Jam menunjukkan pukul 10 malam.Cuaca disitu semakin menurun.Ainul menggigil menahan sejuk.Danish tertidur lebih kurang satu jam yang lalu kini terbangun.Almaklumlah,dia selalu tidur lewat dan bangun awal.Jadi dia sudah terbias.Dia memandang ainul yang sedang menggeletar memeluk tubuh.Kakinya juga dirapatkan pada dadanya.
"Ainul.."suaranya lembut menyebut nama ainul.Ainul menoleh.Mukanya sungguh pucat.Bibirnya juga merekah.Danish meletakkan belakang tapak tangannya di dahi ainul.
"Ya,allah...sayang demam ni."ujar danish kerisauan.
"Tak...Ainul okey.Ainul sejuk jek"balas ainul perlahan namun cukup untuk didengarinya.
"Memanglah sejuk kalau badan ainul sendiri panas.Dengan suhu tempat ni lagi."ujar danish lagi.Dia mencapai sebuah beg kertas di tempat duduk belakang.Terdapat sehelai baju sejuk yang baru dibeli di dalamnya.Secara tidak sengaja dia ternampak sebuah pondok yang terletak tidak jauh dari situ.
"Ainul...kita pergi dekat pondok tu eh,sayang?"danish mengajak ainul dengan lembut.Dia tahu pasti ainul tidak berasa tidak selesa.
"Tak pe lah.Ainul tak larat nak jalan"balas ainul.Tubuhnya ketika itu terasa begitu lemah.
Danish mengeluarkan baju sejuk tersebut lalu menyelimuti badan ainul.Danish keluar dari perut kereta menuju ke bahagian penumpang.Pintu dibuka.Ainul dicepung lalu dia menutup kembali pintu keretanya menggunakan bahagian belakang badan.Kakinya melangkah menuju ke arah pondok tersebut.Kaki ainul dilunjurkan.Kepalanya pula diletakkan di atas riba danish.Danish bersandar pada tiang pondok tersebut.Tangannya mengusap kepala ainul.
"Tidurlah..."ujar danish.Mata mereka semakin kuyu dan akhirnya tertidur.
*****
Pagi yang tenang dan udara yang segar menyenyakkan lagi tidur mereka.Namun bunyi kicauan burung dan cahaya matahari yang memancar mengejutkan ainul.
" Abang"ainul cuba mengejutkan suaminya yang masih diulit mimpi. Tangan yang lemah menarik - narik baju danish kerana suaranya amat perlahan. Jadi mustahil danish akan terjaga dari tidur.
Setelah beberapa ketika,danish terjaga.Matanya digosok.Kemudian dia memandang wajah pucat sang isteri yang juga memandangnya.Satu senyuman dihadiahkan buat sang isteri.Belakang tapak tangannya diletakkan pada dahi ainul.Masih sama.
"Abang,jom balik.Diorang mesti risau" ujar ainul perlahan.Danish mengangguk lalu turun daripada pondok tersebut.
"Ainul larat tak nak jalan?" tanya danish lembut.Ainul mengangguk. Perlahan - lahan ainul turun.Tangannya memegang kepala semasa berjalan. Mungkin sakit kepala.
*****
Kereta GTR hitam milik danish memasuki kawasan villa. Terlihat puan sri halimah dan dania berdiri di muka pintu. Danish keluar dari perut kereta selepas meletakkan kereta tepat di hadapan pintu villa.Dia bersalam dengan ibunya terlebih dahulu sebelum memapah ainul keluar.
"Kenapa sampai lambat?Kenapa ainul pucat semacam?"tanya puan sri halimah.Terdapat ekspresi risau pada wajah bersih itu.Ainul menyalam ibu mertuanya.
" Enjin kereta panas,tak boleh nak start.Ainul demam...danish bawa dia masuk bilik dulu eh?"balas danish kemudian meminta izin untuk masuk ke bilik.Puan sri halimah mengangguk. Dania turut membantu ainul.
Tiba - tiba pandangan ainul berpinar.Langkahnya terhenti.Dia seperti hilang keseimbangan diri.Perutnya juga terasa pedih.
"Akak...akak boleh jalan ke tak ni?" tanya dania kerisauan.Ainul hanya mengangguk lemah.Kakinya perlahan berjalan.Baru beberapa langkah dia berjalan,dia jatuh pengsan.Pipi ainul ditepuk - tepuk lembut oleh danish sambil menyebut namanya.Namun tiada respon.
"Danish,bawa ainul masuk bilik.Dania ikut akak" Amira memberi arahan.Danish dan dania mengikut arahan.Mereka yang lain pula kelihatan risau dengan keadaan ainul yang pengsan secara tiba - tiba.
Namun ada satu mata yang memerhati dari jauh.Dia tidak menyangka sepupu barunya ialah gadis yang dia sayangi.Dia tersenyum kelat.Matanya mula berkaca.Namun sempat diseka sebelum tumpah membasahi bumi.Siapakah dia?
Share this novel