Ainul masih malu dengan danish mengenai kejadian semalam.Dia sengaja turun lambat supaya tidak betembung dengan suaminya.Apabila perutnya meronta - ronta minta diisi,barulah dia turun.
Apabila tiba di bawah dia tergamam serta merta wajahnya berona merah.Dia kaku di situ.
"Sampai bila nak berdiri dekat situ.Tak lapar ke?" soal danish.Kemudian dia menyuapkan ramen yang ada di depannya ke dalam mulut dengan selamba.
Dengan perlahan - lahan ainul bergerak ke dapur.Kepalanya sengaja ditundukkan.Dia mencari maggie di dalam kabinet kerana sudah terlalu lapar.'Alamak tinggal ramen jek?'
Dengan hati yang terpaksa dia menyediakan ramen tersebut.Kemudian dia duduk di meja makan.
Dia merenung ramen tersebut sebelum disumbat ke dalam mulut.Dia mengibas - ngibas mulutnya dek tidak tertahan pedas yang dialami.Suapan diteruskan sebanyak beberapa kali.Akhirnya dia tewas.Dengan pantas dia mengambil air di dalam peti sejuk lalu diteguk rakus.Namun itu masih tidak memadai.Dia mengambil sesudu gula untuk mengurangkan rasa pedas.Air matanya mengalir tatkala mukanya memerah.Namun lidahnya masih terasa pedas yang teramat.
Danish yang hampir menghabiskan ramennya ketawa kecil.Dia geli hati melihat tindakan spontan ainul.
Ainul merenung tajam wajah suaminya.Bibir yang merah seperti dioles gincu itu digigit.'Aku tengah pedas dia boleh gelak'
"Abang tu dah kenapa?Gila ke gelak sorang - sorang?" soal ainul geram.Air matanya hampir penuh bertakung.
"Tak adalah.Kelakar bini abang ni.Makan maggie pedas giler pon dah menangis.Ni makan ramen pulak" balas danish sambil tersenyum lebar.
"Dah tinggal tu je kan...ainul dah lah tak makan dari semalam.Orang lapar tau tak!" bentak ainul.Kemudian dia berjalan dan duduk di tempatnya semula.Dia terus menyuap ramen tersebut ke dalam mulut dengan geram.
Danish menggelengkan kepalanya melihat telatah sang isteri.Dia teringat saat wanita di hadapannya itu kehausan 9 tahun yang lepas.
Share this novel