Bab 3

Romance Series 26650

Danish sedang menunggu ainul di luar pagar rumah ainul.Dia bersyukur gadis itu mahu membantunya walaupun hanya menjadi kekasih sementaranya.Kelihatan ainul baru sahaja keluar mengunci pintu rumahnya.

Danish terpana buat seketika melihat gadis itu.Ainul mengenakan baju kurung moden berwarna biru laut dan tudung bawal berwarna turqoise.Walaupun gayanya ringkas dan tidak memakai make - up,namun serinya masih terserlah.

"Assalammualaikum!!!Kau tenung apa tu?Taulah aku cantik" ujar ainul sambil bergurau.Terhenjut bahu danish dibuatnya apabila disergah.'Haish,bila minah ni sampai depan aku pulak?'

"Perasan," danish menafikannya walaupun dia akui ainul kelihatan luar biasa kali ini walhal penampilannya masih seperti yang selalunya.

"Kau tak sihat ke?Muka kau pucat jek" tanya danish pula.

"Haah,sakit kepala sikit." ainul memicit pelipisnya.

"Kau OK tak?Kalau tak,aku tak kisah nak batalkan perjumpaan ni" ujar danish.Sememangnya dia amat prihatin pada sahabatnya ini kerana gadis inilah yang membantu dia berdiri ketika jatuh dahulu.

"No,it's OK.I'm fine.Nanti kesian kau kena paksa kahwin dengan umi kau.Nanti telan ubat OK lah ni.Just hantar jek aku kat farmasi waktu balik,nak beli ubat." balas ainul menolak tawaran danish dengan lembut.Danish hanya mengangguk.

Itulah sebab Danish mahu berkawan dengannya.Sikapnya yang suka mementingkan dan membantu orang lain walaupun dalam kepayahan.

*****

Kereta GTR hitam milik danish memasuki perkarangan rumah banglo 2 tingkat.Ainul yang terlena dikejut perlahan.Salam diberi selepas meloloskan diri dari perut kereta.Loceng rumahnya turut ditekan beberapa kali.

Tak lama kemudian,muncul seorang wanita berusia 50an di muka pintu.Salam danish dijawab.Danish dan ainul menyalam tangannya.

"Umi ni kenalkan ainul mardiah yang danish cakap hari tu," ujar danish memperkenalkan ainul selepas menyalami ibunya.

"Apa khabar,puan sri?" Tanya ainul dengan lembut.'Pandai jugak anak aku ni pilih calon isteri.'

"Panggil aunty jek.Jemputlah masuk.Takkan nak sembang kat sini?"Pelawa puan halimah dengan ramah.

Pelbagai soalan ditanya pada ainul.Terselit juga kisah - kisah danish sewaktu kecil yang menggeli hati.Sungguh baru dia tahu bahawa dia masih belum mengenali danish.

Setelah beberapa jam berada di rumah puan halimah,danish menghantarnya pulang.Walaupun hari itu sangat memenatkan,tapi ainul gembira kerana sikap puan halimah yang ramah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience