya.

Danish yang pada awalnya pelik dengan tingkah laku ainul kini menarik ainul ke dalam pelukannya.Dia terasa matanya membahang.

"Ainul tak salah.Abang yang salah sebab nak tampar ainul.Maafkan abang" balas danish.Ubun - ubun ainul dicium syahdu.

"Tak...ainul yang salah.Ainul minta maaf.Ainul tak nak mak dengan abah masuk neraka sebab ainul" ujar ainul lagi.

"Dah lah...lupakan yang lepas.Jom makan
dulu.Abang lapar lah" ujar danish.Pelukan dileraikan.Air mata ainul diseka.Danish mencedok nasi meletakkan ke dalam pinggannya tatkala ainul mengambil air.

*****

Tok!Tok!Tok!

"Masuk" arah danish lantang sebaik sahaja mendengar pintu bilik diketuk.Syam menapak masuk lalu duduk di hadapan danish.

"Ada apa kau nak jumpa aku ni?Kalau pasal semalam,sorry.Aku terpaksa.Kau tau lah bini aku tu.Sejak dia mengandung ni,ada jek ragam dia.Kalau tak dapat apa yang dia nak,mulalah dia" ujar syam.

"Dah habis cakap dah?Kau jangkit ngan bini kau ke apa?Aku tak cakap apa - apa kau dah bising" sindir danish.Mata yang leka menelaah fail tadi kini memandang wajah syam yang tersengih.

"Aku nak cakap pasal reunion.Aku ingat nak buat reunion kelab kepimpinan.Sekali dengan reunion kau.Jimat sikit" danish mula mengutarakan ideanya.

"Bagus jugak tu...boleh lah rin dengan ainul tu jumpa kawan diorang sikit.Tak de lah kekok sangat"balas syam menyokong cadangan danish.

" Kita buat kat dewan halimah...dewan papa aku.Besar.Pasal food,separuh - separuh.Okey?"danish menyatakan pendapatnya.

"Aku okey jek.Lagipun banyak benda dah yang kita dah jimat"syam bersetuju dengan pendapat danish.

" Ada apa - apa lagi ke?Kalau tak aku nak keluar ni.Banyak kerja aku yang kena tangguh semalam"ujar syam meminta diri.

"Tak ada...dah.Kau boleh blah.Shoosh...shoosh..." danish menghalau syam persis menghalau danish.Dia kembali menelaah fail di mejanya.

"Kurang ajar punya kawan" balas syam geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience