"Puan tak ada apa - apa.Cuma tekanan darah jek yang agak tinggi" ujar doktor tersebut selepas memeriksa keadaan ainul.
"Puan banyakkan berehat jek" sambung doktor tersebut.Sememangnya kebelakangan ini mereka berdua agak sibuk memandangkan peperiksaan setengah tahun akan dijalankan selepas cuti penggal kedua.
"Okeylah doktor. Saya minta diri dulu" ujar ainul lalu bangun dan beredar dari situ bersama rin.Mereka duduk di kerusi yang disediakan.
"Siapa yang tolong kita tadi?" soal ainul.
"Prince charming aku.Dia yang angkat kau.So kiranya aku bagi kau sikit lah" ujar rin sambil tersenyum.
"Sikit apa?" soal ainul geram.Rin hanya tersengih.
"Tak ada pape" balas rin.
"Tapi aku nak cakap terima kasih" sambung rin lagi.
"Untuk apa?Patutnya aku yang cakap terima kasih" ainul masih bingung.
"Dia ambik cuti half day terus" jelas rin.'Dasar punya kawan.Kau boleh ambik kesempatan dalam kesempitan eh'
"Ainul Mardiah binti Manaf" ainul terus bangun apabila namanya dipanggil oleh jururawat yang bertugas.
*****
"Rin...aku nak tido kat rumah kau.Sehari pun tak pe" pinta ainul.
"Tapi kau tak minta izin danish kan?" soal rin.
"Alaaa...bolehlah rin.Please..." Rayu ainul lagi.Rin mula rasa bersalah.Wajah suami yang masih tenang memandu dipandang.Kelihatan suaminya mengangguk.
"Okey" balas rin ringkas.
*****
Danish mundar mandir di ruang tamunya.Masa sudah hampir menginjak pukul 11 malam.Namun kelibat ainul masih belum dilihat.Jarinya ligat mendail nombor talefon ainul buat kesekian kali.Akhirnya panggilan dijawab.
"Ainul kat mana ni?Kenapa tak balik lagi?" kemarahan danish tidak dapat dibendung lagi.Suara dihujung talian masih sepi.
"Ainul...jawablah!" danish masih tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya.
"Ainul...siapa call kau tu?" kedengaran suara rin di hujung talian.'Mesti kat rumah rin ni'
"Ainul tunggu.Abang datang" ujar danish kemudian memutuskan talian.
Share this novel