Kenangan saat - saat ainul dan rin berkenalan dengan ammar terimbas kembali.Dia cukup terkejut melihat ammar berada di situ.
"Um...umi,pa.Erk...kenapa ammar pun ada dekat sini eh?Ammar ada kaitan ke?" tanya ainul.Tan sri darman dan puan sri halimah tersenyum kecil.
"Ammar tu anak lelaki pak ngah dengan mak ngah.Hari tu dia tak ada sebab pergi New Zealand.Ni minggu lepas baru balik." jelas puan sri halimah.Ainul yang mendengar sudah tercengang mendengar penjelasan ibu mertuanya.'Ya allah,berapa banyak kejutan yang kau bagi ya allah.Kenapa dia ya allah?'
"Macam mana ainul boleh kenal ammar?" tanya puan halinah pula.Mata mereka tertumpu pada gadis yang berblaus labuh itu.Ainul tersengih.Kepala yang tidak gatal digaru.Dia memandang danish yang bersandar pada dinding.Danish memainkan keningnya.Ainul mencebik.
"Aaah...sebenarnya kitorang pernah berkawan,mak ngah.Tapi terpisah lepas belajar sebab dia jadi businessman,saya pula cikgu sekolah menengah." Jelas ainul panjang lebar.Mereka yang lain hanya mengangguk tanda faham.
"Jangan kata ainul,umi.Danish pun jarang nampak dia dah sekarang ni" ujar danish pula.Dia bersandar pada dinding batu villa itu.Kemudian di tarik pula tangan ainul supaya berada dekat dengannya.
Ainul sedikit terkejut dengan tindakan danish.Dia membesarkan matanya sambil menggigit bibirnya.Mereka yang melihat pula hanya ketawa kecil.Ainul menjadi kekok.Mukanya yang putih kini berona merah.Danish tersenyum nakal.'Sikit - sikit gigit bibir.Aku potong bibir tu baru tau'
"Ump...ainul nak masuk dululah.Nak...ump...nak pergi ambil wuduk.Kejap lagi dah nak zohor" ujar ainul cuba melarikan diri.Ammar melihat jam tangannya.
"Ada 15 minit lagi...marilah borak.Awak pun baru keluar bilik kan?" balas ammar.
"Haah lah,sayang. Ada 15 minit lagi.Honeymoon jom.Honeymoon jalan kaki"ujar danish manja seraya mencapai tangan ainul.Wajah ainul semakin merah tatkala yang lain bergelak ketawa.
Hati ammar kini bagai dihiris - hiris.Perasaannya pada ainul hanya allah yang tahu.Namun apakan daya.Dia juga hanya mengetahuinya semasa terlihat ainul pengsan.Senyuman hambar menghiasi wajahnya.
" Pergilah,ainul.Takkan nak duduk dekat sini."pujuk puan halimah.Danish sudah mula berjalan keluar.
"Tapi..." percakapannya terhenti apabila dipotong oleh dania.
"Tak ada tapi - tapi.Akak kena pergi juga.Abang,nah!" ujar dania sambil menolak ainul keluar dari rumah.Kemudian sugugus kunci dilempar ke arah danish.Danish hanya menyambut dan tersenyum kepada adiknya.Pintu dikunci.Tergelak mereka semua mengenang wajah ainul yang berona merah apabila diusik danish.
*****
"Erk...abang. Kita nak pergi mana?Ainul tak laratlah" ujar ainul.Dia benar - benar letih.Danish tersenyum sebelum beredar dari situ.
VROOM!VROOM!
Sebuah motor Kawasaki Ninja 250 tiba dihadapannya.Danish mengangkat - angkat keningnya.Danish memberi isyarat kepadanya menyuruh ainul naik.
Ainul menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Akhirnya dia menaiki motor tersebut keluar dari kawasan villa.
*****
Setelah berjalan - jalan hampir 1 jam,danish membawanya pulang ke rumah.Danish membentang sejadah.Perbuatannya terhenti apabila melihat ainul yang masih lagi berbaring.
"Kenapa tak pakai telekung lagi?Tadi beria nak solat" usik danish.Ainul terasa pipinya membahang.'Hah tu lah kau...jangan menipu laki sendiri.Kan dah kena.Dah dua bulan lebih kot dengan dia.Kau tipu buat apa?'
"Ai,cik adik...kenapa diam jek?ABC (allah bagi cuti) ke?" Danish menyembunyikan senyum.Hatinya ketika itu seperti mahu meloncat kerana dapat mengenakan ainul.
Ainul bangun dari baring lalu memandang tajam wajah bersih danish.Bibirnya digigit lagi menahan geram.
"Mana abang tau istilah tu?" tanya ainul pelik. Danish hampir menghamburkan tawanya.
"Rin" jawab danish ringkas.'Hai lah bini.Kau ingat aku tak tau kau nak lari tadi'
"Habis tu abang tau ke ainul memang tak boleh solat tadi?" ainul menanyakan soalan yang cukup bodoh.Danish mengangguk.
"Abang tau semua ke tau sikit jek?" ainul terlepas lagi.
"Semua" jawabnya ringkas.Ainul menyembamkan mukanya pada bantal kerana tidak tahan menahan malu.Danish tergelak kecil.
Share this novel