Ainul sedang duduk di salah sebuah meja yang terdapat di BOOK CAFE.Sesekali dia memanjangkan leher memandang pintu masuk.
"Ish,ni aku geram nih...danish ni selalu lambat tau.Janji pukul 2 sekarang dah 2 setengah." Ainul bermonolog sendirian menahan rasa geramnya.
"Assalammualaikum" ujar danish yang baru sampai kemudian duduk dihadapan ainul.
"Waalaikummussalam...tak payah nak bagi alasan ada accident kat aku.Just mengaku jek yang kau lambat 45 minutes then straight to the point." ujar ainul selepas menjawab salam danish.Dia menyilangkan tangannya kemudian memalingkan mukanya ke arah lain.
Danish hanya tergelak kecil melihat gelagat ainul.Yalah...kadang - kala macam mak cik bawang membebel.Kadang - kala seperti biasa sahaja perilakunya.Kadang - kala kebudak - budakkan.Kadang - kala danish dan rin yang menjadi sahabatnya itu tidak terlayan kerenahnya.
"Yang kau sengih - sengih macam kerang busuk tu kenapa?" marah ainul.Sungguh dia terasa hati dengan sikap danish yang suka datang lewat jika berjumpa dengannya.Boleh dihitung menggunakan jari bilangan perjumpaan yang dia hadir awal.
"Ala...ala..ala dia,merajuk ke?Sorry lah.Aku mengaku aku lambat." pujuk danish sambil tersenyum.
"Ump"balas ainul tanda memaafkannya.
" Lepas ni kau dah tak payah susah - susah nak jadi girlfriend fake aku dah tau.Umi aku dah masuk meminang orang lain dah."jelas danish.
"Baguslah tu...aku datang pun nak bagitau benda yang sama" kata ainul pula.Dia masih menyilangkan tangannya sambil memalingkan mukanya ke arah lain.
"Lagipun tak adalah yang cemburu sebab terasa ada orang ketiga hadir.Kalau aku dapat tau kau sakitkan hati dia macam kau sakitkan hati aku,siap kau." semasa memberi amaran kepada danish, barulah dia memandang muka Danish.
Selepas itu mereka beredar dari situ kerana mempunyai urusan masing - masing.
Share this novel