"Dah beli cincin tunang.Tak sabar nampak nak kahwin"sindir lelaki tersebut sinis.
" Look,danish.Kau dah salah faham"ujar ammar cuba menjelaskan perkara tersebut.
"Salah faham ke salah masa?" perli danish.Pandangannya kini jatuh pada wajah ainul yang memandangnya.Wajah itu amat berlainan dengan apa yang dilihat tempoh hari.Wajahnya tenang.
"Aku memanglah beli cincin tunang.Tapi..." penjelasan ammar terhenti apabila dipotong ainul.
"Biarlah dia.Tak payah bazirkan air liur.Dia takkan percaya" ujar ainul.Kuasa cinta.Segala rasa marah telah bertukar menjadi rindu.Dan kini ia terubat membuatkan hati menjadi tenang.
Sementara itu,api kemarahan danish semakin membara.Dia cemburu melihat ainul bersama sang sepupu.
"Isteri apa kau ni.Aku belum ceraikan kau.Tapi kau dah keluar dengan jantan lain.Kau ni memang perempuan murahan" ujar danish keras.Namun suaranya tetap dikawal.
Air mata ainul menitis.Hatinya bagai disentap.Dia tidak menyangka danish akan menggelarnya perempuan murahan.Namun dia cuba untuk berlagak tenang.
Ammar terkedu.Dia tidak pernah melihat danish seperti ini.Danish yang dikenalibya amat jauh berbeza dengan danish yang dilihatnya.
"Haah...aku memang murah.Kalau tak mustahil aku pegang title isteri tuan danish hilman.Betul tak?"soal ainul berbaur sindiran.
" Dah lah.Ump...ammar.Awak pergilah bayar cincin tu.Tak payah bergaduh kat sini.Malu orang tengok"arah ainul apabila menyedari bahawa ada yang memasang telinga.
"Ouh...tau pulak kau malu.Keluar dengan lelaki lain kau tak malu pulak?Kau patut malu dengan allah.Isteri derhaka macam kau ni tak layak cium bau syurga"begitu sinis kata - kata danish.
Entah mengapa,danish ingin melihat ainul itu memarahinya.Dia ingin melihat ainul memukul dada bidangnya kerana sakit hati.Malahan,dia tidak sanggup melihat ainul mengalirkan air mata.Namun ego dan kemarahan mengatasi segalanya.
Semakin deras air mata ainul saat danish melontarkan kata - katanya.Dia tahu dia isteri derhaka.Namun jika ini bakal memudahkannya untuk pergi,dia sanggup.Semoga allah mengampunkan dosa - dosanya.
" Kalau itu yang kau cakap,aku boleh buat apa?Aku hanya tunggu kata - kata perpisahan dari kau"balas ainul dengan tenang.Dia menundukkan wajahnya walaupun dia tahu danish sedari tadi setia merenung wajahnya.
"Kau ingat aku akan ceraikan kau dan biar kau kahwin dengan daniel?Huh,jangan harap" ujar danish.
"Buat apa kau simpan isteri derhaka macam aku ni lagi?" soal ainul.
"Dulu kau kawan baik aku.Tapi sekarang...penderitaan kau kepentingan aku" balas danish sebelum beredar dari situ.
Daniel yang diam sedari tadi terkedu.Dia yakin dia tidak salah dengar.Wajah ainul ditatap.'Diorang kahwin secara terpaksa ke?'
Ainul menapak keluar dari kedai tersebut dengan laju.. Hatinya pedih.Dia tidak mampu menahan perit.Kata - kata danish sebentar tadi cukup menusuk jiwanya.
*****
Danish sedang bersandar di sofa.Fikirannya serabut.Tiada satu pun siaran yang menarik minatnya.
"Umi" danish memanggil uminya apabila menyedari puan sri halimah lalu.Puan sri halimah memandang danish.
Ya,danish sedang berada di rumah ibunya.Dia ingin menenangkan fikiran dan hatinya.
"Umi dah tau yang ainul nak kahwin dengan ammar?" soal danish.Sebenarnya soalan itu bermain dimindanya sejak terlihat ainul bersama ammar.
"Dah" danish menghadapkan badannya ke puan sri halimah.Membulat matanya dek terkejut dengan kenyataan tersebut.'Takkan lah...'
"Umi...umi" panggil danish lagi apabila melihat puan sri halimah berura - ura untuk meninggalkannya.Puan sri halimah menunjukkan reaksi rimas.Danish tersengih sebelum kembali serius.
"Ainul yang kita cakap tu...ainul...isteri danish kan?" soal danish teragak - agak.
"Allahhuakhbar...ammar nak kahwin dengan puteri nurul ainul.Anak kawan mama dia.Buat apa dia nak kahwin dengan isteri kamu?Haish kamu ni" puan sri halimah mula curiga dengan danish.'Astaughfirullahhalazim'
Danish berlari keluar dari rumah banglo 2 tingkat tersebut selepas mencapai kunci keretanya.Dia ingin meminta maaf atas ketelanjurannya dan perbuatannya.
Namun tindakan danish semakin meragukan puan sri halimah. Mujur segala fikiran negatifnya ditepis.'Perasaan aku je kot.Ye lah...biasalah kalau diorang gaduh kan?Peliklah kalau tak gaduh langsung'
Share this novel