Arwah pak manaf sudah dikebumikan pada pukul 2 petang tadi.Ketika ini,bacaan tahlil sedang diadakan.Ainul menyandarkan kepalanya pada bahu mak timah.Mutiara jernih masih mengalir di pipinya.Mak timah pula hanya terdiam.Termenung mungkin.Jauh disudut hati mak timah untuk menunjukkan kelemahan pada anak - anaknya.
*****
"Ainul...ni aku ada bawakan makanan untuk kau sikit.Kau makan eh...mak timah kata sejak kau sampai kau langsung tak makan apa - apa.Ni aku suapkan eh" ajak rin lembut sewaktu masuk ke dalam bilik ainul.Dia duduk di tepi katil.Airnya diletakkan pada meja kecil di sisi katil.
"Tak apalah,rin.Aku tak ada selera nak makan.Kalau kau nak makan,kau makanlah.Lepas tu kau boleh balik.Laki kau tunggu kat luar kan?" balas ainul perlahan.Namun cukup untuk didengari rin.
"Ainul,marilah makan" rin mengajaknya lagi.
"Tak nak...aku tak lapar." balas ainul lagi.Dia masih berkeras.
"Rin,cuba jangan degil!Tak apalah baby...aunty ainul tak nak makan dengan kita.Jom baby...kita makan berdua.Biar aunty ainul sorang - sorang kat sini.Huh!" ujar rin seraya mengusap perutnya yang masih kempis.Almaklumlah,kandungannya baru berusia dua bulan.
Setelah melihat ainul yang masih belum menunjukkan sebarang reaksi,dia hanya menggelengkan kepalanya,air yang diletakkan di meja kecil itu diambil lalu keluar meninggalkan bilik tersebut.Dia tahu sahabatnya itu tak boleh dipaksa.Ainul sentiasa tetap pada pendiriannya.'Macamlah aku tak nampak dia makan dengan laki dia tadi.Rin...rin...kenapalah mak ayah kau letak nama kau Nur Irin Raisha?Perangai kerja nak tipu aku jek'
"Eh,rin.Kau buat apa kat sini?" tanya danish sebaik sahaja melihat rin keluar dari bilik ainul.
"Isteri kau tu lah...orang suruh makan tak nak.Halau aku pulak.Geram aku tau tak?"bentak rin.
"Aik...dah mengandung ni kau ikut perangai ainul tu ke?" sindir danish.
"Ish kau ni.Aku bagitau laki aku." ugut rin pula.
"Bagitaulah...tapi,kau kena ingat.Syam tu kawan aku." ujar danish sambil tersenyum.Rin sudah panas hati melihat danish.
"Dah lah...tak payah tenung aku macam nak makan.Bagi nasi ngan air tu." sambung danish lagi.Nasi dan air itu bertukar tangan.Rin beredar dengan wajah yang masam mencuka.
Danish masuk ke dalam bilik ainul.Air diletakkan pada meja.Dia duduk di atas katil tersebut.
"Ainul...mari makan" ucapnya lembut.
"Aku tak nak" Jawab ainul sedikit kasar.
"Tolonglah jangan degil.Nanti sakit siapa yang susah?A..."
"Aku tak suruh kau susahkan diri untuk aku.Just leave me alone." Kata ainul lagi.Suaranya juga agak serak.Mungkin kerana terlalu banyak menangis atau mungkin menahan diri daripada menangis.
Danish yang mendengar hanya melepaskan keluhan panjang.Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan.Gadis itu seperti mahu dia meninggalkan dirinya.Dia faham perasaan gadis itu.Siapa yang tidak sakit hati kalau kehilangan ayah yang tercinta selepas menghadapi perkahwinan yang tidak diinginkan.Keluhan berat dilepaskan.
"Mana gadis yang nasihatkan aku dulu?Mana gadis yang ceria dulu?Mana gadis yang kuat dulu?Mana gadis yang kahwin dengan aku dengan rela walau dipaksa?Mana dia?Aku nak tengok?" ujar danish dengan nada yang lembut dan sedih.
Ainul hanya mendiamkan diri sehinggalah danish berura - ura bangun meninggalkan bilik itu.Terdengar suara tangisan memenuhi seluruh ruang di dalam bilik tersebut.Danish meletakkan pinggan itu di atas meja.Dia memusingkan badan ainul yang membelakanginya.Ainul didudukkan.Terlihat wajah itu sembab sekali.Bibirnya juga kelihatan merah berdarah.Mungkin ainul menggigit bibirnya.Danish membawa ainul ke dalam pelukannya.
"Ainul jangan macam ni.Aku tak sanggup nak tengok kau macam ni walaupun aku hanya sahabat kau.Allah tak turunkan ujian melebihi kemampuan hamba - hambanya,dan setiap yang datang pasti akan pergi sama ada meninggalkan ataupun ditinggalkan."ucap danish sambil mengusap belakang badan ainul.Ainul menangis teresak - esak pada dada bidang danish.Dia sudah tidak peduli biarpun dipandang lemah.
" Bukan sahabat,tapi suami.Ainul nak tunaikan permintaan arwah abah selagi ainul mampu.Ainul akan taat pada abang sebagai seorang isteri walau hati ini tak mahu."Ujar ainul teresak - esak.Tanpa disedari,menitis mata seorang suami di pipi danish.Dahi ainul dicium.Entah mengapa,hati danish begitu gembira.Apakah perasaan yang pernah ditinggalkan dulu kembali lagi?Dia juga tidak pasti.
"Abang pun akan jaga ainul macam nyawa abang,macam yang arwah abah nak." Ujar danish.
Keadaan pintu bilik yang hanya terkuak sedikit membuatkan mereka berdua tidak tahu mereka sedang dihendap.Perbualan mereka didengari dari tadi.
"Yeay!Akhirnya cinderella dan putera akan berbahagia!"ujar rin sedikit menjerit sambil menggayakan tangannya selepas pintu dikuak lebar.
" Rin...berapa kali abang nak cakap jangan sibuk hal ainul ngan danish.Nanti abang denda nak?!"tanya Syam berbaur ugutan.
"Abang ni...denda hari tu kan belum habis.Takkan nak tambah.Dah lah tu.Back up diorang pulak tu.Patutnya sokonglah rin ni.Tengok cinderella and putera dia tu.Happy ending kan.Tak kan rin tak boleh nak gembira?" bentak rin.Mereka bertiga hanya ketawa melihat kelakuan rin.
"Syam...aku rasa aku ada denda yang sesuai untuk dua orang mak cik bawang ni" Rin dan ainul menyedekahkan jelingan maut mereka sebaik mendengar danish mengutuk mereka.
"Apa?!" tanya danish seolah - olah tidak bersalah.
"Apa denda tu danish?Macam menarik jek" tanya syam pula berminat.
"Memanglah...sebab denda dia ialah..."danish membuat mereka tertunggu - tunggu.
" Kurung dekat dalam rumah.Boleh honeymoon dalam bilik"sambung danish berbaur gurauan.Berdekah - dekah mereka berdua ketawa.Namun dua wanita tersebut hanya memberi jelingan mereka.
"Kenapa pandang abang macam tu?Abang ada buat salah ke?"tanya danish seolah - olah tidak bersalah lagi.
" Tak salah ab...ang kata?"marah ainul walaupun bibirnya mula terasa sakit semasa menyebut perkataan abang.
"Hah...melawan lagi.Bibir tu dah berdarah pun nak melawan lagi." perli danish.
"Eh,haah lah...kau ni danish.Asal tak cakap?" Marah rin sambil medekati ainul untuk melihat bibirnya.
"Ye lah..."keluh danish.
" Kau tak p...ayah nak m...arah laki aku.Kau pun sam...a jugak.Kau ingat aku tak tau kau tip...u aku.Tak m...akan konon.P...adahal dah dua p...inggan hab...is dengan laki dia."sindir ainul.Wajah rin ketika itu bertukar merah padam menahan malu.
"Abang dah cakap jangan kawan dengan ainul.Rin degil. Padan muka" perli syam sebelum beredar.Langkah syam diikuti langkah rin.Pasangan yang baru berbahagia pula hanya tersenyum melihat mereka.
Share this novel